Pages

Friday, 15 March 2024

Ramadan kini

Assalamualaikum bloggers and readers.

Salam ramadan yang ke 4 ( atau tepatnya ramadan ke5) ketika catatan ini ditulis.

Sudah sebulan ayah meninggalkan kami semua. Doakan aku supaya istiqamah megingati ayah dan tidak lupa sedekahkan Alfatihah ketika kerinduan menjelma. Tak kira tengah drive atau bila2 sahaja yang sesuai.
Terbayang kelibat ayah di katil tidur kerana tidak berdaya untuk bangun dan sebagainya.
Meninggal pada 15/2/2024 Hari Khamis Malam Jumaat.. Selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Baiklah. Bagaimana Ramadan anda? Semoga ceria dan penuh keberkatan. Semoga tercapai azam ramadan kalian. Ada berazam nak terawih sepenuhnya. Ada yang nak meminimumkan kunjungan bazar ramadan.
Ada yang nak kurangkan berat badan.. 
Ya itu manfaat sampingan . Dengan bersederhana dan beriltizam sekuatnya, semuanya mampu dibuat.
Yang penting manfaat keberkatan dan pahala puasa kita diterima. Itu yang utama.

Hari itu aku convocation lagi. Congratulation untuk aku. Berjaya memperolehi Certified Integrity Officer dari akademi MACA. Lama dah tak convo. Feel masih sama. Teruja ,,hahahhaa


Ok la kan masih ada peristiwa konvo lagi. Bukan setakat untuk anak anak shj.

Bawa depa , Beri semangat. Walau sebesar mana kejayaan patut diraikan. Ye tak.

Ok chow dulu.. Berjumpa lagi ditulisan seterusnya.

Selamat berpuasa semua






No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again