Tuesday 31 May 2022

Berhujung minggu di Kedah

Assalamualaikum bloggers and readers..

So terjawab sudah bila aku isi minyak semula. Kali ni tinggal 2 bar juga.
Oh ya sebelum tu yang aku isi Rm94.94 tu aku guna untuk balik kampung ke Kedah. Dan sememangnya aku tak perlukan hentian pit-stop untuk refill minyak. Sebelum-sebelum ni memang kena berenti.
Sebabnya begini: Dulu isi bila dia snap auto berenti tu aku dah tak tambah so memang banyak ruang lagi dlm tangki kot.

Yang RM94 tempoh hari aku memang tarik nozel tu keluar sikit untuk isi banyak. Tapi cemasnya memang boleh isi banyak sangat.
JAdi fair lah aku pergi tanya kan, bukannya tuduh dan viral kan. Ye tak?
Bagus kan aku ni.. hehehehe.

So walaupun jem setempat setempat ketika balik Kedah hujung minggu tu , tangki bertahan sampai Kedah. Wah boleh la isi macam tu lagi ,, dan bilamana hendak return ke Klang Valley aku buat camtu juga. Isian penuh RM91.00.
Misteri terungkai!!

Penat juga balik petang pukul 5 lebih.Sampai tengah malam. Esoknya wedding rumah adik. Adik ipar kepada adik kawin. Bila mana ayah dan mak mertua dia dah tiada, maka suaminya ( yang merupakan anak sulung lah yang menguruskan perkahwinan adik-adiknya).







Alhamdulillah selesai dan dipermudahkan. Lama juga tak makan nasi kenduri kedah. Hermm.. ya la kan dengan PKP bagai.

Alang-alang balik tengok lah juga homestay yang beroperasi. Lurvy mesti nak ensure semua kemas. Ye lah memang la ada orang jaga tapi nak juga pastikan kebersihan dan kekemasannya. 

Nak-nak tambah lagi satu homestay beroperasi . Baru bulan pertama. So far alhamdulillah.

Orang Kedah ka orang dari mana mana ka, sapa-sapalah, yang berkunjung ke Kedah/ sempadan kedah/ Nak ke Kuala Perlis/ Langkawi dan nak transit boleh singgah ke homestay baharu kami. 
Nama homestay :
 Cozy Bella Homestay@Kerpan

Friday 27 May 2022

Siap pi tanya cashier lagi...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tadi, siap aku pergi tanya ke kaunter Petronas. Pam ada isu callibration tak? 
Ghisau cashier tu nak jawab. Siap suh tanya orang yang senior kot. 

"Eh ok je cik. Tak de apa isu." 
Kenapa ye cik?

"Tu lah.. saya isi minyak dah sampai 94 ringgit tapi tak penuh-penuh lagi. Tadi ada dua bar sebelum isi. Kot la pam problem ke."

(Tengok tu? aku banyak songeh ke ea.?Sampai pam aku syak.. tapi tu la RM90 tuh)

Tapikan dah ada 2 barsebelum ni. Isi RM94 pun masih tak penuh sampai aku stop. tapi kalau teruskan pun mungkin seringgit dua lagi kot.

So jawapan dia : "semua ok. tak de isu"

Kalau ok tak pe lah. Tanya je sbb selalu seingat saya dalam 60 atau 70 je kalau saya dok isi bila masih lagi 1 atau 2 bar.

Aku pun keluar dengan keyakinan aku yang silap. Dan terlebih rajin pulak pergi tanya. Orang dah la tengah sibuk.. maaf ya

Balik rumah nak check manual berapa kapasiti tank X50 ni.

Selalu sebelum ni tak kisah pun. Waima resit pun tak simpan. 
Ha kan dah tak sure berapa RM kalau penuh..dah setahun guna.

Hermmm.. masih musykil.

Best nya,, boleh aku pi tanya ada masalah pam ke.. Woahahahahah.

p.s
Betul la kan, kalau tak pasti kita tanya. Jangan dok syak wasangka





Thursday 26 May 2022

Nak beli towel ikea je asalnya. Terbeli tilam sekali.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Selasa, iaitu dua hari lepas , work from home. Tetapi ada jemputan raya sebelah KL nun. Kiranya business contact la . Di email dan di "what apps" supaya datang. Siap pepagi dia call aku, "kalau kau sampai lobi kau call, sebab nanti ramai orang tak jumpa nanti."

Makanya tengah hari kena pergi lah. Lama kan tak ber open house yang official. 3 tahun kot.
Jalan pun ok sekarang ni. 12 tgh hari macam tu. Maybe bukan waktu peak hours

So best la dapat jumpa business circle yang selalu dok contact guna phone/call je. Lama tak jumpa. Client dari company lain pun datang juga so dapatlah berkenalan.

