Pages

Wednesday, 26 December 2012

Mati kerana panggilan gurauan ??

Assalamualaikum bloggers and readers..


Satu hari pada masa yang lalu, anak aku yang baru pulang dari kursus motivasi dan persediaan peperiksaan tanya aku..." Abah tau tak kenapa anak ..... meninggal"
"Faizal?" : Tanya aku
"Faizal Ismail, FBI Hot FM"

" Hah kenapa? Rasanya anak dia sakit dari masa bersalin lagi, kalau tak silap abah lah. Eh mana lah abah ingat. Banyak lagi abah nak amik tau,. Along tau ker? Eh tak payah kita amik tau. 
Yang tanya abah tu naper. Kan dah lama dah kan.."

" Tu lah..Penceramah tu kata sebab panggilan hangit...."

"Maksud Along? Apa kena mengena dengan panggilan hangit pulak ni. Memandai-mandai je"

"Ya lah. Bukan along yang cakap , penceramah tu yang bagi tahu.."

"Ceramah apa pulak ni, kan pergi ceramah motivasi, apa cerita pasal F dan panggilan hangit pulak" Aku bab bab kepercayaan pelik pelik susah aku nak percaya. Bagi aku pelik lah kaitan dia kematian dengan panggilan hangit Kan semua tu kuasa tuhan., Allah yang Maha Bijiaksana

Dan lagi satu , kalau  yang tak ada kena mengena dengan kelogikkan ni aku discount sikit.. tapi tak per lah layan sajalah. 
Anak nak share input yang dia dapat masa kursus motivasi tu. Kita kena jadi good listener kan

"ok ok along story kat abah ..."
"Macam ni, dia kata sebab depa suka buat panggilan hangit.."

"Ok teruskan.." Aku tumpukan perhatian"

"Penceramah tu bagi contoh la kan, mula-mula dia bagi org suka, macam kata menang hadiah percutian ke apa kan..org tu dah seronok-seronok dia kata itu hanya panggilan hangit , buat org suka dulu kemudian tarik balik, Jadi Tuhan balaslah, mula2 kasi dia happy lah FBI nak dapat baby kemudian dia ambil balik"

Ulas anak aku panjang lebar walaupun tak tengok nota penceramah.
Kalau yang ni pun amik nota kira bagus lah...

" Haish apa ni Along, mana boleh anggap macam tu. . " Aku terpinga-pinga sambil memikirkan apa lah yang pakar motivasi dok merepek ni. Aku bab-bab ni susah nak percaya. Maksud aku takkanlah macam jadinya.

Susah macam ni, logik kah hujah penceramah tu...

"Abah tak percaya..Mana penceramah tu tau"
Tak logik. Ye lah aku ni banyak hala kelogikkan sikit. Kalau tak  masuk dek akal tak percaya .. 

"Semua tu kehendak Tuhan kan... Dah ketentuanNya Along.. Kenapa dia boleh cakap macam tu.."

Tapi sesetengah benda tu kita kena percaya walaupun sains tak boleh jelaskan seperti qada qadar, malaikat dan sebagainya..Ini kenalah rujuk kitab dan hadis, ustaz dan ulamak dsbg..

Tapi kalau kaitan panggilan hangit dan kematian entahlah

" Lagi kan abah"
"Ada lagi,?" aku bertanya dalam hati, sambil harap anak aku lupakan tentang bab ni

"Penceramah tu kan abah ...Dia bagi contoh lagi, Siti NurHaliza kawin dengan org tua pun sebab dia dok nyanyi lagu yang ada lirik dia macam tu. Dan Sudirman pun pasal kubur dia apa tah.. Semua tu pasal lirik dia macam ada kaitan..."

(Aku pun tak pasti apakah ada lirik yang berkaitan dengan org tua dan kubur , dalam lagu dua orang artis ni. Ade ke??)

Entry ni dah lama.  Tak pasti nak post ke idak. Kalau nak kontroversi tajuk dia mungkin lain. Tapi aku tak suka kontrovesi..
Cuma aku terpanggil ke draf ni semula sebab ada nurse dari India bekerja kat London yang mati bunuh diri akibat prank call. Ramai dah tau cerita kan..

Dia ni kena panggilan prank dari DJ radio di Australia nak inquire pasal kandungan atau kesihatan Kate Middleton... Ala yang pernah mai Malaysia tu.

Sehari dua lepas tu dia mati tergantung dipercayai bunuh diri..
Malang bukan? Sampai Dj tu pun terkedu dan tak tau nak kata apa.
Takkanlah sampai bunuh diri.??
Mungkin juga sebab prank call.
Lately timbul cerita pasal dia (nurse tu) dah pernah dapat rawatan pasal depression dan ada amik ubat bla bla.
Adakah panggilan tu trigger the action atau hanyalah timing dia sahaja yang tunggu masa sahaja nak suicide..
entahlah..

Berbalik kepada cerita yang anak aku dengar dari pakar motivasi tu .. aku sebenarnya tak bersetuju sama sekali.. Kesian bebudak kena dengar contoh macam tu..

Tapi aku story kat kawan aku kat ofis tentang pakar motivasi yang berceramah pasal ni..

Lalu kawan aku berkata:.

"erm mungkin juga....""

Ha????






(Ini cerita benar dari mulut anak aku...kalau first komen kata tak patut post aku tarik balik... )


tak payah vote...


5 comments:

  1. mungkin penceramah tu nak kasi teladan supaya jgn suka kenakan org? mungkin la kot :P

    ReplyDelete
  2. mungkin kot. tapi kalau dah jadi mesti orang kata ada kaitan la apalah. kalau xjadi xkata apa plak kan

    ReplyDelete
  3. mcm pelik jea penceramah tu. kenapa nak kaitkan dgn nama2 org terkenal. nak senang budak faham ker..huhu..

    ReplyDelete
  4. Cikgu sy pun ada bagi tau yang pasal kaitan yang lirik lagu ngan artis tu.. Cikgu sy bg contoh zaiton sameon.. Ada lirik lagu dia yang dia ni tinggal sendirian.. N sekarang dia mmg takde laki n anak dia sakit taksilap sy.. Tapi taktahu lahh kan. Cikgu sy yang bg.. Sbb dia kata setiap apa yamg kita kata, adalah doa.. Nak2 lg kalau kita mnyanyi masa azan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again