Pages

Monday, 7 December 2015

Bandung trip Last entry: My best shot

Assalamualaikum bloggers and readers..


Last entry about Bandung trip…
Okay.. setelah 7 tahun aku bertekad untuk tidak ke Indonesia, aku pergi ke sana…
Entry ni rather  long sebab nak tulis pepanjang and move on to cerita lain pulak…

Ringgit tinggi dari Rupiah.???

Aku cuba tengok dari perspective yang berbeza jikalau travel atu lawati sesuatu tempat. Bila di sana aku tak pasti RM lagi power dari rupiah atau sebaliknya..
Mungkin kita beranggapan barang di sana murah. Mungkin benar juga.. Tetapi mungkin murah kerana upahnya murah dan bukan keran Rm yang kukuh melebihi Rp..
Contohnya: Bayaran masuk tandas rata-rata Rp2,000 atau kos parking atenden dalam jumlah yang sama. PErlu diingat bayaran tersebut hanyalah token untuk mereka jaga kereta masuk keluar dari parking lot..
Berbalik kepada tandas,,yep aku bercakap pasal tandas kat sini. Adakah Rp2,000 tu seperti mana rm2 kepada org Indonesia.. Atau Rp 2000 sama dengan 20 sen. Aku bercakap dari nilai servis berbanding bayaran dalam perspective kehidupan Indonesia..

Takkan bayaran servis penggunaan tandas sanggup di “nilai”kan Rm2.. atau adakah sebenarnya bernilai RMo.20?? Kalau Rp2,000 boleh dibayar utk servis penggunaan tandas maknanya mungkin hanya 2osen nilainya bagi warga Indonesia.

Ok berbalik kepada Rm against Rp…jika Rp 2,000 dikata hanya bernilai 0.20 ( dlm nilai sini) bermakna duit sebenarnya yang perlu kita bayar ialah Rp2,000 = Rm0.64 di Indonesia. Nampaknya dari senang affordability duit Rm Nampak rendah di sini.

Contoh seterusnya:

Harga makanan rata-rata dalam RM35,000 ke 50,000.. secara puratanya. Aku cuba mengandaikan itulah harga makanan average untuk warga sana.. dan rasanye mereka tak terbeban dengan harga tersebut, mungkin.. tetapi jika ditukar kapada RM harganya dalam RM9 hingga Rm16
( kadar tukaran Rp1j = Rm325).

Untuk senangnya mungkin begini, jikalau indonesi buang banyak “kosong kosong” dalam matawag mereka mungkin kadar ( seperti contoh diatas) menjadi begini Rp1 =RM3.25???)
Apapun kadar perbandingan yang terbaik ialah melalui McDonald economy ( sila google apa maksudnya). Tetapi aku tak teringin nak makan Mcdonald sebab :
1.       Kat Malaysia pun banyak  Mc Donald
2.        Anak anak dah ban McDonald..yeeea.
Jadi , anda  fikirkanlah tentang nilai RM yang tersirat sebenarnya. Jangan seronok sangat jadi jutawan rupiah ya…



Ok cerita lain:

Highlight of the visit ialah Taman Safari Indonesia Cirasua dekat Bogor and Puncak.. Setelah mood pepagi yang tercalar dek diselongkarnya beg. SUkar juga nak kembalikan mood ceria..
Nak nak habis masa sejam nak settle masalah yang bukan aku buat. Jadi, lari lah sikit perancangan.
Kesannya, sampai agak lewat , dah tengah hari baru masuk ke Safari. Sekarang musim hujan sebelah pm maka selepas pukul 12.00 tu mulalah hujan. Nak bagi binatang makan pun dalam hujan .. tak best sangat nak buka tingkap kenderaan.

Perjalanan ke Taman Safari yang mulanya biasa saja, mula mengasyikkan melalui kawasan Puncak di mana keadaan tanah tinggi bak Cameron Highland. Sempat berhenti untuk amik gambar. Menarik utk dijadikan memori sekeluarga.

