Pages

Monday, 22 October 2018

Ke Bukit Broga: Tunaikan janji dengan anak-anak

Assalamualaikum bloggers and readers..


Kami berkunjung ke Bukit Broga untuk pertama kali tahun ini. Pergh... sudah lama  tak pergi. Laluan pun lain sikit. Ada trek bagai. Macam kurang trill berbanding dulu. Bayangkan jalan dia dah macam jalan dusun baq hang. 4WD kompom boleh lalu. Mungkin tuan tanah dah mula develop dan nak komersialkan tempat ini.





So jangan terkejut nanti ada Pajero atau kenderaan  dok ulang alik angkut orang. Mana lah tahu kan.

Walaubagaimanapun, layan sajalah. Manusia sangat ramai. Meriah kat atas tu. Cuaca pun tak hujan . Tak paas. Mendung . Just nice. Mendung tak bererti hujan, risau juga kekalau masa nak turun tu hujan.

Satu sektor tu memang berlumpur la kalau hujan dan dari segi keselamatan, ianya akan licin. Lincin kata org Kedah.

Tak hujan pun anak2 aku pantau dengan rapi. Bukan apa depa ni kalau teruja main nak cepat sahaja. Hmm sama la kot dulu aku kecik2 pun macam tu jugak. Ni dah remaja ni ( remaja purba) bila anak2 laju sikit mula la sound. Hahahahaha

RAsa macam senang sangat naik Broga , Lurvy pun sampi viewpoint yang ke3. Yang puncak sinun. Dulu kata dia sampai first viewpoint saja. Mungkin sebab dok kayuh basikal keliling tasik lately.
Aku pulak mungkin momentum Kinabalu, hasil training yang menyebabkan rasa fit lagi.

LINK: ( GUNUNG KINABALU TELAH KU TAWAN)

LINK: ( KALI TERAKHIR KE BROGA)

Aku pembawaan aku dan anak2 sebab nak jelaskan hutang. Dah janji nak bawa depa naik gunung bagai. Ya lah aku ke Gunung Kinabalu depa mencuka tak dapat ikut. Kena la bawa bagi hadam gunung kat sini dulu sebelum depa bersedia, kalau masih tak serik, untuk memanjat gunung.

Dan sekarang mereka masih dok tuntut nak ke Gunung Datuk dan Gunung Angsi.
Boleh aja.. Family time sambil beriadah!!

Janji mesti ditepati...Tak boleh ke Gunung yang tinggi sebab, kekangan ekonomi negara yang hutang trillion-trillion ( eh ke situ pulak), sebab kesediaan atau fitness depa yang tak teruji, aku bawa la ke gunung yang rendah-rendah dulu.

Kata bawa family..apahal kat atas tu gambar aku sahaja..kena masuk la pic anak2



#masih menunggu janji nak hapus itu ini.. Sedih juga lately ..






1 comment:

  1. Zaman bljr dulu 2 3 kali gak naik Broga.
    Baru nie pergi dah lain bebenor. padahal baru beberapa tahun je. haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again