Pages

Tuesday, 24 May 2022

Makan Lobster di Ombak Kitchen

Assalamualaikum bloggers and readers..
Aku sebenarnya masih terawang-awangan gembira kerana Manchester City, team EPL yang aku sokong menjadi Champion ..again. 
Dua tahun berturut-turut. 
4 kali dalam lima tahun.Yeszaaa

 Anyway kita lupakan bab EPL tu..sebab ramai penyokong Liverpool kat sini kan ( great fight Kop! Memang cemas juga dikejar Liverpool. All the best dlm final Champion League Liverpool)

Terus kepada entry kali ni Lobster @ Ombak Kitchen. 
Korang tahu tak ni baru pertama kali kami try atau makan Lobster. Tak terfikir nak makan sbb orang kata Lobster kat Japan ka ka Austratlia sedap. Tapi macam la dok pi Japan atau Australia. Hahaha.. Ingat macam trip makan-makan kat Kelantan atau cari sotong celup tepung kat Kemaman ke. Tu ha.. Osterolia mak aii. Apa kg kau bukannya Australia. Dah tu bilanya nak try?? Ye tak ye jugak.

Jadi tetiba lately teringin, Lurvy kata jom try restoran mana2 lah . Bukan mengidam ye
Aku pun gigih la google. Ternampak dalam blog ben pernah pergi Ombak Kitchen.

Ada la few options tapi last-last pilih Ombak Kitchen kat Bangsar. Sebab kami staycation kat KL sempena anniversary dan dekat  dari B.Jelutong outlet So set Ombak Kitchen kat Bangsar.
Dalam 22 minit dari Royal Chulan Hotel. 
Aku siap book at 8.30 pm. Agak lewat untuk dinner tapi dengan kenduri di siangnya tentu lah nak delay sikit makan malam. Selalunya malam makan ringan2 je.

Jenis tak reti nak order sangat. Seperti biasa minta waitress cadangkan. Sbb ada dua jenis Slipper Lobster dan Termiddor ( Huish , macam terminator la pulak).
Mak pesan kalau tak tau tanya.

Slipper Lobster ni macam udang lipan la yang aku paham. Tak dak sepit bagai. Saiz tak tau sebab tak order. So amik Lobster sebenarnya lah. Lobter Termiddor. (Nama macam dok baca buku Harry Potter pulakk,,tadi Terminator).







Berapa minit siap.? Tazabar pulak. Cepat je ni bang.. cuma lobster maybe amik masa, 20 minit kot.
Ok.

Tak sampai dua puluh minit siap. Bapak besor. Seriyes besor! Lurvy kata Lobster memang macam ni kot.
Entah2 dia pilih yang besar sekali kot. Tak pe . Jom.. bismillahhh...

Untuk 2 orang makan ni kami ambil Emperor set. Dah memang macam King makan la pulak.. Banyak ...
Atau pun kami kekenyang lagi. Entahlah
Tapi yang pastinya kami makan sampai habis. Sebab sedap.

Mula- dia bagi pengepit utk pecahkan cengkerang dan sepit .
Aku tanya ada penukul tak. 
Baru dia bagi.. aku tengok movie orang makan benda-benda macam ni kan ada penukul dia.
Aku pun mintak la..

Betul ada.. tapi dah hujung-hujung bila dia tanya ok tak food etc. Aku pun mintak.
Siap tanya ada tukul lagi besar tak..wohahaha.

Video ada aku uploadkan nanti kalau ada link korang klik lah ya. Kalau tak dak tu maybe aku tak siap edit. erase masa-masa penghak ..hehehe
Link aku letakkan lepas ni.

Kat atas adalah gambar²



yang sempat di snap. Lepas tu memvideo ja dengan meletak phone atas meja,, sebab pakai tangan makan, Dua2 tangan. Ni pulak menunya 




2 comments:

  1. Emperor memang kena ambik set Emperor lah.... selayaknya!

    (Fuh... siap mentioned 'again' tu....)

    ReplyDelete
  2. wah...terliur nengoknya. sekali-sekala makan macam raja.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again