Sunday 27 January 2019

Kekanda sekarang di Bidor, Perak, Malaysia

-Coretan di kaki bukit, Dekat cameron highland..-

...Pilihanraya Kecik (prk) dah habissss.

Tahniah yg menang.
Yang kalah buat post mortem leklok.

Semoga yang menang ialah rakyat.

Menginfsafi satu perjuangan memerlukan muhasabah yg amat dalam, ke lubuk hati.

Sistem demokrasi hanya satu wadah, banyak lagi ruang untuk membangunkan diri, memerdekakan umat.

Janganlah kemenangan sekadar menang. 
Janganlah yg kalah merajuk hati.

Niat mesti betul.
Kaedah mesti wajar..

Betulkan yang silap, kotakan yang dikata.
Dakwa yang salah,

Muliakan.., 
dan dengarilah  yang adil.
Yang boleh membimbing..

Undang-undang untuk semua, untuk memimpin.. 

oh, juga utk dilanggari; kata sesetengah mereka. 
Kalau tertangkap, bertanggungjawablah sebagai jantan sejati..

Jgn buat dulu, sekadar melahu untuk dimaafi.

Jgn herdik dulu, 
kemudian meyesal tidak berlagu..

Niat dan kaedah,, yg betul berjalan sepakat..
Baru negara bertambah berkat..





-norizan
The Cedar, Bidor.

 Sambil merenung bukit2 Cameron Highland



Friday 18 January 2019

Lurvy underwent surgery..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Rabu 16.1.19

Aku bercuti membawa Lurvy ke Columbia Puchong. Ada pembedahan kecil di bahagian rahim. A minor surgery tetapi aku risau sangat, aku yang suam suam nak demam jadi makin teruk. Sebab risau kot. Tapi kalau kena surgery tu tak lah minor kot. Well aku tak sempat sekali pun jumpa doctor. Hari tu appointment pergi sendiri, after school hours. Aku kerja.

Pagi masuk ward sebelum operations, kita lemah betul. Lepas hantar Lurvy masuk wad, aku pula pergi dapatkan rawatan kat klinik. Datang je, dah dibawa ke OT. Can one imagine now, how much time to spend together is very precious, nevertheless, operation successful. Alhamdulillah..
Aku tak sempat juga jumpa doctor on the condition sebenarnya. Tak kisahlah asalkan semua ok,

What a start of the year, Aisya operate mata, Lurvy operated by Gynecologist.. Start with a bang!!
All went well and hopefully this year a beneficial and successful year. Looking for ward ahead..
Lurvy is on medical leave. Which she quite reluctant  untuk cuti lelama. Aku pulak pujuk kata dah doctor suruh rest, lagipun mungkin hari tu sibuk jaga exam. Peluang untuk berehat dan recuperate. Kang bleeding etc kan susah. Dengar cakap doc...

p.s , aku masih lagi tak kebah. Hari tu masa pergi klinik doctor nak bagi mc aku tak mau sbb aku dah apply annual leave attending Lurvy kat spital. Siap discuss condition Lurvy dengan doctor tu..wohahaha. 

and she mentioned not to worry





Thursday 10 January 2019

Duh..boleh macam tu,,kalut nooo

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari ni ada lagi benda lucu..
Biasalah, Lurvy akan ke sekolah dulu. Aku gerak lambat sikit dan ada tugasan hantarin anak-anak ke sekolah.  BIla nak keluar rumah tengok hp dia tertinggal.

Dan tentu dia agak jauh dah.
Terfikir la nak message  kawan dia. No worry aku share thumbprint hp. Dan anak-anak pun dah dapat pin number mma diorang..
Dengan hp aku pun depa dah tau pin . Adoi, bila depa usya pun tatau. Tengok tengok selamber je bukak doraemon kat yutube. Hermmm..
Little hackers.. for good one.
Seriau kenkawan dok hantar wasap yang pelik2 ja..


