Assalamualaikum bloggers and readers. Panjang sikit catatan aku kali ini. Sebelum korang baca, aku nak bagi tau aku ni bukan virologist, doctor ka apa. Bahasa atau term aku gunakan mungkin silap tapi aku tulis sebagai layman dan apa yang aku paham.
Corona
Virus tak salah. Ianya tak pernah menyerang manusia. Dia bukannya harimau atau
buaya atau gajah yang mengamuk. Ianya bukanlah sejenis haiwan yang memakan
manusia. Tidak!
Tidak sama
sekali!
Dan dia tak
pernah berdendam dengan manusia. Ia tak menggangu sesiapa pun. Ia hanya ingin
hidup. Survival of species!
Dan dia ialah makhluk yang memerlukan perumah. Namun dia tak terbang cari perumah. Bila dia melekat atau terlekat pada sesuatu objek , dia kan masuk berlindung dalam
perumah tersebut. Kalau ia melekat kepada objek yang bukan sel hidup, ia kan
mati. Simple kitaran hidup dia. Kalau dia melekat dalam sel hidup, dia merasa
lega ( mungkin happy giler,dan duduklah dia disitu dan membiaklah… atau sel selnya membuat replikasi.
Dan tempat di mana dia menumpang berteduh ada juga
sistem pertahanan untuk halang dia berteduh di situ. Sel perumah tersebut tak
akan berikan pendatang asing datang dan berkembang biak di situ secara senang
lenang. Nanti sel asal akan ada kekangan
sumber dan mungkin menyebabkan perumah
tersebut menderita, seterusnya mati (dan sel-sel asal akan mati.)
Jadi, sistem imun perumah dan antibodi akan bergaduh ataupun berperang dengan virus yang baru datang tersebut
(Corona) . Ia adalah normal dalam kehidupan. Masing-masing diciptakan Allah
dengan peranan memasing. Sistem pertahanan badan akan bertahan.
Mana ada
virus dapat "passport" dan kebenaran untuk masuk perumah.( Jangan baca seperti
pembaris ya)
Bila melekat
dia masuk. Itu adalah lumrah semulajadi ( dibaca lumrah ciptaan Allah). Sel dan
antibodi dan system imunisasi akan mencetuskan mekanisma untuk menentang
habis-habisan pencerobohan dari virus tersebut.
Virus pula
ada sistem dan senjata memasing. Malangnya bagi sel perumah ( iaitu tubuh badan manusia), makhluk yang datang ni adalah sejenis “novel” virus . Batallion
pertahanan badan tak pernah jumpa musuh sebegini sebelum ni. Buat rujukan dan
manual lama-lama pun tak jumpa kaedah untuk menentang virus Corona ni.
Tak jumpa kelemahan virus
ni, jadi macam mana nak hapuskan.
Jumpa
atau tak jumpa kelemahan, sistem pertahanan badan tak akan duduk diam-diam . Lawan tetap lawan. Saya ulanggg!
Kerana apa?
Kerana itu
lah tugasannya. Ia diciptakan oleh Allah sebagai antibodi manusia dan akan melawan
segala virus. Lawan.!!!
Tembak lah mengguna enzim dan apa saja senjata yang ada. Ada yang menang, bagi sesetengah
perumah, ada yang kalah.
Adat berperang tanpa senjata ampuh. Mungkin tembak
kena dengan apa yang ada, mungkin tembak tak kena.
Bila
perumah kalah dan mudarat dan seterusnya mati, sel dan virus pun hilang tempat
berteduh. Virus sebenarnya tak nak perumah musnah, sebab dia sendiri akan mati.
Dia hanya ingin menumpang teduh sebab virus memerlukan protein dari perumah.
Tiada perumah tiadalah virus, jadi kemandirian virus tu tiada.
Ada tempat
atau haiwan di mana virus ni boleh hidup tanpa mengganggu atau memudaratkan
perumah iaitu dalam sel di dalam tubuh kelawar ( setakat ini andaian para
cendikiawan adalah kelawar).
Mungkin tak semua kelawar. Ada kelawar yang tak jadi perumah, mungkin. Manalah aku tau semua..wohahahaha
Dan sejak
diciptakan virus ini berada dan boleh bergumbira dalam dalam kelawar.
Happily
ever after.
