Assalamualaikum bloggers and readers..
Last entry about Bandung trip…
Okay.. setelah 7 tahun aku bertekad untuk tidak ke
Indonesia, aku pergi ke sana…
Entry ni rather long
sebab nak tulis pepanjang and move on to cerita lain pulak…
Ringgit tinggi dari Rupiah.???
Aku cuba tengok dari perspective yang berbeza jikalau travel
atu lawati sesuatu tempat. Bila di sana aku tak pasti RM lagi power dari rupiah
atau sebaliknya..
Mungkin kita beranggapan barang di sana murah. Mungkin benar
juga.. Tetapi mungkin murah kerana upahnya murah dan bukan keran Rm yang kukuh
melebihi Rp..
Contohnya: Bayaran masuk tandas rata-rata Rp2,000 atau kos
parking atenden dalam jumlah yang sama. PErlu diingat bayaran tersebut hanyalah
token untuk mereka jaga kereta masuk keluar dari parking lot..
Berbalik kepada tandas,,yep aku bercakap pasal tandas kat
sini. Adakah Rp2,000 tu seperti mana rm2 kepada org Indonesia.. Atau Rp 2000
sama dengan 20 sen. Aku bercakap dari nilai servis berbanding bayaran dalam
perspective kehidupan Indonesia..
Takkan bayaran servis penggunaan tandas sanggup di “nilai”kan
Rm2.. atau adakah sebenarnya bernilai RMo.20?? Kalau Rp2,000 boleh dibayar utk
servis penggunaan tandas maknanya mungkin hanya 2osen nilainya bagi warga
Indonesia.
Ok berbalik kepada Rm against Rp…jika Rp 2,000 dikata hanya
bernilai 0.20 ( dlm nilai sini) bermakna duit sebenarnya yang perlu kita bayar
ialah Rp2,000 = Rm0.64 di Indonesia. Nampaknya dari senang affordability duit
Rm Nampak rendah di sini.
Contoh seterusnya:
Harga makanan rata-rata dalam RM35,000 ke 50,000.. secara
puratanya. Aku cuba mengandaikan itulah harga makanan average untuk warga
sana.. dan rasanye mereka tak terbeban dengan harga tersebut, mungkin.. tetapi
jika ditukar kapada RM harganya dalam RM9 hingga Rm16
( kadar tukaran Rp1j = Rm325).
Untuk senangnya mungkin begini, jikalau indonesi buang
banyak “kosong kosong” dalam matawag mereka mungkin kadar ( seperti contoh
diatas) menjadi begini Rp1 =RM3.25???)
Apapun kadar perbandingan yang terbaik ialah melalui McDonald
economy ( sila google apa maksudnya). Tetapi aku tak teringin nak makan
Mcdonald sebab :
1.
Kat Malaysia pun banyak Mc Donald
2.
Anak anak
dah ban McDonald..yeeea.
Jadi , anda fikirkanlah tentang nilai RM yang tersirat
sebenarnya. Jangan seronok sangat jadi jutawan rupiah ya…
Ok cerita lain:
Highlight of the visit ialah Taman Safari Indonesia Cirasua
dekat Bogor and Puncak.. Setelah mood pepagi yang tercalar dek
diselongkarnya beg. SUkar juga nak kembalikan mood ceria..
Nak nak habis masa sejam nak settle masalah yang bukan aku
buat. Jadi, lari lah sikit perancangan.
Kesannya, sampai agak lewat , dah tengah hari baru masuk ke
Safari. Sekarang musim hujan sebelah pm maka selepas pukul 12.00 tu mulalah
hujan. Nak bagi binatang makan pun dalam hujan .. tak best sangat nak buka
tingkap kenderaan.
Perjalanan ke Taman Safari yang mulanya biasa saja, mula
mengasyikkan melalui kawasan Puncak di mana keadaan tanah tinggi bak Cameron Highland.
Sempat berhenti untuk amik gambar. Menarik utk dijadikan memori sekeluarga.
Sebenarnya bila dicadangkan Taman Safaris sebagai salah satu
tempat aku fikirkan, ye ke? Taman Safari? Zoo?
