Monday 29 October 2018

Tahniah Perak!!! Kejor Yob Kejor: Tahun comeback!!






Ketika aku ingin menulis coretan ini, perlawanan belum pun bermula. Dan aku memilih Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia tahun ini.Tetapi tak sempat update blog..

 Instint aku berkata demikian,.. dan ketika Terengganu mendahului 2-0, rasa telahan aku betul.

Kemudian bertukar kedudukan 2-1. 
Hahaha, memang aku harapkan Perak score juga. So macam tepatlah tekaan. Seolah-olah terrer aku meneka.
... terer la sgt, teka je kan.


Kemudian Perak samakan kedudukan, and the rest is history..they are  the champion

Termaktublah Perak juara.

Aku sebagai penyokong neutral, tak de hal sapa yang menang. Cuma tekaan saja salah.

..dalam takde hal pun, frust juga Kedah out awal2 lagi .. HuuHuhu.

Hari Sabtu tu balik dari Klang melalui area Proton. huh hujan lebat selebatnya.. sampai rumah tengok wasap yang dikongsi dah hampir kebanjiran kawasan stadium.

Anyway, perlawanan menarik. Sangat menarik, Daya melawan Perak, keampuhan, kesilapan, salah timing. dengan referi yang sedikit kontroversi ynagmewarnai perlawanan. ditambah dengan 2 kad merah, satu sepasukan, menjadikan perlawanan memang epik.

Dua gol perak di kala minit akhir perlawwana adalah highlight perlawanan.
(Esok nya ramai orang dalam facebook mengakui orang Perak,,)
Tahniah Yeob..!!,


Ianya merupakan comeback yang sangat mengujakan penyokong perak. Terenganu hanya menunggu saat wisel ditiup dan Perak mengharapkan serangan terakhir untuk mengubah segala, Dan Perak berjaya. Terengganu tunduk melutut kecewa. Sepakan penalti memberi kejayaan buat Perak.

What a comeback!!!

memang tahun ini  adalah comeback comeback..

Tun M kembali menerajui Malaysia. Satu comeback yang mengejutkan dunia

Dalam hoki piala Asia bulan September (kalau tak silap?) untuk penentuan pingat emas, Malaysia mendahului Jepun 4-1 sebelum Jepun buat comeback dan menang 5-4. Aduyai..kecewa sampai la ni.

Dalam semifinal Asia Champion trophy, hari Sabtu, Pakistan leads 4-1, sebelum Malaysia buat comeback dan catat keputusan seri 4-4. dan akhirnya Pakistan jugak menang penalty. Comeback yang anti-climax..

Wednesday 24 October 2018

Rahsia menyimpan wang : Kaedah " Sweeping"

Assalamualaikum bloggers and readers.


Hari ni Abam nak kongsi kaedah untuk menyimpan wang di hujung bulan. Hujung bulan tu maksudnya last day sebelum gaji. 
Seperti hari ni lah.


Jumlah yang dikumpul dan di "sweep" ke ASB



Dan ianya sesuai untuk orang makan gaji atau ada cash flow yang tetap setiap bulan.

Ok,, bila last day sebelum gaji macam hari ni. Tentu ada cash yang belum terguna atau entah macam mana ada lebih la pulak kan, selalunya  tak cukup.. Wohahaha..Pening kan tetiba ada lebih.

Ok serious!! ye lah selalunya mesti ada lebih. Tak sepuluh ringgit, 3 ringgit atau apa-apa sajalah amountnya, tak de. Sen sen pun lebih juga.. Orang selalunya underestimated amount yang kecil-kecil ni

Kaedah ni, Abam namakan kaedah “sweeping”. Maksudnya, sebarang baki akan di “sweep” ke “dedicated” akaun.  Anda tentukanlah akaun tersebut. Abam cadangkan akaun tersebut adalah diluar daripada rangkaian akaun2 yang mudah anda withdraw.
  
(Abam,, eh.. tak sesuai abam bam ni. Cam pelik ja.)

Aku cadangkan masuk ke akaun ASB. Yep, secara online.
Contohnya, hari ni 24 haribulan, esok gaji masuk. In sha Allah tak ade aral melintang akan masuk, ye dak.

So anda buka akaun anda secara online dan semak. Tetiba , macam mana tak tahu lah, ada lebih. Ada baki .
Ya Allah, ada balance la pulak. Macam mustahil kan ..

Jangan panic ya. Jangan pengsan kalau ada baki. Mesti ada kan. Takkan ngam ngam korang spend dak? Mungkin tak kisah sebelum ni.

So bila ada balance, bermulalah adegan "sweeping" ni. Transfer cepat-cepat masuk akaun yang di dedikasi kan  ( dedicate account) untuk proses "sweeping" tersebut. 

Contohnya, transfer semua balance dari kaun gaji anda ( yang dibenarkan, sebab kena ada minimum balance) ke dalam ASB. Buatlah secara online, kan senang.Gunakan lah myASNB online.
Eh belum ada? Silalah register cepat-cepat.

Transfer je..sebab besok masih ada.., gaji baru. Perlu dingat ada minimum payment juga utk “sweep” ke ASB, i,e dalam gandaan ratus, kalau tak silap.
Kalau sebulan RM102 sweep ke ASb, next month RM 126 ke.. Anda akan terpegun nanti bila jangka masa panjang jumlahnya menjadi sebanyak mana.

Apa lagi, start now, today!

Oh , bagaimana pula kalau tak cukup seratus bakinya. Hmm.. ada juga caranya. Transfer lah ke akaun lain. 