Anyway, tengah hari tu juga pergi rumah kat KL yang buat airbnb. Kemas sedikit sebanyak. Petang sambung kerja kat situ je.  Penat juga..baruku tahu ..hhhuhuhuh

So okaylah ..ingat nak pergi memalam tapi sebab tadi ada open house , pergi siap-siap lah. Petang sampai malam kemas comei-comei sebab ada orang nak masuk, katanya hujung minggu.
Malam pukul 9 baru balik.

Kena pergi juga sebenarnya check in hari Selasa tu sbb Isnin ada orang keluar. Risau kot jenis tak buang sampah kat tempat sampah sepatutnya. Kalau lelama tentu bau tak best. And kalau towel basah bersepuk pun aku tak boleh biarkan. 

Nak dijadikan cerita ada towel yang tak cukup. So aku rasa serba salah nak tanya orang yang stay sebelum ni. 

Tapi lawan juga perasaan tanyalah. Sebab dua helai kena ciluk. Dan first time jadi. Aduyai. Tak sangka.

Bila tanya memang kata tak ambik lah kan. Tapi dia kata nak check dgn helper ( maid) sebab dia bawa maid.

Tak pe lah ..aku kata check jelah. Kalau ada tahulah sapa yang ciluk, kalau tak ada nak buat macam mana kan.Kalau maid dia amik memang dia patut concern tentang perangai maid dia. Ada "trust issue" kat situ. Barang dia pun kena diawasi juga

Dia tanya nak bayar tapi aku cakap tak payahlah,sebab tak pasti maid dia ( dibaca grup dia) ambil ke tak.
Anyway, nak buat macam mana. Takde rezeki kami, barangan dicuri. 

Segan sebenarnya nak tanya, kot dikata tuduh ke apa. Tapi alhamdulillah dia paham.. so case close. Aku pun mintak maaf sebab wassap tanya soklan camtu kat dia.

Semalam,Rabu, lepas buka puasa seadanya,maghrib, then ajak Lurvy pergi Ikea top up towel. Eh macam top up credit la pulak. Lurvy pun hairan macam mana lah orang boleh terpikir nak curi. Eh... orang macam-macam perangai. Risk macam tu lah, redha je la. Kena pi Ikea sebab nak sama warna dengan set yang sedia ada.

Plan nak dinner kat KL lepas membeli belah tapi last2 dinner kat Putrajaya juga. Oh ya plan nak beli towel towel tapi beli juga tilam. Tilam? 
Loh. Bukan main lain terbabasnya..
Wohahaha.



Tapi tilam tu tilam single. okay . namanya Hafslo kalau tak silap. Vacum pack so muatlah kereta. Kebetulan Lurvy kata Alif bagitau hari tu tilam dia dah tak elok. 

p.s
Emak kan...Teringat je apa anak komplen. 
Laki komplen lagi ingat kot. Eh, aku mana ada komplen.Nasihat ada la.. wohoahahha



Tuesday 24 May 2022

Makan Lobster di Ombak Kitchen

Assalamualaikum bloggers and readers..
Aku sebenarnya masih terawang-awangan gembira kerana Manchester City, team EPL yang aku sokong menjadi Champion ..again. 
Dua tahun berturut-turut. 
4 kali dalam lima tahun.Yeszaaa

 Anyway kita lupakan bab EPL tu..sebab ramai penyokong Liverpool kat sini kan ( great fight Kop! Memang cemas juga dikejar Liverpool. All the best dlm final Champion League Liverpool)

Terus kepada entry kali ni Lobster @ Ombak Kitchen. 
Korang tahu tak ni baru pertama kali kami try atau makan Lobster. Tak terfikir nak makan sbb orang kata Lobster kat Japan ka ka Austratlia sedap. Tapi macam la dok pi Japan atau Australia. Hahaha.. Ingat macam trip makan-makan kat Kelantan atau cari sotong celup tepung kat Kemaman ke. Tu ha.. Osterolia mak aii. Apa kg kau bukannya Australia. Dah tu bilanya nak try?? Ye tak ye jugak.

Jadi tetiba lately teringin, Lurvy kata jom try restoran mana2 lah . Bukan mengidam ye
Aku pun gigih la google. Ternampak dalam blog ben pernah pergi Ombak Kitchen.

Ada la few options tapi last-last pilih Ombak Kitchen kat Bangsar. Sebab kami staycation kat KL sempena anniversary dan dekat  dari B.Jelutong outlet So set Ombak Kitchen kat Bangsar.
Dalam 22 minit dari Royal Chulan Hotel. 
Aku siap book at 8.30 pm. Agak lewat untuk dinner tapi dengan kenduri di siangnya tentu lah nak delay sikit makan malam. Selalunya malam makan ringan2 je.