Tapi sebenarnya ianya jauh lebih menarik dari taman2
binatang yang pernah aku pergi. Tak payahlah sebut tempat dimana . Dengan
konsep yang terbuka di mana pengunjung boleh memberikan makanan kepada haiwan
dari dalam kenderaan, amat mengujakan melihat anak-anak gembira bercampur
ketakutan bila cermin tingkap diserbu oleh binantang.
Dan ada beberapa pertunjukkan yang menarik juga spt koboi
show , dolphin , sea lion dan juga petunjukkan burung.
Sebenanrnya susunan itenari sengaja dibuat begitu iaitu last
day bertolak dari Bandung ke JKt sbb Taman Safari tu half way juga ke JKt Cuma jalannya
melencong sedikit, ye lah sbb melalui bukit dan banjaran Jawa Barat. Tapi
trafiknya sangat sangat sesak..!!! Aku jangkakan 1jam 45 minit bila ikut
applikasi map, tapi mencecah 4 jama agaknya..perghh..MAcet!
Bayaran Masuk Taman Safari Rp 300,000 seorang ( Rm 98.00).
Erm kalau 9 orang ..mau seribu di situ..tapi yang penting semua happy.
Antara Trans Studio dan Tangkuban Perahu? Atau..
Hari ketiga ( rewind balik sikit) Aku ada rancangan nak ke
Tangkuban Perahu tapi option tu masih terbuka. Juga ingin pergi Kawah Putih..
Hehe apalagi nak amik gambar landscape la.. So diskuss dengan supir katanya ke
T.Perahu Rp300.000 , yang mana aku dah tau. Dia siap cadang pergi Kawah Puith
sbb kadar T. PErahu amat mahal dan sepatutnya itu anugerah Allah , dan tak
perlu caj mahal utk org nikmati.. Erm logic juga..
Dan anak anak tak berapa minat kalau pergi, bau sulfur dan
kemudian balik.. hmmm. MAcam mana ni?
Kalau korang pergi Trans Studio nak? Nakkkk.. No worry sebab
supir superb maka pepagi kami bertolak ke Kawah Putih dia arrange transport
amik 5 org anak ke Trans. So memasing pergi tempat lain lain. Hanya 2 org yang
kenik ikut kami ke Kawah Putih.
Bila pulak nak ke Tangkuban?? Next visit In Sha Allah..
Takkan return trip nak shopping saja? At least ada tempat yang boleh pergi
lagi..yezaa!!
Ok this wrap up my entry ke Bandung.. Just nak share
itenary.. kekalau nak guna sbg guide:
Day 1
Touchdown JkT
Terus ke Bandung..
Lunch ( at Dcost etc)
Shopping at BIP
Check in
Shopping at Jalan Riau. FOS
Dinner ( local food)
Day 2
Pasar Baru
Lunch
Jalan Dago
Toko Tiga
Rest @ hotel ( solat etc. Selalu nya time asar balik hotel)
Rumah Mode
Dinner at Stone Café
Day 3
Tangkuban/Kawah Putih/ Trans Studio
Late Lunch
Return to hotel (solat/rest)
More Shopping at FOS /mall
Dinner.
Day 4.
Check out
Puncak/ Safari ( whole day)
Gerak ke JKT.
Check in JKT.
Day 5.
Check out.
Tanah Abang.
To airport.
Demikian catatan perjalanan melihat bumi ciptaan Allah..
Alhamdulllah anak2 pun enjoy dan selamat ke tanah air..( Flight inbound to kl
hujan lebat…queu selama 20 minit lebih sebelum dapat landing)
P.s Supir pesan jangan ada hati tetinggal di Bandung. Aku
cakap ada.. tapi Lurvy kutip balik!! wohahah.
And My best shots are:
|
@Rumah Mode |
|
Dinner di Stone Cafe |
|
On the way menuju Kawah Putih |
|
Singgah survey chalet atau rumah penginapan .. |
|
Kawah Putih |
|
Kawah Putih |
|
Puncak |
|
Boyz to man |
|
With daughter |