"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula."
Day 1: Mulanya di sini
Bila
berjumpa sahabat atau kenkawan, mereka ada bertanya…
“Mananya
catatan ke Europe, sikit sahaja "update"nya dalam blog" keluh
seorang kawan.
“Bila
nak habis menulis dengan lengkap ni.?”
"Eh kan dah masuk dah" jawab ku.
" Tu sikit sikit. eloknya tulis lah catatan penuh" pinta sorang lagi.
Sudah lama kot.
Aduyai,
entah kenapa terhenti catatan. Semua bercampur-baur. Hendak menulis ni kena ada
semangat. Semangat yang hilang, tentu boleh dipupuk kembali.
Tetapi
kalau yang istimewa hilang.. hmm entah lah kemana nak cari..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Traveling – it leaves you speechless, then turns you into a storyteller.” – Ibn Battuta
-------------------------------------------------------------
Tadi tu intro..
Maka, catatan dalam blog di teruskan ( dah lama taip , ingat nak buat buku. Apa pun baik aku paparkan sini…)
Ok , teruskan dengan kisah perjalanan kembara ke Eropah.
Bermula
di Perancis atau tepatnya kota cinta, Paris. Melihat gambar Eiffel Tower di internet
dan media cetak, tak sama seperti melihat didepan di depan mata. Namun
perjalananku bukan kerana Eiffel semata.
|
Eiffel Tower |
Perjalanan
ku ialah membuka minda, menyemai rasa, melihat alam fana, ya, alam fana begitu
indah di mata, terus diri diterpa rasa yang sangat kerdil, rasai betapa
kekuasaan yang Maha Esa. Maha Berkuasa menciptakan dunia ini yang sangat indah. Tak terperi indah nya , namun tentu lagi sangat indah syurgaNya.
Dan
perjalanan ini juga untuk meraikan cinta yang terpupuk sekian lama, selama 21
tahun membelah arus kehidupan bersama isteri tersayang. Walaupun kami tak pernah
sampai ke Eropah bersendirian, namun kami yakin segalanya boleh ditempuh bersama, susah atau
senang!
Aku membawa beliau ke bumi Eropah kerana aku telah berjanji pada diriku akan membawa isteri ke sana. Setelah kami mensyukuri menjadi tetamu Allah mengerjakan haji pada 2013 pada perancangan ini diperkukuhkan.
Seperti juga aku berazam untuk membawa anak anak ke Jepun setelah aku terpilih ke sana terlebih dahulu.
Mendarat di bumi Perancis seperti mimpi
menjadi nyata. Aku ni pelik sikit, macam ooo macam ni lah tanah tanih kat sini. Macam la beza sangat la kan. Seriously, tak tau la korang, aku pi Sabah ka , Indonesia ka, mesti aku tengok macammana tanah di negara orang..Macam geologist pulak ya..
Tapi Lurvy tetap cool seperti biasa.
Aku dengan minatnya bola serta Zinadine Zidane tentu teruja sangat. Inilah bumi tanahair beliau.
Sampainya pesawat kami awal malam.
Rancangannya menghabis usai tengah malam di Charles De Gaulle Airport sehingga awal pagi harinya. Maknanya spend masa untuk lepak di airport la kan, Tak payah book hotel. Kemudian pagi-pagi terus bertolak ke kotaraya Paris.
Kapalterbang mendarat sampai di Charles De Gaulle Airport dekat pukul 8 malam waktu tempatan. Aduh awal nya!
Memang la dalam jadual dalam pukul 8.00 mendarat . Memang sharp, tak ada kelewatan pun. Alhamdulillah.
Dalam perancangan aku , aku expect delay sikit, dan susah la nak lepas immigration dan pemeriksaan kastam.
Gedebuk-gedebak
katakan touch down pukul 8.00 malam lebih, keluar dari pesawat, kemudian amik beg bagai, pukul
9.00 baru boleh dapatkan beg.
Nak lepas Immigration dan pemeriksaan kastam katakanlah pukul 10.00 atau 11.00 baru habis..Kira selesai semua pukul 12.00 malam . ok la tu. Lepas tu cadangnya pergi minum-minum kat cafe kat airport, sambil dating ngan Lurvy.
Jangkaku tentu akan berlaku lama proses pemeriksaan
disebabkan isu keselamatan. Kan banyak letup-letup kat Eropah dalam dekat tarikh aku nak pergi
ISIS la, IS la dan sewaktu dengannya,
semua tu aku buatkan cuak la, sebab orang Islam mesti difokuskan untuk pemeriksaan rapi.
Ye lah yang terbarumasa tu, bandar Brussel baru
je meletop dibom oleh pengganas mana tah.
Dan beberepa bulan sebelum tu ada tembak menembak
di Paris.
Tambahan pula Lurvy bertudung bagai. Mesti check detail
punya. Teringat pengalaman kami kat Jepun, Lurvy siap kena bukak kasut dan
letakkan dalam mesin pengimbas.
Orang lain tak kena pun. Tak puas hati Lurvy sampai masuk pesawat.
Wohahaha.
Ye lah dia being singled out.tentunya sebab dia berhijab, pasti, tak ada sebab lain. Memang hipokrit dunia ni.. Cess.
Kita sebagai orang Malaysia dan beragama Islam ni, dalam hal security clearance ni, mental kena persiapkan kot-kot
banyak pertanyaan itu dan ini.
Rupanya salah telahan aku.!!
Sangkaan ku meleset sama sekali. Prosesnya sangat senang.
Di Airport Charle De Gaulle ni. Keluar ja
, amik beg..lalu depan kastam . Angkat tangan..
Tadaaa!! Takdak sapa peduli pun
Siap.
Sekejap sana sudah sampai main
terminal.. Cop passport pun kejap saja.
