Sunday, 22 May 2022

Celebrating our Annivesary ( Raikan ulangtahun penyatuan cinta kami..cewahhh)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Salam kenal kepada pembaca yang pertama kali masuk blog yang tak seberapa ini.
Selamat berkunjung ke rumah terbuka atau majlis perkahwinan.
Jalan pun agak sesak di hujung minggu bulan syawal ni.
Seperti biasalah, macam  zaman sebelum PKP dan covid19.


Pagi semalam aku mesej admin:

" Saya nak request masseur male untuk saya dan female untuk my wife"
Dibalasnya " Ok  Mr." 
Diikuti dengan emoji senyum.

Haihh, kalau tak ada tukang urut jantan ,memang Lurvy ajalah yang akan ke spa. Lurvy pun mesti tak benarkan. aku.hahahah

Sib baik ada male massuer.

Dan perghh dah macam pergi physio diurutnya aku. Punya lah kuat. Di lipat di siku semua ada. Tadah je lah.

Ingat nak relaxation massage je. 

Maybe sebab banyak otot yang tegang atau keras sebb lama tak streching dan bersukan..
 atau memang sebab bersukan tanpa warm up yg ok kot.

Anyway takpe ,  yang kesakitan kena urut Thai atau Indo tu tak penting.

Yang penting nak treat Lurvy pergi spa dan massage.

Sempena Anniversary. Yezza.anniversary yang ke 27.

Ok. Tu yang pepagi settlekan semua laundry ( termasuklah kisah tak sempat masukkan baju dalam mesin. Lurvy pun kata kalau dia masukkan baju dulu pastu baru tukar duit.. wohahahha).

TENGAH HARI




Tgh hari pergi anak wedding ex-office mate kat Puchong/Putra Height.
Nampak event² makin rancak. Alhamdulillah caterer dan event hall organiser bernafas semula.

 Then baru lah sempat ke KL untuk celebrate our anniversary.
Hotel yang kami pilih untuk staycation ialah Royal Chulan. Not badlah hotel ni aku rasa.
Yang penting Lurvy suka.










Klasik-klasik sikit ukiran dia. Macam seni tradisional lah kan. 

Mcm aku guna kot dah masuk klasik dah, cuma belum antik lagu..wohahaha

Aku risau juga lah kan pasal baru-baru ni Royal Chulan Penang viral kejap. Orang yang book telah dinafikan bilik, katanya VIP potong tang kona.
Naya juga depa yang kena macam tu.

Aku dah la nak treat Lurvy special on our annivesary.Harap tak jadi lah masalah mcm tu.
Tetapi Alhamdulillah..
Semua ok!! malah di upgrade ke Premier room. Aku yang surprise..

Petang bawa Lurvy ke spa Telaga Bunga. Staff yang ramah dan sopan. Boleh bagi 9/10 la spa ni.
Badan terasa ringan lepas di urut. Aku suruh Lurvy amik 2 atau 3 teknik. Nanti boleh urut aku pulak,.. Bijak kan.













Malam pergi Ombak Kitchen Seaffod kat Bangsar. Aku teringat yang Lurvy teringin nak makan lobster sebelum sebelum ni. Ni lah masanya nak bawa dia. 

Bapak besor lobster dia. 

Nanti in another posting aku cerita lagi.

Till then chio!!

P.s Malaysia tadi kalah bola vs Indon. TApi aku no komplen. Kalah on penlti. Aku harap ada masa tambahan tapi penentuan gangsa tak ada lah pulak masa tambahan, Terus penalti.







Saturday, 21 May 2022

Errm..tak berdobi sampai la ni

Assalamualaikum bloggers and readers..

Berpagian dah kusidai baju.
Lurvy ada majlis sambutan raya kat Sekolah.
Ada sebakul lagi cadar dan selimut belum ku dobi. Ini antara tugasan aku bila org checkout homestay.
Dengan selimut cadar dan towel, berat juga. Semua mesti dicuci bersih utk kelesaan tetamu. Banyak kerja tapi yg penting tetamu puas dan kebersihan tip top.

