Pages

Thursday, 29 July 2021

1 dalam 32

Assalamualaikum bloggers and readers..

Risau dengan keadaan sekeliling di mana kes mencanak-canak naik.
Bayangkan kes dah sejuta lebih.

Makna kata setiap 32 orang,  seorang dah positif rakyat Malaysia ni. Itu yg dah disaring atau yang sendiri ke klinik akibat ada simptom.
Kalau tak tak da simptom entah entah dah berapa ribu lagi.
 Jadi kita kena ambil precaution dan melakukan apa yang sepatutnya.


Hari ni aku nak pi buat blood screening kat klinik. Dah call dan follow up.
Sebab lama kot tak check.. 

Last year dah buat appointment kat IjN untuk buat full screening dan stress test tapi tak boleh sebab covid.
So mana yang dan je lah . Kita buat blood screening dan urine screening dulu.

Dan cuba try exercise setiap hari. 

Nak jogging pun seriyau. Mana tau org yg selisih tu positiv ke apa. Aku cuba seawal pagi dengan Lurvy , bila org tak ramai. tu pun selang sehari.

p.s Staysafe semua


Tuesday, 20 July 2021

Salam Aidil Adha


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.. SEMOGA PENGORBANAN KITA DIBERKATI ALLAH TAALA.
#STAYSAFE 

Saturday, 17 July 2021

Skip lagi today...

Assalamualaikum bloggers and readers..

Khamis Jumaat Sabtu.. Dah kira 3 hari after vaksin kan.. Complete 2nd dose

Khamis- First day, ok tak dak apa-apa side effect. Makan durian, melawan nasihat Dr Wassap Asap.

Jumaat- Second day ok juga. Nak jogging tapi kemalasan.. hampeh.  Malam tadi anak nak peluk masa nak tido kata badan abah macam panas. So telan panadol sebiji.

Sabtu- Hari ni nak jogging tapi set waktu petang..tengok tu, tangguh lagi..wohahahahah.

Alasan doctor wassap kata jangan buat activiti berat , yang ni aku pulak ikut. Dasar cari alasan utk tangguh jogging.

Petang tadi lepas zohor:
Lurvy:" Ada lelong durian RM5 sekilo. Maximum 10 kg ja boleh beli" Ni ha kat FB
Aku: krik krik. 
Nota:-Orang lelaki diam ni bukan tak nak respon tapi otak dok pikir, Nak beli ke. NAk jogging. Kalau beli memang balun punya. Hmmmm..masih berfikir fikir.

Layan Netflix dulu lah > Citer Protector. Cerita Turki. Lokasi Istanbul. So teringat la tempat2 yang dah pi dulu. Grand Bazar, Fatih Sq dan Hagia Sofia serta Blue Mosque.. Dan bersiri pulak,, tahu lah kan..

Dekat Asar. Teringat pulak tak jawab soalan Lurvy tadi, Kan,.. lama nak respon.Wohahaha.
"Jadi ke beli durian??? "Aku pulak tanya. 
"La tadi diam. Selalu macam tu." Lurvy respon.

So bila macam tu. Jawapan helok yang positif tau.
"Okay lepas asar kita pi tengok" Mana. Mana boleh pi tgk saja, Mesti beli punya.
Dan jogging tinggal jogging dalam kepala. Settle beratur dan beli dan 6.45pm.
Selalu sempat je 30 minit kalau nak jogging .
Tapi tarikan durian membuat aku kata:
" Yang , buka satu yang ni , nak tengok isi cantik ke tak?

Selesai dengan ayat tu, skip lagi jogging.. Khalas!!

Friday, 16 July 2021

Kawan perlu bantuan oksigen akibat covid

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bersyukurlah bila masih lagi bangun pagi dan celik mata.
Bersyukurlah bila mendengar suara anak menangis.
Bersyukurlah bila isteri bebel atau merajuk.
Bersyukurlah bila masih terdengar riuh rendah anak2 bergaduh.

tenanglah dalam semua keadaan kerana syukur merungkai segala masalah.

Bersyukurlah kerana ramai lagi yang rasa putus harap.
Putus kasih , putus simpati dan buntu dalam segala.

