Pages

Monday 31 December 2012

“So close yet so far”

Assalamualaikum bloggers and readers..



Segalanya mempunyai pengakhiran. Cuma yang digembar-gemburkan berakhirnya dunia tahun ini tidak ditamatkan oleh Tuhan.
Tahun 2012 juga akan berakhir dan akan muncul tahun-tahun yang baru dan mendatang. Di celahan itu akan datang juga tahun baru Cina dan kita baru saja menyambut Awal Muharram. Makanya tahun-tahun akan datang dan pergi hinggalah ke akhir zaman.

 foto :http://www.starburstmagazine.com

                                        
Di mana selepas itu tiada lagi masa, masa adalah tak relevan ketika itu.
Allah berkuasa mematikan masa, yang juga makhlukNYA, 
maka abadilah manusia di sebelah kebaikan atau kejahatan….
Syurga atau neraka….
Selamanya.
(namun org Islam akan dikeluarkan juga dari neraka,,tapi sanggup ka? Cer pegang api lighter sat)

Melihat kembali tahun 2012 adalah tahun yang menyenangkan bagi aku. Dan akan memulakan tahun baru dengan iltizam yang lebih jitu. Menyenangkan kerana semua perancangan masih lagi seperti yang diharapkan.
Juga tahun 2012 megembalikan diri ini kepada fitrah dengan secara langsung tak tak langsung. Melangkah tahun baru adalah seperti a new me. Mendambakan  kepada yang hak..
Serta mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat…Oklah ccukup eloteh pasal diri aku..

On political front, dari bacaan aku, tahun 2012 bermula dengan desas desus pilihanraya. Terlalu hebat namun makin kehujung tahun makin kurang tekaan tarikhnya. Mungkin semua pasrah dengan pengumuman tarikh oleh pihak yang berkaitan. (Yang lebih tahu ialah PM dan Tuhan sahaja)
Mungkin semua telah penat buat telahan……..

Dunia artis ..Kalau tak ada gosip artis tak sah,,  pasal kahwin cerai, kahwin semula.. Kutuk maki cerca hina  kemudian sayang sayang semula…
Bukan artis shj, org lain bukan artis pun ada macam tu.
Bagus lah, ikatan persaudaraan mesti terus mekar…
Oh aku tak reti nak tulis pasal artis….. Blog lain banyak yang specialise bidang ni..
Bukan apa aku risau tulisan kita kalau salah dianggap fitnah, naya diri kan…
Nak-nak dipetik sana sini…

Sukan..
Harapan harimau terbantut di tengah jalan.
Harapan badminton untuk pingat emas pertama juga terkubur.
Walaupun hampir sangat-sangat nak mengalahkan musuh nemesis namun masih tak terdaya..
“So close yet so far”..itulah boleh dirumuskan dengan sukan kita 2012.

Saturday 29 December 2012

Mentaliti sampah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Mentaliti sampah ― Khairul Mohd Khalid


28 DIS ― Sebagai seorang yang gemar menonton filem-filem di panggung, hampir setiap kali pergi menonton, akan terlihat segelintir masyarakat yang kurang bijak meninggalkan kotak-kotak popcorn dan bekas air minuman sesudah selesai tayangan sedangkan terdapat bekas sampah besar yang disediakan khas di pintu keluar panggung bagi memudahkan para pelanggan yang bijak menggunakannya.
Kebanyakan yang menonton adalah dikalangan orang muda yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara di dalam pelbagai bidang di masa hadapan. Mentaliti sampah seperti ini harus diperbetulkan.
Ada yang bertanya, apa guna ada “cleaner” panggung kalau tak ditinggalkan sampah ?
Ini dinamakan mentaliti sampah sarap.
Soalan di atas tidak perlu dijawab, hanya mentaliti si penyoal yang harus diperbetulkan.
Satu lagi contoh yang jelas, budaya membuang sampah daripada kenderaan. Selain daripada mengotorkan alam sekitar, perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Pengalaman “windscreen” pecah disebabkan si pembuang sampah daripada kenderaan tersangatlah menyakitkan hati.
Sebagai sebuah negara membangun menuju ke arah Wawasan 2020, rakyat harus peka dengan masalah kebersihan secara umumnya. Tabiat suka membiar atau membuang sampah merata-rata harus dihapuskan dengan segera. Kempen-kempen menjaga kebersihan harus diperhebatkan. Iklan-iklan yang memaparkan kepentingan kebersihan perlu dipelbagaikan.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih hebat adalah kemestian bagi pihak yang berwajib.
Mentaliti sampah harus diperangi habis-habisan
!
Kredit kepada penulis..: Khairul Mohd Khalid

Orang ikan satu pound (One pound fish man)

Dari jual ikan di market ke music video...

