Pages

Sunday, 9 February 2020

Syabas dan Aku. Dan muhasabah

Selasa  pagi.

Aku membuka email peribadi untuk meihat apa-apa notifikasi kot kot ada benda yang penting.

Ada email dari Syabas. Oh bil air dan aku pun semak . 
Rumah aku yang aku pergi hujng-hujung minggu. KEmas-kemas dan merumput. Tanah ada la sekangkang kera. Bakal disewakan in Sya Allah.

Bila buka bil tu jumlahnya RM81 lebih. 
Uih kenapa tinggi ni. Ada paip yang tak bertutup.?

Selalunya memang rutin kami akan tutup paip kat luar setekah kunci semua pagar.
Aku pun telefon Syabas atau Air Selangor kalau tak silap.

Aku: "Boleh semak tak bil rumah saya kenapa tinggi, selalunya tak sampai RM10."
(Setelah bagi detail account no etc etc)

Operator: "Ok encik, kami akan buat semakan dan akan ambil masa seminggu untuk kami maklumkan"

Fair lah, Kena bagi depa buat kerja dan check apa yang patut.

Petang tu aku telefon sahabat yang duduk berdekatan untuk pergi tutup 'stop-cork" dekat meter tu kalau tak tutup. Sambil tu tengok meter kalau kalau berjalan ( logiknya patut berhentilah sebab tangki pun mungkin penuh dah dan tiada orng di rumah tersebut).

Selepas dia habis kerja dia pun singgah. 

Selasa petang

Kawan: " Bro, meter bergerak la. Korang tak tutup air ke"
Aku:" Rasanya tutup semua. Tak pe tak pe kau tolong tutup stop-cork kat meter"
Kawan: " Dah tutup tapi air berjalan lagi, meter bergerak juga.

Ahh sudah!

"Ok k . Kau panjat pagar jap dan tutup pili (stop-cork) air yang naik ke tangki"

"Ok." 
Dia pun panjat dan tutup tetapi..

'Bro, aku dah tutup tapi air masih berjalan.."

Walawei!!. twin problem.

1. Mungkin underground paip pecah
2. Stop cork sebelah meter rosak dan tak boleh ditutup.


"Oklah bro tak pe lah.. dah tak boleh tutup aku call Syabas suruh ganti stop-cork sebab yang aku paham, kalau sebelum meter Syabas punya property, dia orang kena betulkan. 

Tq bro datang rumah aku dan tolong chek...tq.."

Rabu pagi.

Aku: " Hello Syabas, semalam saya report pasal bil dan saya rasa mungkin paip bocor dalam rumah saya, Tak pe yang tu saya akan uruskan, 
Cuma masalahnya bila kami nak tutup stop-cork, tak boleh sebab rosak. Water supply dari Syabas masih masuk"

Operator syabas 2: " Ok saya akan buat laporan masalah stop-cork tak boleh ditutup"

Aku: " Ok thanks, datang tukar segera ya. Dan saya rasa bil tu tak ade isu issue. Cuma minta tukar stop-cork dulu,, Tak nak air masuk"


Jumaat pagi.

Ada panggil dari telefon bimbit, nombor tak dikenali.

Pemanggil: " Selamat pagi, saya dari Syabas, kat depan rumah  tuan"
Aku: "Selamat pagi"
Pemanggil: Saya dah check meter semua normal, dalam keadaan baik so kami rasa tak ade masalah meter dan masalah bacaan bil yang tinggi. Memang meter suma ok"

Orangnya slang India so aku sambung:
" Terima kasih datang, Ya ya saya pun rasa bukan masalah bil. Saya dah maklum semula ke pada Syabas semlam. Ok cik, nanti lagi bila  pihak encik dah tukar stop-cork, tolong tutup ya sebab saya rasa paip dlm tanah bocor kot. Jangan tukar je tau, tutup sekali"

Pemanggil: Ok tuan nanti saya buat laporan.

Aku: "Jap jap , jangan lah lepas tukar nak buat laporan nak tutup paip tu. Just tolong tutup bila ganti stop-cork tu. Saya minta tolong tu je."

Pemanggil: "Saya datang untuk semak meter encik. Nanti dalam masa 24 jap setelah saya buat laporan team lain akan datang tukar"


Aku:" Errr.. ( masih kenot brain) tapi saya dah report kali kedua pasal stop-cork ni. Kenapa datang pasal check billing lagi..

Err, bila nak ganti pula encik. Kalau 24jam maknanya air terus masuk dan bil terus berjalan.

Pemanggil: " Itu kena tunggu dirang tukar la encik. 24 jam ye..

Aku: " Err. 24 jam ? Esok Taipusam..Sabtu..Ada ke team bertugas"

Pemanggil: " saya buat report suruh urgent.."

Aku: "Ok Ok.. urgent ya. Jangan sampai over the weekend.
 Terima kasih, Selamat menyambut Taipusam!!"

Esoknya. Semalam ketika nota ini ditulis.. 

Sabtu, Petang.

Jom Lurvy pi tengok rumah jap. Kot hari tu  dia yang tak tutup paip dalam rumah ke macam mana ke..

Sampai je, 

KRik krik..

Stop-cork belum ditukar.. Sudah lebih 24jam. Aku nak tutup supaya air  tak mengalir pun tak boleh. Meter terus berjalan dan air tetap mengalir ked alam tanah, seperti mengalirnya duit aku...

Aku pun telefon syabas lagi sekali..

Operator: Ok tak pe encik saya akan buat REPORT..

Ahhh sudah!!!!

Report lagi.. Jem otak aku...

Ahad.

Aku tak tahu apa cerita hari ni ..ketika catatan ini ditulis 

Sabar je lah..

Mungkin ada rezeki yang kurang berkat atau ada sedekah yang belum cukup,, atau zakat ada tertunggak  atau...

.....
AstaqfirAllah

kena semak yang tu jugak

3 comments:

  1. Salam cik.. apa perkembangan hal ni ye? Nk tau juga tindakan dari pihak syabas selain buat report..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena baiki paip pecah.. kos sendiri dalam compound bawah tanah.

      Delete
  2. Boleh sy tahu berapa harga bil air yg syabas cas tu ye?mesti banyak..lbh 24 jam kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again