"Nikmat manakah yang kamu dustakan"

jadi..bersyukurlah..

Semalam aku ke PPV untuk vaksinasi dos ke2. Alhamdulillah antara jutaan, 37 juta rakyat Malaysia, aku antara jutaan awal yang lengkap ke dua dua dos.  


Balik aku singgah beli durian, pergh. Sebab suka durian.
Tapi bukan peminat tegarlah. Kalau org letak beberapa biji durian depan aku, bagi aku semua sama ja. Musangking ke Tekka ke IOI ke Udang merah ka, sama saja. Sedap serupa. Memang rasa lain2 tapi kekadang D24 aku rasa sedap dari MK. Kalau orang bagi tau ni MK baru lah ..oooooh,, sedap sedap! Hahaha.

Lurvy hairan, Sampai umah " Eh baru cucuk, beli durian?
Aku;" Terjebak, lalu tadi tersinggah"
Lurvy: " Boleh ke makan durian lepas ambil vaksin"
Aku: " Ada ke doctor kata tak boleh" Walaupun cuak juga.
Lurvy:" Kalau makan jangan lebih lebih, sederhana sudah"

Ni dah terbuka ni Yang... Depa koyak pangsa terus tadi , bagi senang kopek.. so kalau simpan tak sedap! Jom jom.
Tiga ulas done. Tengahari..

Malam tadi  makan ringan2. soto 2 ketul ja..
 tapi kopek 2 pangsa bagi ayah makan. Aku join lagi.
So far vaksin and durian is ok.
Malam gomol Lurvy pun ok wohahahaha.

apalak tak ok kan..


So far tiada side effect dan aku tak makan panadol, Sama macam dos pertama. Selagi tak dak simptom deman ke apa, tak perlulah ubat.

Alhamdulillah...

Cuma petang semalam dapat mesej dari grup ofismate masuk wad akibat covid, Sedih juga. Ujian yang dia hadapi , satu family positif namun diasorang  yang kena masuk wad utk diberikan oksigen. MAsa dia mesej masih dalam ambulan.

Malam dia hantar gambar dengan hidupnya ada tiub oksigen. Allahhu Akbar,, semoga covid ni segera hilang dari bumi kita.

13000 and no sign of coming down. Jangan lah kita jadi sebahagian dari statistik.

#Staysafe





Tuesday, 13 July 2021

Janganla macam ni

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jika berjaya disanjung sampai tak ingat dunia. Bila gagal atau silap dikecam sampai tak boleh angkat muka.

Itulah manusia, hanya nampak sisi yg buruk walaupun banyak kebaikan.
Telah banyak kejayaan dan kebaikan dilaku hanya dek satu kegagalan terus dilupakan segala yang sebelum ini.

Cuba renung kembali yang telah seseorang tu buat, yang baik dan yang telah memberi manfaat. Dan beri peluang kalau dia pernah tersilap.

Mezut Ozil.. antara yang dikecam. Bila Germany tersingkir di world cup. 

Kini, Rashford, Saka dan Sancho pulak..
Tak guna melutut bagai sebelum game kalau perangai peminat macam ku klux klan atau ganaz macam org gasar.

Now org paham kenapa mezut ozil bersara dari national team..

Dalam kehidupan kita macam tu ..beringat jangan sampai org give up dan putus harap..walaupun asalnya niat dia baik. Tapi kalau kena kutuk , sapa pun tak leh tahan.

Monday, 12 July 2021

Forza Italia.. try again England

Assalamualaikum bloggers and readers..

Italia campione d'Europa: i rigori e la gioia finale



Mengantuk today ..layan Euro final. 

Kedua-dua team yang bermain finale adalah team yang aku tak berapa sokong tapi terjaga sbb lampu study  tak tutup. Tengok jam pukul 3.05am. Layan..

Best pulak dramanya..Langsung tunggu sampai penalti dan  kesudahannya Italy,

Team yang aku harap menang tu menang. England bukannya tak sokong sangat cuma "hype" depa ni lebih. So better Italy lah yg menang. Wohahahaha

Kesian juga England lama tak menang kejohanan peringkat tinggi macam tu. Lagi lama dari Argentina . Last England menang ialah 1966 kot.. Bapak lama..

