Monday 27 September 2021

Game on..lets roll

Oh yeah..big win for ManCity against Chelsea on Saturday
Total in control and i was surprise with the game plan.
Massive boost for Mcity, as i regard Chelsea is the contender. What more with Lukaku joining early of the season and Mancity seemed couldnt find the no 10 man.

Looking for the matches against PSG and Liverpool next

 Game on.

Vamos Manchester City.!!!

Sunday 19 September 2021

Lama tak travel sampaikan...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Lama sangat ke aku tak travel kat Lebuhraya Utara Selatan.

Sampai harga naik setinggi ni..
Rasanya baru setahun..
Masa kat bukit gantang tak silap.buah potong satu cup rm6.. ok maybe buah honeydew.
Ok.

On the wat balik kat rnr ulu bernam.. 
Jambu pootonh rm3.50.

Eh memang harga ni ke..rasanya dalam rm2.00.

Ke sebelum ni anak2 je beli. Tak tanya berapa RM.

Aku tak pasan.. anyway it is what it is.
Mcm 5 tahun je kenaikan nya..
Hmmm


Tuesday 7 September 2021

Reminding and gotten permission..


Hilang bebanan..bila dah inform owner and mintak permission.
But it was given to me, may without realising it.. Hahahah.. I am just reminding.

Orait..but maybe i am not gonna use it. Maybe.

But who knows..

Poyossss

Sunday 5 September 2021

Tanpa tajuk buat masa ni

Bahagian 1

Terkejut dan keliru sekejap. Kepala terhentak di tempat duduk . Trak ala truk tentera terlantun . Mungkin terlangar batu dan menyentak kepalaku kedepan . Besi yang karat tertanggal. Ku sapu terasa debuan serpihan karat dan terasa basah sedikit. Atas kening sebelah kanan. Hampir ke anak rambut. 
Luka.
Perit. Namun darah tak banyak yang mengalir.
Koyakan kecil sahaja dan akan sembuh sendiri.

Ala biasa tegal biasa. Luka sedikit bagi aku anak kampung yang masa kecilku selalu berkaki ayam. Tak pernah mengeluh.

 Menyepak bola dan memang akan tersepak batuan. Tersagat kaki juga. Atau kekakang melepuh kerana selalu berlarian main polis sentri.
Mungkin cuaca yang panas nak kering di utara tanah air membuat tanah jadi keras "kedekiang." Kalau berlarian selalu dan tanpa kasut akan melepuh lah kaki. Dan akan ada "air bisa" di dalam.
Apalagi dicarinya  aku duri pokok bunga kertas dan dicucuk hingga keluar air bisa tersebut. Ditepuk-tepuk sehingga kulit yang melepuh merapat.

Sambung main lagi. Apa lagi anak kampung nak buat. Habskan masa bermain diluar rumah. Sehingga senja baru lah meluru masuk kerumah. Cari tuala yang disangkut entah di mana. Ditanggalnya baju. Berjelepuk dia di atas lantai kayu.

Terus berlari keluar. Dari dua anak tangga terus melompat ke tanah. Cari selipas terus menuju telaga
Guna timba diceduk air. Mandi kerbau. Cebus cebus, siap!

------------------
Shriekkkkkk. Lain macam bunyi brek. Mungkin lapisan pad brek dimasuki pasir. Nasib baik berfungsi lagi. Enjin pun yang ku dengar bunyinya dah memang enjin yang berusia tapi tetap gagah.

Trak berhenti. Aku meninjau di sebelah kanan. Hanya lautan ppadang pasir. Aku tak pasti disekeling tadi  kerana mengisahkan kepala yang terantuk dan mengunkapi kisah silam.

" Bro! Sampai dah. Ok juga depa set-up kem sini " Dwan tepuk bahu aku.
"Alhamdulillah. sampai juga.Engkau ni asyik tidur ja. Boleh pulak kau lelap jalan  macam ni" bebel Dwan dalam bersyukur.

"Ala. Terlelap sekejap je aku ni"

Aku toleng kepala kearahnya yang duduk di kerusi sesebelahan. Gigih juga dia bangun tepuk aku dulu. KAmi duduk berselang kerusi manakan sampai . Kerusi sebelahku penuh dengan beg kami dan kamera aku. 

Ya memang disebelah kiri trak banyak khemah dipasang. 
Di situlah pengembaraan aku sebenar akan bermula,,

" Hah, apalagi , Jom turun..." Dwen sekali lagi tunjal tepi dahiku,

"Weh, agak-agak la. Cakap je lah" Marah juga aku.

" Habis tu, kepala dok fikir apa tah kau ni" Balas sahabat aku sambil ambil beg sandang dan peralatan dari atas kerusi sebelah. 
"Ni beg kau . Angkat !!"

" Sabar lah...." Aku terus bangun.

Pasang meja dan katil.

Sebelum buat wainscotting, beri tugasan anak anak pasang barang Ikea, Sementelah cuti panjang, larat dok main game saja. Sekali sekala kena buat kerja.



Lori tiba dengan muatan .. Bila nak angkat tilam naik tingkat atas yang jenuh nak memikir. Tangga dua level. yang jenis kona kat tengah. Masa nak kona tu tak lepas. tetapi sebab dia  lembut boleh la henyak henyak sampai lepas. Nyaris tak koyak cover. Plastik je koyak, cover kotor sikit. Adus belum digunakan !!Takpe lah cadar kan ada.