Asalnya nyanyi nak tarik pelanggan semasa jual ikan kat market di London... 

Ada org upload ke youtube :


Menjadi begini:

2012: Youtube style

Ft.. Barrack Obama? Psy... Fearless Felix..dll


Friday 28 December 2012

Harapan dan andaian

Assalamualaikum bloggers and readers..


Terkadang kita berharap orang kan berfikir macam kita.
Mendoakan org buat andaian macam kita...
Orang akan bertindak seperti kita fikir kita akan bertindak

Tetapi mungkin hanya tinggal harapan
 sebab yang meikirkannya bukan kita,,
Yang mengandaikan bukan kita..

Orang melihat dunia dari sudut di mana dia berada..
Serta ditambah dengan sebesar mana egonya....

Mungkin yang terbaik ialah ..
              kita lah cuba masuk ke dalam kasutnya..
               jika kita tak boleh menjengah akal fikirannya....

Serta memanjatkan doa kehadratNya.................
dan jangan berhenti berharap setelah berusaha

Thursday 27 December 2012

Kegembiraan...

Assalamualaikum bloggers and readers..




Kegembiraan?
Aku kekadang terfikir.
Amat payah untuk mengembirakan orang kaya, atau orang perasan kaya, berbanding orang miskin. Agaknya lah..
Mungkin benar,
           mungkin juga salah telahan aku..

Dari segi materialistik, agaknya lah… org yang kaya dan sombong memang sukar menikmati kegembiraan berbanding org miskin (atau org berada dan zuhud..)

Aku mengambil contoh,, kalau anak kecil yang biasa menerima hadiah seringgit tetiba menerima 2 ringgit, akan terpancar sinar kegembiraan yang amat sangat diwajahnya.
Ataupun org gelandangan yang tidak mempunyai apa tetiba dihulurkan makanan ayam goreng KFc tentu lah boleh menangis kegembiraan..
Atau budak-budak miskin yang tidak pernah merasai kenikmatan makanan burger bakar, (walaupun kita selalu nikmatinya hari2..), tetiba dihulurkan makanan sedemikian, alangkah bersyukurnya dia
Memang senang sekali memberikan kegembiraan kepada org yang miskin dan papa,,, Itulah kemuliaan yang dituntut….

Berbalik kepada kepada org kaya yang ada asset berbillion,,err satu billion katakan, dan mengambil contoh budak yang menerima hadiah dari seringgit kepada 2 ringgt tadi, apakah sikaya akan bergembira dengan pulangan 10 juta?
10 juta adalah terlalu banyak bagi kita kan.. bagi kita, bagi mereka?
Mungkin hanya celah gigi sahaja walaupun dari quantumnya amat banyak bagi kita-kita..
Tetapi untuk melihat mereka yang kaya ngeyeh ialah bila pulangannya ialah 2 x ganda ( seperti budak mendapat 2 ringgit tadi).
Bermakna kegembiraan material hanya akan tubit bila mendapat 2 billion.
Tengok susahnya bila ukur kegembiraan dengan wang ringgit..

Namun senang sahaja menceriakan mereka yang tiada apa2…
Jadi pilihlah untuk siapa ingin kita gembirakan hati mereka.
Cer lihat sekeliling , siapa yang lebih memerlukan curahan kasih sayang dan kongsian rezeki kita..
Adakah kita sudah memikirkan tentang asnaf yang 8..
Renungkanlah….


Bagaimana pula dengan kegembiraan golongan ini pula:
Penyamun, perasuah, pelacur, penculik, penipu , bapa ayam, nak ayam, laki ayam , pencuri kabel letrik.. pencuri pagar besi, pencuri motor…pengedar dadah??
Mungkin mereka sentiasa berada dlm kegusaran menerima wang yang tak beerti dan bernilai. Tiada kegembiraan tapi ketamakan untuk mendapatkannya lebih lagi,..