Kelab England macam gah juga tapi team nasional gagal untuk menghilangkan derita penyokong yang lama menunggu kejuaraan.

Tapi bagi aku apa apa pun ok ja. sapa memang tak jejas ranking Malaysia..Wohahahah ..situ pulak.

Permainan macam ni memang ada yang gembira dan ada yang kecewa. sbb nya nak cari siapa juara.

Nak nak bila membawa ke sepakan penalti. Peluang adalah 50/50 lah. 

Keeper nak selamatkan penalti adalah 50% atau less peluangnya. Sebab dengan 4 penjuru nak teka.atas bawah kiri kanan..
Atau stay tengah tengah..

 So kira dive je belah mana yang dijangka. Untung mengena. Tak kena  atau tak boleh selamatkan, keeper tak salah.

Bila selamatkan penalti,,keeper adalah hero

dan akhir Italy membawa pulang piala.. 

Sunday, 11 July 2021

No more cry this time..



Assalamualaikum bloggers and readers..

No more cry for Argentina.

Aku tengok fb live hari ni. Memang minat betul dgn team Argentina ni. Dari zaman Maradona, Buruchagga, Cannigia,Diego DeigoSumeone ..zaman dolu2 ni..dan sebelum Messi ada Pablo Aimar serta Riquelme. 

Dan setelah menunggu sekian lama..28years. Baru lah Argentina menang di peringkat dunia atau tepatnya benua. So, kita tunggu pulak World Cup kat Qatar next year

. Hopefully Argentina Championes again.

Berpagian tadi tu yang tengak Fb live jer.
Lurvy tanya: "Nak jogging ke nak ke pasar."

Pukul 8 ada Argentina lawan Brazil..
Tapi tak pasti Astro ada live ke tak sbb sibuk dengan Euro ja kan. Macam Copa ni tak disiarkan kot..
SO ok kita pergi pasar. 

So sampai je drop Lurvy, pergi cari parking layan live. Call dulu kata tunggu dalam keta sambil tengok bola. Tengah layan batery pulak nak habis. Aduyai. 
Pergi  Cari  Lurvy . Minta phone.. Wohahahahah.. 
Sib baik tengah have time..
Dah leading 1-0.

Pastu layan la sambil menunggu kat luar. Last 15 minit drive balik , sempat sambung kat rumah. Dah champion.

Bagi aku tak tengok takpa,  janji menang. Tengah pun kekadang stress ja dengan team Argentina ni ,, Ada ja yang menghalang. Dengan France la. German lagi la..Kalau peringkat worldcup la. Tu yang tak sokong German.

Tengok highlight rupanya ada juga "sitter' Messi tak leh score minit 88. Nasib baik kesilapan tak menghantui skuad Argentina lagi. MAhunya Brasil score last last mint, Dah masa tambahan. Dan masalah.

Kalau lah Messi dapat secore tadi tentu tak jadi masalah dan Brasil sempat nak bangkit. Tapi Brasil tak boleh lolos.

Anyway, Argentina dapat rangkul juara !!1 Yehaaa..

Credit photo: Facebook Kun Aguero



Friday, 9 July 2021

Happy and hope for the best..

Assalamualaikum..

Hari ni aku ingin mencatatkan tentang perlu nya kita mencari atau menciptakan suasana yang menggembirakan walau apa saja halangan atau duri ranjau yang mencelahi perjalanan hidup kita.

Agak sukar mencari sesuatu yang positif dalam situasi yang meruncing, dikelilngi pandemik dan rencah politik serta ekonomi yang masih tak ketahuan hala tujunya.

Tetapi kalau kita ingat susah, jadi susah semuanya. 


Now lets begin

Pernah tak aku nukilkan kat catatan tentang banduan survive dalam kem Nazi ??..yang kita semua tahu betapa azabnya.
Semua dikelilingi dipenuhi dengan orang yang stress dan depress. Di mana lain-lain tahanan pikirkan lebih baik mati dari menderita, Dan dari hari ke sehari ramai yang mati atau menjadi gila akibat tekanan.

