Pages

Saturday, 22 June 2019

Love is..



True love is not blind .
It guides you to the right path.

Love is understanding, total devotion. 

Love is commitment.

Love waters the happiness.  it heals the pain

Love soften hearts
...it wins connections .

While other see the body,
     love sees the the soul..













Thursday, 20 June 2019

Digress a bit: Politik

Assalamualaikum bloggers and readers..

Lets digress a bit,, Just because i have some time to spare. I try hard not to write about political topics but i could not help my self. arghhh

Aku memang suka politik tapi akhir-akhir ini politik sekali lagi menyerlahkan sisinya keji dan durja. Memang ianya sesuatu yang kotor dan menjjikkan. 

Memang kata orang politik itu kotor. Entah setakat mana kotornya tak tahu tapi memang teruklah orang-orang berpolitik ni.
Adakah ini semua kerana kuasa?
Adakah ini kerana ingin menampilkan siapa yang benar,?

Siapa yang jadi mangsanya..
Siapa yang jadi korbannya..

Memang pelik kan tetiba ada orang secara terang2 mengakui perbuatannya.
Untuk apa?
Kerana apa?

Nak jadi hero.?
Atau nak perjuangkan lifestyle yang sebegitu 

Pening memikirkannya..
Dunia makin gila..

Monday, 17 June 2019

REVIEW DYSON V8 FLUFFY : Cordless vacuum cleaner

Assalamualaikum bloggers and readers..



Special Review : Dyson Vacuum Cleaner.

James Dyson ialah satu nama yang tersohor dalam bidang invention atau reka cipta.
Setelah aku terbaca kisah majalah, aku pun teringin nak kenal atau guna product rekaan dia ni.
Mutakhir tentang syarikat dia ni, dia pindahkan ke Singapura. Dari UK dia ber HQ di Asia. Mungkin atas sebab strategic ataupun kewangan ( low cost labour, low tax?) aku tak pasti.






DESIGN YANG MENARIK.



Aku yang memang target nak hadiahkan satu  vacuum yang baru utk Lurvy dan tentunya untuk kegunaan di rumah. Dan teringatlah Brand Dyson. Tambahan pula ada package bundle raya. Vacuum V8 Fluffy dan penapis udara ( Tower Fan).

Ok lah nampak menarik. Lagipun nak raya, nanti lah aku beli selepas bercuti lebaran di kampong. Sebenarnya hadiah ni pun anniversary kami berdua. Tak perlulah tergesa-gesa.

Lepas raya, buka website Dyson.my. Alamak, notisnya we will back soon untuk yang "bundle" package ni. 

Sudah!! Memang dah habis ke macam mana ni. Tunggu dua tiga hari . Bukak laman web, masih lagi status sama. Akhirnya check store yang mana ada jual. Call few places, habis stok, laku keras. Akhirnya kat Harvey Norman aku temui. Terus COD. Tapau.

SENANG KENDALI.

Memang special betul Dyson ni. Dengan rekaan ergonomic. Rasa ringan saja nak vacuum dalam rumah. Anak-anak pun suka. Boleh lah ayah bonda releks, Paling bermanafaat, aku senang nak vacuum kotoran dalam kereta.  Bersihhh..

Sedutan yang baik. Accessory yang disertakan banyak membantu utuk kerja-kerja  di celah-celah ruang kecil menjadikan setiap RM yang dibelanjakan berbaloi-baloi.


Beteri yang pula boleh bertahan selama 40 minit untuk penggunaan biasa dan 10 minit untuk tahap "max". Setakat aku beli ni tak pernah guna dari bateri full sampai habis, tetapi setakat masa aku vacum tu tak lah kehabisan bateri. Mungkin aku vacuum sekejap-sekejap.. Wohahahah. atau kerja cepat siap.

GALERI







Tuesday, 11 June 2019

Aku pernah menginap di hotel menakutkan ini...

Assalamualaikum bloggers and readers..



Aku agak tertarik tentang berita tentang satu family yang ketakutan bermalam di sebuah hotel di Taiping ketika cuti raya baru-baru ini. 


Scree shot dari portal berita

Memang trafik masa AidilFitri kali ini memang mengerikan. Dengan jem yang padat dan ketat. Sebab tu ada yang decide nak stop over ..sambil mengurangkan stress

Setiap hari, dari raya ke 2 hingga raya ke 5 iaitu Ahad , ceritanya pasal  jem sahaja.

Dari utara jem ketat, dari Kelantan pun sama. Kalau dok jilat jem  tart nenas memang berbalang-balang habis. Tapi kan raya…tak jem tak best.!!!
Aku selalu guna statement tu untuk mengurangkan resah gelisah dalam kereta, tapi memang padat la tahun ini.

Aku naik musykil apakah sebabnya. Nak kata tak payah bayar tol, masih kena bayar. Kot la semua happy beraya, travel naik rak, sebab toll free.. Tapi memang kena tol!!

Pergh..penangan raya tahun ni.

Ok berbalik kepada cerita hotel menakutkan:


Kat Taiping.
Aku sambil google baca berita/news sebelum tidor.
Tunjuklah story dalam news ni kat Lurvy. Dia jenis cepat cam tempat atau jalan. Walaupun gambar kena blur tapi dia kata “ Bukan ke kita pernah stay kat sini dulu”

Aku like..”ermm ya tak ya jugak”

Dan hasil gambar blur aku pun masuk booking dot com dan cari lah ..makanya, betullah hotel yang kami pi dulu.. tapi dah lama la..masa hotel ni tengah cun melecun ..






Sekarang jadi macam ni.





Dan,

Yang bestnya memang dalam website booking pun review memang agak menakutkan. So,  taktau lah macam mana si pencerita ni boleh pergi tempah juga..
Tapi bila aku buka web yang tempat booking hotel tu, review dia memang agak ok on the first page.


Tapi bilacheck review detail perghh, memang tak berbaloi!

Contoh review:



Mengecewakan
 · Persekitaran yang menyeramkan


Agak sederhana
 · Keadaan di hotel agak menyeramkan. Laluan ke bilik ada banyak siling bocor. Siling dalam bilik air saya menginap bocor.
Menginap pada Disember 2018


Sangat lemah
 · Hotel buruk dan seram... Saya nak duit balik
Menginap pada Jun 2019



Sunday, 9 June 2019

Unboxing Dyson

Assalamualaikum bloggers and readers..

 Just unboxing the Dyson cordless vacuum cleaner..

Since i heard of dyson i am craving to have one..

Alhamdulillah..fresh dari ladang..

Nak try test dulu..so far i am impresed!!