(Akaun lain:   akaun semasa, akaun di bank lain selain dari akaun gaji anda, Akaun anak ke, akaun wife ke…yang pentingnya bukan akaun "day-to-day" anda)

Kumpul kat situ dulu, bila dapat certain amount. Transfer ke ASB. Done. Buat je, sweep singgit pun bukan ada orang tahu.

Tak per sikit sikit pun sikit sikit lah. Yang penting duit tu adalah lebihan. Jangan panic dan trigger sifat nak habiskan pulak!!





Jangan jadi macam kawan aku. Ada je duit , nak-nak esok nak masuk gaji, terus nafsu nak spend muncul.
Pokoknya, kekalkan cara hidup as biasa..apahal lak nak kena spend terus.

Tapi nak enjoy life, nak indulge ke apa ke, travel ke . Ada kaedahnya.
Bab ni kalau abam rajin abam akan share lagu mana nak buat

Abam punya point ialah, (eh Abam pulak)…spontaneous nafsu yang nak kena elakkan. Pantang ada lebih terus mau spend, dan jenis tak plan punya spending..Hmm susah la.

Ingat, hujung bulan “sweep”. U will be amazed dengan keputusan (iaitu hasil) dan disiplin anda.



Aku nak share satu message
wasap..Dari agen yang nak beli hartanah aku.. Ni taktau genuine punya offer ke idak..atau nak test market sahaja.. Wohahahaha

What shud I do? Hmm aku ada banyak alternative, ..

tetapi apapun kena back to objective. Nak hold dulu.. apa rate of return..apa reinvestment risk nanti.

So keep calm and keep investing in property…

Salam hormat…

Monday 22 October 2018

Ke Bukit Broga: Tunaikan janji dengan anak-anak

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kami berkunjung ke Bukit Broga untuk pertama kali tahun ini. Pergh... sudah lama  tak pergi. Laluan pun lain sikit. Ada trek bagai. Macam kurang trill berbanding dulu. Bayangkan jalan dia dah macam jalan dusun baq hang. 4WD kompom boleh lalu. Mungkin tuan tanah dah mula develop dan nak komersialkan tempat ini.





So jangan terkejut nanti ada Pajero atau kenderaan  dok ulang alik angkut orang. Mana lah tahu kan.

Walaubagaimanapun, layan sajalah. Manusia sangat ramai. Meriah kat atas tu. Cuaca pun tak hujan . Tak paas. Mendung . Just nice. Mendung tak bererti hujan, risau juga kekalau masa nak turun tu hujan.

Satu sektor tu memang berlumpur la kalau hujan dan dari segi keselamatan, ianya akan licin. Lincin kata org Kedah.

Tak hujan pun anak2 aku pantau dengan rapi. Bukan apa depa ni kalau teruja main nak cepat sahaja. Hmm sama la kot dulu aku kecik2 pun macam tu jugak. Ni dah remaja ni ( remaja purba) bila anak2 laju sikit mula la sound. Hahahahaha

RAsa macam senang sangat naik Broga , Lurvy pun sampi viewpoint yang ke3. Yang puncak sinun. Dulu kata dia sampai first viewpoint saja. Mungkin sebab dok kayuh basikal keliling tasik lately.
Aku pulak mungkin momentum Kinabalu, hasil training yang menyebabkan rasa fit lagi.

LINK: ( GUNUNG KINABALU TELAH KU TAWAN)

LINK: ( KALI TERAKHIR KE BROGA)

Aku pembawaan aku dan anak2 sebab nak jelaskan hutang. Dah janji nak bawa depa naik gunung bagai. Ya lah aku ke Gunung Kinabalu depa mencuka tak dapat ikut. Kena la bawa bagi hadam gunung kat sini dulu sebelum depa bersedia, kalau masih tak serik, untuk memanjat gunung.

Dan sekarang mereka masih dok tuntut nak ke Gunung Datuk dan Gunung Angsi.
Boleh aja.. Family time sambil beriadah!!

Janji mesti ditepati...Tak boleh ke Gunung yang tinggi sebab, kekangan ekonomi negara yang hutang trillion-trillion ( eh ke situ pulak), sebab kesediaan atau fitness depa yang tak teruji, aku bawa la ke gunung yang rendah-rendah dulu.

Kata bawa family..apahal kat atas tu gambar aku sahaja..kena masuk la pic anak2



#masih menunggu janji nak hapus itu ini.. Sedih juga lately ..






Friday 19 October 2018

Aku tak boleh "brain" : Touch N Go Apps.. Seriously....

Assalamualaikum bloggers and readers..



[nota: ada update kat last para..  :)  ]

Sebagai pengguna lebuhraya, aku memang kagum dengan sikap selamba manusia yang begitu tenang, sampai kat pondok tol, terkial-kial ( eh, dengan tenangnya) bukak purse, bukak wallet cari kad touch and go. 

Alhamdulillah dianugerahkan sikap yang sangat tenang,,,

Dulu lagi la hebat, semasa bayar guna cash, dengan selamba dek, rokok tak lepas, hulurkan duit satu-satu kat cashier. Pastu seketul-seketul duit syiling dia bagi. Tenang sungguh!

Alhamdulillah, sejak cashless ni, ragam tu dah tak de.

 Tapi ragam kad tak cukup baki, ragam kad tertinggal macam tiap-tiap selang sehari akan ada. Akan aku hadapi. 

Bersangka baik, kekadang ditambah dengan palang tak berfungsi

Sudahnya, berduyun-duyun kereta terpaksa gostan. Haru betul.

Tapi nak buat macam mana kan. Manusia ramai, kerenah banyak. Ada yang pikir diri saja.

2 masalah kat sini, masalah sikap dan masalah sistem atau technology. 

