Pages

Sunday 4 June 2023

HILTON KOTA KINABALU.: Catatan semasa tunggu flight

Assalamualaikum bloggers and readers..

Nak bertolak balik dari KK sudah.
Cerita yg awal belum post dan tulis lagi.
Lepas ni nak padam foto yg banyak dlm phone.

Yes. Memory phone sudah penuh. So upload yg ni dulu. Gambar-gambar yang latest

Hotel Hilton .
Pilihan hotel di KK.
Check in ngam ngam pukul 3pm. Lama juga kena tunggu. Sempat lunch.kat luar.
Ye lah sapa suruh sampai awal.

Check out boleh extend sampai kul 1pm. Rehat lobby jap..ambik grab ke airport at RM9 per car.
Kami?
Kena 3 grab ..

Hotel ni ok. Tapi Hilton lain lagi ok kot dari segi service.
 Biasa kalaunambil 3 unit, boleh ja depa ejas bagi saru room dulu at 2pm ka.
Tapi maybe superpeak season kot.

Bilik.
Macam macam kemudahan. Yang penting dan amat penting ada Astro.Supersport.
Dan malam tadi City vs MU final FA Cup.
Pergh kalau tak dak kena tengok kt hphone sajalah.

Dan Manchester City menang FA cup.
Yeszaaa.

Ada coffee maker with capsuls.
Nice expresso for me.

Set.complementary.

Sinki at toilet

Nice and cozy room

Facility

Bila amik connecting anak-anak rajin lak masuk. Offer buat coffee lagi...layannn.

santai with mum..habis bilik kami berkelabung. Adus

Nice showe


Before.the.game..ofcoz pakai.jersy Mancity

Shopping sat..rega printed rm98..jgn cemas real harga dlm rm40.pepandai la tawar menawar

Breakfast till close the bf time



My diet starter

Enuff with lobster at pasar.. tapau udang and ketam ja.


Fly back to klia setelah 4h 3 mlm di Sabah. Returning ke Sabah kali ni setelah 10 tahun kot.

Anak-anak pun tak ingat masa depa visit dulu.

Kena check blog ni balik.

Inilah guna nya blog.. megimbau kenangan dan boleh menulis sementara tunggu flight.
Kan kan
Oh fb dan insta semua ada.. tapi sesekali masuk gak blog.

Thanks guys for reading.

Di Stockholm.. catat lama baru post

Assalamualaikum bloggers and readers..
Nak bercerita tentang pemusafiran mencari ilmu Stockholm.
Ya kami baru sampai dan checkin hotel di sini.
Hotel yang cantik, moden dan menarik. 
Tak termimipi akan sampai ke negara Sweden ni.







Syarikat ( terima kasih banyak) menghantar untuk menghadiri persidangan di sini.

Semoga ianya memperoleh kebaikan demi tugas memacu ekonomi Bumiputera khas dan umat Islam amnya. Semoga diberkati.

Sampai di Central Stesen Stockholm lebih kurang pukul 2.30 pm.. terus check in.
Hotel Radisson Blue. Ya satu jenama yang tidak biasa kita dengar di sebelah Asia, NAmun di Scandinavia ni macam popular juga kot. Kat Denmak pun ada 2. Di copenhage sendiri. Di seluruh Denmark mungkin banyak.
Tak check la pulak.


Kejap lagi nak keluar jalan2 dan terus ke tempat untuk Iftar. Teman teman kat sini dah survey so aku ikut mana mana aja.

Semua ok. Makan belaka yang halal. Ramai nak pergi satu satu tempat , kita join saja...