Monday, 11 November 2019

Eh betul ke ni...ada yang tersirat rupanya.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Koang pernah tak berjumpa dengan satu jawapan yang pelik kepada soalan matematik ini.

Jika kita campur semua nombor "natural" hingga ke infiniti, apakah jawapannya.

Oleh nak jelas lagi kalau kita campur, semua nombor:

1+2+3+4+5+6+7+... + infinitity =???

(sorry tak jumpa simbol infiniti )

Boleh korang bayangkan jawapannya..

Agak-agaklah berapa?

Kalau anda ahli matematik mungkin dah tahu. Kalau bukan ahli dan belum pernah dengar perumpamaan ini mungkin korang akan terkejut.



Jawapannya ialah             -1/12.

Ya !
 "negatif satu per dua belas."

Pelik dan pelik. Campur semua  nombor positif dan banyakkkkkkk gila nombor tu. Jawapannya boleh jadi negatif.???

Macam tak masuk akal kan.

Tapi telah dibuktikan dengan teori dan perkiraan.

ok setakat ini... aku tak mau challenge penemuan ini sbb aku bukan ahli matematik.
Pening juga memikirkan. Sbb mana mungkin boleh campur semua nombor hingga infiniti.

Tetapi dalam aku duduk temenung memikirkan.eh semalaman juga la dok pening.aku boleh terima.

Aku boleh terima jawapan ini..ada motif dan pengajaran disebalik persamaan yang pelik ini


Masya Allah , Subhanallah..

bayangkan kalau kita tamak dan nak bolot semua apa yan ada di dunia ini maknanya kita kan dapat negatif

Itulah dalam Islam ada konsep memberi, bersedekah dan berzakat.

Kena ada yang kita keluarkan. kita kena bersihkan

Kena ada yang kita berikan, bukan setakat ambil sahaja.

Kalau kita ambil shj, akan jadi negatif .. (Seperti perkiraan diatas)
Bayangkan kalau kita campur semua nombor yang positif , jawapannya negatif.
itu lah manifestasi betapa pentingnya memberi ( berzakat, bersedekah, berkorban...)

Allah maha kuasa..


dan tahu lagi tentang "sum to infiniti ini" google  SINI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...