 Ada yang considerate, memikirkan apa natijah terhadap orang lain. 
Ada yang  5 kilometer lagi dak suh wife keluarkan duit tol, dulu lah. Masa perlu bayar tunai lah. Lepaas tu terlupa bayar kat wife pun ada..wohahaha. Atau buat buat lupa..Adoiii.. Berapa ringgit hutang wife duit tol agaknya.

Atau check tik tik kat Smart tag siap siap, nak tahu ada bateri atau tak. Cemas gak lalu kot palang tak naik. Nak kena reverse. Tak nak lah  nyusahkan orang.

Apapun kerenah orang kita kena hadapi. Dengar sabar. Nama pun manusia

Peliknya ada juga manusia masuk lorong Smart Tag tapi takdak smart tag pun..Species ni pun adaaaa

 Macam-macam… 

ada jugak manusia macam tu. Aku agaklah, sebab terus saja bukak tingkap, keluarkan kad nak sentuh.

"Hey brader!! and sista!! Kalau lorong smart tag tu, tak mau nya dibuka palang tu kecuali staff tol tu buat sesuatu. "

Janganlah sebab nak cepat, ambil jalan mudah ikut  laluan  Smarttag kalau sah-sah ko tak ada pun  “device”.

Invest la sikit duit tu beli Tag, kalau nak cepat. Taklah menyusahkan orang

Tiba-tiba, tu diaaa, ada muncul apps Touch and GO wallet. Terus aku install. Dapat extra credit lagi. Ok macam bagus saja apps ni. 

Macam ye..


In paper today..aku dah berminggu install.

Boleh monitor balance...hampir real time...canggih dahhh

Macam macam function diaaaaa..konon

So aku pun install, transfer duit dari bank, masuk E-wallet Touch and Go ni.


 Huish memacam e-wallet sekarang  ni. Alipay la, Samsungpay la. Habaq sajalah, macam macam adaaaa..

Latest Lurvy register AeonPay,  kad kad point Jusco (dulu) dan Aeon Big lepas ni dah tak boleh pakai.
E-Wallet lagi tapi ada kad. Macam debit card gitu.

Lepas ni tak payah bawak duit. Tapi kot penuh dengan kad la pulak dalam dompet  tu. Dengan kad Mesra la,membership card Popular, Credit card la.. Semua card saja dalam wallet. Tebal je..duit habuk pun tarak..


Huish jauh menyimpang..

Balik ke topik Touch n Go e-wallet…
Pada aku..The whole idea of the existence of this app is for – 
e-wallet..ease of making payment. Untuk Touch n GO..utk topap kad Touch n Go..

Dan bila sebut Touch n GO ..perkara pertama mesti ingat kat tol.. ada juga la parking punya facility guna TnG ni untuk buat pembayaran..
Tapi mula-mula  Touch n Go lahir dan wujudnya ialah untuk payment tol.. Betul tak.

So, apa masalahnya sekarang ni..????

Masalahnya aku tak boleh “brain” kenapa aku tak boleh nak buat payment dari e-wallet TnG ke kad Touch n GO?

Nak top-up kad Touch n Go dari Touch n Go apps, TAK boleh???

Whattaaa???  Serious .. aku tak boleh compute dalam brain aku kenapa apps ni tak buat function ini. 

Gilos tak logic..

Hangpa nak top-up prepaid telco boleh..
Nak buat payment guna QR untuk lrt, etc ,, katanya boleh dan dalam percubaan,

Tetapi nak bayarkan ke kad Touch n GO tak boleh…Arghhhhhh.. kegilaan apakah ini??

Monitor balance boleh. Nak tambah tak boleh!!!

Puas aku belek menu.. tak jumpa..elek.. podachit!!

Jenuh aku kempen Lurvy untuk install.. nanti boleh transfer dari wallet ke kad.. tak payah berenti kat tambah nilai etc.. Rupanya tak boleh…arghhhhh..nyaris tak sakit jiwa kau..


Update : 10.1.19
Terkini dah boleh!!! Yes. Abaikan keluhan kat atas.
Memang dalam perancangan, agaknya. Biasalah, blog ni mendahului masa..cewahhh

Sekarang ni pilot test kat Duke.. Tq tq


Wednesday 17 October 2018

Nak cerita pasal member kena scam sebenarnya,,,

Assalamualaikum bloggers and readers..


Untuk mencapai sesuatu kita mesti bersungguh dan mempunyai nekad utk berusaha secara berterusan, Kejayaan adalah bukan milik kita yanghakiki, kerana ianya adalah anugerah. Selalunya, kebiasaannya orang yang berusaha yang akan dianugerahi dengan kejayaan.

Yang tak berusaha sudah pastinya secara kelazimamnya tidak  akan berjaya.  Aku akan sharekan bagaimana berjaya mengumpul beberapa portfolio hartanah. Ya dengan bekerja sebagai makan gaji dan kehidupaan di bandar besar. Sejujur tanpa disiplin dalam kewangan dan secara berterusan tentu sukar untuk mencapainya.

Yang penting  kena ada financial disiplin. Oh ya ada orang yang telah berjaya lagi hebat. Aku beriya iya nak share la pulak woahahaha.

Namun ianya adalah subjectif . Quantum dan nilai bagi sesetengah adalah kecil, namun bagi orang lain sudah amat besar.
Pendek cerita, my first bonus,  aku bayar downpayment rumah . Manakan cukup kan. Aku pinjam duit parent. Boleh la kan. Rumah RM100k, downpayment baru RM10K. BAru?..hmmm masa tu macam berpuluh-puluh K kot.