OK lah tang tilam dan katil senang saja, Buat yang susah dan banyak. Kerusi 8 meja makan satu.
Memang ramai kat umah. Dan aku keluar la semua tool dan electric driver ( drill), Jadi mudah dan cepat. 

Dalam pada tu ada juga yang dpasang terbalik. Yang sandar kerusi dipasang mengadap ke belakang.. Buka balik. Pasang balik. huhu




Dan akhir nya siap meja makan untuk lapan orang. Tambah kerusi kat hujung jadi lah sepuluh orang.. Just nice. Lurvy nak yang saiz ni..Alang2.
Aku pulak prefer 6 seater je.. tapi baik guna yang lama ja dak kalau 6 seater.


So settle for 8 seater.. senang dan siap!


Dan ni frame  katil ikea pulak. King saiz ganti yang lama dan 15 tahun kot.  Tapi pasang katil ni simple ja. Dengan kerjasama 3 org anak-anak dan tools yang cukup cepat la juga.





Friday 3 September 2021

Siri yang ditunggu.

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tak sabar pulak nak menunggu Final Season siri ni. Alamak dah final season..Dalam Part 5 ni,,apakah semua akan mati atau akan bersudah dalam kegembiraan.
Tiber aku sokong geng2 ni. Tak pasti betol ke tak diaorang ni. Fighter with cause ataupun geng-geng yang suka buat menace.
Entahlah..sometime ok juga dok belah dark side sekali sekala

Apakah strategi Prof, Tokyo dan lain-lain?? Tak de ke watak KL ke? Kan nama depa mengikut nama bandar,,,hahahaha

Kita tunggu bila nak masuk Neflix..err should be today kan...

Yezzaa


Thursday 2 September 2021

Apabila pingat emas ditarik

Assalamualaikum bloggers and readers..


Pingat Emas!!!

Hatiku tak terkejut kerana beliau adalah pemegang pingat pada edisi yang lalu.
ALhmadulillah bertambah lagi satu pingat emas untuk Para Malaysia.

Seriuos ly aku tak terkejut langsung kerana beliau adalah harapan emas kita. Dan kalau kalah pun adatlah. Bersukan , ada yang menang ada yang kalah. Walaupun semua nak menang kan.. walau 1/1000 saat tetapada ukuran membezakan. Walau 1mm jarak jika boleh diukur akan membezakan suasana tangisan gembira atau tangisan kecewa.

Lempar cakera.
Sukan yang aku tak tonton. Mungkin kerana Paralympic atau kerana kekangan masa. Jujurnya mungkin kerana Paralympic. Kalau itulah peserta Olimpic Malaysia yang menjadi taruhan mungkin ramai yang menunggu.  Waima Astro pun hanya satu saluran untuk sukan ini berbanding 10 kot masa olimpic,

Baik. Menang tak terkejut. Yang terkejut sikit bila dibatalkan. 
Eh kenapa pula detik hatiku. 
Dan tahulah ketika itu sebab lambat masuk Call Room. hokey.. apa pulak call room. Pun tak pasti kan, Jangan semua kita tahu..ada yang tak tahu..Call room ialah bla bla bla..
Dari nama pun dah agakkan.

Loh awat lambat pulak? Ini persoalan yang utama. Bukan org yang membuat aduan.
Aku ahli sukan, aku main sukan..aku minat sukan. Aku main nak menang..nak sihat. 
Kalau aku letak tempat Ukraine, mungkin aku komplen, Itu hak peserta, Mana ada ruang untk komplen memang depa akan komplen. Jujur.

Kemabali kepada persoalan. Kenapa peserta lambat. Tiada org uruskan. Tiada pebgiring ambil berat? Atlit tidak peka.?
Ok, banyak jawapan yang kita tunggu.

Manakala yang kedua pula, bila level Paralympic buat keputusan aku jangkakan memang susah untuk ubah. Wehhh.. ini level dunia kot. Bukan pertandingan antara kolej atau asrama.

Depa professionl kot..

Dan seperti aku jangka rayuan Msia ditolak.
Dua kali sedih la org yang kecam.
Sebenarnya org yang kecam ni maybe tersangat patriotik. Salute!!

Tapi ni rule kot. 

ok lah , aku rasa tiada sapa nak aniaya Msia dalam hal ni. Semua nak menang, Jury adalah profesionla.

So elok kita kembali kembali root cause..kenapa Atlit Msia lambat masuk call room?? Apakah punca,,dan ikutlah rules.
Bila rules yang digunapakai menyebelahi opponent,,, belajarlah menerima.

Soalan aku, dalam suasana lain,
 adakah kontinjen Malaysia tak akan komplen jika peserta yang mengalahkan kita terlambat juga dan menang ..Adakah Msia menerima kedudukan tempat ke2 walaupun dari segi teknikal kita rasakan aduan kita berjaya? Atau mencuba mencari ruang untuk diupgrade ketangga pertama.. ???

Rasanya tak molek serang oku Ukraine.
dan tak molek serang jury.dan press further dlm kes ni.

Mengalah bukan bererti kalah.
Mengalah untuk membina lonjakan kehadapan, yang lagi jauh.
Mengalahlah bila perlu...
Mengalah utk elak lebih malu..

Sukan bukan sekadar memang tetapi menang berhormat dalam erti kata peraturan kita patuhi.
Jika rule mengatakan kita terkhilaf,, lapangkan dada..teruskan usaha.

Itu lah bangsa yang berjaya
Bangsa yang pentingkan masa
Hormat pada undang2 nusa dan undang2 mereka.

Sukan mendidik kita..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...