Pages

Saturday, 7 April 2012

Entry dari alam barzah!!!!! Jom baca...

( Alif.. alif tiada kaitan dengan tajuk di atas.. no worry!)

Assalamualaikum..
..
Sambil- sambil menunggu kereta untuk diselenggara i.e servis, maka ambil kesempatan untuk memblog. Kalau kat rumah ni pekena goreng pisang atau keropok lekor , pergh sedapnya. Hujan hujan begini...

Pagi tadi sepatutnya ke PRTU ( Perp. Raja Tun Uda) tetapi petang semalam Alif beritahu yang dia wakil sekolah hari ni untuk bola baling.Makanya program dibatalkan. Hantar dia ke sekolah pepagi, terus ajak Lurvy dan askar2 kenit pergi breakfast. Lepas balik rumah berkebun sampai pukul 1.00

Waahh lama tak berkebun, oppsss, gardening. Merumput dan menggembur tanah sambil Danish dan Akmal tanam pokok bendi. ( Dalam pasu jer)

Alif Najmi balik jalan kaki ke rumah . Tetiba terjongol ja kat pagar. Menang sa, kalah sa dan seri sa. Kepenatan, kelaparan...

Sekarang sedang termenung sambil tunggu kereta siap. Dan masih lagi hujan, ditambah pulak dengan pendingin hawa di ruang menunggu ni..

Teringat pulak pasal status kat FB friend , tentang mimpi seorang ibu, di mana anaknya datang dalam mimpi meminta ibunya padam account fbnya yang foto fotonya banyak mencolok mata, mungkin. Aku tak tau sapa punya fb tetapi dari status tu nampaknya staff Airasia, mungkin. Mungkin juga tidak, ye lah letak saja kan... Bagi sesetengah orang main suka-suka saja kata asal dari Zambia la, Timbuktu la ..Mungkin.. Aku tak de masa nak mencari page fb tu.. Mungkin bila2 terserempak kalau ada blog yg aku follow buat entry , mungkin.
Berapa banyak mungkin daaa...

Berbalik ke status Fb tu, aku pun tak pasti betul ke tak ada mimpi tu , tapi tu bukan persoalannya.

Aku nak berbicara tentang suara dari kubur... Wahhh.. isu bukan main lagi..!! Gempak!!!!
Ok serius, serius...

Anyway, aku pernah terpikir dan nak kongsilah, yang kita boleh berkata-kata , atau lebih tepatnya menulis dari kubur. Bukan mimpi ...tapi blog kita terus bernyawa dengan hasil penulisan kita.. Huh!!.. Tapi setakat yang dah save dan buat schedule posting....Tu pun kalau sempat buat.... Jadi buatlah entry yang korang rasa akan di post kan “nanti” . Bila nanti tu hanya Allah yang tahu....

Tak paham? Urm, bukan menulis dari kubur secara literalnya. Tetapi anda wat post setelah anda sudah " tiada". Tiada, tiada,...cakap je lah setelah anda jadi arwah.... susah sangat!!







Mungkin ayat nya bermula “ Assalamualaikum manusia yang masih hidup, kini aku di alam barzah....””





Huh suspen kan!!! Panic sekelian keluarga dan kenkawan...Aku pun meremang juga nak buat camtu... Tapi benda ni possible kan.... Kalau rasa hidup lagi 30,40 tahun lagi buatlah auto- post pada 2052. KAlau anda rasa, esok telah tiada, eloklah tulis wasiat/entry hari ni....mana tau ianya adalah entry yg terakhir....





JAdi, rakan blogger sekelian, mungkin juga kita boleh pikirkan baik-baik, sebelum kita post tu benda yang ada manfaat ke idak. Sebenarnya nasihat untuk diri sendiri nih....
Eh cukup la entry aku setakat ni . Nanti org kata buang tebiat pulak... Cuak je.. Tapi memang kita menuju kesana kan...
Eh kejap-kejap, daripada prepare nak wat posting dari kubur, lebih baik baik cari bekalan ke sana... Tak gitu???

Cuma nasihat aku kepada yang rasa mereka yanga seksy meksi dan nak post foto mereka yang unik bagi diri mereka( dan mahram) saja iaitu asset asset yang tak sepatutnya di kongsi dan ada niat nak bertaubat di hari muka walaupun sekarang tau benda tu tak molek dan berdosa, tapi masih tak nak tobat dulu kerana memikirkan depa tau bila nak mati ataupun kalau tak tau bila nak mati depa tak nak tobat dulu, sebab nak tunggu tua, maka nya eloklah buat auto post dalam blog di masa depan memberitahu follower yang perihatin tentang id dan password supaya kalau-kalau tak sempat nak delete, boleh org lain delete.
Fuhhh satu ayat tu derrr...

P.s/ Nasihat untuk diri aku sebenarnya, kerna tak layak nak nasihat org, tapi.,aku suka memblog! JAdi aku tulis juga...Sekian.
p.s2/ eh..Sapa tau link ke fb budak tu...tengok tu! tengok tu.!..oopssss...( just kidding) HA haa ha ...Jgn bagi link tuh... Teringat pulak entry aku bertajuk " Kemaluan wanita makin kecil"

4 comments:

  1. huhu~ assalammualaikum.. kini aku di rumah.. :D

    meremang bulu roma eih nak buat mcm tu.. tak cukup amal lagi..

    ReplyDelete
  2. G3-lina... Waalaikumussalam..ye ye di rumah, bukan di alam lain...

    ReplyDelete
  3. @nur Zaheera... :)
    kannnnn...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again