Keutamaan
Pening juga n ak keluarkan duit muka tapi keutamaan adalah keutamaan.  Kereta tak dibeli dulu. Berangkut la dengan wife naik motor.  Aku tak pasti masih ramai tak mak bapak yang nak lepaskan kepada orang yang masih tak de kereta macam aku. Mungkin ada tapi entahlah…

Tapi best la, baru kahwin naik motor je. Setelah beli rumah baru kumpul  duit beli  kereta. Potonsaga!!  TQ la Tun M buat industry kereta Malaysia. Boleh la new family macam aku beli. Tapi aku beli secndhand kot.. Wohahaha.

Pay yourself first.

Bayar untuk diri anda sendiri dulu. Bayar kemana tu?
Bayar dalam account anda lah. Maksudnya masuk kan sebagai saving (simpanan) anda.

Wang yang terkumpul akan menjadi begitu  bermakna pada masa depan. Dan anda tentu nya tak tahu saat dan bila peluang akan muncul untuk anda rebut. Dan ketika itu jika sudah ada simpanan mungkin anda boleh manfaatkan.

Ilmu, ilmu dan ilmu.

Banyakkan mencari ilmu tentang pelaburan dan hartanah. Belajar lah dari kursus, seminar atau belajar sendiri. Belajar sendiri ni adalah melalui pengalaman anda. Kena lalui semua proses sendiri sambil belajar along the way. Its kind of fun sebenarnya. 

Nak cari  loan. Belajar tentang blr, mrt, mtt, deal dengan lawyer. Mengadap banker nak apply nak buat loan.  Dan aku banyak membaca, berpuluh-puluh buku hartanah aku telah baca. Yang paling aku ingat ialah buku-buku Azizi Ali. Berbanding dengan dia aku ni kecik anak la,, tapi hey at least something..

Dia dah diversify dalam emas dan bitcoin lately. Aku aku lost touch dengan ilmu property dia. Aku tak boleh folo dalam bidang gold dan bitcin ni sebab, yang pertamanya knowledge aku cetek dalam bidang emasi, bitcoin atau cypto ni lagilah. 

Yang kedua, setiap orang ada risk profile sendiri, Dan aku punya risk rofile makin averse,,hahaha. Aku lebih suka yang tangible, i.e benda yang aku boleh  nampak.

Risk profile tu apa sebenarnya? Nanti aku akan sambung.. Nak tengok cerita Mr Ngok Ngek jap..
 teman Lury.. Aku kalau Lurvy mula layan cerita mesti agak berhantu punya.. aku pun terlayan,...

 habis tu nak buat apa lagi.


Ok sambung,,

Let digress a bit,
Aku nak cerita pasal kawan aku kena scam.. Adoii macam mana lah dia boleh kena. Tapi benda tu memang berlaku.

1. Dia tengok iklan fb, nak buat loan mudah. Hubungi syarikat bla bla bla

2. Bukan along, tapi syarikat yang nak bantu orang proses loan. Dia pun call.

3. Syarikat tu siap wassap name card. Kemudian minta document seperti payslip dan borang EA.

4 Kemudian mintak bayaran proses. Ermm part ni  tricky, Tapi bila depa janjikan boleh dapatkan loan 100k, yuran proses 3000, confirm lepas punya loan… apa ada hal kan. Nak dapat 100k,

5. Setelah tu depa  ( syarikat scam ni) akan email pdf, surat pengesahan ( atau offer letter) dari bank mengatakan pinjaman tu dah lulus. Siap letterhead bank,, dan terma-terma pinjaman sperti tenor, instalment dan lain2 lagi.

6, Macam real surat tu. Tapi ada trick. Syarikat tu kata banker (pegawai bank) yang approved loan  minta “sumbangan’  RMxxxx sebelum loan tu boleh di kredit dalam akaun .

7. Something fishy kan, dengan tak pernah jumpa, dengan tak tau dengan bank mana yang syarikat tu tolong adjust nak bagi loan lulus, semuanya urusan melalui Whatapps.

8. Namun mungkin betul kot, pegawai bank nak upah. Maka dibayar lagi , Transfer melalui akaun.

9 Lepas tu senyap, orang yang dok Whatapps pun senyap. No kena block, Apa pun tak dapat, Tungu punya tunggu, duit loan tak masuk pun dalam akaun. Duit habis ada la.

Ini lah yang berlaku, Memang kena berhati2 dengan scam dan scammers ni. Memang depa main psycho dengan mangsa. Dan akhirnya memang jadi mangsa..

# jangan tertipu dengan janji mudah lulus, mudah dapat loan.
# Verify information dan cross chek dengan bank. Amik masa dan jgn gopoh.

#Kalau dah rasa fishy tu , ermm memang fishy lah!! Listen to your heart,, as simple as that!!


Sunday 14 October 2018

Sikap yang menjengkelkan..tolonglahh

Assalamualaikum bloggers and readers..

Geram, marah..keciwa, kuciwa, kecewa..

Di Hari Sukan Negara..

Sebab, permandangan ni acapkala kita semua dapat lihat setiap kali ada acara. Nak kata budak-budak  tadika yang dok buang sampah, aku tengok siap ada kotak rokok.

Eh..sedap- sedap peronyok kotak kemudian tinggal gitu saja.

Banyak cantik..!

Bekas air minuman ditinggalkan merata-rata.

Baiknya perangai!!

Jangan cakap "Ada aku kisah"!!


Kuangajaq namanya.

Memang ada org kisah.!! Ramai orang ambil kisah.

Hanya kutu sampah macam korang ni lah yang tak kisah.
Tak pernah kisah pun.
Tak pernah tahu malu.