So aku pun wasap one of Lurvy friend.
BAgitahu dia dalam mesaage yang Lurvy tetringgal phone. Done.

Lurvy pun call. Ingat bawak la, sebab ada nampak cover,, bla bla. Ok lah. Done

Then suruh aku buat appointment kat Columbia Asia atau Tanya nak walk in hari ni boleh tak. 
Ok lah Consider done!!.

"Lepas tu kalau boleh ke tak boleh bagitau semula. Wassap ke no ni sebab ada kelas .." Lurvy ingatkan.

Ok ok!!

Aku pun call Hospital gitu gini.

Dan wassap la..

“Yang, hari ni klinik tutup waktu petang.
Kalau nak pergi petang  esok boleh. Atau call no hospital kalau nak hari lain ker”

Aku pun attach no hospital. Kot la Lurvy nak arrange sendiri.
Senyap ja. Bz kat kelas kot.

Kemudian pukul 2.30 pm Lurvy call dari no. yang sama dan ofcoz takde caller id.
“ Eh tak message pun boleh ke dak..”

“Eh, dah meseage la…tad..eh alamak ke no phone Yang la’

..hp yang tertinggal tu.



P.s Punya la kalut..dah tau hp tertinggal wasap ke situ kenapa..

P.s.s Nasib baik juga message ke no Lurvy. Kalau message loving2 , gurau ke hp kawan dia cenggini:

“Yang, sib baik klinik tutup petang ni. Esok-esok Boleh la kita pergi sesama jumpa doc Gynae. Mana tahu kot kot pregnant” Mampuih..Dah la hp orang!!! Wohahahah..

Monday 7 January 2019

[MENARIK] Taman Tema Escape Teluk Bahang Pulau Pinang!

Assalamualaikum bloggers and readers..



Ok sambung cerita percutian ke Penang setelah menceritakan pengalaman di hotel tempoh hari.

Tempat yang dipilih untuk percutian keluarga di Penang ni  ialah Escape (Adventure Park). Ianya merupakan salah satu taman tema yang berlainan dari taman-taman tema yang biasa kita pergi. Dan aku pun tak tau kewujudannya , kan,,, 

Itu pun setalah anak-anak cadangkan.

Lurvy ? Lurvy ikut saja. Dia yang penting nak pi makan tempat best-best. Especially udang etc.

Mengikut website Escape, peraturannya, seperti biasalah taman tema kan, antaranya tak boleh multiple entry. Food and beverage not allowed. Dan lain-lain lagi peraturan yang standard. 



Maka kami ambil heavy breakfast kan hotel pepagi tu. Pukul 10.00am baru gerak. Dari hotel kat Feringgi amik masa 15 minit sahaja kot kalau tak silap. Sesampai saja terus cari parking, yang mana masih banyak sebab awal lagi. 

Oh ya masa operasi 10.00 am hingga 6.00 pm.

Nak masuk ke taman tema ni kena masuk malalui section Waterplay, sebab situ tempat dia akan process entrance kita. Iaitu menggunakan thumbprint. 

Kita masukkan booking number dan keluarlah bilangan pax . JAdi sorang-sorang akan diambil thumbprint secara digital dan "turnstile" pun bukak. Agak lama sedikit la dari kaedah barcode sebab thumbprint pun ada yang tak boleh baca , salah tekankat reader tu, tekan senget etc.  Kena ulang buat balik. Anyway sebab crowd agak lengang, tak lah kalut sangat.

Sebelum tu, kita boleh tambah credit dalam wallet. Sebabnya transaction adalah cashless. Kita akan diberikan pincode dan key-in saja pin code untuk buat pembayaran. Ada locker disediakan. Cuma, dalam pikiran aku lagi secure masuk kan duit dalam ewallet dari letak dalam locker. Ye lah locker ni tak pasti secure ke tak. Kalau ada org perasan/intai pincode kita, dia boleh bukak locker tu.