Jenis tak reti nak order sangat. Seperti biasa minta waitress cadangkan. Sbb ada dua jenis Slipper Lobster dan Termiddor ( Huish , macam terminator la pulak).
Mak pesan kalau tak tau tanya.

Slipper Lobster ni macam udang lipan la yang aku paham. Tak dak sepit bagai. Saiz tak tau sebab tak order. So amik Lobster sebenarnya lah. Lobter Termiddor. (Nama macam dok baca buku Harry Potter pulakk,,tadi Terminator).







Berapa minit siap.? Tazabar pulak. Cepat je ni bang.. cuma lobster maybe amik masa, 20 minit kot.
Ok.

Tak sampai dua puluh minit siap. Bapak besor. Seriyes besor! Lurvy kata Lobster memang macam ni kot.
Entah2 dia pilih yang besar sekali kot. Tak pe . Jom.. bismillahhh...

Untuk 2 orang makan ni kami ambil Emperor set. Dah memang macam King makan la pulak.. Banyak ...
Atau pun kami kekenyang lagi. Entahlah
Tapi yang pastinya kami makan sampai habis. Sebab sedap.

Mula- dia bagi pengepit utk pecahkan cengkerang dan sepit .
Aku tanya ada penukul tak. 
Baru dia bagi.. aku tengok movie orang makan benda-benda macam ni kan ada penukul dia.
Aku pun mintak la..

Betul ada.. tapi dah hujung-hujung bila dia tanya ok tak food etc. Aku pun mintak.
Siap tanya ada tukul lagi besar tak..wohahaha.

Video ada aku uploadkan nanti kalau ada link korang klik lah ya. Kalau tak dak tu maybe aku tak siap edit. erase masa-masa penghak ..hehehe
Link aku letakkan lepas ni.

Kat atas adalah gambar²



yang sempat di snap. Lepas tu memvideo ja dengan meletak phone atas meja,, sebab pakai tangan makan, Dua2 tangan. Ni pulak menunya 




Sunday 22 May 2022

Celebrating our Annivesary ( Raikan ulangtahun penyatuan cinta kami..cewahhh)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam kenal kepada pembaca yang pertama kali masuk blog yang tak seberapa ini.
Selamat berkunjung ke rumah terbuka atau majlis perkahwinan.
Jalan pun agak sesak di hujung minggu bulan syawal ni.
Seperti biasalah, macam  zaman sebelum PKP dan covid19.


Pagi semalam aku mesej admin:

" Saya nak request masseur male untuk saya dan female untuk my wife"
Dibalasnya " Ok  Mr." 
Diikuti dengan emoji senyum.

Haihh, kalau tak ada tukang urut jantan ,memang Lurvy ajalah yang akan ke spa. Lurvy pun mesti tak benarkan. aku.hahahah

Sib baik ada male massuer.

Dan perghh dah macam pergi physio diurutnya aku. Punya lah kuat. Di lipat di siku semua ada. Tadah je lah.

Ingat nak relaxation massage je. 

Maybe sebab banyak otot yang tegang atau keras sebb lama tak streching dan bersukan..
 atau memang sebab bersukan tanpa warm up yg ok kot.

Anyway takpe ,  yang kesakitan kena urut Thai atau Indo tu tak penting.

Yang penting nak treat Lurvy pergi spa dan massage.

Sempena Anniversary. Yezza.anniversary yang ke 27.

Ok. Tu yang pepagi settlekan semua laundry ( termasuklah kisah tak sempat masukkan baju dalam mesin. Lurvy pun kata kalau dia masukkan baju dulu pastu baru tukar duit.. wohahahha).

TENGAH HARI




Tgh hari pergi anak wedding ex-office mate kat Puchong/Putra Height.
Nampak event² makin rancak. Alhamdulillah caterer dan event hall organiser bernafas semula.

 Then baru lah sempat ke KL untuk celebrate our anniversary.
Hotel yang kami pilih untuk staycation ialah Royal Chulan. Not badlah hotel ni aku rasa.
Yang penting Lurvy suka.







,,



Klasik-klasik sikit ukiran dia. Macam seni tradisional lah kan. 

Mcm aku la kot.. dah masuk zaman klasik dah, cuma belum antik lagu..wohahaha

Aku risau juga lah kan pasal baru-baru ni Royal Chulan Penang viral kejap. Orang yang book telah dinafikan bilik, katanya VIP potong tang kona. Sbb dia buat wedding situ. Tapi ni KL kan tentu depa amik pengajarana.
Naya juga depa yang kena macam tu. kat Penang tu.