Sehingga lah bila tamat perang, detik dia diselamatkan, para doktor hairan dengan tahap mentalnya.
Disaat semua dah tak serupa orang , dan hampir hilang akal ditahan dan didera beliau tenang dan para doktor kaget. 
Saat org sepatutnya "mental" dia sorang tak mental, seolah2 dia yang gila sebenarnya.
 Lain dari yang lain.

Apakah rahsia?
Senang dia menjawab. Hope!
Dia ada harapan dan tanggapan yang positif.
Dia melayan fikiran dan meneka tentang apakah makanan esoknya. Adakah makanan dia tiada lalat.? Atau "portion"nya lebih. Atau adakah akan ada makanan. Kalau tak ada pun dan kalau betul tekaan dia, dia dah happy.

Setiap detik akan diraikannya. Dapat makan pun dia dah happy. Kalau betul apa yang dihidangkan seperti dijangkan, dia senyum puas, Hanya memikirkan makanan akan dihantar dan harapannya akan kenyang esok hari cukup utk dia survive.

Ofcoz bila kita berbicara kat sini seolah2 senang nya kau mencoret, tapi thats life. So pikir yang positif je lah dan berharap semuanya akan pulih. Dan sbg org Islam kena usaha lah dalam pada tu.

. What the worst?? mati kan. Well everybody dies. cepat atau lambat je..  So .. yup, that how it is..

Jangan overthinking.. just ride your life and yeahh.. do as apa yang kita mampu dan jangan give up.
Give up hope it the worst thing you could ever give up.

Baca apa yang org buat,, observe and laugh at it . kalau pemimpin buat perangai,,just laugh at them. You could do better kan.. hmm. but at the moment governing is not your job. Bukan amanah you untuk dipikul. So biar depa menjawab.. Kan senang tu. Bila sampai masanya pilihlah yg sepatutnya. Pilih secara bijaksan.

Okay ..cara lain untuk bagi happy. Dengar musik yang happy and just immerse yourself dalam lagu tersebut. Jgn lagu sedih.. payah.
Best part sometime it bring memory takkala masa lagu tersebut berkumandang. Kalau lagu happy dan ceria ofcoz yang datang memory yang best. Masa sekolah dulu. Masa nakal2 dulu. Masa celebrate something. It will make you smile. cuba try test!! Wohahaha

Just hope / look for brighter tomorrow.. Sun will rise. Even if it rains, it would be good. 
No worries..

kehidupan adalah anugerah..raikan nya .


Wednesday, 7 July 2021

Dua situasi hari ni

Assalamualaikum .
Mendoakan semua dalam kesihatan yang baik.
Meneriam perkhabaran duka satu keluarga rakan sekerja positive covid. Semoga beliau segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Itulah, tiada sapa yang sangka dalam keluarganya boleh positive. Musuh yang "invisible".

So take care guys. Please..

Hari ni semi final, Messi and team lawan Columbia utk Copa America..dan seperti yang aku harapkan, Argentina menang.. YEahhhh..My  Favourite international team..

Its was struggle for Argentina dengan tektikal play mcm ni. Apabila mendahului seawal 3 atau 5  minit pertama, terus bertahan. And Columbia bukan calang2 pasukan kat Copa America ni. Mereka terus mangasak dan mengasak akhirnya..Dapat gol penyamaan. Tu lah. 

Then baru Argentina nak try win the game tanpa masa tambahan dan penalti. 30 min terakhir its Argentine's game. Open gol tak masuk. Messi hit post..akhirnya penalti juga jadi penentuan.

Tahu lah kan penalti adalah 50-50. Dan Argentina berjaya..

Harapan seterusnya dapatlah mengalahkan Brazil.. Vamos Argentina!!


Monday, 5 July 2021

Cerita pengalaman anak hari ni

Assalamualaikum .

Alhamdulillah.. 

Walau pun sudah agak lama, masih tetap ku zahirkan kesyukuran kepada Ilahi dengan result Akmal.Danial.. spm yg di umumkan June baru2 ni..June kan?


