Pages

Friday, 9 March 2018

Squash: Kasut baru tak sama dengan yang lama...

Lurvy melayan dramanya. Dengan aku meneman beliau  sambil mengulas. Banyak plot dikembangkan dan semua bab-bab dari buku pun ditelenovelakan. Drama lah sangat. Tapi aku suka tengok Lurvy yang fokus dan serba salah, nak layan aku sembang ke, nak tengok tv. 

Tak layan sembang, suami, tapi drama tengah nak climax ni. Wohahahaha. Saje je aku . Kesian pulak.

Itulah drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Berakhir sudah..


Malam tadi kepenatan sebenarnya tapi oleh kerana last episod dok aje depan tv, nak tengok peminatnyagelagat peminat dalam rumah aku  akan buntu apabila dah tamat nanti . \Hihihhi. Mungkin akan kucari buku untuk Lurvy membaca dan layan novel yang tebal tu. Setebal pipi cik Kembong!



Dan siangnya..

aku berpeluh melayan squash. Kasut yang baru ku beli belum sesuai, Sakit lutut pulak bila pakai nya. Aku masih menggunakan kasut yang lama yang sudah koyak tapi sangat selesa.
Itulah kan bila dah lama dah serasi jangan senang-senang tukar kasut baru. Silap langkah boleh jatuh atau terkehel. Kena guna alternately supaya boleh adjust.

Kasut  Brooks, 
memang sedap tapi mungkin lebih suited untuk cross training i.e Combat Fitness, Gym, Tabata etc.
Confirm dengan penjual tu boleh guna untuk court, entahlah. May it will be takes time..layannn 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again