Kalau tak sedar-sedar lagi, sebenarnya korang yang mental tak merdeka.. si kutu sampah yang  ... (eih aku cuba tidak menggunakan perkataan tak elok.. sikit lagi, nasib baik..kalau tak dah terkeluar)

Tong sampah banyak kot.
Mak bapak xajar?
Atau korang dok ajar anak ikut contoh tak baik nih..sampailah generasi 2050?

#Mohonterasa...
#Mohonberubah....


Ini juga posting Facebook aku..

Friday 12 October 2018

Uruskan anak-anak 3 hari

Assalamualaikum bloggers and readers..

OK.. Hari tu aku tinggal Lurvy..
Gi panjat Gunung Kinabalu, now giliran aku pulak kena tinggal. For last 2 days, dia berkursus untuk Ketua Spm apa tah.. Wohahaha, kursus apa pun aku tak pasti.. Pasal exam exam lah.

Giliran aku settle bab anak anak pepagi.
Ala..kalau lelaki jaga,, senang saja. Buat milo, coco crunch..siap breakfast.
Malam aku menggoreng nasi goreng Cina. Yasmin crave nasi goreng cina.


So settle untuk first night. Semalam balik sekolah, aku ambil waktu petang. Tanya lapar ke belum..

Laparrrrr.. ok jom gi makan. Terusss... pukul 6pm dah makan malam. Lauk Lurvy masak masih daalm fridge. Rasanya tuan dia balik then panaskan. Hari ni orang yang masak, balik panaskan dan makan sesama..

Ye lah anak2 dah lapar petang tadi. So abahnya buat sebab bawak makan di kedai.. Takyah masak nasik,,,fuhh..

Kalau Lurvy baca blog ni sure kelakar..

alah 3 hari dah kecoh...

..erk. Pompuan memang multitasking kan.. Kudos!!


Thursday 11 October 2018

Do it now !!!!

Life is short . Indeed,  it IS very short. Jika kita menoleh kebelakang, ke zaman atau masa sebelum sekarang dan berfikir sejenak..

Sudah berapa lama masa kita sejak dilahirkan hingga saat anda membaca coretan ini. 

20 tahun?
30 tahun ?
50 tahun?
70 tahun?

Anda pasti,?


Atau ia hanya hanyalah sekilas lalu. Sekadar masa lalu. Ya, sekilas je masa. Zasss

Masa anda dilahirkan (atau bila-bila saja masa dulu ) dan, ...kini. 

Anda isi lah masa tersebut dengan aktiviti apa-apa yang anda lalui, Berjalan, bermain . belajar. Boleh isi kan dengan panjang lebar, sedetail-detailnya. Kemudian, done. Dah lepas! 

Hakikatnya ia adalah masa lalu. Semua tu dah tak relevant, unless you learn something from it. 

Hakikatnya ..masa adalah dua bahagian..

Masa lalu dan sekarang. 
Ada dua chapter/bahagian sahaja. 

Masa depan? Future ?Arghhh.. chapter ke3 ni kita tak pernah tahu.

 Ini masa depan (kita di dunia ini ) bukan masa kita. Allah  yang punya dan Dia tentukan. 

Namun kita perlu merancang sebab diberikan akal untuk memikirkan masa depan .

 Tapi sampai ke idak kita ke masa depan tersebut ...Wallahualam.

 Kita hidup untuk masa sekarang. Buatlah yang terbaik sekarang! Esok tatau ada ke idak.

Chapter ke -3 (yang hakiki) adalah masa depan atau yang tepatnya zaman akhirat. Ha .. yang ni pasti.

Tak percaya, tak beriman.

Jadi apa nak kita buat sekarang?


Satu tip aku nak kasi tau....

Pernah tak kita kata" kalau dapat gaji nak bagi org tua sedikit wang tanda ingatan?

Atau nak sedekah kat masjid itu ini bila dapat bonus?

Atau nak belanja sahabat bila dapat kerja/gaji pertama?

Atau nak bawa parent gi umrah?

Atau nak bantu jiran yang anak-anak mereka macam tak cukup wang utk persekolahan?

Atau banyak lagi good deed yang kita fikir kita nak buat tapi bila sampai masanya kita sengaja tangguh. Bila ada duit di tangan kita kata nantilah? Kenapa jadi macam tu. ?

So tip nya ilah...do it now..!!! 
 ...kerana hanya masa sekarang anda boleh melakukan! 

Sedetik di depan belum tentu...

Di masa yang lepas sudah pasti tak boleh ulang kembali.

Yess... now..

 just do it .. all the good deeds counts.. thereafter.

p.s walaupun pun seringgit anda sedekah.. dari tak de apapa langsung.

Wednesday 10 October 2018

Suka juga akhirnya...

Last last..." ikut suka abanglah,,,"

Yesss

Itu lah Lurvy. Kekadang tegas dangan keputusan. Aku ni kena balance apa yang aku rasa terbaik dan mana yang akan aku ikut pandangan dia.

Kali ni aku pula pujuk. Boleh lah yang ni...Sebab aku dah suka..wohahaha

"Tapi seat belakang tak best"..

"Eh apahal seat belakang pulak", Bila pulak kita ada driver nak duk belakang jer.


 Lurvy ni pegi test drive asyik nak try kerusi belakang saja. Tak mo duk sebelah aku.

" Ye lah kan anak anak dah besar. Kalau diorang bawa nanti, abang duduk sebelah. Yang ada kat belakang, mesti nak seat best"

Ermm betul juga..
Tapi aku dah suka kereta ni. Powerful, handling yang bagus, Unik.Agak lain dari kebanyakkan orang,, Hahahah. Pedulikan apa org kata..

Bukan senang nak cari SUV yang sesuai. Aku kena suka . Lurvy lagi lah sebab dia yang nak bawa.