Aku dah la nak treat Lurvy special on our annivesary.
Harap tak jadi lah masalah mcm tu.
Tetapi Alhamdulillah..

Semua ok!! malah di upgrade ke Premier room. Aku yang surprise..

Petang bawa Lurvy ke spa Telaga Bunga. Staff yang ramah dan sopan. Boleh bagi 9/10 la spa ni.
Badan terasa ringan lepas di urut. Aku suruh Lurvy amik 2 atau 3 teknik. Nanti boleh urut aku pulak,.. Bijak kan.
Kat front desk Spa Telaga Bunga





Lepas sessi massage air teh herba apa tah. Boleh la.. Ada kayu mais etc


Lurvy air-air teh ubat dan seangkatannya dia ok, Aku ja tak habis.






Malam pergi Ombak Kitchen Seafood kat Bangsar. Aku teringat yang Lurvy teringin nak makan lobster sebelum sebelum ni. Ni lah masanya nak bawa dia. 

Bapak besor lobster dia. 

Nanti in another posting aku cerita lagi.

Till then chio!!

P.s Malaysia tadi kalah bola vs Indon. TApi aku no komplen. Kalah on penlti. Aku harap ada masa tambahan tapi penentuan gangsa tak ada lah pulak masa tambahan, Terus penalti.







Saturday 21 May 2022

Errm..tak berdobi sampai la ni

Assalamualaikum bloggers and readers..

Berpagian dah kusidai baju.
Lurvy ada majlis sambutan raya kat Sekolah.
Ada sebakul lagi cadar dan selimut belum ku dobi. Ini antara tugasan aku bila org checkout homestay.
Dengan selimut cadar dan towel, berat juga. Semua mesti dicuci bersih utk kelesaan tetamu. Banyak kerja tapi yg penting tetamu puas dan kebersihan tip top.

So ajaklah anak² breakfast luar and sambil kekedai dobi  sbb dekat ja antara dua kedai ni.

Drop anak kat kedai makan dulu. Suh depa order.

Ni pertama kali ke kedai dobi ni. 

Sbb tertarik dgn saiz 28 kg. Besaq baqhang. Saiz mesin paling besaq la
. So tak yah guna 2 mesin. 

Sampai ja org tak ramai..mesin 28 kg tu kosong. Cantik

Aku pun pergi ke mesi duit ..tukar 9 ringgit coin. Singgit² aku masukkan.

Ok cukup.

Pusing ja ambil baju, ada sorang tu masukkan baju dia dlm mesin 28 kg tu.
 Alamak.. aku punyalah tukaq duit dulu.

So aku approach dia.
 Bang dah tukar syiling?.
Belum.
Ni ha tukar dengan saya 9 ringgit.
Eh kenapa.
Tak pe lah bang. Tadi saya nak guna mesin ni tapi saya gi tukar duit dulu. 
.pastu abg terus masuk baju dulu dlm mesin ni.
Kalau saya nak tunggu lambat lah pulak,

SIlap saya tak masuk baju dulu..

Ok. Boleh lah tukar.

Aku amik RM9. Angkat barang laundry..pikul masuk keta..
Sampai la ni tak berdobi lagi..


Ye la nak pergi kenduri lagi..

And to spend with Lurvy on our annivesary.
Nanti aku posting lain citer..











Thursday 19 May 2022

Jangan kita abaikan industri ini

Mari kita bercakap dan bercerita pasal food security.
Sesuatu perkara yang kita kurang ambil peduli atau mungkin kita rasanya ianya tiada kaitan dengan kita.
Food Security; satu terma yang besar dan ruanglitup yg merangkumi pelbagai aspek.

Apa yang mudah pahamnya ialah cukupkah bekalan makanan untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk rakyat Malaysia merupakan skop yang luas. Persoalannya cukupkan bekalan makanan untuk kita dan keluarga kita.

Persoalan ke dua. Apakah ada disposable income untuk kita menjana dan seterusnya membeli keperluan asas tersebut.

Tetapi kalau ada duit pun kalau tiada makanan tak berguna juga. Bukan kita boleh makan duit tu pun.

Pertanaian adalah industri penting yang mana bermaksud mana-mana negara tak boleh abaikan. Kecualai negara yang memang tiada ruang pertanian spt Sgp dan negara-negara beriklmim ekstrim.

Namun negara iklim ekstrim pun ada membangunkan teknologi indoor atau teknologi penghasilan yang optimum ketika cuaca mengizikan.

