Pages

Saturday, 29 December 2012

Mentaliti sampah

Assalamualaikum bloggers and readers..



Mentaliti sampah ― Khairul Mohd Khalid


28 DIS ― Sebagai seorang yang gemar menonton filem-filem di panggung, hampir setiap kali pergi menonton, akan terlihat segelintir masyarakat yang kurang bijak meninggalkan kotak-kotak popcorn dan bekas air minuman sesudah selesai tayangan sedangkan terdapat bekas sampah besar yang disediakan khas di pintu keluar panggung bagi memudahkan para pelanggan yang bijak menggunakannya.
Kebanyakan yang menonton adalah dikalangan orang muda yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara di dalam pelbagai bidang di masa hadapan. Mentaliti sampah seperti ini harus diperbetulkan.
Ada yang bertanya, apa guna ada “cleaner” panggung kalau tak ditinggalkan sampah ?
Ini dinamakan mentaliti sampah sarap.
Soalan di atas tidak perlu dijawab, hanya mentaliti si penyoal yang harus diperbetulkan.
Satu lagi contoh yang jelas, budaya membuang sampah daripada kenderaan. Selain daripada mengotorkan alam sekitar, perbuatan ini boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Pengalaman “windscreen” pecah disebabkan si pembuang sampah daripada kenderaan tersangatlah menyakitkan hati.
Sebagai sebuah negara membangun menuju ke arah Wawasan 2020, rakyat harus peka dengan masalah kebersihan secara umumnya. Tabiat suka membiar atau membuang sampah merata-rata harus dihapuskan dengan segera. Kempen-kempen menjaga kebersihan harus diperhebatkan. Iklan-iklan yang memaparkan kepentingan kebersihan perlu dipelbagaikan.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih hebat adalah kemestian bagi pihak yang berwajib.
Mentaliti sampah harus diperangi habis-habisan
!
Kredit kepada penulis..: Khairul Mohd Khalid

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again