Pages
Friday 29 December 2017
LAMPU @ Putrajaya 2017
Thursday 28 December 2017
Melawat ke China? Berhati hatilah!!
Ni salah satu faktor yang melengahkan aku ke China dan kenapa negara China masih lagi bukan dalam radar aku untuk meninjau ninjau tiket ke sana.
Memang negara yang penuh dengan sejarah dan ketamaddunan macam menggiurkan untuk dilawati tetapi entah, aku masih lagi skeptikal. Maaf mungkin hanya aku.
Bila berjeromoh ( bertembung) dengan grup dari negara China walau kat mana pun, aku mesti rimas. Dengan cara interaksi sesama mereka yang kuat, dengan tak reti reti beratur dan macam macam lagi.
Entah kenapa ya? Tamaddun yang beribu tahun lamanya lebih awal dari negara negara lain masih belum mampu mendidik...
Kini, di hotel yang terkenal di negara tersebut telah gagal dengan jijiknya apabila kaktitangan menggunakan berus tandas untuk mencuci gelas dan lain lain.
Photo credit : The Star ( 28/12/2017) |
Ni petikan dalam bahasa Inggeris..
"Three well-known hotels in northeastern China have failed basic hygiene checks after cleaning staff were filmed using the same brush to clean lavatories, wash basins and even crockery, state media has reported.
Read more at http://www.scmp.com/news/china/society/article/2125843/chinese-hotel-cleaners-caught-using-toilet-brush-wash-cups-and#zAysz45lLvcHUXsi.99
Sunday 17 December 2017
Fantasia AquaPark Bandar Darulaman Jitra
Melayani anak anak yang kepingin ke kolam. Sementelah pula iklan Fantasia AquaPark merata rata di sekitar Alor Setar ni.
Terletak di Bandar Darulaman, di tepi tasik yang "township"nya dibangunkan oleh BDB Berhad, taman tema air yang pertama di utara Kedah ini amat bersesuaian untuk anak anak kecil.
Dengan keluasannya yang "mini" dan kedalaman nya yang selamat , aku tak perlu risau dengan nak menjaga anak anak.
Surau dan keperluan lain lain adalah memadai dan kemas.
Cafe menyediakan hidangan seadanya dan harga sememanglah lebih mahal dari biasa. Biasalah, business model taman tema..F&B mestilah agak mahal sebab pengunjung tiada pilihan.
Jadi, memang sesuai untuk dikunjungi .
Harga tiket:
Dewasa RM15.00
Kanak-kanak RM12.00
Namun perlu diingat mereka telah letakkan notis bermula 1 January 2018 harga tiket memasing RM18 dan RM15.
Adakah agak gopoh strategi depa.?
Mungkin "price sensitiviti" memainkan peranan utama bagi pengunjung.
Adakah akan ada repeat customer. ?
Bagi aku terlalu cepat mereka ubah pricing kearah yang lebih mahal.
Kita tunggu dan lihat...
Friday 15 December 2017
Tuesday 5 December 2017
Putrajaya Sarapan dimana? Warung Bunian Sg Merab
Warung Bunian. Satu nama yang unik. Terletak berdekatan dengan rumah dan kawasan aku menetap tapi aku tak pernah sampai. Kawan kawan dah berkali pergi dan dok ajak melalui wasaap grup.
Sehingga satu pagi yang sejuk, dingin yang menyebabkan kita susah untuk bangun dari katil. Usai Subuh aku mencari idea apakah yang boleh aku tidak membaringkan diri semula.
Aku terpikir : " Warung Bunian!"
"Jom kita makan sarapan tempat baru. Warung Bunian"
"Aaa.. kat mana tu." Lurvy blur blur sebab dia first time dengar nama tu.
Google, nak cari jalan dan location.
Perghh memang banyak story pasal ni.
Memang banyak story dan posting blog ..Namun aku nak post juga 5 sebab anda perlu ke warung Bunian.
Oh ya. Warung Bunian katanya diberi nama oleh pengunjung sebab tempatnya akan terlindung/ jauh kedalam kampung...
alaa macam nak cari kampung bunian kot. Sebab tu terbit nama bunian tu.
Terletak di Pinggiran Putrajaya / Sg Merab.
Dekat dengan coffee village.
Ok berikut 5 sebab kenapa anda patut cuba bersarapan di Warung Bunian.
1. Makanan sedap.
Perghh nasi lemaknya memang power. Dengan pedasnya dan nasinya yang tak melekit dan tak seroi . Sedang sedang saja.
2. Unik
Nasi lemak berbalut telur. Ala ala nasi pattaya gitu. Mesti kena cuba. Pedas tapi best.
3. Suasana Kampung
Terletak di kampung yang tak jauh dari Putrajaya. Bersuasana kampung tapi taklah begitu jauh untuk kita sampai.
4. Anda akan bangun pagi.
Ya, sila datang segera kerana kalau lambat akan akan terlepas . Ataupun anda akan beratur panjang. Kalau grup besar kena lah bersabar tunggu meja.
5. Sebab "Bunian".
Bunian dari erti kata terlindung dan susah jugak nak cari. Sebab anda tak akan sangka dicelah simpang yang bercerun situ akan warung yang menjadi tarikan ramai.
Mesti datang tau!!!
(Lebih kurang 15 minit dari presint 3 )