Sebenarnya bila dicadangkan Taman Safaris sebagai salah satu tempat aku fikirkan, ye ke? Taman Safari? Zoo?
Tapi sebenarnya ianya jauh lebih menarik dari taman2 binatang yang pernah aku pergi. Tak payahlah sebut tempat dimana . Dengan konsep yang terbuka di mana pengunjung boleh memberikan makanan kepada haiwan dari dalam kenderaan, amat mengujakan melihat anak-anak gembira bercampur ketakutan bila cermin tingkap diserbu oleh binantang.
Dan ada beberapa pertunjukkan yang menarik juga spt koboi show , dolphin , sea lion dan juga petunjukkan burung.

Sebenanrnya susunan itenari sengaja dibuat begitu iaitu last day bertolak dari Bandung ke JKt sbb Taman Safari tu half way juga ke JKt Cuma jalannya melencong sedikit, ye lah sbb melalui bukit dan banjaran Jawa Barat. Tapi trafiknya sangat sangat sesak..!!! Aku jangkakan 1jam 45 minit bila ikut applikasi map, tapi mencecah 4 jama agaknya..perghh..MAcet!

Bayaran Masuk Taman Safari Rp 300,000 seorang ( Rm 98.00). Erm kalau 9 orang ..mau seribu di situ..tapi yang penting semua happy.


Antara Trans Studio dan Tangkuban Perahu? Atau..

Hari ketiga ( rewind balik sikit) Aku ada rancangan nak ke Tangkuban Perahu tapi option tu masih terbuka. Juga ingin pergi Kawah Putih.. Hehe apalagi nak amik gambar landscape la.. So diskuss dengan supir katanya ke T.Perahu Rp300.000 , yang mana aku dah tau. Dia siap cadang pergi Kawah Puith sbb kadar T. PErahu amat mahal dan sepatutnya itu anugerah Allah , dan tak perlu caj mahal utk org nikmati.. Erm logic juga..
Dan anak anak tak berapa minat kalau pergi, bau sulfur dan kemudian balik.. hmmm. MAcam mana ni?
Kalau korang pergi Trans Studio nak? Nakkkk.. No worry sebab supir superb maka pepagi kami bertolak ke Kawah Putih dia arrange transport amik 5 org anak ke Trans. So memasing pergi tempat lain lain. Hanya 2 org yang kenik ikut kami ke Kawah Putih.

Bila pulak nak ke Tangkuban?? Next visit In Sha Allah.. Takkan return trip nak shopping saja? At least ada tempat yang boleh pergi lagi..yezaa!!

Ok this wrap up my entry ke Bandung.. Just nak share itenary..  kekalau nak guna sbg guide:

Day 1
Touchdown JkT
Terus ke Bandung..
Lunch ( at Dcost etc)
Shopping at BIP
Check in
Shopping at Jalan Riau. FOS
Dinner ( local food)




Day 2
Pasar Baru
Lunch
Jalan Dago
Toko Tiga
Rest @ hotel ( solat etc. Selalu nya time asar balik hotel)
Rumah Mode
Dinner at Stone Café

Day 3
Tangkuban/Kawah Putih/ Trans Studio
Late Lunch
Return to hotel (solat/rest)
More Shopping at FOS /mall
Dinner.

Day 4.
Check out
Puncak/ Safari ( whole day)
Gerak ke JKT.
Check in JKT.

Day 5.
Check out.
Tanah Abang.
To airport.

Demikian catatan perjalanan melihat bumi ciptaan Allah.. Alhamdulllah anak2 pun enjoy dan selamat ke tanah air..( Flight inbound to kl hujan lebat…queu selama 20 minit lebih sebelum dapat landing)



P.s Supir pesan jangan ada hati tetinggal di Bandung. Aku cakap ada.. tapi Lurvy kutip balik!! wohahah.

And My best shots are:

@Rumah Mode


Dinner di Stone Cafe

On the way menuju Kawah Putih

Singgah survey chalet atau rumah penginapan ..


Kawah Putih

Kawah Putih




Puncak

Boyz to man


With daughter

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again