Malaysia satu negara yang terletak berhampiran equator.  Iaitu garis tengah yang tidak terganggugat sangat dengan musim-musim yang berubah kecuali monsoon dan hujan lebat. Ataupun sekali sekala kemarau kering. Secara lumrahnya kita di Malaysia boleh bercucuk tanam sepanjang tahun.

Namun banyak yang kita import untuk makanan kita. Beras , bawang, hasil daging dan tenusu. Manakala gandum memangnya perlu kita import sebab tiada di tanam di negara kita.

Kalau ada masalah perbekalan atau mana-mana negara ban eksport sesetengah barang, kita yang akan terkesan.

Jadi kita perlu lihat industri makanan ruji dan keperluan asas, Dan juga sumber daging dan protein. Ayam pun senang kita ternak tapi ada pihak yang mendesak dinaikkan harga.
Beras perlu dpertingkatkan teknogi supaya hasil banyak.

So, inilah cabaran kita di pasca millenium dengan penduduk yang banyak Fokus yang tak seimbang dari segi perkilangan dan keperluan rakyat. Ditambah dengan nilai ringgit yang merosot, kos akan bertambah. 

Need to be aware peeps.

Macam seyes ja tulisan aku ni.
Ha memang seyes pun!!

Wednesday 18 May 2022

Start ke gym dan bersukan

Assalamualaikum bloggers and readers...

Ni foto semalam.. setaelah bertahun gym di pejabat tutup akaibat Covid. Semalam dibuka semula. Dan aku bukan main semangat.. Terus merasmikan diri bersama-sama beberapa org regular sebelum-sebelum ni.

Ya,, nak built up momentum kecerdasan fizikal dan stamina. Bila dh bersukan barulah badan rasa segar dan cergas.

Org kata nak: fit at fifty..or at thirty of fourty.
Ya bila-bila pun kena fit. Tak leh lemau lemau.


Sempat treadmill 2 kg.

Angkat besi sikit-sikit. Ye lah baru nak start semula.. Tak boleh lasak dan ganas-ganas. Terkejut badan nanti.

Tangan pun ke fokus untuk ber eksesais juga. Untuk kuatkan otot bila main squash nanti barulah pukulan padu.

ok. done semalam.. hanya 3 orng di gym..

.....................

HAri ni terus main badminton. Tiber...

Depa ajak join sebab semua dah ready hari ni. Aku on jer sebab kalau tak main badminton pun akan ke gym . Ada je kat situ.

Kemungkinannya routine aku di gym waktu break lunch. Bagus juga sebab kalau tak ke gym ada je nak ke mamak la,, food court la.. tu yang tak leh berdiet. Now kembali routine normal harap boleh la dapat fitness dan mendaki ka apa ka. Or futsal? Maybe
Geng-geng yang main badminton.

Adoi kena layan sampai 5 games.. Pewai la.. baru nak start dah henjut 5 set.

Ingat stroke(pukul) suka2 ja.. dan main kira pulakkk..

Layan je.

Monday 16 May 2022

Dah agak dah . Mesti tak layan punya


Pagi tadi hujan lagi. Hujan rahmat . Setiap apa yang yang Allah turunkan adalah yang terbaik untuk kita.

Dan aku pun dak kira 100% cergas la kan. Niat nak jogging, Mesti. Niat mesti ada..
Tapi ditukar dengan drive santai dipersekitaran Putrajaya.

Meneroka pinggiran wilayah tersebut sambil survey kalau ada tempat makan yang best. Kira ni pertama kali la makan di satu2 tempat baru.
YA aku jarang pusing-pusing dekat dekat sini hujung minggu.

Maka drive dari Putrajaya ke Pinggiran Putra. Terus ke Kg Limau Manis..ke Sg Merab sambil mata melaliau melihat restoran atau warung.

Hinggalah sampai di Sg Merab. Nampak signboard Mastar . Ala yang salai-salai tu.

Terlajak namun sebab ada nampak macam gerai lain pun beroperasi maka kami u turn.

Melihatkan ramai orang beratur dan rupanya hanya ada satu gerai shj. Alang-alang dah berenti. Terus Q jelah.

Sambil tu terlihat banyaknyaa order yang dibungkus. Rider2 pun ramai dok tunggu nak amik.
Nasi Lemak kak long Sg Merab.

Maka kami pun order nasi lemak dan nasi kerabu.

Selalunya macam tu lah kalau aku dan Lurvy meneroka tempat baru. Diversify, kot satu tak sedap, mungkin lagi satu sedap. Wohahahha

Nasi lemak sedap juga. And nasi kerabu pun boleh la.
Antara dua nasi lemak menang.



Balik rumah anak mendapat jemputan kawan untuk open house. Kota Warisan sana nun. 

