Friday 13 May 2022

Aku pulak selsema.. cemas!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni bangun ja berat badan.. Lurvy dah gerak ke sekolah aku masih tak berapa larat nak bangun.

Terkejut dek anak dah bersiap. Sekonyong2 aku ke bilik air berwuduk.

Badan lemah. Apakah aku pulak  yang akan kena.


Selsema, batuk dan sakit tekak..

Hari Isnin Danish demam dan batuk/ Malammnya ya. Terus aku pergi ambil ubat. Badannya panas 37.7 celcius.

Selasa dia cuti sakit , Dan rabu juga..

Rabu Aisya pulak selsema/ Khams MC

Hari ini aku pulak flat/lemah/dan selsema...

Ermm senang berjangkit kalau selsema ni. Tapi bukan covid. Common flu.

So petang pergi jumpa doktor. Doktor yang sama masa aku bawa Danish. Masih cam aku.

So makan ubat selsema dan mengantuk.

Kalau tak kebah lagi.. Hari Ahad buat RTk lagi..

Hujung minggu berehat sajalah nampaknya. Kecuali esok dah baik. Boleh trekking kat bukit mana-mana.

So malam ni relex-relex sudah. Badminton dah out. Tak payah tunggu dan berdebar lagi.

Debat depa pun dah habis. Debat yang tiada permarkahan. Cuma rakyat yang dapat mengenal cara dan kaedah penyampaian.

Debat sekadar debat kerana apa yang disarankan jika tidak diterima pakai oleh orang berkepentingan mungkin sekadar cadangan.

Apapun aku nampak yang sorang tu lebih berfakta, seorang tu agak retorik dan mengulang -ulang perkara yang sama tanpa hujah yang tuntas.

Ahh..ahli politik kan.






4 comments:

  1. semoga puan akan kembali sembuh. takut juga jika kena covid.... done follow your blog...

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh..take care

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...