Pages

Friday, 4 March 2022

Kalau aku dulu kena piat telinga dulu baru tanya.

Aku nak kena tulis juga bab ni, walaupun niat nak tulis yg positiv dan nak viral yg molek² sahaja.
Yang ni macam aku nak tegur org la. 

Macam aku ni perfect..tu yang tamau sentuh bab atau kisah² viral atau kisah² semasa macam ni.

Tetapi terpanggil juga utk menulis pasal seorang ibu menyerang staff 7E. Menyerang dalam erti kata pergi marah².Marah betol nampaknya.

Anak dia menangis balik umah ngadu staf 7E kata dia mencuri.
Tak tahu siapa benar..yg kita tahu apa dlm video. Rasanya benda tu pun dah settle.

Yang best nya perakam atau kamera atau hp tu diletakkan atas kaunter 7E rasanya.

Banyak juga aku nak bagi input pasal/komen ttg kejadian dan video tu tapi aku takmau la .

 Cuma nak bagitau hal ni menarik perhatian aku dari sudut:

1. Nak marah atau nak bergocoh sempat set hp.
2. Untuk jadikan bukti atau utk jadikan bahan konten, utk live dan menjana like.
3. Sikap kekeluargaan yg berbeza didikan dgn cara didikan dulu. Bukan nak kata yang la ni salah   cuma dari sudut didikan..approach.
4. Dulu, kalau jiran kata nampak dok  main kot bawah pokok mangga  contohnya, kemudian dia pi kenduri, balik petang tu dia tengok dahan patah, datang tanya mak kita.
5. Kita yang balik main bola, yang tak tau apa, kena sesah dulu dgn mak." Awat hang panjat pokok mangga tokngah". Walaupun kit atak buat. BAgi org dulu2 jika org syak anak dia buat, mesti anak di rotan dulu..

Peerrap!! kena "leghang nyoq" kat belakang!!

6. Kita tak tau apa pun. Bukan kita yang panjat pun. Main guli.ja dekat pokok pelam.
Jiran tu mii tanya ja pun..bukan tuduh. Tapi teguran jiran adalah spt nak.mendidik..jadi mak² kuta didiklah.. rotan.

7. Mak marah kita dulu. Bukan mak kata kita buat bagi patah, tapi awat dok pi main umah org . Org tu pulak nak pi ke lain.

8.tu cara didik dulu².

9. La ni..herm..hang tuduh anak aku curi???
Aku tak ajarrr..!!anak aku tak pernah curi..
Pong pang...Sat aku buat live. Nak hebah satu Malaya..aku pi marah staff 7e.


10. Bila live kena tunjuk real..tunjuk ganaz..cengei.


11. Puan kami tanya ja anak puan ada ambik mainan ka.??

12. Eh tamau komen..

Cukup. Maaf..termenerawang ke arah hujah dan sudut pandang aku.. (yang mungkin salah)

tu yg aku refrain utk komen bab mcm ni.


Nak², jumpa lagi satu video kat kfc pulak, dari org sama.



Nak habaq satu ja kalau boleh iaitu;
 Zaman mungkin berubah, tapi nilai dan cara didikan serta value yg ditunjukkan tetap sama iaitu, perlu hikmah dan berhemah. Kita cerminan anak anak.














3 comments:

  1. Apa yg penah lihat sendiri la kan skrg ibubapa susah nk terima kenyataan kalau anak nya buat salah huhuu xtau la mungkin sb malu ataupun memang tak mau dikatakan gagal dlm mendidik ank kot
    tapi kadangkala ank belajar jga dari sikap bubapa sendiri. Contoh teladan

    Opsss 🤭🤭lg satu tak boleh kata anak org sb kita pun ada anak jga yg belum tentu mcmana

    ReplyDelete
  2. eh hahahaha ekceli baru je tgk video viral tu..
    SETUJU!!! kalau dulu, mak pak x tanya kita dulu, terus kita yg kena pukul!!
    tapi mak pak skrg, x tanya anak terus pi hambat tukang yang marah anak dia hahah..
    Adeh laaa pastu terhegeh nak buat live minta maaf plak..
    tak paham kan perangai manosia camni..
    dah kenapa perlu ke nak buat live dulu.. nak maki hamun dlu..
    kasi bincang bebaik dah le kan ..

    ReplyDelete
  3. ini adalah punca kenapa saya tak main social media selain blog. malas nak ambil tahu benda viral. Budaya live ni banyak jugak keburukannya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again