So aku ambil hampir semua duit dari dompet dan masukkan ke  dalam ewallet.. hehehe. Dari simpan dalam locker..

Sebabnya nanti boleh refund masa keluar dan duit kita secured. Kalau nak beli pun senang , tak payah top up- top up lagi.

Taman tema ni ada 2 side atau section. Satu Escape adventure dan satu lagi Waterplay. Kami pergi ke tempat adventure dulu. Ye lah kan takkan nak mandi dulu then basah-basah nak memanjat bagai.

Adventure Park.

Simple saja konsep dia ni. Semua kena buat sendiri. Ada safety briefing then pandai-pandailah panjat dan buat flying fox. Itu basic dan attraction yang mula-mula sekali agak trill dan fun. Dan memeluhkan badan. 

Ada 3 level..ianya berbeza tahap difficulty. Aku amik level 2. 

Ok done.. 

Got the feel, the aku pi pulak tempat lain 

i.e antaranya Kite-flyer  dan Flying Lemur.

Gilos punya tinggi flying lemur ni. Kalau dah mula masuk safety harness tu memang kena buat jugak, "no turning back" kot. 

Sebabnya memang design cenggitu, kalau boleh cabut-cabut dari wayar keselamatan, maknanya kurang selamat. Risiko tinggi kalau boleh cabut-cabut. Once masuk je kena ikut track sampai habis.

Trill.

Kau gayat ka, takut ka, panic ka, ,tetap kena habiskan. Adventure betul.!! Bayangkan flying fox (eh bukan fox lagi, flying lemur) merentasi laluan yang tinggi, jauh dan perghh…menggayatkan.


Oh did I told you all yang aku ni gayat . kenapalah aku cuba buat benda cenggini???

Well , kalau tak cuba tak tahu kan..


Dan masa ni anak2 dah pergi waterplay. LAju ja depa

 Aku pulak tolong remaja pompuan dua orang yang tak bawak phone, ataupun depa tinggalkan dalam locker. Tak pastilah...

Ye lah, memanjat sana sini takut terjatuh kang pecah.

"Minta tolong pakcik tolong amik video kita ornag naik tu"

..Pakcik?? woahahah

Ok la..Mula mula depa minta tolong Along tapi dia pass kat aku sebab tak nak  kena tinggal dek adik adiknya, yang telah bergerak nak main air.
Dia pun tak mau tunggu situ lelama.

Sebab setting naik Kite Flying tu memang lama. Safety harness nak kena pakaikan betul.. kemudian tarik tinggi tinggi sebelum dilepaskan. Mungkin dalam 15 minit juga nak tunggu. kalau ramai orang berjanggut lah nak tunggu..

Tapi sebab niat nak tolong orang je kan lately, maka aku tunggulah amik video. Kemudian wassap la pulak. Dah kena amik phone number , save dalam hp Lurvy. Sebab guna hp dia, hp aku battery pun nak habis. mana idaknya, amik gambar sana sini.

Dah, sudahnya aku sorang ketinggalan. Lurvy dah pi naik flying fox, yang remaja pergi attraction lain.



Okaylah cerita banyak pun tak guna, tengok photo dulu ..

(tempat ni sangat cool dan best tau!!). 

Ni ha photo-photo kat sana

p.s nanti aku masukkan captions



Ni View dari tahap 2 punya difficulty

safety briefing lagi





Safety harness.. please follow instruction




Laju betol depa ni naik..

Terrjunan !!!



Layan je ..








Friday 4 January 2019

Bersyukurlah....

Assalamualaikum bloggers and readers..



Semalam, tika perjalanan pulang lewat maghrib, hati tergerak untuk masuk MEX.

 Bila dipersimpangan Mex atau Sg Besi, selalu pertimbangan perlu dibuat. Sg Besi tol RM0.80, MEX RM5.50. Haishh sapa janji nak hapus tol tah.