Aku rasa semua ni lebih kepada betapa “power”nya
passport Malaysia, bangga sekejap jadi pemegang passport Malaysia dan “of course” bangga jadi rakyat Malaysia.
Korang bangga tak? Hari
Kebangsaan ada kibar bendera? Hari Malaysia?
( Tahu tak, bahawa passport Malaysia antara top 10
passport paling “powerfull” di dunia..perghh!!!)
Ok ok..aku teruskan cerita kat Airport.
Memang sangat
efficient dan pantas. Senang sahaja melepasi imegresen dan kastam pihak
berkuasa Perancis ni. Urusan pemeriksaan lapangan
terbang dan lain lain segalanya begitu lancar. Dengan pemeriksaan
kastam yang tak sampai 30 saat dan imigresen yang begitu mudah, makanya pukul
9.00.malam sudah ada dalam terminal.
9.00 malam baq hang!!. Aku estimate 12.00 mlm!
----------------------------------------------------------------------------
"I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you, you, you, you, you
You see through
Right to the heart of me
You break down my walls
With the strength of your love"- Whitney Houston
-----------------------------------------------------------
Flash-back sikit.
Sebelum tu , sebelum bertolak kami beli makanan
dalam tin atau “packed food” agak banyak. Ye lah kan travel dan kembara sambil
memandu, duduk BnB, nak masak sendiri, tentu perlukan stok makanan yang banyak, dan
menjimatkan.
Lagi pun susah kot nak cari makanan halal, sementelah tempat yang kami nak pergi, tak pernah sampai.
Manalah tau seluk belok kedai makan yang halalal toyibban
Tapi dek risau beg kena selongkar kat airport, Lurvy
keluarkan dan tinggalkan banyak makanan kat rumah. Takut kena banyak soal dan kena rampas ke apa.
Tu belum ku bawa budu lagi tu. Mahu kena masuk lab, siasat apakah benda cecair yang dibawa agaknya..
Imiginasi dan jangkaan aku yang amat ekstrim.
Wohahaha.
Tapi hakikatnya..Nah,, senang je kat airport Paris sini . memang tak de masalah
kastam pun.
Lurvy yang kosongkan separuh makanan dalam tin masa kat rumah, aku jeling ja.
“Tu la awat tak nak bawak banyak makanan. Tak dak masalah pun kat kastam sini kan” tanya aku, dalam hati la.
Buatnya aku tanya soklan tu sebagai soalan pertama kat Paris. Mahunya aku berhoneymoon sorang-sorang..
Sudahnya pukul 9.30pm dah boleh gerak ke Paris.
Plan asal. Seperti perancangan aku nyatakan tadi, mungkin selesai
dalam pukul 11.00 malam atau pukul 12.00mlam. Itu paling awal.
Kemudian lepak airport till first train
katakan 5.00 am ke . Amik train ke Paris.
Sebab apa boleh buat camtu, Sebab mata tu
masih lagi tak ejas waktu Malaysia. Pukul 12.00 malam kat Paris baru pukul 5 petang waktu Malaysia
Tapi “bapak” aaaaa..., pukul 9 malam dah settle semua , nak kena melilau dan
nak tunggu first train pepagi. Lambat lagi wehh..
Tak
boleh! tak boleh.! Kena tempat lepak kalau cam ni.
Farouk
di Charles de Gaulle
Sudah! Nak kemana sekarang ni..?? Malam masih muda
Terlalu
awal .. Apapun cari tempat solat dululah.
Bertanya
kan orang kat mana Mussolla, kebetulan berjumpa Muslim French bernama Farouk
yang ramah. Cakap pun macam ayam dengan itik.
Maklumlah orang Perancis mana
mahunya membanggakan bahasa lain terutamanya English.
Mereka
lebih senang mendengar pertanyaan dalam bahasa Malaysia dari bahasa Inggeris!
Setelah
boleh berkomunikasi lebih kurang, pandai pandailah guna Bahasa isyarat, terus
dibawanya kami sampai depan surau. (Lagipun depa ni paham ja English, Cuma tak
mau guna bahasa asing)
Surau
ni kalau nak senang cari, tanya lah kat mana kaunter kereta sewa di Airport CDG
ni. Berdekatan degan kaunter-kaunter situ akan nampak sign surau.
Ok settel!
Oleh
kerana terlalu awal makan kami kena buat plan B,, kena buat rancangan untuk ke
hotel berdekatan . Sebab masih awal kan. Jenuh
la nak tunggu kat Airport sampai first train..Kebetulan ada
student Malaysia menyambut kedua ibubapanya kat airport , maka dia cadangkan F1
Hotel..
So rajin2 la mulut bertanya bagaimana caranya nak ke situ.
Rupanya memang banyak sangat hotel disitu, cuma aku tak google awal sebab tak masuk dalam perancangan.
Memang banyak hotel berdekatan dengan airport tu yang nak access pun senang. Ada shuttle bus berkod warna untuk pergi area tertentu sekeliling airport tu.
Yang bagusnya, shuttle bas ni free.
F1 pun F1 lah
Okay..! bolehlah try Hotel F1 ni. Dari duduk kat
airport. Hotel ni jenis budget hotel. Kos semalam dalam Euro39.00 sahaja. Agak selesa.
Terus
checkin.. Bilik sangat ok..Hotel ni toilet nya terletak dekat luar, first time menginap hotel cenggini, macam hostel la pulak, tapi yang bestnya ketika
kami sampai, satu floor tu kami saja yang menginap.Hahaha .
Oh
ya, nak ke hotel berdekatan dengan airport ada shuttle bus yang
ber"kod"kan warna. Bas ke Hotel F1 ni ialah bas berwarna kelabu dan tempat berhenti pulak ialah hentian ke 7. Dan bas inilah juga
yang perlu di ambil untuk ke Airport semula... Dari airport kemudian ambil
train ke Paris. Dalam 30 minit sampai Paris.