So ajaklah anak² breakfast luar and sambil kekedai dobi  sbb dekat ja antara dua kedai ni.

Drop anak kat kedai makan dulu. Suh depa order.

Ni pertama kali ke kedai dobi ni. 

Sbb tertarik dgn saiz 28 kg. Besaq baqhang. Saiz mesin paling besaq la
. So tak yah guna 2 mesin. 

Sampai ja org tak ramai..mesin 28 kg tu kosong. Cantik

Aku pun pergi ke mesi duit ..tukar 9 ringgit coin. Singgit² aku masukkan.

Ok cukup.

Pusing ja ambil baju, ada sorang tu masukkan baju dia dlm mesin 28 kg tu.
 Alamak.. aku punyalah tukaq duit dulu.

So aku approach dia.
 Bang dah tukar syiling?.
Belum.
Ni ha tukar dengan saya 9 ringgit.
Eh kenapa.
Tak pe lah bang. Tadi saya nak guna mesin ni tapi saya gi tukar duit dulu. 
.pastu abg terus masuk baju dulu dlm mesin ni.
Kalau saya nak tunggu lambat lah pulak,

SIlap saya tak masuk baju dulu..

Ok. Boleh lah tukar.

Aku amik RM9. Angkat barang laundry..pikul masuk keta..
Sampai la ni tak berdobi lagi..


Ye la nak pergi kenduri lagi..

And to spend with Lurvy on our annivesary.
Nanti aku posting lain citer..











Thursday, 19 May 2022

Jangan kita abaikan industri ini

Mari kita bercakap dan bercerita pasal food security.
Sesuatu perkara yang kita kurang ambil peduli atau mungkin kita rasanya ianya tiada kaitan dengan kita.
Food Security; satu terma yang besar dan ruanglitup yg merangkumi pelbagai aspek.

Apa yang mudah pahamnya ialah cukupkah bekalan makanan untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk rakyat Malaysia merupakan skop yang luas. Persoalannya cukupkan bekalan makanan untuk kita dan keluarga kita.

Persoalan ke dua. Apakah ada disposable income untuk kita menjana dan seterusnya membeli keperluan asas tersebut.

Tetapi kalau ada duit pun kalau tiada makanan tak berguna juga. Bukan kita boleh makan duit tu pun.

Pertanaian adalah industri penting yang mana bermaksud mana-mana negara tak boleh abaikan. Kecualai negara yang memang tiada ruang pertanian spt Sgp dan negara-negara beriklmim ekstrim.

Namun negara iklim ekstrim pun ada membangunkan teknologi indoor atau teknologi penghasilan yang optimum ketika cuaca mengizikan.

Malaysia satu negara yang terletak berhampiran equator.  Iaitu garis tengah yang tidak terganggugat sangat dengan musim-musim yang berubah kecuali monsoon dan hujan lebat. Ataupun sekali sekala kemarau kering. Secara lumrahnya kita di Malaysia boleh bercucuk tanam sepanjang tahun.

Namun banyak yang kita import untuk makanan kita. Beras , bawang, hasil daging dan tenusu. Manakala gandum memangnya perlu kita import sebab tiada di tanam di negara kita.

Kalau ada masalah perbekalan atau mana-mana negara ban eksport sesetengah barang, kita yang akan terkesan.

Jadi kita perlu lihat industri makanan ruji dan keperluan asas, Dan juga sumber daging dan protein. Ayam pun senang kita ternak tapi ada pihak yang mendesak dinaikkan harga.
Beras perlu dpertingkatkan teknogi supaya hasil banyak.

So, inilah cabaran kita di pasca millenium dengan penduduk yang banyak Fokus yang tak seimbang dari segi perkilangan dan keperluan rakyat. Ditambah dengan nilai ringgit yang merosot, kos akan bertambah. 

Need to be aware peeps.

Macam seyes ja tulisan aku ni.
Ha memang seyes pun!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...