Pages

Sunday, 5 September 2021

Tanpa tajuk buat masa ni

Bahagian 1

Terkejut dan keliru sekejap. Kepala terhentak di tempat duduk . Trak ala truk tentera terlantun . Mungkin terlangar batu dan menyentak kepalaku kedepan . Besi yang karat tertanggal. Ku sapu terasa debuan serpihan karat dan terasa basah sedikit. Atas kening sebelah kanan. Hampir ke anak rambut. 
Luka.
Perit. Namun darah tak banyak yang mengalir.
Koyakan kecil sahaja dan akan sembuh sendiri.

Ala biasa tegal biasa. Luka sedikit bagi aku anak kampung yang masa kecilku selalu berkaki ayam. Tak pernah mengeluh.

 Menyepak bola dan memang akan tersepak batuan. Tersagat kaki juga. Atau kekakang melepuh kerana selalu berlarian main polis sentri.
Mungkin cuaca yang panas nak kering di utara tanah air membuat tanah jadi keras "kedekiang." Kalau berlarian selalu dan tanpa kasut akan melepuh lah kaki. Dan akan ada "air bisa" di dalam.
Apalagi dicarinya  aku duri pokok bunga kertas dan dicucuk hingga keluar air bisa tersebut. Ditepuk-tepuk sehingga kulit yang melepuh merapat.

Sambung main lagi. Apa lagi anak kampung nak buat. Habskan masa bermain diluar rumah. Sehingga senja baru lah meluru masuk kerumah. Cari tuala yang disangkut entah di mana. Ditanggalnya baju. Berjelepuk dia di atas lantai kayu.

Terus berlari keluar. Dari dua anak tangga terus melompat ke tanah. Cari selipas terus menuju telaga
Guna timba diceduk air. Mandi kerbau. Cebus cebus, siap!

------------------
Shriekkkkkk. Lain macam bunyi brek. Mungkin lapisan pad brek dimasuki pasir. Nasib baik berfungsi lagi. Enjin pun yang ku dengar bunyinya dah memang enjin yang berusia tapi tetap gagah.

Trak berhenti. Aku meninjau di sebelah kanan. Hanya lautan ppadang pasir. Aku tak pasti disekeling tadi  kerana mengisahkan kepala yang terantuk dan mengunkapi kisah silam.

" Bro! Sampai dah. Ok juga depa set-up kem sini " Dwan tepuk bahu aku.
"Alhamdulillah. sampai juga.Engkau ni asyik tidur ja. Boleh pulak kau lelap jalan  macam ni" bebel Dwan dalam bersyukur.

"Ala. Terlelap sekejap je aku ni"

Aku toleng kepala kearahnya yang duduk di kerusi sesebelahan. Gigih juga dia bangun tepuk aku dulu. KAmi duduk berselang kerusi manakan sampai . Kerusi sebelahku penuh dengan beg kami dan kamera aku. 

Ya memang disebelah kiri trak banyak khemah dipasang. 
Di situlah pengembaraan aku sebenar akan bermula,,

" Hah, apalagi , Jom turun..." Dwen sekali lagi tunjal tepi dahiku,

"Weh, agak-agak la. Cakap je lah" Marah juga aku.

" Habis tu, kepala dok fikir apa tah kau ni" Balas sahabat aku sambil ambil beg sandang dan peralatan dari atas kerusi sebelah. 
"Ni beg kau . Angkat !!"

" Sabar lah...." Aku terus bangun.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again