Amik masa yang lama  untuk decide. Last last dia setuju, dan setelah sekian lama, dia makin suka, 
Kan tepat pilihan aku. Mula-mula goyah juga, nyaris nak book Xtrail. Nak tunggu Honda tak de stock.

Jadi aku hadiahkan dia SUV, yang mula-mula dia reluctant, tapi makin serasi nampaknya. Awal sebulan dari birthday dia sebab masa tu GST free. . Settle! T

So aku gunalah her old car now, smaller sbb aku travell jauh .


Aku cakap kalau tak suka juga, kena beli HRV nampaknya.

Tapi knowing Lurvy she will say that "mengarut nak beli lagi."

Ermm entah entah untuk aku pulak...


#Forester i.p 2.0





Monday 8 October 2018

Kembali rutin seperti biasa

Assalamualaikum bloggers and readers..


Telah bekerja beberapa hari pasca pendakian Kinabalu. 
Badan yang semasa turun Gunung kurang 2kg kini makin naik semula berat badan.
Kena maintain dan kurangkan lagi kalau boleh.

Hutang banyak aktiviti dengan anak-anak. Kesian depa kena tinggal dan sebelum sebelum ni asyik training. Hujung minggu Lurvy teman jogging, sambil dia mengayuh basikal. Pace aku memang masih slow. 9min/km.. sebab badan tak kondusive untuk larian,, kena keep on dieting supaya body optimal.


Anyway thanks Lurvy teman dan dok ajak naik basikal,, Pasni kita panjat Gunung pulak.. slow slow.

Anak-anak getting besar boleh la kot bawa ke aktiviti lasak.



Dan rumah ada kucing sekarang ni..

Ok letme story pasal kucing ni.
Aku memang suka kucing. Masa kecik kecik la suka sangat kucing. Kan masa tu dok kampung , senang la nak jaga. Lurvy pulak geli dengan kucing so, memang tak terpikir nak bela kucing. Tapi anak anak, suka sangat.
Hari tu kat bulatan kat Putrajaya, ada kereta  tetiba mengelak. Kucing ada dibawah kereta dia. Ada tak tau kata kucing tapi nampak la warna hitam. Aku  pun brek tengah2 round about. Kereta belakang pun tekan break kelamkabut. Aku keluar tgk, rupanya yang dielak itu anak kucing. 

Senyap .
diam saja kucing tu. 
kat tengah jalan.

Mati kot..
atau injured.



Aku angkat tengok tak luka, terus masukkan dalam kereta. Lurvy dah mengelak, geli. 
Pas belakang, suka la anak-anak.

Nak jadi cerita , sampai la ni dibela, walaupun niat sekadar nak bagi kucing tu sembuh sahaja,

Hmmm.. ketetapan Allah.

tatau sampai bila nak jaga dia, anak anak makin suka..lagi la payah nak hantar tempat kucing..


Saturday 6 October 2018

Happy birthday Lurvy..



To my Lurvy..
My other half..
My pillar of  strength..

You know i love you so much.
We been through so many things.
We persevere,.. you persevere more than me.

In your eyes, you know i will always you.
Come what matters..
I will never leave you..
never ready to leave you..

Oh Allah.. please let me grow old. grow older beside her.
To appreciate Your existence, Your power..
and hope You to provide us abundance of joy.. till Jannah
With our sons and daughters..
...and their offspring.

Thank Allah for bestowing me my beautiful wife
Big at heart..
Always understand me.
Encourage and comfort me.

Please reward her more happiness
In years to come..
And put her at ease in whatever she do.
Give YOUR barakah and rahmah in her life



Love and ..
Happy Birthday my dear on 6.10.2018


Laban rata
30/9/2018..


p.s Cant wait to go home and hug you








Friday 5 October 2018

Gunung Kinabalu telah ku tawan.

I  was on the top of the world, literally.

Aku masih tak percaya. Yes! Aku telah berjaya mendaki gunung Kinabalu!!. Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Aku perlu tulis coretan ini ketika masih teruja dan ketika kaki masih sakit.

Biar gambar berbicara kemudian, di bawah coretan ini. Ku nukilkan  segala yang tersirat dahulu. Memang aku agak cemas didalam keterujaan memulakan pendakian. Dengan batuan yang curam, dengan ketinggian, kesejukan dan cerita cerita dari mereka yang pernah daki, memang saspen woooh.

Dalam grup kami sudah ada yang mendaki sebanyak dua kali. Dia macam tak serik , so aku rasa aku mesti boleh. (c.c. Aqim)

Jika kau katakan boleh...


..kau pasti boleh melakukan.!!


 Itu lah motivasi utama. Mental kena kuat dan doa supaya tiada apa-apa aral seperti "AMS" atau kecederaan. Yang penting latihan dan persediaan mesti kena cukup. 

Mula-mula aku amat risau sangat pasal AMS ni. Ye lah benda kita tak boleh kontrol. Kalau kena, kenalah. Dan kena batalkan hasrat nak  ke puncak. Sebab risikonya amat tinggi.. kalau nak gagahkan juga pun, Malim Gunung takkan benarkan. Thats it. Habis harapan!

AMS : Acute mountain sickness

Ianya ialah satu keadaan di mana fizikal kita ok.,gagah tapi kita akan pening-pening. Hilanag sense of direction dan fokus akan hilang. Antara simptomnya muntah-muntah, sakit kepala , rasa macam nak demam dan sakit perut serta mual. Ini yang aku paham dan tengok rakan-rakan yang alami. Ubat untuk elakkan AMS ni memang ada, tapi tatau berkesan ke tidak.