"Abah hantar pastu abah pergi la Mitsui Outlet. Lepas datang la amik Aisya"
Hamboiii. Pandai nya set plan

Oklah . Boehlah jalan2 dengan Lurvy kat outlet ni.Lama juga tak pergi.

Nak beli pakaian sukan juga ada sebenarnya.

Setelah masuk kedai keluar kedai dapat la beli satu seluar sukan.




Org tak berapa ramai kat Mitsui, mungkin baru sahaja Aidilfitri. Dah shopping kot hari tu.


Lurvy pula teringat yang annversary kami dah dekat. Tanya aku nak apa.?
Aku cakap : "Nak Yang je"

And aku plan nak beli kan something apa yang Lurvy nak la kat sini sambil dah set surprise kat dia nanti. Surprise tu nanti lah. 





Masuk kedai Victoria Secret. Aku dah agak dah .. Dengan aku pakai seluar trek, sure depa tak pandang. Banyak barang skin care dan serba mak nenek apparel pompuan aku memang nak tanya. Tapi asyik dok tengok phone depa salegirls ..
Kalau depa tak tanya nak beli apa dan buat tak heran memang depa yang rugi.

Aku pun keluar. Lurvy pun tak minat sangat perfume depa. Aku yang paksa masuk kot ada apa nak beli..Elok lah tu.

Nanti belilah  kat mana mana kat KL . Brand lain2 pun banyak

Friday 13 May 2022

Aku pulak selsema.. cemas!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni bangun ja berat badan.. Lurvy dah gerak ke sekolah aku masih tak berapa larat nak bangun.

Terkejut dek anak dah bersiap. Sekonyong2 aku ke bilik air berwuduk.

Badan lemah. Apakah aku pulak  yang akan kena.


Selsema, batuk dan sakit tekak..

Hari Isnin Danish demam dan batuk/ Malammnya ya. Terus aku pergi ambil ubat. Badannya panas 37.7 celcius.

Selasa dia cuti sakit , Dan rabu juga..

Rabu Aisya pulak selsema/ Khams MC

Hari ini aku pulak flat/lemah/dan selsema...

Ermm senang berjangkit kalau selsema ni. Tapi bukan covid. Common flu.

So petang pergi jumpa doktor. Doktor yang sama masa aku bawa Danish. Masih cam aku.

So makan ubat selsema dan mengantuk.

Kalau tak kebah lagi.. Hari Ahad buat RTk lagi..

Hujung minggu berehat sajalah nampaknya. Kecuali esok dah baik. Boleh trekking kat bukit mana-mana.

So malam ni relex-relex sudah. Badminton dah out. Tak payah tunggu dan berdebar lagi.

Debat depa pun dah habis. Debat yang tiada permarkahan. Cuma rakyat yang dapat mengenal cara dan kaedah penyampaian.

Debat sekadar debat kerana apa yang disarankan jika tidak diterima pakai oleh orang berkepentingan mungkin sekadar cadangan.

Apapun aku nampak yang sorang tu lebih berfakta, seorang tu agak retorik dan mengulang -ulang perkara yang sama tanpa hujah yang tuntas.

Ahh..ahli politik kan.






Wednesday 11 May 2022

Secangkir teh hijau di pagi hari


Assalamualaikum bloggers and readers..

Kepingin nak mencari nasi lemak sebenarnya.
Tapi digagahi juga supaya tak perlu ke kedai. Kalau tak, memang over.. makanan tak terjaga. Asyik makan dan makan
Syawal tak boleh dibuat pesta makan.
Yang enamnya pun belum dimulai.

Niat tadi nak berjogging tapi hujan di pagi memberi aku ruang utk bersantai di rumah , lagi.
Mudahnya untuk menidakkan yang baik.. kan.
So selamat lah aku dari aku paksa diri aku jogging..
Sepatutnya wfh ni aku boleh manfaat sejam before buka laptop.

Now buka phone dan blog sampai tunggu teh hijau sejuk.

Arghh..jom minum.. Korang minum apa? Apa, starbuck??


Tuesday 10 May 2022

Wahhh!!! Syarikat penerbangan tambang murah yang terbaru di Malaysia: MyAirline

Wahh!!!! Akan ada satu lagi syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia. Syarikat yang dikenali MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), sebuah syarikat yang baru ditubuhkan akan menjadi pesaing kepada Airasia dalam tempoh terdekat.





Apakah bisnes modelnya akan sama dengan Airasia atau akan ada sedikit penambaikan dari segi ketetapan masa dan kelewatan dapat di kurangkan, yang mana antara komplen yang banyak dari pelanggan Airasia selain masa penerbangan dijadualkan semula.

