Friday 19 October 2018

Aku tak boleh "brain" : Touch N Go Apps.. Seriously....

Assalamualaikum bloggers and readers..



[nota: ada update kat last para..  :)  ]

Sebagai pengguna lebuhraya, aku memang kagum dengan sikap selamba manusia yang begitu tenang, sampai kat pondok tol, terkial-kial ( eh, dengan tenangnya) bukak purse, bukak wallet cari kad touch and go. 

Alhamdulillah dianugerahkan sikap yang sangat tenang,,,

Dulu lagi la hebat, semasa bayar guna cash, dengan selamba dek, rokok tak lepas, hulurkan duit satu-satu kat cashier. Pastu seketul-seketul duit syiling dia bagi. Tenang sungguh!

Alhamdulillah, sejak cashless ni, ragam tu dah tak de.

 Tapi ragam kad tak cukup baki, ragam kad tertinggal macam tiap-tiap selang sehari akan ada. Akan aku hadapi. 

Bersangka baik, kekadang ditambah dengan palang tak berfungsi

Sudahnya, berduyun-duyun kereta terpaksa gostan. Haru betul.

Tapi nak buat macam mana kan. Manusia ramai, kerenah banyak. Ada yang pikir diri saja.

2 masalah kat sini, masalah sikap dan masalah sistem atau technology. 

 Ada yang considerate, memikirkan apa natijah terhadap orang lain. 
Ada yang  5 kilometer lagi dak suh wife keluarkan duit tol, dulu lah. Masa perlu bayar tunai lah. Lepaas tu terlupa bayar kat wife pun ada..wohahaha. Atau buat buat lupa..Adoiii.. Berapa ringgit hutang wife duit tol agaknya.

Atau check tik tik kat Smart tag siap siap, nak tahu ada bateri atau tak. Cemas gak lalu kot palang tak naik. Nak kena reverse. Tak nak lah  nyusahkan orang.

Apapun kerenah orang kita kena hadapi. Dengar sabar. Nama pun manusia

Peliknya ada juga manusia masuk lorong Smart Tag tapi takdak smart tag pun..Species ni pun adaaaa

 Macam-macam… 

ada jugak manusia macam tu. Aku agaklah, sebab terus saja bukak tingkap, keluarkan kad nak sentuh.

"Hey brader!! and sista!! Kalau lorong smart tag tu, tak mau nya dibuka palang tu kecuali staff tol tu buat sesuatu. "

Janganlah sebab nak cepat, ambil jalan mudah ikut  laluan  Smarttag kalau sah-sah ko tak ada pun  “device”.

Invest la sikit duit tu beli Tag, kalau nak cepat. Taklah menyusahkan orang

Tiba-tiba, tu diaaa, ada muncul apps Touch and GO wallet. Terus aku install. Dapat extra credit lagi. Ok macam bagus saja apps ni. 

Macam ye..


In paper today..aku dah berminggu install.

Boleh monitor balance...hampir real time...canggih dahhh

Macam macam function diaaaaa..konon

So aku pun install, transfer duit dari bank, masuk E-wallet Touch and Go ni.


 Huish memacam e-wallet sekarang  ni. Alipay la, Samsungpay la. Habaq sajalah, macam macam adaaaa..

Latest Lurvy register AeonPay,  kad kad point Jusco (dulu) dan Aeon Big lepas ni dah tak boleh pakai.
E-Wallet lagi tapi ada kad. Macam debit card gitu.

Lepas ni tak payah bawak duit. Tapi kot penuh dengan kad la pulak dalam dompet  tu. Dengan kad Mesra la,membership card Popular, Credit card la.. Semua card saja dalam wallet. Tebal je..duit habuk pun tarak..


Huish jauh menyimpang..

Balik ke topik Touch n Go e-wallet…
Pada aku..The whole idea of the existence of this app is for – 
e-wallet..ease of making payment. Untuk Touch n GO..utk topap kad Touch n Go..

Dan bila sebut Touch n GO ..perkara pertama mesti ingat kat tol.. ada juga la parking punya facility guna TnG ni untuk buat pembayaran..
Tapi mula-mula  Touch n Go lahir dan wujudnya ialah untuk payment tol.. Betul tak.

So, apa masalahnya sekarang ni..????

Masalahnya aku tak boleh “brain” kenapa aku tak boleh nak buat payment dari e-wallet TnG ke kad Touch n GO?

Nak top-up kad Touch n Go dari Touch n Go apps, TAK boleh???

Whattaaa???  Serious .. aku tak boleh compute dalam brain aku kenapa apps ni tak buat function ini. 

Gilos tak logic..

Hangpa nak top-up prepaid telco boleh..
Nak buat payment guna QR untuk lrt, etc ,, katanya boleh dan dalam percubaan,

Tetapi nak bayarkan ke kad Touch n GO tak boleh…Arghhhhhh.. kegilaan apakah ini??

Monitor balance boleh. Nak tambah tak boleh!!!

Puas aku belek menu.. tak jumpa..elek.. podachit!!

Jenuh aku kempen Lurvy untuk install.. nanti boleh transfer dari wallet ke kad.. tak payah berenti kat tambah nilai etc.. Rupanya tak boleh…arghhhhh..nyaris tak sakit jiwa kau..


Update : 10.1.19
Terkini dah boleh!!! Yes. Abaikan keluhan kat atas.
Memang dalam perancangan, agaknya. Biasalah, blog ni mendahului masa..cewahhh

Sekarang ni pilot test kat Duke.. Tq tq


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...