Anyway, aku tak de keperluan untuk segera pulang, sementelah sudah agak lewat, dan maghrib  sure tak sempat kat rumah. Tapi stereng kona masuk MEX, ya penjimatan masa 15 minit tapi ada harga yang perlu dibayar i.e tol yang agak mahal. 

Tapi kan, mana ada benda free kat dunia kecuali oxygen kot, dan ada lagi lagi yang kita tak perasan seperti kasih sayang, emphaty dan belas kasihan ibubapa kita. Mana ada orang tuntut kasih sayang dengan wang tunai kan.. Free lah tu.

Apa pun, setelah kona masuk MEX, baru tengok Waze, alamak jammed pulak jalan.

 Its ok.. take it  positive,  walaupun tadi ada kemudahan kat tangan tapi tak check. Err.. take it for granted.  So merangkaklah kat jalan selepas tol pertama RM2.00 tu.

Positive vibe datang. Tak pe lah jam apa nak buat..Dengar lah lagu ka..berita ka..

Sambil tengok permandangan senja. Masya Allah cantiknya. Bila laju tak boleh nikmati keindahan ..


 Tu lah seronok take life on a slow lane.
Take it easy.

 Jangan kalut..


Sambil bersyukur dah boleh  balik dari kerja, naik kereta lagi time ni,

Kerana…
Ada yang belum boleh balik.
Ada yang tunggu bas/tren/mrt/lrt. ...(Ni setakat jam je kot.)
Ada yang naik motor,
Ada yang naik basikal.. Ada yang apa pun tarak..moto ke basikal ke.. Hanya berjalan kaki saja.

Waima kerja pun ada yang tak dak.


Jadi, nak komplen apa la sangat..??

Sampai lebih kurang 2km . Jalan yang asalnya tiga lorong menjadi dua dan seterusnya menjadi satu lorong.

Ada kerdipan lampu kereta peronda penyedia konsesi dan kereta polis di  lorong tengah. Dalam 50 meter dihadapan aku nampak ada lori tersadai di lorong kiri, 

Oh mungkin lori tayar yang pecah/pancit kot. Detik hati ku.

Sebaik sahaja melepasi kereta polis kaki bersedia untuk terus menekan pedal sebab jalan dah clear. Takmau la dok busy body dok tengok lori tu pancit  tayar  mana bagai. Buat jam lagi je.

Sebaik saja melepasi kereta polis, ternampak sekujur tubuh dilitupi plastic hitam di sebelah kiri jalan. Innalillah..

Siapakah penunggang tersebut?

Anak siapakah yang menunggu dirumah?
Isteri siapakah yang menunggu kepulangan sang suami?
Atau ayah dan ibu manakah yang berehat sambal menunggu kepulangan anak dari kerja atau dari mana sahaja?

Hanya kerana jammed sedikit, in Sha Allah kita akan sampai kerumah. 

Alhamdulillah, aku tanamkan  sikap positive dalam menghadapi kerumitan kesesakan tadi, yang amat sedikit, berbanding musibah keluarga arwah.

Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Semoga kita senantiasa bersyukur dan semoga keluarga arwah meredhai segala. Aku tak mengenali kerana tertutup litup ( sebelum dimandikan kali terakhir, sebelum dikapankan).. namun aku mengerti..sekurang2nya cuba untuk mengerti.

....kerana sesungguhnya tiada upaya kita terhadap sesuatu pun kecuali dengan RahmahNya..

Thursday 3 January 2019

Aku dapat 10,000.. yahuuuu

Assalamualaikum bloggers and readers..


Menyambung lagi catatan cuti-cuti Malaysia di Pulau Pinang. Yang mana sebelum ni telah bercerita tentang hotel yang didiami.




Oh ya..berkenaan hotel ni,  yang aku rate so-so je. Bukan lah nak ngomel sangat pasal hotel, just,... macam basic punya request aku tak dipenuhi kot.

Cenggini,..

Aku dah plan itu ini walapun simple je percutian ni. Walaupun simple benda basic pun depa ak boleh buat. Kan ..