Masa
kat hotel tu susah juga nak tidor.. Yelah mata masih waktu Malaysia, Dalam
flight pun tidor-jaga tidor-jaga. Pukul 4 lebih dah subuh pulak.. Tidur tidur
ayam je lah..
Day 2: Ke
Paris
|
Checking out from Hotel F1 |
Berpagian-pagian
lagi bergerak dari Hotel F1. Sebelum tu dah tengok jadual shuttle bus. Dalam
pukul 6.15 kami dah keluar.
Bagi
kunci ja, settle. Tak payah sign sign apa. Sebenarnya bukan serah pun kunci, hanya drop je dalam kotak kat kaunter.
Pantas!!
Nama pun Hotel F1 kan…
Boleh
check out anytime tapi jangan terlebih time ya. Sebab bilik akan auto-lock
kalau lebih masa untuk check-out. Makna kata kalau kita berada diluar bilik kita akan terkunci dan kalau nak masuk bilik kena buat bayaran tambahan.
[Nak
meneroka sesuatu tempat mesti perlukan peta. Itu yang pasti.
Apatah lagi sim
card belum ditukar kepada sim local. So tak la boleh guna applikasi map ke apa kan.
Dapatkan
map di kaunter tiket untuk mememudahkan perjalanan.]
Yang paling teruja ialah
bila bertanya tentang map kepada wanita di kaunter semasa membeli tiket, rupanya dia juga saudara seagama seorang Islam. Pakaiannya seperti wanita France la kan. Mana ada ber"Neelofa" bagai.
Tu yang tak terjangka. Dan beliau dah beberapa kali datang ke Malaysia.
Yang indahnya,setiap orang yang aku hampiri untuk tanyakan soalan di Paris setakat ni,mereka dulu yang beri Salam kepada kami. Masya Allah...
Mungkin mereka terpandang Lurvy bertudung. Tu tandanya kita seorang Muslim pada pandangan pertama orang lain.
Tiket harian
atau mingguan?
Untuk bergerak menggunakan train di Paris , ada dua jenis tiket iaitu mingguan atau harian. Dan tiket mingguan bermula hari tertentu, kalau tak silap, hari Isnin. Maknanya kalau beli tiket mingguan hari Ahad, tiket tu akan expired tgh malamnya. Rugi.
Kena beli pada permulaan minggu, i.e Hari Isnin. Baru berbaloi, boleh guna tujuh hari.
Dan aku dan Lurvy hanya akan berada di Paris dua hari je pun makanya kami amik tiket harian . Tiket Daily Unlimited travel di Paris berharga EUR7.00.
Harga tiket keretapi dari airport pulak EUR10.00 per trip.
Check-in
in Paris
Hotel Di
Paris yang dipilih ialah Mercure ParisTerminus Nord.
Hanya
satu kriteria saja masa aku buat
perancangan untuk di Paris, iaitu tempat
penginapan perlu mudah untuk ke sana sini dan dekat dengan terminal keretapi
untuk keretapi laju (train Thaly’s) ke Belgium.
Aku hanya mula mengambil kereta di Brussel, Belgium. Sebab nak juga merasa naik train kat Europe dak. Tak la memandu je,,
(Nota/Tips: Tiket kereta api laju atau keretapi express, lagi awal dibeli, lagi murah harga tiketnya. Dari semurah-murah EUR20.00 hinggalah semhal-mahal EUR120.00. (beza dalam Rm100 hinggalah Rm400 kalau ditukarkan ke RM) untuk tiket dan kelas yang sama, bergantung kepada masa tiket dibeli. Log-in lah ke internet untuk beli. Print tiket dan bawa masa nak naik. Aku dapat beli harga satu tiket EUR40.00 . Tak lah paling rendah tapi murah la juga. Kalau beli lambat silap silap kena EUR120.00)
Sampai di
hotel awal pagi. Kami tinggalkan beg dulu dan terus amik train ke tempat-tempat
menarik. Beg yang di
tinggalkan akan diberikan tag. Jangan hilangkan taq tersebut. Kalau tak, susah nak dapatkan beg yang disimpan.
Itulah yang dipesan oleh “pakcik” beg tersebut. Gila aih kalau hilang, serba mak nenek ada kat dalam titu. Takkan first day, nak hilang dah. Susah tu bukan macam mana, nak convince itu barang kita. dah la kami tak tahu bahasa Perancis, tak kan naya.
Nak
bergerak di Paris kami kena plan dan tengok route betul-betul supaya kami boleh ambil jalan yang
dekat dan dalam masa yang paling cepat. Sebabnya boleh sampai ke satu tempat boleh naik banyak train. Inter-connection tu yang penting. Semuanya ada dalam peta dan hanya perlu
ikut ja. Rancang dan bergerak ikut rancangan.Penat memang penat. Nak tanya orang Perancis ni macam macam hal jugak , tak berapa friendly kat Paris ni. Atau pun mereka tengah rushing
Cuma risau tiket keretapi terjatuh atau tercicir sebab “kecik cinonet”
ja tiketnya. Serius kecik. Jimat kertas kot.
AWAS: Berhati hati
dengan Penyeluk saku di atas train . Siap ada notis yang berbunyi lebih kurang
berbunyi :
“
Pickpocket operates on this train”
Ok Ok . Banyak peringatan pasal penyeluk saku di Paris ni. Dan ramai orang Malaysia terkena.
Dan dalam dok beringat tu, nyaris aku menjadi mangsa.
Memang yang
paling risau bila wallet dicuri atau lebih susah lagi jika passport hilang. Aku
bila berjalan kat luar negara akan buat benda ni berkenaan pasport:
TIP KESELAMATAN PASPORT
- Semasa transit atau dalam perjalanan.
