Pages

Friday, 2 February 2018

Bila bulan berwarna biru..


Semasa kecil aku selalu menunggu kalau ada gerhana. Aku sangat kagum dengan fenomena alam. Dikalaa siangnya walau tanpa berita gerhana, aku termangu-mangu melihat langit yang membiru. Kenapa biru? Aku terpana dengan luasnya alam semesta , banyaknya bintang di malam hari.

Apatah lagi jika berlakunya gerhana, samada gerhana mentari atau bulan, semua itu menjadi kenangan tentang sikap ingin tahu aku semasa kecil.

Hari Rabu menjelang berakhirnya Januari 2018, kali ini pengakhiran bulan agak unik:

  • Blue Moon, fenomena  bulan mengambang penuh kali kediua dalam bulan masihi, 
  • Supermoon, apabila bulan berada dalam orbit yang paling  hampir dengan bumi dan,
  •  Blood Moon, gerhana yang “memerahkan“ permukaan.


Kali terakhir fenomena 3 dalam 1 berlaku pada tahun 1866. Wow, pasti amat unik dan jarang jarang berlaku. Apa pun semua itu kekuasaan Allah. Yang pasti kita mengambil iktibar bahawa betapa kerdilnya kita di alam semesta ciptaannya.

Maka aku pun cuba untuk melihat fenomena ini. Kalau ikut resam kehidupan, sela masa 150 tahun untuknya berlaku lagi mungkin aku sudah tiada. Its now or never untuk melihat. Sepetang hujan lebat , namun aku dan anak-anak keluar juga untuk mencari gerhana. Boleh juga kuterangkan apa yang berlaku. Tidak lah mereka melihat tanpa memikir atau setidak-tidaknya taklah mereka termangu-mangu mencari jawaban kenapa dan bagaimana gerhana berlaku. Mungkin oleh rumah atau bangunan , kami keluar hingga ke jambatan untuk mencari bulan. Namun tidak ketemuan. Peluang sekali seumur hidup tak mungkin akan ku lepaskan . Kami menunggu dan menunggu namun yang ditunggu tak muncul. 

Bulan sembunyi di balik awan.

Terlepas satu fenomena ciptaan Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Esa dan Yang Maha Segalanya.

Dalam kehidupan, peluang daaing mungkin sekali itu sahaja. Kalau kita tidak mencapainya mungkin tiada lagi peluang akan muncul. Kalau kita mencuba tapi tidak berjaya, itu adalah ketentuanNya. Maka pasrah dan redha lah..



Photo: Sumber Sukan Tv star Facebook

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again