Bila mendapat sesuatu aku selalu teringat mereka yang tiada…opsss.. tak perlulah aku kongsikan apa yang aku buat..

Aku hanya terlintas untuk mencoret kan ttg kegembiraan..

Moga anda melakukan sesuatu untuk mengembirakan  seseorang ,walaupun yang tidak anda kenali..tetapi penuh beerti baginya.
Selamat bergembira dengan penuh keberkatan rezeki.

p.s   Kegembiraan dan kekayaan memang ada positive correlation tapi not perfectly correlated.
p.s2 Tak salah,,, malah dituntut untuk mendapatkan kekayaan dunia juga

Wednesday 26 December 2012

Pengajaran dari buku berharga RM3

Assalamualaikum bloggers and readers..

Teruskan dengan entry  malam ni.. Sebenarnya aku cuak juga dengan entry sebelum ni.. agak lama diam dalam draf aku sebelum aku post...

Anyway.. aku ada beli buku masa sales bidbadwolf.. Sale hari tu...
Harga RM3 sahaja buku ni..
tajuknya " the world's a dad"
Buku yang first aku habis baca..
Buku nipis sahaja tapi aku sangat2 suka..
Nilainya lebih dari RM3..




Kalau aku tau kandungan dia aku dah  beli bebanyak dan bagi kat kawan2 kat ofis..

anyway.. buku ni ialah quotation dari tokoh-tokoh dan anonymous berkenaan dengan dad, abah, ayah, babah, daddy dan seerti dengannya..

Sangat bermakna bagi yang masih  ada abah atau yang dah tiada (.. kehilangan abah untuk selamanya) dan yang sedang jadi abah atau akan jadi abah..

Satu qoute untuk malam ni...:

"By the time a man realizes that maybe his father was right, he usually has a son who thinks he's wrong"

Buku ni mengetuk emosi aku .. terjaga dari lamunan dengan petikan kata2 yang syahdu dan penuh bererti.. 

Deep meaning and should be read over and over again..

Lagi satu petikan yang bermakna :

"A truly rich man is one those children run into his arms when his hands are empty" -Anonymous-

I am blessed with 7 kids...
Yes, i dont have to buy jajan when reach home but my kids always run towards me with hands spread wide for a hug..
Yesss. i feel i am the riches man on earth when they do that..
Walaupun  miskin tapi kita akan berasa begitu gembira merasai detik itu...















Mati kerana panggilan gurauan ??

Assalamualaikum bloggers and readers..


Satu hari pada masa yang lalu, anak aku yang baru pulang dari kursus motivasi dan persediaan peperiksaan tanya aku..." Abah tau tak kenapa anak ..... meninggal"
"Faizal?" : Tanya aku
"Faizal Ismail, FBI Hot FM"

" Hah kenapa? Rasanya anak dia sakit dari masa bersalin lagi, kalau tak silap abah lah. Eh mana lah abah ingat. Banyak lagi abah nak amik tau,. Along tau ker? Eh tak payah kita amik tau. 
Yang tanya abah tu naper. Kan dah lama dah kan.."

" Tu lah..Penceramah tu kata sebab panggilan hangit...."

"Maksud Along? Apa kena mengena dengan panggilan hangit pulak ni. Memandai-mandai je"

"Ya lah. Bukan along yang cakap , penceramah tu yang bagi tahu.."

"Ceramah apa pulak ni, kan pergi ceramah motivasi, apa cerita pasal F dan panggilan hangit pulak" Aku bab bab kepercayaan pelik pelik susah aku nak percaya. Bagi aku pelik lah kaitan dia kematian dengan panggilan hangit Kan semua tu kuasa tuhan., Allah yang Maha Bijiaksana

Dan lagi satu , kalau  yang tak ada kena mengena dengan kelogikkan ni aku discount sikit.. tapi tak per lah layan sajalah. 
Anak nak share input yang dia dapat masa kursus motivasi tu. Kita kena jadi good listener kan

"ok ok along story kat abah ..."
"Macam ni, dia kata sebab depa suka buat panggilan hangit.."