Kalau dah kena AMS pertengahan jalan dari Laban rata ke Low's Peak memang tak dak ubat. Kena turun ke bawah semula lah. Risikonya amat tinggi..


Itu saja solusinya..


Jadi kena mesti cuaba elakkan musibah ini. Antara petua yang diberikan ialah minum banyak air, pastikan rehat yang cukup dan jangan terlalu cepat mendaki. Ini adalah kerana udara dan oksigen di tempat tinggi amat tipis. Akan menjadi masalah jika badan tak sempat acclamatise dan adapt dengan environment sedemikian.



.....


Lurvy call kerap juga, peringat itu dan ini. Time aku pegang phone nak call dia call dulu. 2, 3 kali jadi macam tu. Cuak juga dengan kebetulan ni. 


Sebelum panjat pun ada dia call. Tak sempat aku nak call. Tawakkal je lah. Tapi cemas juga kot la itu last aku cakap ngan dia dan anak anak. Perghh, ye lah beb panjat tempat tinggi tuh.. Banyak kes yang tragis juga. 

Apapun training dah buat . Panjat gunung  pun sudah, Boleh kata tiap tiap hari exercise , makanya terserah pada Allah lah..

Sayang memang sayang nak tinggal Lurvy dan anak-anak tapi ketentuanNya mana-mana pun akan terjadi.




So,,  misi pendakian pun bermula..


29/9/18


Bertolak dari KLIA bersama MAS jam 9.15 pagi, Sampai KKIA lebih kurang 12.00, bas ambil kat airport dan terus ke tempat makan di satu restoran  di kawasan Telipot.


 Our big boss belanja..lagi. Thanks


Kemudia bertolak ke Kinabalu park, checked-in kat Twin Rock. Lepas tu dinner.

Dengar final briefing dari team leader. Balik bilik packing barang. Asingkan sedikit untuk porter aka malim gunung angkat ke atas.

30/9/2018


Pagian lagi bangun dalam kesejukan untuk subuh. Sejuknya air hingga ke tulang. 


Gilos, kenapa takde heater wehh. Sejuk pun sejuk lah. Mandi ais orang kata terapi juga, kan ada orang belah belah Rusia terjun dalam tasik yang berasi musim sejuk, arghh depa tua-tua pun boleh, 


Ini setakat air sejuk Kinabalu takkan aku tak boleh.. Tentu bisa bahh!!
 Kemudian berjalan menuju Restoran Balsam untuk bersarapan pagi. Setelah itu balik semula ke bilik dan bersiap sedia. 

Setelah selesai ambil tag di kaunter pendaftaran dan bergambar beramai-ramai. lebih kurang pukul 10.00 pagi . Kami bergerak ke Timpohon Gate untuk final briefing oleh Malim Gunung.


Disebabkan ramai kami dinasihatkan oleh malim gunung supaya bergerak ikut "pace" masing-masing. Siapa yang laju boleh bergerak dulu, kemudian sederhana dan yang nak daki slow pun ikut lah.


Yang penting sampai di Laban Rata sebelum pukul 6.00pm. Paling lewat pukul 7.00pm. Iu pun sudah gelap , seperti pukul 8 mlm di semenanjung. Risiko sampai lewat ialah, pertama, dinner sudah habis. Last sekali dalam 7.30 pm  sudah tutup restoran. Yang keduanya ialah kegelapan dan akibat kelewatan tersebut, pendaki tak cukup rehat dan tak "kondusive" untuk ke puncak pada dinihari besoknya. Akibatnya, tunggulah di Laban rata hingga team lain kembali dari puncak,, Huhuhuhu..





Bismillah...

10.35 pendakian pun bermula. Mula nya agak rancak langkahnya. Persis orang muda belasan tahun 

Semua bersembang galak dan rancak. Kemudian melalui Air Terjun Larson.
Selepas 20 minit sudah terasa kesannya, lutut dah mula terasa. Sembang pun makin kurang. 
Semua tumpu ke arah depan yang mana kelihatan cerunan yang meningkat naik. Naik dan naik..

Di selang seli dengan tangga kayu yang dibina untuk memudahkan. Ada juga tangga dari batuan.

Udara makin bertambah nyaman ( dibaca: semakin sejuk ). Kemudian melaui Pondok Kandis. Pondok ini aku telah sampai ketika trip family ke Kundasang. Tempat berehat satu ketika dahulu sebelum Lurvy ajak turun. Oh.. terfikir juga kalau aku tak boleh jumpa Lurvy lagi.. Eh seriuos ooo. Bukan kecik anak Si Kinabalu ni. Nak nak yang first timer macam aku ni. Yang pernah daki hanyalah Bukit Broga, Gunung Datok dan Gunung Angsi. Novice habis.


Kaki terus ku atur segagahnya. Sambil bergambar sebanyak mungkin. Kata orang masa naik ni lah kalau nak ambil gambar, turun dari puncak nanti dah tak macam orang. Penat , terlalu penat.


 Kemudian melalui Pondok  Ubah. Masa dicatat: pukul 11.18 am . Lebih kurang 45 minit mendaki sudah bah.

Berenti kejap melepaskan "lelah". "Penat" tak hilang hilang dan perjalanan perlu diteruskan.. Tiada ungkapan melepaskan penat lelah sebenarnya.


 Dan teruskan perjalanan lah aku perlu buat...


Seterusnya melalui satu laluan seperti antara dua bukit. Cantik. Suasana sudah berkabus. Lagi menampakkan keindahan dalam suasana sejuk. 


Selepas itu menapak lagi dan mendaki lagi hingga kalau tak silap pukul 1.45 pm.. Hujan mula turun dengan lebat. Ketika ini kena pakai baju hujan. Kalau basah dan udara sejuk dan angin sejuk menerpa, menimbulkan masalah. Boleh jadi hypotemia.