Bagi penulis kehadiran syarikat ini diharap dapat merancakkan/ memeriahkan lagi industry penerbangan disamping memberika  persaingan yang positif. Adalah juga diharapkan tidaklah sampai membunuh syarikat penerbangan lagi satu sebaliknya “compliment each other”

Good luck kepada MyAirline dan semoga ianya memberikan servis yang terbaik kepada “travellers”.

Timing yang tepat setelah pandemic berakhir.

Setelah ramai dok marah mintak refund AirAsia

Adakah pelancong akan mula mencari alternatif baru utk terbang dan kini menjumpainya.

Kita tunggu.

Dikhabarkan “livery” atau cat pada kapalterbang pun sudah terdedah ke pada public apabila terakam di Sepang ( credit the Star /courtesy of ­@theplanes­pa­panazzi/Instagram)


Monday 9 May 2022

Masih beraya ke?

Amboi hempa semua .. 

Masih seronok raya ka.
Atau kepenatan dalam meraikan hari raya.
Takpa lah setahun sekali.
Jem tak jem kena redha lah kan.

Aku tak pasti tentang habisnya minyak di stesen minyak di highway. Memang terlantarlah nak menunggu tanker mai hantaq minyak. Kesian juga.

Maybe trafik terlalu banyak atau stesen salah percaturan dalam merancang bekalan. 
Bukan merancang keluarga ya.

Oh ya . Bila bercuti raya bila berkunjung dan menerima kunjungan ramai juga anak2 kecil dan bayi. Errmm bayi PKP ke ? Apapun Alhamdulillah meramaikkan umat. Satu perkara yang bagus. 

Tapi ada juga yang masih buntu akibat PKP kan. Bisnes out. Kerja tak menentu.
Semoga sekarang boleh bangun dan terus bangun semula.

Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari pandemik dan endemik covid19 ni.
Banyak pengalaman dikutip.
Sedar tak sedar dah masuk tahun ketiga Covid ni muncul di muka bumi ini. 
 Memang bikin havoc walaupun ianya sekecil-kecil makhluk.

So sebenarnya kita ni tak kuat mana pun. Tu pun nasib baik dinasour dan species seangkatan dengannya nak musnah. Kalau sekecil ni pun dah kalut, mai yangbesaq gedabak macam mana agaknya kita ya.

Oh ke alam fantasi pula aku. Mana ada dinasour lagi time ni .

Aku balik ke KL amik masa 10 jam setengah.
Pergghh... padatkan?? Kan.
Tapi kalau ental dah ready inSya Allah, kita membawa kenderaan dengan senyuman. Aku rasa 12 jam tapi dah 10 jam lebih kira bonus la kan.

Kita perlu melihat sesuatu dari sudut mana. Aku bersyukur 10 ja sbb jangka 12 jam.

Yeahhh...amik yang positif.
Dok marah dan stress tak guna.
Tapi potong kiri memang mereka yang tak guna, tak guna otak.

Potong lorong kecemasan boleh mengharu-birukan. Tau dak. Lepas tu kalu nak masuk ke dalam semula. Dahh org kena break dan break lagi. Terus yng dibelakang nun melekat. Tak ada apa2 pun. Pasai hang sorang tu la. 

So ambil iktibar . kita nak hidup senang, tenang. Kalau kita tak senang, kita senang kan orang lain. Biar sama-sama jem dan jangan kalut. Kampung tak lari aihh.

Aku kekadang senyum ja, bila dengar orang dok sembang..Aku ambik kiri je..sampai persimpangan sekian-sekian aku potong masuk.. Cepat la macam tu.

Haiya, dah la buat salah. Menyusahkan orang , Boleh bangga pula dok cerita pasal tu. Mau nak dihayun dengan buluh lemang je rasanya.

Tak boleh brain.


Hey guys..apapun teruskan merapatkan saf, menyambung ukhwah dalam bulan syawal dan ya.. jangan lupa.. masjid pun dah boleh rapatkan saf.. dan banyak space..

Kenduri kahwin pun banyak dah..


Jom..semoga persahabatan terus kekal abadi.. Selamat hari raya

 

Saturday 7 May 2022

Oh my. What had happened??

Assalamualaikum bloggers and readers..

Feel very  sad for my team that i support. But becoz of Eid, it shadowed my sadness. But need to write on this.

Just i thought we are in Final UCL. Real Madrid hit back. It hit down to the deepest of pain. Couldnt believe  it.

But it happen, that's is football. Never say never. But this time Real Madrid came out triumphant. I did not they deserved it. 
It seemed the Man City asked for it. However, to be fair to Pep, all of us thought we nailed it.