"Ok teruskan.." Aku tumpukan perhatian"

"Penceramah tu bagi contoh la kan, mula-mula dia bagi org suka, macam kata menang hadiah percutian ke apa kan..org tu dah seronok-seronok dia kata itu hanya panggilan hangit , buat org suka dulu kemudian tarik balik, Jadi Tuhan balaslah, mula2 kasi dia happy lah FBI nak dapat baby kemudian dia ambil balik"

Ulas anak aku panjang lebar walaupun tak tengok nota penceramah.
Kalau yang ni pun amik nota kira bagus lah...

" Haish apa ni Along, mana boleh anggap macam tu. . " Aku terpinga-pinga sambil memikirkan apa lah yang pakar motivasi dok merepek ni. Aku bab-bab ni susah nak percaya. Maksud aku takkanlah macam jadinya.

Susah macam ni, logik kah hujah penceramah tu...

"Abah tak percaya..Mana penceramah tu tau"
Tak logik. Ye lah aku ni banyak hala kelogikkan sikit. Kalau tak  masuk dek akal tak percaya .. 

"Semua tu kehendak Tuhan kan... Dah ketentuanNya Along.. Kenapa dia boleh cakap macam tu.."

Tapi sesetengah benda tu kita kena percaya walaupun sains tak boleh jelaskan seperti qada qadar, malaikat dan sebagainya..Ini kenalah rujuk kitab dan hadis, ustaz dan ulamak dsbg..

Tapi kalau kaitan panggilan hangit dan kematian entahlah

" Lagi kan abah"
"Ada lagi,?" aku bertanya dalam hati, sambil harap anak aku lupakan tentang bab ni

"Penceramah tu kan abah ...Dia bagi contoh lagi, Siti NurHaliza kawin dengan org tua pun sebab dia dok nyanyi lagu yang ada lirik dia macam tu. Dan Sudirman pun pasal kubur dia apa tah.. Semua tu pasal lirik dia macam ada kaitan..."

(Aku pun tak pasti apakah ada lirik yang berkaitan dengan org tua dan kubur , dalam lagu dua orang artis ni. Ade ke??)

Entry ni dah lama.  Tak pasti nak post ke idak. Kalau nak kontroversi tajuk dia mungkin lain. Tapi aku tak suka kontrovesi..
Cuma aku terpanggil ke draf ni semula sebab ada nurse dari India bekerja kat London yang mati bunuh diri akibat prank call. Ramai dah tau cerita kan..

Dia ni kena panggilan prank dari DJ radio di Australia nak inquire pasal kandungan atau kesihatan Kate Middleton... Ala yang pernah mai Malaysia tu.

Sehari dua lepas tu dia mati tergantung dipercayai bunuh diri..
Malang bukan? Sampai Dj tu pun terkedu dan tak tau nak kata apa.
Takkanlah sampai bunuh diri.??
Mungkin juga sebab prank call.
Lately timbul cerita pasal dia (nurse tu) dah pernah dapat rawatan pasal depression dan ada amik ubat bla bla.
Adakah panggilan tu trigger the action atau hanyalah timing dia sahaja yang tunggu masa sahaja nak suicide..
entahlah..

Berbalik kepada cerita yang anak aku dengar dari pakar motivasi tu .. aku sebenarnya tak bersetuju sama sekali.. Kesian bebudak kena dengar contoh macam tu..

Tapi aku story kat kawan aku kat ofis tentang pakar motivasi yang berceramah pasal ni..

Lalu kawan aku berkata:.

"erm mungkin juga....""

Ha????






(Ini cerita benar dari mulut anak aku...kalau first komen kata tak patut post aku tarik balik... )


tak payah vote...


Tuesday 25 December 2012

Happy birthday Yasmin juga

Bulan Disember juga Birthday untuk Minmin..si bongsu yang amat2 tau dirinya bongsu..
Tapi tak lah manja sangat..
Malam2 pun nak tidor dengan Angah dan Along saja..

Anyway... birthday Minmin combined dengan Angah lah..
Baru 4 tahun ...
Yelah lahir bulan 12 kan..
Tapi saiz dah nak sama dengan kakak.
Ke dah lebih saiz dari kakak,,, cuma rendah ja..