Baju hujan adalah peralatan yang mesti ada untuk mendaki Gunung Kinablau.


Setelah meneruskan perjalanan dalam sekian lamanya sampailah ke Pondok Vilossa, juga hentian yang seperti banyak hentian hentian lain utk berteduh . Juga ada disedia tandas untuk kegunaan pendaki.  Kemudahan disediakan oleh Kinabalu Park ni terbaik lah. Liputan internet pun boleh dapat, boleh dikatakan sepanjang pendakian.


Memasing ada buat live fb book. Aku fb live tak lah reti sangat. Tak pandai nak cakap kot..Wohahaha

Depa dok buat tu , bukan apa, nak hilangkan penat kot.

 Aku hantar beberapa whatApps video ke family. 

Anak-anak terkejut: "Ade line ke abah??"

Tapi suara mengah mengah.. Dengan hujan dan udara makin menipis agak sukar untuk bercakap macam biasa. Kemengahan pasti terdengar. Mengah ya bukan megah.


2.45pm. Sudah sampai jarak 5km.


1 km to go ke Laban Rata.

Betullah orang kata last mile( or km) is the toughest!!

Sangat sangat penat utk meneruskan perjalanan. Mental kena kuat. Badan sejuk . Hujan masih turun. Akhirnya aku and sebahagian dari team sampai ke Laban Rata beberapa minit sebelum pukul 4 pm. Ada juga yang telah sampai lagi awal.!!! Depa ni taraf Malim Gunung sebenarnya. Pecut macam pelesit!!

Jika dihitung, masa mendaki dari pukul 10.35 hingga pukul 4pm ianya mengambil masa 5 jam 30 minit. Huhh.. letih ya amat!!


First stage completed!!





Calm before the storm..


With my buddy.. akan kami cuba tawan Gunung Kinablau

Beautifully located  and nice food at Balsam Restoran

We just couldnt expected what may lies ahead as yet.

Subhanallah .. Beautiful created by HIM. Nikmat apa yang kamu pernah dustakan? Ever wonder how beautiful Jannah is? We just cant imagine.. but it is super beautiful.. In sha Allah ..

Every step u take.. every breath u inhale.... it will be become nearer to the destination,, Just keep walking and hiking.
One step at a time, a little progress counts.

You can do it my fren!!


Another 1km..come on


At Laban Rata. Rain still drizzling.. What a feeling.!!
Sampai je ambil ambil kunci.. Change to dry cloth kemudian turun dinner . Lepas solat semua, kemas beg untuk esok dan tidor around 8-9pm.


Day2     


01 Oktober 20118

2.00 am.. Ya aku taip betul! 2.00 am kami sudah bersiap sedia untuk "summit attack".  Terma yang digunakan oleh hiker untuk "push" ke puncak. Hujan masih turun. 

Ku harap dan doakan agar hujan berhenti. 

Demi keselamatan kami semua.
Demi untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah.


2.40 . Selepas "head count", doa pun dibacakan mohon keselamatan pasukan seramai 42 orang. Selepas tu kami bergerak ke puncak 

..dalam kehujanan, 

...dalam kesejukkan, 

..dalam kegelapan. 

Hanya "head light" memimpin perjalanan, sambil berpandukan lampu orang didepan, dibantu terangnya lampu orang di belakang. Semua saling membantu dan dibantu..

Kepenatan mula terasa. tetapi mental terus menggesa. 

Dorongan kenkawan menambah kudrat.  Hanya kelihatan lampu lampu di atas. Tampak tinggi, namun hanya lampu yang bersuluh. Tiada cahaya untuk melihat jauh. Jarak terbatas oleh lingkungan headlamp sahaja. 

Tapi lampu mereka yang telah sampai di atas memang tinggi!!

Arghh mereka boleh.. tentu aku juga bisa.!!1

Sampai di Sayat-Sayat, "tag" permit diperiksa dan ditandakan nama di atas rekod mereka (rekod  Malim Gunung/ Staf Kinabalu Park).

 Ketika ini masih lagi belum masuk subuh. 

"Teruskan lagi " cadang mereka yang lain.

"Subuh lambat lagi" kita solat bila kita jumpa batu yang rata kat atas sikit.

  Aku yang pertama kali, tak tahu wujudkah tempat yang rata untuk subuh yang akan masuk 20 minit lagi. Dalam gelap aku perasan semua condong saja laluan tersebut.

Sampai di satu kawasan ( masih gelap) jam penggera Irfan berbunyi menentukan sudah masuk waktu Subuh di kawasan Kinabalu, Misi mencari kawasan rata dan tak berbahaya untuk solat.
Ok muat muat empat org berjemaah. Yang lain kena cari tempat rata yang lain.

Pengalaman solat subuh berjemaah atas gunung Kinabalu takkan ku lupakan.

Dalam hujan..
... dalam gelap,


Usai solat, langkah diteruskan. Berhenti menghela nafas disamping membiarkan badan adapt dengan ketinggian. Udara makin menipis. Ingatlah nikmat apakah yang telah kamu dustakan.??

Udara percuma dan sentiasa dihela dengan selesa setiap hari..

.kini mulai menipis!!. 

Biar lambat asal selamat. Lagipun laluan berbatu dan basah boleh membahayakan jika tersalah langkah.

6.15 am aku sampai ke puncak. Suasana masih berkabus?.Suasana masih hujan?. Hujan atau kabus aku sudah tak pasti. Yang pastinya aku telah sampai di Low's Peak. Puncak tertinggi di Asia Tenggara. 

Alhamdulillah.



























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...