Real Madrid being rReal Madrid never surrendered
 More over at their home turf.
Scored 2 goals in space of 2 minute and at the very end of regulation time. 90st mimute and 90+1.

How on earth that could happen?

But it happened. 
I was watching it.. at 3am Malaysian time.
And i felt disbelieved.

Oh my.
But its okay. True fan accepts the loss and move on. Keep on fighting.
Come on City.

Tuesday 3 May 2022

Raya Tahun ni. Ubahlah naratif yg berlegar-legar kini. (Panjang posting ni)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam Aidilfitri kepada semua. Penulis ambik kesempatan dan nak tulis sikit pasal ni. Maaf lah dulu naa sebab nak sebut perkara ni. (yang akan ditulis dibawah)
Semoga kita kita semua diberkati dalam meraikan hari yang suci dan mulia ini.



Aidilfitri adalah hari kemenangan. Hari kecemerlangan . Waima sedikit penambahbaikkan dalam diri kita, ianya tetap satu kemenangan atau kecemerlangan, yang perlu kita raikan, serta patut kita syukuri.
Bersyukur atas kejayaan dan kekuatan kita berpuasa sebulan.Ya, bukan mudah untuk melaksanakan ibadat puasa bagi mereka yang baru melaluinya.
Ya,Kita sejak kecil menjadi biasa dan tiada masalah dalam menekuni ibadat berpuasa. Tanyalah rakan-rakan bukan Islam kita , sanggupkah berlapar dahaga setiap siang hari selama sebulan. Susah ke senang?
Jadi bersyukurlah kita dapat melaksanakannya. Teruskan beristiqamah di masa-masa akan datang sambil merapatkan silaturrahim.
Raya tahun ini biasa bagi diri kami macam tahun-tahun sebelum pandemik. Keceriaanya agak lebih teruja sbb boleh balik kampung
Luarbiasa.. berbanding setahun dua tahun lepas ialah kita boleh balik kampung.
Itu yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Alhamdulillah.

Tanpa kita sedari perkara dibawah ni, membuatkan hati terjentik untuk menulis.
Kita,pelbagai lapisan masyarakat mungkin boleh (atau perlu) merubah naratif yang mengatakan raya tahun ni raya kelamkabut, raya dalam panik dan raya huruhara. Dan pelbagai naratif yang sama erti dengannya.

Harap kita ubah lah, ubah kepada naratif sebegini ka:

Kita Teruja Raya Awal.

Mungkin begini pun okay :

Ceria dan Bersyukur walau tak sangka
Kalau boleh ..Jangan guna yang naratif dan suasana huru hara. Apakah terma tu nak tunjuk betapa kita kelam kelibut sangat. Adakah raya pengertiannya tentang baju raya yang baru yang tak sempat nak kita beli. Lauk pauk yang sangat special yang tak sempat kita masak atau sebagainya.
Ya ,penulis memahami tentang rancangan kita yang sedikit lari namun itulah kehidupan.
Itulah perancangan Allah. Yang lebih baik dari segala perancangan.
Seingat penulis bukan lah kami pertama dalam sejarah negara bila tengok anak bulan terus nampak seterusnya esoknya raya. Dan beberapa kali dah kan.
Jadi janganlah mengeluar terma sampai org ingat hang saja yang kelam kabut.

Mungkin tanpa kita sedari suasana ini memberikan gambaran kepada bukan Islam tentang kita sebegini:
“ish huru hara raya hampa”
“ La awat jadi lagu ni (macam ni) raya orang Melayu”
“Kelam kabut noo”
Sebenarnya kita yang mengeluarkan naratif ni.
Memang ada kesulitan sedikit tapi itulah warna warni hari raya.
Contohnya, macam err, jem kat Jalan. Memang akan jem!
Kita sanggup hadapi demi raya. Demi perayaan kita. Demi ukhwah kita , kita redah jem.
Demi martabat agama kita, tiada kesulitan sangat, kecuali kita yang buat kalut.
Semua kita-kita akan paham. Nikmati dan hidanglah sekadar ada. Sederhanalah kerana semua memahami.
Dan janganlah kata “Setan pun terkejut”.

Tu statement cari view, cari like dan statement untuk content, yang natijahnya kita tak sedari.
Janganlah buat “meme” pemegang mohor besar pun gelak sebab org panik. Bukan urusan kita org biasa dalam hal2 agama dan Majlis Raja2. Dan bukan urusan kita yang bukan ahli dalam bab-bab agama.
Sekian. Kalau salah posting ni sila tegur bebaik ya.
Maaf Zahir Batin . Minal Aidin Wal Faizin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...