"Bila nak happy birthday to me MinMin abah"? Dari awal Disember dok tanya.
.yelah lahir 4 disember tapi ditangguh keraiannya hingga dekat dengan bday angah 20.12

Sambutan birthday berkembar Disember...
Antara meraka yang datang,,

Bila nak boleh tiup ni...tak sabar dah ni

Kakak dok usik usik pulak..dah la neves nak tiup ni

Akhirnya.... dengan sepenuh hati

Opps present from Maklong.. untuk Angah.. Advance ni sebelum kuar result!!

Family outing @ bowling alley ...

Selamat bercuti semua..
Why not cuba-cuba main bowling..mana tau dapat perfect games.
Wah-wah..perfect ten pun belum tentu.. ( strike pun belum tentu)

Sesekali layan anak2 main bowling..
Mana tau  boleh cungkil bakat... 
Yang tak larat angkat bola boleh la.. dok kira bola je..
Sib baik tak buat hal sambil abg dan kakak2 dok main
Cuba kira bowling ni cukup tak

Hei..macam mana nak kejar score abah ni..
ghost bowler

Hari dan laut



Air yang tenang
Berulang menyeberangi ..
Melintasi kapal besar dan kuat..
demi mencari rezeki...
Yang belum tentu dan pasti..
Hanya usaha dan pasrah menanti..
Hari ini dan esok..terus ku  ulangi...

Monday 24 December 2012

Meraikan Birthday dan PMR Farah

Happy birthday Angah dan Tahniah

Kena split meja sbb full house la pulak Chillli's KlCC..

The gurls/lady


Set for kid

The steak
Agak lambat entry ni.. Lanjutan dari birthday Angah dan keputusan PMR beliau. Celebrate di Chilli's KLCC..
Date Rabu 20/12/2012.....

Sunday 23 December 2012

Shopping buku di BigBadWolf

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jalan menuju ke Mines Resort city begitu sesak sekali. Dari Puchong sahaja mungkin mengambil masa dekat dua jam.
Menghampiri ke bangunan yg dituju mengecewakan aku kerana terpaksa terus ke Balakong dan buat "u-turn" untuk menghala ke Mines semula kerana susur masuk telah ditutup.

Kecewa tetapi alang dah hampiri biar terus ku masuki. Lagipun Lurvy on the way utk ke sana juga. Tak pasti untuk aku bagi " head-up" jalan mana yang patut dituju. Ikut instinct dia la mana yang ok sbb datang dari UPM. Mungkin lagi cepat sampai....

Parking juga agak sesak namun aku bernasib baik boleh parking dengan cepat

Sesampai terus ke tempat makan...mana saja yang agak lengang , boleh aja. Makanya terhenti di McD..
 Sudah dekat pukul 3...

Kemudian pergi ke Mines Convention Center, tempat sales BigBadWolf.

Target aku 12 buah .. Atleast sebulan satu buku. Tengoklah end-up "lagu" mana.

manusia dan buku..serigala sekor pun tarak

setengah title macam terlalu banyak je.. kat sana ada kat sini ada

langkah jgn tak langkah

asiya dan hasil buruan

Alamak Aisya punya ada stiker lah : Kata Danish

menuju ke Hall


kalau tak jadi beli dibiar bersepah ja... hurmm

Berpecah kami semua dan cari buku memasing. Danish join aku... tetapi...dia ni sorang lagi tak dapat..hurm
Danish nampak tempat mainan kekanak la pulak. Merengek nak masuk.. RM10 sejam. , sorang..
Plus kena pakai setokin.. Hurm.. aku ajak Aisya dan Yasmin masuk sama.. Nanti marah pulak dua beradik  ni kalau tau abg dia berjimba2 kat indoor playground tu..
Ada je kaedah organiser,
Aku nak bawak anak pilih buku ada lah pulak tempat nak alih tumpuan..

Ok lah amik positif, senang sikit aku nak bergerak.. Sejam lebih , boleh la survey banyak sikit, dah tak de org ngekor...

For a start, masuk je. Fulamak nak pergi belah mana dulu ni. Punya la banyak buku. Sana buku , sini buku..
Eh memang patutla kan.. Jualan buku.. memang banyak buku, Takkan nak banyak besen pulak..