Tak tertulis dlm fb dan kini nak blog coretan ni sbg kenangan. Dia berjaya dapat straight A dlm spm tahun 2020.. (examnya 2021 .) Covid punya penangan exam lambat. 

 Sebahagian dari kenangan juga anak2 yg amik spm tahun lepas..tahun pun masih tak berubah.. belajar on line dan cabarannya banyak. All the best candidate spm 2021.
  
Berbalik kepada cerita Akmal ni. Jenis pendiam.macam abahnya juga..wohahha. ye ke?

Hari ni interview scholarship. So cubalah.. kalau ada rezeki berjaya. Semoga dipermudahkan ..

Yang penting usaha. Dan mendapatkan pengalaman berhadapan dengan suasana interview. Online je.
Akmal ni, kalau interview ni aku boleh agak lah jawapan macam mana..hehe

Contoh soalan..
Awak ada masalah kewangan ke memohon biasiswa?
Jawab Akmal..No.

Hai bertuah.. kau memang la xde masalah. Abah nak hantar g oversea mana lah mampu Mal..confident je ea..

Biasiswa tu selain dari pasal kewangan, org nak bg sebab result  kau dan tahu serta yakin kau boleh buat..so inSyaAllah dengan usaha dan keyakinan yang diterjemahkan, dapatlah anugerah biasiswa tu.

Dijawabnya No!.. tapi tak pe lah yang penting jujur.

Mana tahu abah dimurahkan rezeki lagi. Aminnn..dan boleh sponsor anak2 belajar hingga oversea..

Sbb tu lah abah nak Akmal dapat scholarship.Sbb adik2 ramai lagi Mal..

Yg penting cuba. 

Soalan lagi satu..berapa banyak penajaan mintak.. 

Jawapan. Dlm 6 penaja.

Apabila  disuruhnya rank penaja akan menjadi pilihan..dicakap nya kepada interviewer tu organisasinya akmal rank no4.

Aduyai..tepuk dahi abah. Bila pulak kau boleh pilih2 ..Dah la ko ckp dia no 4..

"Betul la abah"..
memang tak target depa first.
Mal target bla bla..

Eh.. kau pasti ke yg lain boleh dapat.
Patutnya rank sama rata..siapa bagi kita terima.  

Mungkin ada hikmahnya..Akmal. Jujur dan panic bila interview.

Ye lah betul kau target biasiswa dari organisasi bla bla..tapi ..anak bertuah..

Itulah coretan anak2 hari ni.

Kalau orang memberi kita terima seadanya

Assalamualaikum..

Sehari dua ni social media dan berita online  ada berbicara pasal adanya masalah, mungkin ..jika ambik vaksin Astra Zaneca (AZ) di mana penerima vaksin tersebut akan menghadapi kesukaran untuk ke negara Eropah.. dan ramai yang tak senang duduk. Ini baru kemungkinan ja. 

Namun ramai yang kecewa.

What???
Kecewa sebab maybe tak leh masuk Europe? Takleh melancong??

Relaks tenang ok semua.
 
Usah lah berbicara tentang travel bagai.. tambahan lagi ke Eropah. Fuyoo..bukan tak boleh folks. 

Tapi di kala ramai yang membenderakan putih di rumah. Kamu sedang berangan untuk ke Eropah. Bukan tak boleh berangan tapi senyap2 la dulu ok. Jaga kita dan org disekeliling dulu. Adik beradik, sedara mara dan jiran tetangga..




Yang penting amik vaksin dulu.. Safety first! Selamatkan nyawa dulu.. Tu yang penting.
Dan tak perlu stress tension nak dapat vaksin apa. Benda tak perlu pilih dan bersyukurlah dapat cucukan percuma. Nanti nak pi travel nanti amik la vaksin lain.apa susahnya..
. Kalau kena bayar, bayarlah. Tokok la sikit budget untuk travel tu.. Tiket ribu riban tambah seratus dua untuk vaksin.

Dah dah tak yah stress2. Amik dulu vaksin yang gomen sediakan. FOC dan demi untuk semua..
Khalas!!!

