Sebelum ni ada lebah
menghinggapi pintu stor luar rumah. Ingatkan di situ ( kawasan pintu ) sahaja.
Apa pun , kata orang tua tua , kalau lebah bersarang di rumah
maknanya murah rezeki.
Namun kita kena berusaha juga . Mesti bekerja keras..
Jgn dok harap lebah singgah
saja, mungkin itu sebagai perlambangan orang tua-tua...
dan doa jangan dilupa.
Teringat lebah, terimbau pulak kenangan baru-baru ni pergi Cameron Highland. Rupanya sudah 7 atau 8 tahun tidak ke sana.
View yang sentiasa menarik bagi aku.. |
Yummyyy.. |
Cepat sungguh masa
berlalu. Seronok bila anak anak ingat detik kunjungan dulu. Yang kecik sure
blur blur sebab tak ingat kenangan kat situ. Kekadang kita overlook
tempat-tempat yang menarik untuk kita lawati di Malaysia. Sedar tak sedar dah
bertahun tahun tak sampai.
Anyway, tempat yang pertama pergi ialah ladang lebah,
kebetulan, Tertarik pulak dgn madu madu.oppps..
Sebenarnya tertarik dengan
penternakan lebah . Macam senang saja. Tak perlu beri makan. Lebah- lebah
keluar pepagi dan petang , balik ke sarang. Tak macam kambing, kena ada
kandang besar dan kena bagi makan rumput kan..
Ermm macan menarik pulak idea menternak lebah ni
semasa menaip ni.
Isteri pulak suka madu.. (Adoi..! Eh..jangan cubit).
Silap. Suka minum madu lah .
Ok dalam dok berangan nak madu tu ( eh..ternakan lebah – rupanya
lurvy masih dok kat belakang—adoi doi, kena cubit lagi), lebah datang ke rumah.
Selalunya benda yang kita suka dan inginkan tu Allah hantarkan.
Benda yang baik baik lah.
Cuma, aku tak berani nak biarkan sarang berpanjangan kat umah
aku. Sebab tiada kepakaran untuk menjaga serta factor keselamatan. Aku akan
halau secepat mungkin. Sebelum dia buat madu.
Taklah aku dikatakan..” habis madu , lebah dihalaukan”.
Kesian lebah.
Ok cukup pasal lebah. Back to Cameroonnn. Eh Cameron
Highland. Cameroon terletak kat Afrika ya.
Ha-'aa ya kenapa nama mat saleh ni tak ditukar kepada nama Malaysian
ya??? Masih guna nama Cameron Highland.huhuhu
Selepas pergi ke Bee
Farm kami ke Boh Plantation. Gaduh lagi dgn Lurvy sebab setahu aku dekat Sg Palas ja ada Ladang Boh, rupanya aku salah juga. Ada lagi satu rupanya.. Hmmm…
“Ok ok lepas ni abg drive ja” Aku mengalah.
“Tunjuk jalan kita nak pi…”
Lurvy ni kalau jalan dia memang ingat. Jenis lalu sekali
saja dah ingat.
Aku pulak, harap applikasi wave yang banyaknya.
Pi Cameron ..enjoy scenery. Minum The kat Sg Palas then zoom
balik Kedah. Short and simple.
Minmin tanya kenapa cakap tak keluar asap..Hamboii ingat kat
Jepun ke Minmin..
Salam singgah dan follow. :)
ReplyDelete