Aku tatau mana nak start , tapi aku tak nak bawa kotak.. Setakat yang aku boleh kilik sahaja dan target 12 buah.... Endup aku beli 15 buah..

Kesemua aku buru sang serigala hari membuahkan hasil sebanyak 24 buah buku. Dengan bilangan pemburu 4 org. Buku aku paling banyak . Bernilai RM187.00 sahaja.. Satu tak sampai RM10...

Ok lah tu . nasib baik aku tak bawa kotak ..kalau tak, isinya tentu banyak..

Buku aku nampak bersepah sana sini dan dilangkahi begitu sahaja, oleh pekerja dia dan pengunjung.. Entahlah.. tapi aku tak nampak pun buku agama..

 Tapi bahagian religion ada bible, dan lain2 berkenaan their faith..Tak tau lah kalau terlangkah depa kira macam mana ( dlm agama depa lah),..

Mula-muala aku agak slow untuk pilih.. tapi bila aku start kejap ja sampai target.. Aku dan cepat tengok dalam kotak2 org dah reject, yang dah pilih tapi last minit tak jadi beli agaknya, atau yang dikumpul semula oleh pekerjanya. At least orang dah shortlisted, senang sikit aku nak pilih, ......hahahaha..

And now kena start reading.... otherwise bigbadwolf come after me...





Saturday 22 December 2012

Tahniah Singapura!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Tahniah untuk Singapura yang berjaya menjulang Piala AFF untuk kali ke4.
Entah kenapa aku " rooting" untuk Singapura menang.
Mungkin kerana kegagalan Malaysia di tangan Thailand atau pun kerana jurulatih Thailand yang begitu jelek.
Mungkin kerana Malaysia tak berpeluang menentang Thailand 11 lawan 11 tempohari.

Namun telah aku coretkan bahawa Malaysia mungkin tak perlu gerun sangat dengan Indonesia , Thailand serta Vietnam dirantau ini. Myanmar lagi lah agak kebelakang.

Mungkin SG akan menuju keperingkat yang lebih tinggi dirantau ini.
hanya waktu yang menentukan.

Malaysia telah mencuba sedaya namun our best is not better than their best...
Mungkin perlu jurulatih yang lebih peka dengan tektik dan strategi.. mungkinnnn...


Masih banyakkah buku menarik di sana...

Assalamualaikum ..

Sementara menunggu mereka2 siap , blogging sekejap, Badan masih lagi lesu . Bermain badminton boleh dikira non-stop selama 2 jam semalam. Tapi masih bersemangat untuk ke pesta buku.. "Serigala besar yang jahat"... entah kenapa nama dia macam tu.. ada ke kedai buku tu. Atau sekadar muncul bila ada pesta jualan shj. Mana lah tau kan..
Sesetengah perniagaan hana untuk buat pesta jualan shj..

Itulah bigbadwolf. Pesta jualan buku terbesar di akhir tahun.
Baru berkesempatan nak pergi.. Last minit tapi agaknya pasti title yang menarik dah habis kan..

LAyan je lah..
Kalau tak pun boleh anak-anak bershopping buku today..
Nak biar diorang pilih apa title diorang suka....

Janji dating dengan  Lurvy after dia abis kelas .. terus ke Mines.....

p.s HArap berjumpa buku Anna Karenina(?) volume I. Lupa macam mana ejaan  title la pulak


Friday 21 December 2012

My thought : 2012

Assalamualaikum

My dearest bloggers and readers..



New year is fast approaching.

Today,  for those who think you re supposed to be perished and gone by today , I wish you all welcome back to reality. To the “prepper”,  its your right to believe what ever you want but this time I think you believe the wrong thing/ wrong advise and wrong calendar!! 

Even the Mayan is as not as strong community since their calendar was invented.  I find it is hillarious as even some of Muslim fall the trap of “World End” today.  Somebody should have made a fortune in selling the safety pod and kapsul, I guess.

Ok lets move on….
The Hijri calendar is “alive and kicking”. Only Allah knows when the qiamat will be. Till then, let us live as His servant on His Earth.