Virus ni
tak kacau kelawar, tak ganggu system imunisasi kelawar dan juga tak kacau sesiapa antara manusia.
Berpindah
randah antara kelawar ke kelawar dan semuanya tenang. Kelawar sihat ja. Kenapa?
Memang dicipta begitu !! Kelawar boleh menerima virus Corona.
Mungkin tak
semua kelawar ada membawa virus ni, jangan la korang dok buat misi untuk hapuskan kelawar pulak.
Namun makhluk kelawar antara binatang yang boleh hidup secara simbiosis dengan virus corona.
Ecosistem depa mungkin memerlukan satu sama. Tak dak sapa dok kacau. Sejak
berkurun lamanya.
Tiba-tiba…
Pada suatu
masa dalam bulan Disember 2019, manusia memakan kelawar. Opps.. jenis manusia
makan kelawar ni bukanlah merupakan
perkara baru.
Tapi
sebenarnya larangan makan kelawar sejak dari dulu lagi. Ada jenis-jenis yang Allah
larang makan, sebab yang halal banyakkkk lagi. Tahulah kan, jenis yang tak dengar cakap atau….
Depa makan
dan makan. Ada yang dimasak ,ada yang mentah binatang-bnatang yang terlarang ni
Contohnya ular. Ada yang potong dan ambil darah sahaja, teguk, dibilas dengan
minuman, entah2 arak. Contohnya,,,aku agak saja sebab dok tengok documentary
dan cerita-cerita kat tv.
Nampak gaya
macam tak sedap tapi dengan control machonya buat juga ( minum juga darah ular)
sebab exotic konon. Ok itu contoh. Ular.
Kelawar ni,
aku tak tau macam mana depa makan. Goreng kot,ke masak lemak..asam pedas
aku tak mau tahulah!!
Yang aku
tahu depa ni manusia yang jenis makan kelawar . Siapa “depa” ni?? Ermm satu dunia dah
tahu.
Depa-depa
ni adalah manusia yang jenis lecturer
aku kata:
”Depa ni
semua yang terbang depa makan kecuali kapalterbang dan helicopter”
“Depa ni
semua yang ada kaki depa makan kecuali meja dan kerusi ."
( dan juga manusia
kot,; manusia ni aku tambah. Tak tahu lah kalau boleh, manusia pun depa nak try).
Na’uzubillah!
Tetapi
kenapa baru muncul virus ni.??
Teori 2 sen
aku:
Bila
kelawar-kelawar ni dimakan. Dah habis banyak pun kelawar depa makan dari dulu . Tangkap
lagi dan lagi dan tetiba tertangkap kelawar yang ada virus ni.
Atau pun memang dok tangkap yang ada virus ni.
Cuma sebelum ni cara masaknya betul dan mungkin menyebabkan virus mati. Tapi nak jadi sebab, ada satu
hari, dalam bulan Disember, tragedy Disember,
ada virus Corona ni masih hidup dan masuk ketubuh manusia. Dan seperti coretan
aku di atas, virus ni nak terus hidup , maka ber”replikasi”lah dalam tuan “depa”
ni. Depa yang berada di Wuhan…
Dan
bermulalah penghijrahan virus corona ni dari kelawar ke dalam perumah yang baru…aitu
manusia dari US sampailah ke Uganda, dari Italy hinggalah ke India. Singapura
ke Spain ,, senang cerita, seantero dunia.
Apa yang
berlaku hari ni dan masih berlaku adalah disebabkan manusia itu sendiri dan
bukanlah salah virus ini. Dia tak akan menyerang, dia tidak akan melompat keluar
dari tubuh orang lain dengan sendirinya seperti “alien” yang muka ganas giler dan masuk ke dalam orang
lain.
Bukan
begitu…
Ianya terjadi
oleh kerana silap manusia, sesetengah manusia, ..manusia yang rakus bernafsu nak makan apa
sahaja,
maka seluruh
dunia terkena tempiasnya.
Dan harga
yang perlu dibayar adalah sangat tinggi.
Sedarlah sesungguhnya
banyak kemusnahan di dunia ini adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia
sendiri. Dan kemusnahan akan terus berlaku.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
"Ayat dari Surah Ar-Rahman"
Oleh itu, layakkah kita nak salahkan mahkluk lain ???