Pages

Tuesday, 15 September 2020

Happy birthday to me..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari ni agak sibuk. Semalam pergi ofis tapi bos nasihatkan jumpa doktor sebab aku macam selsema dan batuk2 sikit. Selalunya akan bertambah ok kalau makin tengah hari. Mungkin semalamnya, sebelum tu, minum ais agak banyak. Suhu ok ja, tapi batuk mula menggatal ditekak..

Dengan musim covid ni aku pun meninggalkan ofis dan jumpa doktor yang tapi ragu2 nasihat aku duduk rumah serta  memberikan cuti sakit ...Balik umah sambung keja..

Apapun hari ni dah ok. Ada kursus dan mensyuarat, sambil kursus, keluar jap untuk meeting online. Meeting berlanjutan over the lunch. Kat resort agak bising, so habiskan meeting dulu ditempat yang tenang tenang dan kurang gangguan dan kemudiannya jamah sedikit makanan.

Petang bertalu2 ofis mate wish happy birthday to me.  Aku pun isytihar cuti satu Malaysa esok.Wohahaha.
Sempena hari Malaysia.  

Aku tak pernah declare my bday dlm facebook etc, so wishes,, stop from my ofis mate. Thank you all. and more importantly from my family..

Pepagi Lurvy bawa hadiah, entah bila dibeli pun tak tahu.
Balik umah si anak2 bagi hadiah cekelat la, Forero la, .. Malam Pepsi pun ada. Adus,,, semua manis manis.
Semanis kurma dan semanis orangnya.  ceh.
 Had a simple outing and dinner. done that!!

Cumanya aku ingin luahkan rasa syukur dengan suasana aku kini. Segalanya kurniaan Allah. Dengan keluarga yang sihat. Rezeki yang dianugerahiNya, Seadanya. 

Sebab, sekeliling kita ada yang kurang bernasib. Namun begitu aku juga rasa kagum dengan kecekalan pemuda2 yang berjalan di lampu-lampu isyarat menjual nasi lemak dan asam boi. Sesungguhnya tanpa usaha tentu tiada hasil. Usaha itu penting kerana jika malas tentulah tidak mendapat apa2.

Ketika itu juga aku lihat seorang lelaki berjalan kaki di atas jalan tar tanpa kasut dan selipar. Huih tak panas kah, Atau baru kehilangan kasut. Tengok gaya macam org  normal, siuman. Tapi adakan tidak mampu membeli kasut. Pelik juga..

Bila difikirkan tak mustahil dia tidak mampu, dan simpanannya utk keperluan lain. Dalam termangu kereta belakang bunyikan hon menyegerakan aku bergerak.

Tinggallah pemuda yang mencari hasil mangga asam boi dan juga yang berkaki ayam dipersimpangan itu..


Berbalik kepada selipar. Aku teringat selipar aku di Mekah. Ye teringat design ya, dan bentuknya. Dan yang aku tinggalkan dan wakafkan di hotel penginapan semasa haji. Aku tak pernah kehilangan selipar, walau ramai orang kita terdengar hilang atau tersalah letak. Selipar ku yang kubawa adalah selipar dirumah telah aku pakai sebelumnya, tidaklah aku beli khas untuk ke Mekah. Namun selipar terpakai itulah boleh sampai ke Mekah dan bukan kasut Nike atau Adidas atau jenama yang seumpamanya.

Kekadang bila aku berjalan ke masjidil haram bersama Lurvy, melintas hiruk pikuk kenderaan besar terutama bas, ya, Hotel aku agak jauh juga, aku melihat seliparku sambil berfikir, dalam banyak2 selipar, yang ini kubawa ke Mekah. dan setia hingga selesai urusan haji. Moga ianya menjadi saksi tentang hadirnya aku di sana, di Tanah suci, betapa aku melangkah di sana. Betapa panasnya kota Mekah sehingga terasa lembut tapak selipar seakan hampir cair. Jadilah saksiku..

Dan itu hanya cerita selipar, dan ada orang yang tiada selipar, sedar atau tidak.
 " Nikmat yang manakah kau dustakan...."


Pasal birthday,,
Ermm, sejak semalam aku,.. bila nak sampai birthday hari ni, teringat dan rindu arwah mak. Entah kenapa.. rindu agak lain macam kepada orang yang melahirkan aku.  Tetap merinduimu emak dan sentiasa mendoakan mu di sana.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again