For this year I would not remember how many books I’ve finished reading ,  but I finished most of the books  I bought or borrowed. However  there are quite a number that I couldn’t stomach to finish it.

random picture
 Now my target to finish 982-pages book entitled “Doktor Umum” Memoir TDM. Its the last book to read before world end..oppsss before new new year..
Random: Danish and Akmal 

.

Before that let rewind a bit, looking back to 2012,... what make u feel thankful? What made you feel so proud of yourself? 







In our life, we may be slipped at times, falling apart.May be being knocked down few times..  but we able to dust off and became stronger, arent we?

Now. its your time think and reflect your amazing 2012…..


Me?? 
 overall I would say it it the amazing year for me. A huge releive off my shoulder. Being able to get rid with unnecessary hurdles.  

Family-wise, it couldn’t be better. I am gratefull that Allah blessed me with beautiful, smart kids and lovely wife
Financially ,I still got a few deals and projects to catapult my financial stability next few years.

And looking forward to new year with hope and success….

For those who visiting my blog, thank you and see u in coming posting....



colorful fountain

Its all here
our world class city..
superbly choreograph colourful fountain
last quite long time..
i am flabbergasted..
why should we go all the way to enjoy this..
as it just at our doorstep..KLCC

Magnificent show..
simple yet meaningful..
our blessed country.


With my family ...





@

Thursday 20 December 2012

Bergambar: Banduan lari dari penjara tertinggi didunia

Dua orang banduan melarikan diri dari penjara bertingkat di Amerika.
Joseph 'Jose' Banks, 37, dan  Kenneth Conley, 38, dipercayai melarikan diri dari penjara setingggi 20 tingkat dengan menggunakan cadar sebagai tali.

Penjara yang satu-satu seumpama demikian di dunia direka berbentuk segitiga untuk mengelakkan "blind spot" oleh pegawai penjara namun kejayaan kedua-dua banduan ini agak menggemparkan sistem penjara disana.











Wednesday 19 December 2012

Menghampiri hujung tahun

Assalamualaikum bloggers and readers..

Happy birthday untuk Yasmin dan Farah (Angah). Belated birthday entry untuk Angah Yasmin tetapi advanced utk Farah. Birthday celebration yang disatukan untuk dua beradik ni. Seorang no 2, si Angah dan Minmin ( last)..
Eh last ker?? Last la setakat ni..
Anyway tu hari  Sabtu  lepas> Majlis kecil kecilan sambil makan2 nasi Arab..Kira get together la jugak ..

Hari ni result keluar. Congrate to Angah!!! Dont put much hope or expectations tapi she delivers.
Harap kali ni dapatlah dia masuk boarding school setelah tak berjaya masuk masa UPSR.

Baru aku call ucapkan tahniah tadi..

"Ramai kawan angah dapat 8A, kalau angah tak dapat malulah" ujarnya sambil sebut nama-nama kawan baik dia.

" Nak hadiah..." sempat lagi tu...

Pening nak fikirkan hadiah apa pulak. Baru ja dapat iPod masa birthday..

Tahun dah nak hampir kepenghujungnya... bukan dunia ya., kalendar Mayan sahaja yang habis 


Banyak benda yang perlu settlekan..

Daftar Aisya dan MinMin ke Montessory BBIM..
Danish darjah satu
Akmal darjah 4
Najmi Form 1
Along nak balik MRSM
Angah nak berusaha masuk MRSM
Lurvy pun belajar jugak kat UPM..
Semua kat rumah bersekolah pada tahun depan.. !!
Dari anak2 sampai ke Mama
Menarik betul...

Yang dah siap:
Passport dah serah kat Andalusia serta lain lain dokumen utnuk umrah ziarah.
Payment next week @ S Alam sambil berkursus...




Tuesday 18 December 2012

The door...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Gambar yang simple tapi menarik
Ini adalah satu composition yang boleh dipuji dan tentunya seorang yang pro ambil foto ni ..
Aku tak tau nak bagi kredit kat sapa...
Author/ Photographer: Unknown.

Sebabnya gambar ni ada dalam portable harddisk aku secara misteri..
Sedang aku melihat-lihat gambar yang lama2 dan delete serta rename folder, ada satu gambar format pdf  bertajuk Ranch house ada dalam folder.

