Pages

Wednesday 29 March 2017

Video dan Gambar : Saat ular sawa dibelah untuk mengeluarkan mayat manusia.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Bismillah..

Awas!, video yang real dan mengerikan..

Video menunjukkan saat dan ketikanya perut ular dibelah ( ditores perutnya) untuk mengeluarkan mayat manusia yang ditelan oleh reptilia tersebut.

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini dirakam setelah penduduk menjumpai seekor ular sawa dan perutnya membuncit menampakkan kasut but mangsa di dalam perut.

Sememangnya mereka mengesyaki itulah seorang penduduk yang hilang yang bernama Akhbar, setelah pergi membuat kerja di ladang sawit.








Innalillah..








Sumber: Tribun Timur




Tuesday 28 March 2017

Segamat makan di mana? Mee Tarik Warisan @ OS

Assalamualaikum bloggers and readers..


Ke Segamat lagi..

Cuma tak pasti nak jalan jalan makan makan kat mana..
Ye lah Segamat ni agak terasing bagi kami.
Cuma, semenjak dua menjak ni je selalu ke sana.

Tempat makan? Kami kena refer kat Angah..

Jadinya, Angah cadangkan One Segamat ada nasi ayam best.

O.S singkatan untuk One Segamat.. O.S pun O.S lah Angah.. Lagipun kami belum pernah sampai situ.


Setelah sampai, naik dari parking, masuk ke Mall tersebut.
 Lalu je depan kedai/ restoran ni Lurvy kata " Eh mee tarik, nak makan sini lah. Sini je lah"

Bersungguh-sungguh ngajak. Terus ignore option yang lain...wohahaha..
Bila Lurvy react macam tu kena paham,,jarang dia teruja mcm ni..she wants this.
Tak perlu survey option lain.
Sementelah dia peminat mee.
Kena layan la ..


Dan seperti biasa tempat atau menu yang tak biasa mesti kami tanya pelayan.
Jawapannya pun sama " Semua sedap"

"Ok kita split...jangan order sama. Boleh rasa memacam.."
 Lagipun kan family...


Mee dia,,ermmm ..memang lembut.. sebab tu boleh ditarik tarik..panjangggg.

Soup meletop2 dlm mulut..bukan kepedasan tapi kesedapan..yummy.






Ni Aisya punya order..
Sup with slice beef RM10,80

Angah's

Ingat kuah kicap ke aper,,Tapi ni la signature dishnya ..Sedap.
Mee soup with Brased Beef RM12.80




Memang best..

Teka siapa punya.. Tak lain tak bukan..Mine..org kedah, kata Lurvy mesti nak nasik..wohahah
Rice with Fried Mushroom Beef RM 12.80




  




Monday 27 March 2017

nukilan

Hembusan angin pagi

Buat ku tersadar dari mimpi

Rasa dingin kaku menjentik kalbu


Sungguh …

Tak pernah ingin melupakan segala yang kau berikan
Semua yang kita lewati tiada lagi bererti


Kau pergi tinggalkan segala..

Kerana itu yang terbaik bagi semua
Dan kau bawa hati ini

Mungkin diriku bukan yang terbaik
Tak mudah tuk lupakan dirimu




Sudah cukup waktu yang terbuang karnaku
Ku mulai langkahku meski tanpa dirimu

Kerna itu langkah ku yang perlu dan tuntas
Dan pergilah semua bawa cerita kita

Dan jangan kembali



Tak ada rasa sesal tersisa dalam hati
Waktu terus berputar meski tanpamu disini



Biar terhapus  semua kisah di dalam hati


Pasti jangan kembali …


Kau telah penat  berlari membawa semua perih

Berjalanlah.. berdukunglah..
kerna kau perlu melepaskan lelah



Ku akan berlari membawa semua perih

Yang kau tinggalkan di dalam hati





Kau penat  berlari membawa semua perih
Lepaskanlah segala..lepaskanlah!
Yang kau tinggalkan hanya luka di dalam hati

Sudah cukup waktu yang terbuang
Kau mulai langkah demi kehidupan yang murni

Dan pergilah semua bawa cerita kita..

..padamkanlah!!!



Dan jangan kembali, jangan kembali.




Selamat tinggal !!

Siapakah yang berlari di situ? Makhluk? Manusia? Orang kenit?

