Pages

Friday, 16 July 2021

Kawan perlu bantuan oksigen akibat covid

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bersyukurlah bila masih lagi bangun pagi dan celik mata.
Bersyukurlah bila mendengar suara anak menangis.
Bersyukurlah bila isteri bebel atau merajuk.
Bersyukurlah bila masih terdengar riuh rendah anak2 bergaduh.

tenanglah dalam semua keadaan kerana syukur merungkai segala masalah.

Bersyukurlah kerana ramai lagi yang rasa putus harap.
Putus kasih , putus simpati dan buntu dalam segala.

"Nikmat manakah yang kamu dustakan"

jadi..bersyukurlah..

Semalam aku ke PPV untuk vaksinasi dos ke2. Alhamdulillah antara jutaan, 37 juta rakyat Malaysia, aku antara jutaan awal yang lengkap ke dua dua dos.  


Balik aku singgah beli durian, pergh. Sebab suka durian.
Tapi bukan peminat tegarlah. Kalau org letak beberapa biji durian depan aku, bagi aku semua sama ja. Musangking ke Tekka ke IOI ke Udang merah ka, sama saja. Sedap serupa. Memang rasa lain2 tapi kekadang D24 aku rasa sedap dari MK. Kalau orang bagi tau ni MK baru lah ..oooooh,, sedap sedap! Hahaha.

Lurvy hairan, Sampai umah " Eh baru cucuk, beli durian?
Aku;" Terjebak, lalu tadi tersinggah"
Lurvy: " Boleh ke makan durian lepas ambil vaksin"
Aku: " Ada ke doctor kata tak boleh" Walaupun cuak juga.
Lurvy:" Kalau makan jangan lebih lebih, sederhana sudah"

Ni dah terbuka ni Yang... Depa koyak pangsa terus tadi , bagi senang kopek.. so kalau simpan tak sedap! Jom jom.
Tiga ulas done. Tengahari..

Malam tadi  makan ringan2. soto 2 ketul ja..
 tapi kopek 2 pangsa bagi ayah makan. Aku join lagi.
So far vaksin and durian is ok.
Malam gomol Lurvy pun ok wohahahaha.

apalak tak ok kan..


So far tiada side effect dan aku tak makan panadol, Sama macam dos pertama. Selagi tak dak simptom deman ke apa, tak perlulah ubat.

Alhamdulillah...

Cuma petang semalam dapat mesej dari grup ofismate masuk wad akibat covid, Sedih juga. Ujian yang dia hadapi , satu family positif namun diasorang  yang kena masuk wad utk diberikan oksigen. MAsa dia mesej masih dalam ambulan.

Malam dia hantar gambar dengan hidupnya ada tiub oksigen. Allahhu Akbar,, semoga covid ni segera hilang dari bumi kita.

13000 and no sign of coming down. Jangan lah kita jadi sebahagian dari statistik.

#Staysafe





1 comment:

  1. Sukur dah dua dos...

    Yang cakap vaksin dan durian tak mesra tu, doktor grup wasap je... hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again