Tak pernah kulihat atau copy dari mana-mana..
Google ranch house keluar gambar lain yang banyak..

apa pun.
this is not mine..


Credit to unknowned/ Mistery 
with thnks to rightful owner..

tingkap dan pintu
... memang satu subject yang menarik..

percubaan aku pulak ialah ini hasilnya:








Monday 17 December 2012

Kiamat...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari ni 17 haribulan..
kalau ikut kalendar kaum mayan, dunia akan last day pada 21 hb Disember ni.
Betul ke last day dunia..?
Bukan kah kalendar tu yang last.. dah habis tarikh..
Kalau kalendar habis tarikh sama ke dgn habisnya umur dunia????

Apapun ramai yang percaya dunia nak kiamat 4 hari lagi..
Nabi Isa belum turun.. Imam Mahadi pun belum..
Kita memang percaya tentang hari kiamat.. Termasuk dalam rukun iman. Sapa tak percaya, tak beriman..
Tapi kalau percaya kiamat 4 hari lagi tu beriman dengan siapa pulak tu???
entah, mintak dijauhi lah ...
Bukannya tak boleh kiamat 4 hari lagi, semua tu kuasa Allah .
tapi itu rahsiaNya..

Bukan kita pandai pandai set date.. ermm bukan kita tapi Kaum Mayan pandai-pandai set date... Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Namun ada tanda-tanda yang diberitahu kepada kita...
Apa jelas tanda-tanda kecil dan besar telah kita jumpa atau diturunkan???
Pada hari Kiamat semua umat Islam akan dimatikan sebelum bumi dihancur/pecah dan berakhir..
Kita masih hidup lagi nih..

Org Islam tak akan merasakan kegerunan hari kiamat kerana semua dah dimatikan oleh Allah..

Ok ok.. kita teruskan cerita tentang mereka yang percaya kiamat 4 hari lagi.
Sampai ada yang beli kapsul survival.. beli stok makanan, beli macam macam.
Ada yang beli senjata api pun, takut alien akan attack sebelum menghancurkan bumi..
'yang aku tak paham, kalau percaya kiamat awat dok beli kapsul keselamatan bagai, bukankah bumi dan alam semesta akan hancur luluh dan berkecai..

Pelikkan..Percaya nak kiamat satu bahagian, kenapa tak percaya yang galaxy dan dunia akan hancur musnah..
habis tu kenapa mereka dok beli survival kapsul dan buat bunker untuk nak survive selepas kiamat..
yang tu aku tak paham....


p.s>
-Hiduplah seperti akan mati esok ....dan akan hidup selamanya- ( Beribadat dan tekun bekerja,,,)
-kalau buat baik, ingatlah, tersangat ramai yang buat lebih baik dari anda, kalau buat jahat, ingatlah seperti andalah yang paling jahat di dunia ini-

Saturday 15 December 2012

Pasangan Thai terbalik kuang..

Assalamualaikum bloggers and readers..

Konon-kononnya...selepas tgk bola  sempat la interview pasangan aneh ni..kalau lah perkataan aneh tu boleh digunakan...
Dalam interview tu dia pun ada kata mereka pun terkejut dgn hubungan yang "upside-down"..

Urm...macam mana nak komen ni?? Ish tak reti la aku...

Korang je kot bagi komen ( kalau nak komen la)...apa pendapat korang??

Siitichai Suafug seorang lelaki jadi perempuan. Tau lah kan macam mana kaedahnya.
Berkahwin ( adoi , aku tak tau nak guna term apa  yang sesuai) dengan Ben,, si wanita jadi tomboy ...

Tapi tunggu lepas iklan okay.. tak leh buang pulak iklan siam ni..

 

Credit to : Bangkokpost

Boys day out..

Hari tu si lelaki-lelaki sahaja yang keluar makan..
Bawa anak-anak bujang enjoy time together..
Ladies in da House.. tak pi mana-mana
entahlah ke pegi IOI kt


Danish menyedut cheese dari pizzaaa
panjangggggggg

Close up pizza yang nipis dan rangup

Muka budak tak sabar nakmakan.. aip, baca doa makan dulu

Akmal's choise

Najmi's