So aku pun email kat Hilton punya support/care.

Aku cakap:

  •     Satu jam before arrival aku call hotel confirming whether booking aku is good or not. Maksudnya ok la semuanya walaupun dah bayaq semua . kot kot la sesampai kata tak dak bilik. Kan naya. Just be save and prepared.

     
  •     Ok.. hotel ni confirm booking in order. Settle.


  •       Yang keduanya aku habaq pi kat depa aku book 3 rooms. All one family, requesting  rooms semua dekat dekat. Ok dia ambil note.

  •           Ketiga, request for nice view , ye lah chop awai awai lah. Aku, ye lah kalau orang kenai aku, aku habaq yang ke3 bukan priority, kalau ada dan boleh assist, would be great. Kalau takde its ok. You ensure bilik dekat dekat, tu  yang penting.


Simple request. Single booking. One family. Connected room or same floor or sebelah sebelah. Basic kan...??

Sesampainya, perghh tunggu 1 jam utk check in. No prob. Aku bukan in hurry . Nak bercuti kan , elek elek dah la.

"Sorry encik ni bilik encik, satu tingkat 3 satu tingkat 5 satu tingkat 6."

 Tudia.. bersepah.. Macam tak logik..Again me as me, tak nak create scene. Alah.. small matter kot.

“eh tak de dekat dekat ke?. I dah called tadi mention about arrival in 1 hour time and cakap kami semua ni ni satu family. Ni bukan saja tak sebelah sebelah.. Nala punya.. different floor”

 Bahasa kedah penang siam aku keluaq campur Bahasa Omputih. Bahasa peringgi ja tak keluar..

"The best kita boleh pindahkan yang 3rd floor ke 5th floor."

“Itu je the best you can do. Ok lah” aku cakap dalam hati lah. 

Malas la nak bising-bising. Keep cool and enjoy the vacation. Lagipun kecik punya hal lah.

Done.

Anak-anak nak naik keatas , ke bilik aku, kami kena jemput bagai .

 Sebab nak naik level lain kena ada key card ( access card).

Hermmm.  Layan je lah.. Kejap kejap phone dering nak naik atas. 
Nak honeymoon pun susah..wohahahaha.

Kira case close la, bab check in tu. Ala, kita orang org kampung, takde hal bab-bab ni. 

Saje seronok tulis blog, ( actually tak de idea nak tulis apa)

Tetiba..malamnya pukul 8 ke 9 cenggitu ada call dari reservation.

“Good evening sir, I am (@@@@). Sorry to disturb you. We just want to have your feedback on your check in experience. Anythin' you want to share”

Oh.. ok aku pun story macam kat atas tu. Tak nak type lagi nanti korang kena baca lagi benda yang sama.

“Ok I will inform our duty/resident manager and the manager will call you sir about 10 am. “ Manisnya berjanji..

Aku pun bagi no hp dan suruh call pukul 8. Sebb pukul 10.am nak pi Escape. Dan aku tulis ni mula2 nak cerita pasal kenangan kat Escape. Dah melalut panjang bab hotel.


Aku pun sambung cakap kat orang yang call tu
“Dan if anything you could help. I would appreciate..kalau boleh, please change our room dan tempatkan dekat2 sikit.”


Ada ayat kalau boleh. Silap pulak aku tak insist. 

Kalau boleh…

Dan aku terdetik dalam hati mesti kelaut dengan ayat tu lah.

Betul telahan aku. Call pun tarak.. tukar bilik pun tarak..Ermm 

Kalau boleh.. again the key word from me.

Alah small matter lah.. semalam lagi pun , bilik jauh jauh.Tak tukar bilik?.  Tak de hal

What is big then!!??? Yang big matter nya ialah janji nak call. 

Semalam beria-ia call aku tanya experience. Kalau tak call kira case close daa. 

Ni call itu la ini la.. Habuk pun tarak.. Wohahah

Haishh wat malu Malaysia ja..