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ya..video ni buat aku terkedu..
Tapi..siapakah gerangannya???..

Wednesday 15 March 2017

Monday 13 March 2017

Mayat Kim Jong-Nam Disahkan. Negara mana yang bantu Malaysia dapatkan identiti tersebut?

Assalamualaikum bloggers and readers..

KUALA LUMPUR: Jepun dilapor menyediakan maklumat cap jari dan beberapa data lain kepada pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.

Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata, maklumat cap jari berkenaan diperoleh oleh jabatan imigresen negara tersebut apabila Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001 ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu.



Ketika itu, Jong-nam memberitahu pihak berkuasa Jepun bahawa dia mahu mengunjungi taman teman Disneyland Tokyo.

Sumber berkenaan menjelaskan, pihak berkuasa Jepun turut menawarkan data berkaitan karakter fizikal dan gambar Jong-nam kepada Malaysia.

Maklumat tersebut dipercayai membantu penyiasat Malaysia untuk mengesahkan identiti mangsa sebagai Jong-nam selepas dia dikenali sebagai Kang Chol menerusi maklumat pada pasportnya.
Kerjasama antara kedua-dua negara itu didedahkan selepas waris atau ahli keluarga Jong-nam tidak tampil untuk menyediakan DNA bagi proses pengecaman.
Kyodo melaporkan, beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) turut dipercayai terlibat dalam siasatan berkenaan atau membantu melindungi ahli keluarga Jong-nam susulan kebimbangan keselamatan mereka diancam oleh Korea Utara.

AS dan sekutu, Korea Selatan menuduh Pyongyang mendalangi kes pembunuhan Jong-nam yang hidup dalam buangan tetapi Korea Utara menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan mangsa mati akibat serangan jantung.
Namun laporan bedah siasat yang dilaksanakan pakar dari Malaysia mendapati Jong-nam maut akibat terdedah kepada racun berbahaya, agen saraf VX yang disenaraikan sebagai senjata pemusnah yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


SUMBER : www.mstar.com.my

Friday 10 March 2017

Lagi rakyat Korea mati di Malaysia

Assalamualaikum bloggers and readers..


KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warganegara Korea Selatan ditemui di pangsapuri yang berkunci selepas beberapa hari meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, pihak polis telah dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan pangsapuri  tersebut  selepas menghidu bau busuk pada 9 Mac.

"Pengawal itu memberitahu dia terhidu bau busuk di salah sebuah unit pangsapuri di tempat dia bekerja di Jalan Sultan Azlan Shah.

"Polis dibawa ke unit pangsapuri oleh pengawal sebaik sahaja tiba di tempat kejadian. Dan pintu kediaman tersebut terpaksa dipecahkan kerana ianya dikunci," katanya.

Polis menemui mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan meniarap di atas katil serta terdapat kesan darah di situ.

Dokumen pengenalan diri turut ditemui di tempat kejadian dan mangsa berusia 43 tahun berasal dari Korea Selatan.

"Ketika menemubual salah seorang jirannya, kali terakhir mangsa dilihat lebih kurang dua minggu lalu. Pasukan forensik mendapati tiada kesan pecah dan tiada kecederaan luaran pada badan. Kesan peribadi mangsa juga masih berada di tempat kejadian," katanya.

ACP Munusamy berkata siasatan menunjukkan bahawa darah yang berada di sekitar mangsa adalah berpunca daripada badan yang telah reput.

Siasatan juga mendapati bahawa mangsa telah menyewa unit itu sejak Mei 2016, dan tiba ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris. 

Tiada pas kerja atau visa ditemui bersama pasportnya. 

Hasil bedah sisasat mendapati mangsa diserang sakit jantung dan menunjukkan telah meninggal dunia lebih kurang empat hari lalu.

"Pihak kedutaan akan dimaklumkan bagi mengenal pasti maklumat keluarga mangsa," tambahnya.

Sumber :www.mstar.com.my

Snapchat atau Facebook. facebook dikatakan meniru Snapchat Stories pulak......betulkah?

Assalamualaikum bloggers and readers..


Facebook kini dikatakan melancarkan aplikasi yang hampir menyamai  aplikasi Snapchap Stories , yang dinamakan “Day”.