Jangan tinggalkan passport dalam beg. Bawa kemana sahaja bersama anda.
- Simpan dalam poket hadapan. Selalulah
periksa.
- Sebelum bertolak memulakan percutian atau
perjalanan ke luar negara, scan passport dan email kepada diri anda sendiri.
Gunakan gmail atau yahoo mail.
- Ini memudahkan anda access kepada salinan passport
jika keadaan memerlukan. Senanglah anda nak tunjuk kepada kedutaan Malaysia
jika ada salinan tersebut. Cepatlah sikit untuk dapatkan passport sementara kalau
kehilangan. Daripada pengalaman orang yang telah hilang passport, pengesahan
dan nombor passport anda adalah perlu untuk mempercepatkan penggantian di
kedutaan Malaysia.
- Apapun, jangan hilangkan passport
anda!! Itu yang penting.
[Baca: Pasangan Honeymoon menderita paspot hilang ]
Again...dalam dok beringat tu nyaris aku menjadi mangsa..
Nyaris diseluk saku.
Kembali
kepada cerita pencopet ni, ketika turun dari keretapi dan menuju ke Eiffel
Tower, selalunya aku akan simpan dompet di poket hadapan. Dan sememangnya dalam
train aku simpan dompet di poket
hadapan. Tetapi dengan terbiasanya letak kat poket belakang, apabila aku ambil tiket dari
dalam dompet semasa 'exit' dari stesen dan simpan kembali, secara automatisnya aku
simpan dompet dalam poket belakang. Dah memang terbiasa.
First mistake!!
Dan ketika
berjalan ada segerombolan peyamun/pencopet ni buat bising kat belakang. Mungkin
nak alihkan tumpan aku. Oh ya , mereka ni bergerak dalam satu pasukan . Mereka
berkerjasama. Apa yang penting? Kerjasama…ceh!!
Tetiba
suasana kecoh. Ketika tu sekilas macam ada tangan nak sambar dompet aku.Ketika
itu aku toleh kebelakang tengok apa yang kecoh tu. Kemudian ada lelaki yang
duduk di café di kaki lima memegang tangan seorang remaja sambil marah sebab
dialah yang nak seluk poket aku..Pheww,, near miss.
Aku
terpempan sekejap. Nasib baik ada Parisian yang tolong. Kalau tak aku telah
jadi mangsa. Itu dalam dok beringat tu!!!
Dan
sebenarnya banyak kes kehilangan duit atau dompet terutama di kawasan Eiffel Tower!
Tolong
ambil peringatan.
Kawasan
Eiffel Tower ni memang cantik dan menjadi tumpuan ramai orang. Entah kenapa
menara besi ni ramai orang nak lawat, termasuklah aku. Unik kot.
Syurga
beli belah?
Sebelum ke
Eiffel Tower kami konon-konon nak pi area orang selalu shopping. Salah satu
tempat ialah La Fayyete. Sesampainya, semua galeri di situ ditutup. Alamak?
Rupanya
hari Ahad merupakah hari “off” di Paris. Aku kecewalah, boleh pulak
tutup masa weekend. Kalau kat Malaysia hari minggulah gedung-gedung kakan
dibuka seluas-luasnya.
Siap orang
disitu kata “ Our Sunday is like your Friday in Malaysia”
Haishh , bila pulak negaraku meraikan cuti hari Jumaat sebegitu. Hanya segelintir negeri yang
bercuti hari Jumaat, tapi mat saleh anggap kita yang off hari Jumaat. Alangkah
indahnya kalau betul begitu. Senang nak
bawa anak anak ke masjid. Ini tak, Lurvy yang terpaksa hantar dan amik dari
masjid. Aku kat ofis yang jauh dari rumah dan tentunya bekerja pada hari Jumaat.
Paris,
sebenarnya syurga beli belah untuk kaum wanita. Mungkin betul atu tidak aku pun tak pasti. Yang aku pasti
kalau ada duit, kat mana-mana pun syurga beli-belah. Dengan barangan berjenama
yang dikatakan murah di siniberbanding Malaysia. Agaknyalah, sebab aku
manalah beli belah barang mewah. Tak reti la barang branded ni.
Murah ke
mahal ke adalah subjektif juga. Aku
tengok macam mahal semuanya. Bagi Lurvy di situ tempat nak beli-beli, bagi aku
pulak di sini lah tempat aku cepat-cepat nak belah.
"Abang tak nak beli apa-apa, sebab abang dah ada semua"
" Ada semua?"
" Yep . Bila abang ada Yang, abang ada segalanya"
"cehh.." rengus Lurvy.
Apapun dapat jugak satu handbag, dan semestinya bukan Hermez..hahaha.
Makanan di
Paris
...Kebab dan kebab dan kebab. itulah makanan kami kalau kami beli makanan luar tapinya memang sodapp..
Ye lah
cuaca kan sejuk. Dan best nya kebab kat sana besar-besar, boleh kongsi berdua, tu pun susah nak habiskan. Mungkin sebab penat sama, ke hulu ke hilir. Makan pun terasa portion kebab tu banyak je.
Ataupun sebab berhoney moon. Wink wink
Harga pulak
dalam Euro 6.90 atau EUR9.00 camtu. Boleh la kan..
Okay, aku tahu penulisan aku masih "stuck" kat
Paris kan.. hahahahaha..
Ok esok ke
Belgium..Phew!!
Aku belanja photo photo kat Paris ok...
Day 3: Train Ke Belgium
“Ok Yang,
Esok Train pukul 11.00 pagi. Kita dah nak keluar dari Paris esok.
Kita nak try ke tak?”
aku tanya.