Aku pun balik KL,, boring-boring bukak website Hilton. Hantar la cerita experience kau kat Carecenter dia.

Oh.. ok aku pun story cam kat atas tu. Tak nak type lagi nanti korang kena baca lagi benda yang sama.

Dan dia orang respon cepat. Dan aku being awarded 10,000.

Bukan RM ye.. 10,000 Hilton point. Yang mana aku pun tak tau nilai dia. Tu ja nak habaq.

Panjang-panjng tu lis,, tu ja nak habaq pi.
Pasal Escape nanti dulu..

Ja mata ..


P.s ,. Nak tengok pic hotel tu kat sini


Siapa yang menaip? Siti lah..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari nak add satu  bloglist .. rasanya blog ni telah banyak kali aku visit terutama bila nak survey tempat-tempat nak pi melawat.. samada local atau seberang laut.

lagi satu sebab blog ni memaparkan detail dan dalam catatan yang mudah dipahami dan santai.

kekadang siap budget sekali..

so sapa sapa nak travel tahun ni boleh la layan blog ni..atau layan je cerita cerita dia...

[Blog Link: SITI YANG MENAIP]

SITI.YANG.MENAIP

ok.. Jamata kudasai..(jumpa lagi)  till we meet again.

Wednesday 2 January 2019

Syarikat Cathay Pacific tersalah jual tiket, sangat murah jadinya

Assalamualaikum bloggers and readers..



Pergh..hari ni diberitakan, Cathay Pacific tersilap pricing tiket. 

Ticket yang sepatutnya berharga RM66,000 dijual pada hanya RM2800 sahaja.
Ni super luxurius punya tiket ni.

Adakah betul betul tersalah atau just gimick sahaja..
Apakah servis level atau class kalau harga tiket sampai RM66k. Mungkin ada shower sekali kot.

Kalau dapat sure best kan

2019: A year to be a new you

Assalamualaikum bloggers and readers..



Terlalu banyak benda nak dibuat sampai taktau nak buat apa. Pembaca pun mesti pernah alami benda yang sama kan. Tapi satu benda pun tak bergerak..
So tahun ni take it easy. Buat benda sesatu. At least one at a time dan yang pentingnya ianya bergerak walaupun sedikit.

So sebagai terapinya aku mulakan dengan memblog.
 Its kinda take away some pressure when I am start writing something. Anything..

Betulalah kata orang. U just start type. Pedulikan dengan tajuk coretan anda. Last sekali baru pikir tajuk. Just mengomel, type, baca semula, betulkan ejaan then komen sendiri-sendiri kat blog. Komen secara jujur dari hati adalah lebih baik dari komen yang fake atau seangkatan dengannya..

Pedulikan kisah atau kata kata orang. Kisah anda untuk diri anda.
Aku rasa semua orang pernah kawan atau  kenal dengan fake person, niat yang fake, pujian yang fake.. kata-kata yang fake, nak ambil kesempatan dari kejujuran…tapi ianya adalah pengajaran.  Something to remember that, even though she/he faking/lies with someone; you or other person; they wont be a peace. .

Photo credit as per pic .. Alamy stock photo



Oh ya.. SELAMAT TAHUN BARU, ucapan yang jarang aku buat tapi for the sake of writing,..

 and its is sincere form me  to wish all the readers Happy New Year. 
Cuma jarang aku ucapkan and raikan. Its only year become new, if you remain the same old person. So, be a new you!! Slowly but surely..Be a better you.

Throwback 2018. A lot of thing accomplished. Yang tersurat atau tersirat.
  • ·         A few loan settled.
  • ·         And target met
  • ·         Relieved of something that membelengu sekian lama. Alhamdulillah. Settle.
  • ·         A more calculative investment and more prudent saving.
  • ·         Looking forward a fruitful and a happy 2019 for me and my family. Something to cherish together.
  • ·         Still a lot of thing to look forward and hope Allah bless us all. In Sha Allah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...