Pages

Friday, 4 December 2015

Bandung: Beg diselongkar!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

.. besambung lagi..

Nanti aku kongsikan itenary aku di sana...dalam final entry

Ada peristiwa kejadian di hotel di bandung yang betul-betul mengecewakan aku. Ia membunuh terujaan dengan kejadian tersebut..Kalau orang baran boleh bikin scene kat situ tapi aku pun tatau nak cakap macam.. ok lah sedang teringat aku coretkan terus di sini.. terus ke hari ke4 . last day di bandung. Hotel Serena.

Kejadian pagi after breakfast,  nak check out untuk bertolak ke Puncak- Taman safari.


Sikit pasal hotel tu..
Sebenarnya aku bukan jenis suka komplen.. pintu bilik air rosak pun aku malas nak nak kecoh..asal boleh tidor ..lagi pun pagi keluar balik malam je kot.

So far hotel tu ok dan memuaskan cuma:

Bila serah access card. front desk staff bagitau towel tak cukup 2 helai.

Uik,, aku blur blur. MAcam mana boleh tak cukup? Ye ke?

"Bukan pagi ni pak. yang Hari Isnin"

Hari ni Rabu. Tapi cukup aja tadi.

"YA pagi cukup.Maknanya hari Selasa diletakkan empat. Hari Isnin hanya dua apabaila dikemas."

Argghh konfius aku.. Awat  tak habaq awal2..eh aku tak cakap kedah dengan depa, aku cakap bahasa Sunda


Aku bab bab kain baju otomatik alih ke arah Lurvy.

"Ohh Hari isnin.. Bila kita balik hotel mlm tu tengok yang diletak atas katil hanya dua helai.. Ingat hotel ni peak time ke. tak sempat replace towel ke..Yang diam ja. Biarlah guna dengan anak2" Explain Lurvy.

Oh..Pelik pun ada lucu pun ada. Yang aku tak perasan towel sedikit. Main guna aja.
Abis tu hanya satu ja yang kita guna? Satu lagi buat sejadah kan..

Ya la..

Selesai masalah laki bini..aku alih ke staff. " Kenapa tak cakap hilang? Kenapa hari check out baru bg tau? Kenapa hari Selasa letak cukup pulak?

(Kalau dia bagi tau pun aku tak leh nak buat apa. Memang tak cilok dan tak akan cilok! baik aku cilok tv ke katil peti ais ke..atau dengan hotel2 tu sekali ..hahahah..just kidding)

"Tapi memang tak cukup pak hari Isnin tu" Muka simpati dan muka menyalahkan aku


Ahh sudah!!.. lari masa aku ni. paln nak ke PUncak then terus Jakarta. dengan macet lagi.

SUpir cuba membantu.. NAk selesaikan. Macam buntu ja..

Aku cakap" Kami tak ambil dan tak pernah ajar anak anak ambik barang orang. Tak mungkin! Kami tak tau pun macam mana boleh berlaku. Dengan tebalnya towel tu buat penuh luggage. Ni pulak dua hari dah berlaku sekarang baru cakap..susah la"

Dia diam.. Aku pun tak tau nak simpati ke nak marah.

Naik atas ke  bilik dengan house keeping. suruh ckeck semula.. which tak berfaedah pun. HAri ni memang cukup .Bukan masalah hilang pagi ni. Dua hari lepas.
Buntu lagi!

eh.. macam mana nak selesai ni??
"Ok lah pergi check beg lah..." aku suruh, Sebab dah lambat

Dia dengan segera arah 3 org lagi buka beg yang dah masuk van. Aku tak sentuh pun biar dia buat.
Bersungguh depa cari towel..aduh. aku nak curi towel? Aduyai.

Semua beg di selongkar. Dan memang tak ada lah!!! gila ke apa nak curi.

Ada sorang pakcik dari Malaysia juga tanya Lurvy dan dia pun cerita lah.

Pak cik tu cakap" Saman ja hotel ni . Buat malu ja. Mana boleh tuduh dan check beg kat public"

Aku tak komen dan tanak panjang cerita. MAsa berjalan ni..

So pihak hotel tu mintak maaf dan settle la problem tu dan permulaan yang tak best la pagi tu.

potong stim betullah!!



Famili room. Serena Hotel Bandung


Pemeriksaan beg!! Selongkar semu ya

Aku suruh naik check sampai dalam van..celah2 kerusi..

. check jangan tak check. 




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again