“Entah lah
bang. Sempat ke” Lurvy macam blur blur.
Malam tu
kami plan.
Samada nak buat "operasi kilat" atau tidak
esoknya.
Aku bukak
map laluan keretapi. Kemudian sambung rujuk internet guna wifi hotel.
- Train ke
Haussman St Lazarre amik masa 7 minit. Stesen terdekat dengan Galery La Fayatte
- Galery La Fayette bukak pukul 10.00 am.
- Beli barang
30 minit. jangan compare compare lagi, Grab dan bayar je!!
- Patah balik
7 minit.
- Sampai hotel , amik bag terus ke steen keretapi untuk bertolak pukul
11.00 am.
So dari
pukul 10.00, start masuk kedai, beli dan
sampai balik ke hotel ada lebih kurang 40 minit. Ada 20 minit ja nak kejar
masa keretapi. Fuhh!!
“Sempat ke idak ni?"
" Hanya beberapa minit train nak bertolak masa kita sampai tau.” Aku nak tengok Lurvy sanggup berkejaran tak.
“Boleh
cuba.”
Macam tu lah. Baru adventure.
Itu
keputusan muktamad! CUBA..
Rancangan di atas adalah misi untuk membeli kiriman
orang.
Bukan misi Saving Private Ryan ya.
Hanya misi membeli sebuah beg tangan, yang mana kedai
di La Fayyete ditutup semalam. Kalau barangan untuk kami mungkin malas nak pergi, tapi dah harapan orang kan, orang dah kirim. Kena tunaikan jugak.. Takkan tak leh cuba,
Sampai
kedai awal-awal lagi . Sebelum pukul 9.30.
Hujan pulak
tu, Suhu sejuk.
Tunggu
depan pintu. Kalau fikir-fikir memang pelik, dan pengawal tu dua-tiga kali tinjau apahal
la dua orang ni dok tunggu depan pintu awal sangat ni.
Tepat 10.00 am kedai buka. Meluru kami masuk ke butik
tersebut.
Aku tengok galeri gambar dalam WhatsApp, model sama, dan terus order kat salegirl.
Salesgirl tu kata yang dalam gambar tu last season punya design . Ada beza sikit dengan stok yang dia ambik.
Alamak, stock last season
pulak.
Sekarang sudah sold out.
Ada design
baru lebih kurang sama .
Apa la designer Prada ni. Ubah sikit sikit ja pun.
“Ok boleh.”
Aku ok je sebab tak nak buang masa.
Untung kalau lelaki shopping ni. Nak cepat je.
Namun lebih mahal dari budget orang kirim tapi
camner nak contact nak tanya saat kritical begini. Kami mengejar masa!!
Bawa ke
kaunter. Hulur kredit card. Masa nak bayar salesgirl tu pulak kata ni saiz
large.
Yang dia tunjuk tadi medium saiz. Macam macam la.
Pulak!!
Rege dalam
EUR2,100.. ooo mak ai. Mahal gila barangan nya. Dekat RM9,000. Hand bag je!! Sebenarnya budget yang diberi mandat setakat EUR1300 je.. ni hampir dua kali ganda. Sangat tinggi bezanya.
Terus kensel..meluru
pergi kedai alternative, mencari brand dan design lain, Pilihan kedua mengikut gambar yang dikirim.
Terus tapau! Dari Prada tukar kepada LV. Pantasnya kami (aku) shopping..
Lari ke
stesen , cepat cepat naik train. Balik ke hotel
SEMPAT KE NAIK TRAIN KE BRUSSELL?
Sampai je station keretapi dari Haussmann St Lazar kami terus berlari ke hotel dalam kehujanan, hujan yang gerimis pagi, tetapi tentunya , sambil membawa beg tanya LV.. ( Emm macam Lurvy bunyi nya)
Perghhh memang adventure.
Sampai hotel terus capai beg patah balik ke setesen Paris De Nord. Nasib baik hotel berdekatan dengan stesen.
Sampai
stesen ngam-ngam pukul 10.54 pagi tapi nak jadikan cerita,train ke Brussel pulak delays…
Aduh.. kami punyalah penat berkejar. Kalau tau delay tak payah berlarian di kota Paris dipagi hari dalam hujan gerimis. Dilwale betul lah.
Bila delay train dari Paris, maka masa untuk sampai di Brussel agak lewat. Terus ke kaunter sewaan kereta Europcar. Nak tunggu ambil kereta boleh tahan lamanya. Ye lah. Ada satu grup kat depan dok diskas lama-lama. Nak sewa sewa je lah. Setelah ambil kereta aku terus bergerak ke arah Belanda.
Masa di Belgium agak terhad makanya pusing pusing dalam kereta saja. Dah tak sempat menyinggah mana mana. Snap gambar dalam kereta ja.
... set GPS Mercedes terus ke Amsterdam..
Damn?
Dam Rock dimana?
Okay.
Amsterdam bandaraya besar kan. Target nak sampai Amsterdam dalam pukul 5 pm..
Asal nak visit tempt tempat lain, Tapi disebabkan kelewatan tak ada plan B.
Tempat apakah lagi nak dilawati di Amsterdam, selain dari Red Light District??
Soalannya
what next. Dah kena tanya orangla pulak. Di cadangkan pergi la ke “Dam Rock.”
Kami pun terus bertolak kesana. Parking dekat dalam mall kemudian turun
berjalan-jalan sekejap. Amik foto dan beli souvenir, selesai Amsterdam.
Kami perlu
bergerak cepat kerana risaukan sampai ke BnB lewat malam.
Bertolak
dari Amsterdam seperti biasa dan seperti terduga melewati beberapa kincir angin
dan jalanraya di Belanda ni banyak yang meerentasi banyak jambatan. Negeri di
bawah paras lautlah kan..
