Hari ke 3 di Turkey, program hari ni menarik! Melayari selat Bosphorous dan Grand Bazaar..
Oh ya …sebelum itu, semalam, setelah seharian berjalan seharian di
Masjid Biru dan Sultanahmet Square serta Spice Market kami dibawa ke hotel
Crowne Plaza-Istanbul Old City.
Sebelum itu juga...ni ha, gambar-gambar sekitar Sultanahmet Square yang belum tersiar,,,heheheh:
Kat belakang tu Hagia Sofia. |
Satu monumen dihadiahi oleh kerajaan German |
Cantik hotel ni. Setakat ni layanan travel
agensi memang menarik dan tertarik. Bermula dengan hotel Baia di Bursa kini di
Crowne Plaza Hotel.
Crowne Plaza-Istanbul Old City teletak di di tengah-tengah
semenanjung Istanbul dan bangunan yang menempatkannya bernama Tayyare Evleri,
dibina pada tahun 1922.
Hotel ini juga agak dekat dengan tempat-tempat popular dan
hanya dalam jarak berjalan kaki ke Sultanahmet Square. Tapikan , aku tak tau celah mana nak menuju tempat-tempat tersebut sementelah keletihan dan hanya ingin berehat di hotel. (Nanti buat entry pasal hotel ni pulak kalau berkesempatan..)
Nak keluar jalan memalam pun tak berapa suka sebab sejuk. Hanya turun di butik2 yang mengelilingi hotel, Sempat juga beli baju long sleeves,
Eminonu YeniCamii Istanbul |
Bahagian kubah dari dalam. Mengkagumkan ! |
Yenicamii |
Yang pastinya barangan seperti Turkish Delight begitu banyak dijual dan juga rempah ratus, sudah pastinya.
...bersambung...huh ingat leh habis entry ni...
cantik pemandangan di sini kan. building pun sama
ReplyDelete