Pages

Wednesday, 14 March 2018

Bila anak tertidur dalam kereta di malam hari

Assalamualaikum bloggers and readers.. 


Lagi berita menyedihkan, tak sepatutnya berlaku namun masih tetap berlaku.  Dalam kekalutan atau kealpaan atau sebab sebab lai, masih terdengar berita kanak-kanak mati ditinggalkan didalam kereta. 

Salam takziah..dan moga kita dijauhkan dari musibah sebegini.

Kesiannya kepada family memikirkan betapa anak menangis dalam kenderaan. Oh ya ini berita terbaru, di mana ianya berlaku di Port Dikcson,

Bandar atau kawasan tepian pantai sememangnya bahang panas agak tinggi. Terperangkap dalam kereta memang cepat kanak-kanak "dehydrate" dan boleh mengundang padah.
Tak perlu di tepian pantai, kat mana mana di Malaysia ni bahang dalam kereta yang  tertutup amat amat bahaya.

Ini cerita sedih, dan sela masa beberapa bulan pasti kita terdengar berita sebegini. Moga ini yang terakhir!!

elok peringat diri, selepas ini walau sibuk atau tergesa gesa  macam mana pun, jangan lupa, yang ada anak ikut dalam kereta. Selalunya ini berlaku bila rutin kita berubah, itulah yang akan jadi begini. 

Contohnya, hari hari duty wife membawa anak. Wife yang hantar anak nursey kan tiap tiap hari. Tup tup  hari ni hubby la pulak yang  terpaksa amik alih, mungkin wife sakit ke, kursus ke.  
Mula-mula ingat. 
Sampai simpang terus ke ofis, baby pun tidor elok dan nyenyak,.. tak sedar beb. Kalau parking ofis bertutup ok juga. Kalau nasib baik ada orang perasan ada kanak-kanak atau bayi dalam kereta, tak la jadi mala petaka.

So sama  sama beringat la naaa. Cuaca Malaysia ni panasss.. dan bahaya berada dalam kereta yang bertutup.


Aku teringat kejadian berlaku kat kami, Terkunci anak dalam kereta di porch . Malam. Ketika sampai dari kampung waktu dinihari. Pukul 1 tgh malm.  Semua abang-abang dan adik mengantuk. Masing sampai jer terus masuk mencari katil.

Esoknya baru sedar! Itu pun anak yang terkunci dalam kereta yang bagitahu dan dia berjaya masuk dan tidur dalam rumah.

Perghhh,..

 Pagi tu Aisya turun nak breakfast. 

Aisya bagitahu " Semalam Aisya tinggal dalam kereta sorang-sorang abah"

Hampir terlepas roti bakar yang aku nak suap! Eh tapi Aisya dalam rumah ni..eh, betul ke. eh. berapa kali eh daaa

"Aisya tettidur kat belakang. Adik tak kejut."

 Alahai MPV buruk dan kecik aku pun tak de sapa perasan ada lagi penumpang yang belum keluar...

"Eh, ni kan Aisya dalam rumah..err Aisya menangis tak..macam mana masuk ,,lama ke kat luar?"

Bermacam soalan, pelik pun ada, confius sekejap. 

Sebab aku dengan Lurvy memang tak bangun bukak pintu.. tu pasti.

Wuisshhhh...

Apapun dia berjaya masuk  ke dalam rumah.

Satu kenangan.. sure besar nanti anak jadi bualan sesama mereka..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again