Mencari kunci BNB
Dalam
kembara honeymoon ni kami banyak tinggal di BnB.
Di
Paris..(aip! cerita Paris lagi?) BnB yang kami
tempah telah dibatalkan oleh pemiliknya pada saat-saat akhir. Gelabah biawak juga
mencari hotel. Nasib baik dapat buat
tempahan sebelum penerbangan dan menariknya AirBnB pulangkan
wang tempahan dengan bayaran tambahan lagi sebab host telah timbulkan masalah
kepada kami. Yeahhhaa!
Jadi
pengalaman penginapan AirBnB aku yang pertama adalah di German. Tak tau macam
mana keadaannya. Selesa kah atau sebaliknya. Selamat atau tidak? Semua
pertanyaan menerpa di kalbu.
Sementelah
pula mengikut system GPS kereta, kami dijangkakan sampai agak lewat iaitu pukul
10.30 malam.
(TIPS:Oleh itu dicadangkan agar ada masa senggang
2 jam untuk anda mengatasi kelawatan tersebut. Contohnya kalau rancang sampai pukul 8.00 malam ubahsuai supaya
rancangan anda ke pukul 6.00 petang. Ini adalah untuk memberi peruntukan masa kepada
perkara perkara luar jangkaan seperti jalan sesak atau kurang familiarnya kita
dengan tempat-tenpat tersebut. Ataupun nak ambil gambar tempat-tempat yang tak dirancang awalnya. Jadi tak lah terkocoh kocoh)
Comel
dan menarik
Kami sampai
di Bnb ni dah pukul 10.30 malam. Memandu dalam keadaan jalan yang tak kita biasa
dan malam pulak tu menyebabkanmasa yang diambil agak panjang. Sementelah
memandu disebelah kanan. Lurvy pun tak berapa berani lelapkan mata sebab nak tolong aku navigate jalan.
Dia nak berehat pun suspen ja risaukan "pilot" mengantuk. Takut kami terlepas simpang susah nanti.
AirBnB kami ni memang comel dan menarik.
Day 4: Merentasi Dortmund ke Frankfurt dan terus
ke Kempten
Pinggiran Sungai Rhines
Seperti
biasa bangun pagi-pagi lagi. Sebab awal bangat. Waktu hampir musim "summer" ni mentari
naik awal dan terbenam agak lewat ..dalam pukul 8pm lebih baru gelap .
Dan kini mata aku pun
masih ikut waktu Malaysia.
Musim ni
waktu subuh masuk awal. Sekejapan dah nak cerah. Elok la, mata pun dah segar
bugar . Aku pun keluar dari BnB
penginapan kami dan berjalan-jalan ambil angin
pagi di sekitar tebing sungai Rhines. Ada “barge” berlalu menuju kearah
pendalaman. Mungkin datangnya dari arah laut atau dari Belanda. Entahlah aku
pun tak pasti. Dan tak perlu aku mencari jawapan.
Juga
kelihatan beberapa orang mengayuh basikal di jalan selari dengan sungai. Sunggu
tenang dan mendamaikan. Ya aku kena tenangkan diri dan relaks sebab nak memandu
agak jauh hari ini.
Kejadian
lucu semasa mengisi minyak
Pertama
kali mengisi minyak di tempat orang memang melucukan. Ye lah kan kali pertamakan.
“Everytime
is first time” ish... apakah statement ni. Bagi yang paham paham la.
Setelah
mengambil kereta sewa di Brusell di mana minyaknya telah siap-siap disi penuh.
Setelah
melewati 2 negara, menempuh jalaraya ke Amsterdam, Belanda dan kini di Hunxe
German, tentu lah minyak hampir habis.
Lagipun
jumlah jarak yang telah ku pandu ialah 480km.
Kini masa untuk
isian semula. Eh! macam top-up la pulak.
Tiba lah ketika
untuk aku mengisi minyak, karang kereta mati tengah jalan dekat German ni sapa
nak tolong pula.
Sampai
stesen minyak aku pun park dekat pam 5.
Ada kereta
sebelah aku yang dekat nak habis isi minyak di pam 6.
Aku pun
masuk ke kaunter nak bayar.
Dengan yakinnya aku cakap .
“Pump
number 5. Full please“sambil sediakan kad kredit dan tunai.
Aku cukup
bersedia nakmembuat bayaran , tak kisah lah cash ke card credit. Tunggu cashier
tu bagitau je. Atau tunggu minta dia ambil card aku dan swipe je. Tak boleh salah.
Aku
beritahu pam no 5.
Dia kata
tak, pam 6.
“ No no , pump number five!. Not six”
Aku keliru.
Takkan nombor 5 atau 6 pun boleh terbalik kat German ni.
“Not six?”
“No”
“Tanken..pay”
macam tu kot bunyi cashier tu.
“ Yup
tanken number 5” aku main belasah . Dia “tanken”, aku pun “tanken” juga.
Ingat aku
tak reti ke Bahasa German. Hahaha.
Aku cakap “Full
tank . Pam number FIVE please”. Ni cakap omputih.
Bahasa German
setakat tanken je aku. Maksudnya aku belum pasti..
Sambil
hulur duit. Ye lah nak cepat kan. Nak kejar masa lagi.
“ Come….”
Dia bagi isyarat aku ikut dia keluar.
Eh macamla
aku tak rerti guna pam. Tapi aku ikut je lah.
Dia pegang
pam petrol tu sambil unjurkan ke arah tangki minyak.
“ Tanken first,
pay !” Sambil segera masuk. Tatau la dia
nada marah atau nada lucu.
Oo mak ai..
Isi dulu
rupanya kemudian baru bayar! Wohahahaha
Yang aku
nak pergi bayar tadi, dia ingat aku nak bayar untuk pam no 6 di mana seorang
pelanggan tu habis pam dah.