And live happily.. yang ke depan nanti..bila sampai ke jambatan nanti kita pikir sesama dak??...

isunya sampai ke idak ke jambatan depan nu.. Mau tergolek sebelum sampai>>>??? camner.

So sapa yang berniat nak sedekah ke apa..buat lah..tak banyak, sikit jadilah. Yang penting berterusan.

Kalau ada jiran2 yang kita rasa agak kesusahan dan malu nak declare kat public,,jengok2lah dan tanya2lah.



Sunday, 4 July 2021

Janganlah memburu angin yang berlalu..

Salam hujung minggu.

Kebetulan pepagi teringat nak reply dokumen pasal kerja. So buka la laptop.
Sebelum tu bersantaian hujung minggu sambil baca news dan result euro2020 kat handphone. England nampak ukan main garang lagi.. Gudluck jumpa Danes nanti. Italy good and hopefuly boleh sampai final. And opponent nya highly likely England kot.

Dah pasal Euro. Pagi tadi terlayan England v Ukraine sebenarnya. Tak sengaja. Tu yang pagi ni lemau nak jogging. Woaahahahha..
Lurvy dah pergi awal tadi. Maybe petang petang ni kot. So far berat dah kurang 5 kg. Fit and lean sikit. Baru lah tak berat nak bawa badan kalau b=main badminton ke apa. Ni tak satu set dah mengah, Tapi, bila boleh bersukan macam dulu2 lagi ya. Bahana covid dan pandemik ni  merubah banyak benda.

Dalam hidup banyak yang berubah..masa..pandangan dan kedukaan atau kegembiraan
ada yang lenyap dimamah usia.. ada yang terus membungkam jiwa, Just let it go..
terus kan perjalanan yang kita tak ketahui samaada jauh atau dekat. Akhir perjalanan bukan kita yang tentukan. We never know the checkpoint..but we know that we will get there somewhere, some time.. Jalan dan terus berjalan .. lari santai kalau ada kudrat.. no stress..keep cool..life not end here ..it will continue thereafter.


"......hakikat dikurniakan padamu
Bukankah cita-citamu memperjudikan kasih sayang
Kita mampu merancang hanya Tuhan menentukan.tak perlu dikisahkan
Janganlah memburu angin yang berlalu kelak kau terima.Jawapan yang kecundang
Pulang saja di mana permulaan langkahmu Biar saja angin terus berlalu"

Lagu dan lirik yang lama aku tak dengar tetiba terkeluar dari auto play fb ni.. gila lama seehh.

layan jap...





Friday, 2 July 2021

Semoga dipermudahkan, nak jual rumah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ada berita baik dan moga dipermudahkan. Tenant yang senang berbincang,  nak teruska nniat nak membeli rumah yang disewakan sekarang. Aku pulak macam dah sampai certain target dan tahun pelaburan ( timing) ..so ok ja.
So far kena dengan harga 1m plus. So kita orang on saja. Benda boleh senang, kenapa nak susahkan.

Tempat tu memang menarik. Design dah suasana memenuhi kehendak kami untuk stay dan  reno bagai. Rumah corner dah plan nak buat small pool utk berendam..wohahaha.. Bukak sliding tepi side tu boleh berfantasi santai tepi kolam,, kecik ja but shud be nice.

Anyway, we should review everything, Financial review, plan macam mana, what current status. How to  improve it , how to make better.

Apa yg berubah dari plan asal? Shud we stick to the plan or change it?

So after discuss all the option, we should sell. Done reviewed and decided

 Time change, environment change and sometime the feel also change. So we go with the flow,, cannot be rigid . 
Ada juga la dulu katanya nak go with the flow tapi sekerat jalan pun ada, Hampess.Wohahahhaha.

Cuma challenges, the pandemic. yup the movement and the meeting dgn lawyer bagai. So kita tunggu jelah . Relek tenang dan jangan rushing.

Dia pun memang sewa situ. Semoga dipermudahkan..

Note to reader. 
As I keen on property investor , Aku suggest that kita, readers and bloggers should consider the property part of our long term investment plan and to grab the return when time is ripe. Time fly fast, so why wait.??