Pages

Tuesday 13 September 2022

Sukan sekolah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Hari Jumaat baru-baru ni ambil peluang untuk bersama-sama anak-anak dalam acara sukan tahunan sekolah. Inilah antara program-program sekolah yang aku boleh attend selain PIBG dan aktiviti luar.

Kalau depa exam mana boleh join kan.

Anak-anak  pun expect abah depa pergi support.

Jadi aku pun apply cuti.

So pepagi lagi dah bergerak ke Komplek Sukan UPM Serdang. Pukul 7.30am suppose to start kan. Tapi banyak sangat gimik nya perbarisan hinggakan pukul 10.am baru mula acara lari.

 

Timing maybe lari ni, sebab hari Jumaat, aku fikir.

Bila buka buku program digital ianya patut habs 12 atau 12.30 noon.

Apapun dipendekkan story, memang bersambug lepas Jumaat. Lari timing banyak sangat.

Takpelah.. aku dah diskus denagn PKHEM supaya kena ada event manager yang jaga timing supaya kalau behind schedule tu yang lain kena pederas. Cepatkan supaya dapat kejar masa.

Atau pun jangan buatfull event  sukan hari Jumaat. Kalau tak boleh juga buat selected event ja. Acara gimik perbarisan kena limitkan 90 saat ke, Sebab event ialah sukan. Jangan ber”tik tok” banyak sangat.

 






Alhamdulillah acara habis pukul 4pm, dan anak-anak semua berjaya dapat pingat. Dari gangsa hinggalah emas.


Thursday 8 September 2022

Uncle D Restoran Kg Bharu

Sotong celup tepung rm10/100g.
7/10

Kerang 7/10

Telur bungkus 8/10


Hujan lebat sekarang ni dan agak lama disini ..
Hmm malam minggu pulak..eh mlm Jumaat. 

Asalnya nak berjalan² sambil cari gerai yg tak pernah kami try. Ingat nak berjalan jauh sikit.
Rupanya nak jadi asbab..hampir hujan tadi maka terus pilih kedai ni.. Depan ja Legasi Kg Bharu.
Sedang berlangsung berdating dengan Lurvy.. 
Maka snap gambar dulu..dan post.

Makanan sedap..
Overall 7.5/10

Sebab apa 7.5  sahaja..sebab aku benchmark dengan kedai kat Pendas Johor..nanti buat posting tu


Nasi goreng kampung 7/10


P.s Lurvy order nasi paprik seafood. Aku nak kena habiskan nih. Mau nya berat tak naik.



Tuesday 6 September 2022

Samsung Galaxy Watch 5 dah diterima


Assalamualaikum bloggers and readers..

Alhamdulillah..telah menerima barangan yang ditempah atas talian.
Pre-order Samsung Watch 5 sebelum 31 Ogos lepas. 
Hari ni sampai.

So buat entry pasal ni dulu. Banyak activity dengan anak-anak sempena cuti sekolah ni.

Dalam gambar tangan pun golap.. Tiber..
Mungkin unboxing memalam..Cahaya tak cukup.

Ataupun sebab sunburn pi Legoland dua hari..

Apa pun jam ni sebenarnya menggantikan Gear 1 yang telah tak menerima charge. Ya charge dah tak masuk. Rosak ka gena pun tak pasti. Lasak sangat ke atau memang dah expired. 

Dah lama kan. ( alasan nak beli baru)

Lagi satu sebab, nak menggantikan sebab aku perlu untuk monitor dengupan jantung yang tetiba datang ataupun palpitation tu.Tapi doktor dah dua orang kata not to worry much. 
Tapi function ni dah ada elok la juga.

Seterusnya nak jogging la kan , nak improve distance, monitor heart rate, pace dll.

Eh kena justify ke kenapa aku beli,, Lohh.. tak perlu kot

So esok boleh try test..
kena guna sepenuhnya ikut function . 
Tak mau nice to have..sebab ada heart rate measurement la,, distance la tapi tak guna pun. Baik takyah beli betul tak