Itu yang dok pam 5, pam 6. Tanken five tanken six. Dok bertekak 5 , 6 , 5 ,6 aku dengan cashier tu tadi.
Masalahnya
bahasa ayam dan itik. Aku cakap omputih dia cakap German!! Baik kau cakap
Melayu saja.
Apa pun,isi
minyak dengan jayanya . Penuh!
Kemudian
masuk bayar.
Selesai satu bab. Belajar perkara baru. Lepas
ni tau dah cara nak isi minyak
Dortmund! Makan bola, tidor bola, semua bola..
|
Di Stadium pasukan Borussia Dortmund |
Lokasi pertama
kami di German ialah Iduna Signal Park. Sedap nama tempat ni kan. Tapi jangan
tersilap, ianya bukan taman atau “park” seperti lazimnya. Ia adalah sebuah
stadium bolasepak bagi satu pasukan yang agak terkenal di rantau ini. Pasukan
tersebut ialah Borussia Dortmond. Pasukan yang kedua terbaik di German dalam
dua tiga musim kebelakangan ini.
Mereka merupakan pencabar Bayern Munich dan
juga mnerima saingan yang kuat dari Wolfburg atau Schalke 04.
Aku seperti
biasa akan menyokong pasukan yang seperti ini. Maksudnya aku tak sokokng
pasukan yang sudah gah seperti Bayern atau di England, Manchester United. Aku
sentiasa mencari pasukan yang akan bersaing dengan pasukan yang kuat ( dibaca:
terkuat dalam liga) dan melihat sejauh mana majunya perkembangan mereka.
Mulanya
bila aku cadang nak ke Stadium Iduna Signal Park, Lurvy macam, nak ke stadium?
“La, kenapa
nak pi stadium ni?”
Tapi aku
buat dek ja. Aku yang buat itenari supaya tempat ni masuk dalam program.
“Lagipun
abang yang bawa kereta Follow me anywhere I go ok”
Sampai di
stadium ni awal lagi. Jam belum mencecah pukul 9.30 pagi. Embun pun belum
kering lah kata orang.
Namun sudah
ada beberapa bas dan kenderaan awam parkir di pinggiran pintu masuk Utama.
Rupanya mereka menunggu untuk masuk ke kedai cenderahati.
Setelah
mengambil gambar berdekatan, kami pun menunggu sekejap dan tak lama kemudian kedai
cenderahati pun dibuka.
Lama juga
di dalam tu sambil membelek barangan dari sekecil-kecil pen hingga
sebesar-besar bola. Jersey dan tshirt tak usah ceritalah. Memang banyak, jenama
Utama, jersi kedua , ketiga dan jersi latihan semua ada.
Bak kata
orang, macam macam ada…!
Sediakan duit sajalah!
Aku membeli
sehelai t-shirt training. Untuk buat kenang kenangan.
Melihat
stadium dan betapa gahnya peminat kelab membuatkan aku mengkagumi, Borussia
Dotrmund, antara pasukan terkuat di German ini.
Bayern
Munich ? Kelab yang ni kena letak tepi dulu sebab dah kuat sangat.
Aku jenis
sokong yang akan memberi cabaran, bukan yang dah favorite macam Bayern atau MU (di England).
Tapi Manchester
City tetap di hati. Sebabnya Man City dari
pasukan yang gitu-gitu dan sekarang dah establish sebagai pasukan yang kuat.
Yezzaa!!. Eh mai mana cerita Man City pulak
ni.
Berbalik
kepada kedai cenderahati di stadium Borussia Dortmund. Kedai yang sekecil tu pun
kami jadi leka melihat jersi dan barangan berkaitan dengan bolasepak serta kelab
tersebut. Kecil-kecil kedai ni pun, dua tingkat jugak.
Dalam tak
minat bola tadi, Lurvy aku tengok leka juga membelek.
Setelah
selesai menjamu mata di persekitaran stadium kami bertolak ke Bandar Dortmund.
Tujuannya mencari frigde magnet kiriman kawan. Sampai di Dortmund nasib baik
ada parking kereta di tepi jalan ..
Cepat sikit nak meroda berjalan kaki.
. Dalam termangu nak bergerak
arah mana terjumpa seorang wanita berketurunan Cina.
“ Hmm,
tentu lah pelancong dari China ni” bisik hati.
Kemudian
dia tersenyum dan bertanya “Are you from
Malaysia” Macam tau tau je
“Ya, how
about you?”
“Me too”
jawab beliau.
Terus aku
sembang dalam bahasa kebangsaan, dan dia pun gumbira juga jumpa orang Malaysia. Asal Malaysia je terus geng!!
Itulah sebenarnya kita, akan cari persamaaan takkala kita lain dari org lain di negara yang sangat lain.
Ok borak
lebih kurang, kami pun ke deretan kedai mencari souvenir.
Tak ada
kedai cenderahati di kawasan tu. Kedai lain banyak! Mungkin aku salah tempat.
Ye lah sebab main redah je.
Tanya orang,
semua suruh beli barangan team Brussia Dortmund. Aduh.
Ya. Itulah
hakikatnya di Dortmund. Semua pasal bola dan pasukan Borussia Dortmund!
Sangat-sangat
passionate!! Jangan sebut kelab Bayern Munich kat sini...itu musuh tradisi tu.!!
Nak tak nak
nak beli je magnet warna kuning yang terang tu bertulis Dormund.
Tak dak design fancy . Simple..
Auto-Bahn..yehaaa!!!
Selepas bejalan-jalan di Dortmund, kami terus mengejar masa unutk
ke Frankfurt. Satu Bandar yang besar di German.
Di Frankfurt juga terletaknya lapangan terbang terbesar di Eropah, tapi
tak pernah di war-warkan. Aku pun tak tahu..tak pasti ang airport terbesar
Eropah terletak di Frankfurt..Mungkin sebab tak famous..atau tak menang award.
Sekurang-kurang itulah keluhan warga Franfurt yang aku
temui.
Aku tak pasti juga
samada betul atau tidak.
Tapi yang pastinya bila memandu ke Frankfurt aku aku akan memandu
melalui Auto-Bahn.
Tentu ramai pernah dengar pasal Auto –Bahn ni. Ianya
merupakan satu lebuh raya yang tiada speed-limit. Sebenarnya nak kata tak ada
sepenuhnya pun tak juga. Pengalaman aku ada juga kawasan tertetu yang ada had
laju nya. Mungkin berdekatan kawasan susur keluar atau sebagainya, tetapi
kebanyakkan memang tiada had laju. Mungkin sebab tu la kereta kat sama cc besar-besar.
Dan patutlah kereta buatan German ni power power.Sebab memang boleh lenjan
punya kat Auto-bahn.
Auto-Banh ni bagi aku orang Kedah memang boleh relate sebab apa namanya begitu, Auto
semua orang tau kan .. kereta, automotif atau kenderaan lah kan. Bahn kalau
orang Kedah ada jalan kampong tu “bataih ban.”
Jadi kenalah dengan nama Auto-Bahn tu .
Ha Ha ha.
Lama juga la aku merentasi lebuhraya ni dari Dortmund ke
Frankfurt.
Memang geram nak lenjan Mercedes ( dibaca: kereta sewaan )
aku tu. Cuma Lurvy asyik dok perati saja speedometer kereta. Hmmm.
Tak boleh nak laju
sikit.
Sebenarnya Lurvy amat perihatin bab u. Sementelah aku ni kekok lah juga, nak memandu kereta
stering sebelah kiri ni.
Kekok-kekok pun, aku memandu dekat 3000 km juga dengan Mercedes
sewaan tu.
Amik kau, jauh aku belasah. Bila lagi ek..
Insurance kenderaan amat penting!
Memang betullah kata orang alang alang nak mencuba Mercedes
ni , baik sewa je. Nak beli kan mampu tengok je kan.
Better kita sewa. jangan lupa, ambil insuran yang fully covered. Coverage dia dari calar sikit sikit hingga remuk. Semua kita dah
insurankan. Tak payah pening-pening..
Bukan apa , kalau
kita ambil limited liability, boleh aja sebab ada juga option tu. Contohnya
insuran hanya cover kos membaiki jika kerosakan melebihi EUR5,000 sahaja. Kalau kerosakan tu kurang dari jumlah tersebut
kita kena bayar sendiri.
Contoh jika berlaku kemalangan dan tahu lah kan kereta Merc.
Kena sikit,lebih kurang pun, tentu sangat mahal nak bayar kan.
Katakan kerosakan bernilai EUR3,000, untuk dibaiki. Sebab nak amik insuran murah, hanya nilai melebihi Eu5,000 baru cover. Dalam kes ni, contohnya kita kena bayar 3,000.00 euro, itupun dah
berapa ? Lebih kurang RM13,000 . Perghhh..mahal lagi dari sewa.
Nasihatku , ambillah insuran yang cover sepenuhnya.
Bukan
setakat EUR3,000 kalau EU500 pun banyak jugak nak kena bayar kan kan kan.
Sebab kalau ditukar ke RM didarap 4 lebih. Siap duit kalau insuran tak cover.
_______________________________________________________________________________
“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm, and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” – Jawaharial Nehru
------------------------------------------------------------------
Permandangan indah dan bersih. Indahnya alam ciptaan
tuhan
Menariknya bila memandu sendiri kita akan melalui
tempat-tempat yang tak mungkin kaita boleh berhenti kalau kita menaiki
kenderaan awam. Permandangan di lebuhraya memang sangat cantik. Kalau banyak
masa memang nak berenti banyak tempat dan snap gambar banyak-banyak. Tapi kan,
masa amat terhad. Nak kejar timing masa seperti yang terancang bukannya nya senang.
Itupun, aku kalau berhenti memang lama juga dok ambik gambar. Mmmm, tak hengat!
Aku pun tak pasti mula mula, kenapa dalam syok syok drive
kat highway, GPS tunjukkan jalan keluar, padahal jarak masih lagi jauh. Rupanya
orang yang sewa kereta sebelum ni set kan GPS tu the shortest distance, bukan nya the
fastest route. Patutla masuk kampung la apa la.
Itu aku sedar, bila aku rasa
pelik , jalan yang gps bawa kami,banyak kona kona, padahal highway tadi elok je laluan nya..
Hmm lepas betulkan setting barulah cepat
sampai ke destinasi.
Apapun masa yang lama diambil amat berbaloi kerana
berpeluang melihat permandangan yang indah.
|
Huntunglah my wife, aku asik dok amik banyak photo.
gambar aku yang tak banyak |
Roman Platz? @ Frankfurt
Setelah berjalan berhent berjalan berhenti, mm bila nak
sampai Frankfurt ni.?
Akhirnya dari pagi tadi bertolak dari Dortmund, menghampiri
pukul 4.30 baru sampai ke bandar Frankfurt. Pada asal rancang nak singgah
Stuggart untuk ke muzium Mercedes tapi kami ubah rancangan. Kita tinjau
Frankfurt sajalah.
Frankfurt, salah satu kota yang terbesar di German, ok..so whats else..? Nak tuju ke mana di Frankfurt ni.? Sampai saja masuk Frankfurt kami nampak landmark ini.
|
Control tower mungkin? |
Unik tapi tak pasti bangunan
apa. So terus menuju ke sana. Rupanya kawasan restricted, Mungkin pejabat
kerajaan kot.