Gergasi media social, Facebook,  yang telah melancarkan applikasi Messenger dahulunya, kini membenarkan pengguna memaparkan mesej melalui  Day, samada foto atau video yayang akan hilang dalam masa 24 jam, sama seperti applikasi “Stories” yang begitu popular  di kalangan pengguna Snapchap.

WhatApps yang dimiliki juga oleh Facebook, beberapa bulan lalu memperkenalkan  “Status” , manakala Instagram memperkenal “Stories”.

Facebook kini nampaknya “meniru” kaedah-kaedah komunikasi Snapchat dikalangan poduknya untuk mengekalkan kesetiaan pengguna disamping mengelakkan mereka berpindah kepada applikasi yang diperkenal oleh pesaing utamanya yang terkini, Snapchat.

Antara perkara  yang menarik dalam applikasi Snapchat ialah mesej yang dipadamkan sendirinya (disapperiang messeges), tidak seperti Facebook atau Instagram yang kekal dan mungkin akan dinilai oleh rakan atau pun bakal majikan.

Snapchat sedar bahawasanya pengguna kekadang bertindak bodoh dan nakal untuk seketika, ketika bermesej,  dan untuk mengelakan implikasi negatif pada masa hadapan, mesej tersebut samada foto atau video akan hilang/terpadam sendirinya.


Snapchat telah menawarkan  IPO untuk disenaraikan dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai  US$25bil (RM111.43bil).

Amat menarik  memandangkan Snapchat menerusi CEO-nya Evan Spiegel menolak tawaran $3 billion  dari Facebook pada tahun 2013. Ketika itu beliau merasakan nilai Snapchat adalah sepatutnya lebih tinggi dari tawaran tersebut. Dan kini terbukti tindakannya menolak tawaran  Mark Zuckerberg adalah amat tepat!

Wednesday 8 March 2017

Tuesday 7 March 2017

Terima wassap..tapi jawapan aku tentu buatkan depa sentap, agaknya

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ni wassap yang aku terima.
Tah ape ape
Tak dak sign.
Tak dak date, tiada no.rujukan.
Tatau siapa sign..

Aku terus type dlm laptop dan balas wassap


Kerana apabila kita menerima info kita kenalah:


Friday 3 March 2017

Memahami..

Assalamualaikum bloggers and readers..


Aku dan anak-anak...

Cerita pasal road run sekolah.
...dah beberapa minggu berlangsung dah pun.

Aisya tahun lepas number 2 tapi tahun ni berdaya mendapat ke no 3. Ok la h tu

Danish pula dapat tempat ke empat tapi dibatalkan.

" Danish .. dapat no.4.. tapi tak dikira" kata Lurvy.

" A'aa Abah, Danish taktau macam mana kertas check point boleh hilang, Ada 4 semua Danish ambil tapi terjatuh" Pantas je Danish explain

"Macam mana Danish boleh jatuhkan ni" nada aku seolah  nak mintak explaination bukan nada ingin memahami.

" Eh! apasal aku mcm mendesak ni " terus kata-kata tu menyerbu ke dalam hati ku. Mungkin sifat competitive aku yang nak menang, mahukan dia beringat agar perkara tu tak berlaku. Tapi dia tengah letih dan kena disqualified pulak tu. 

Dia yang gigih nak bercerita tadi macam slow semula. Hilang keterujaan.

Aku pun terus bagi high five dan memberikan kata- positif. 

" Bagus Danish.. no.4 ,,not bad, Macam tu lah anak abah"
" Ok la tu" Tambah aku

Dia panggungkan kepala  dan terus bercerita.
" Danish kutip semua check point punya ribbon tapi entah lah Abah. sampai je nak serah satu tak cukup"

"Ooooo ,, ribbon yang potong-potong tu ke"

" ye Abah.." nada kecewa

" Patut la senang jatuh , Danish kan penat, nak pegang lagi kan. Ok la tu, Danish dah cuba sedaya Danish kan" Aku menunjukkan emphaty aku.

" Cikgu tak terima abah. Ingat Danish tipu. Ingat Danish amik short cut ke apa, mungkin tu cikgu ingat kot , abah"

Masya Allah ..Aku tadi nak marah tadi ( dibaca nak penjelasan ), nasib baik sempat berfikir, dan tidak jadi fokus tentang kecuaian Danish yang jatuhkan check poinnt marker.

Baik aku fokus kan tentang kekecewaan beliau.

"Tak dapat hadiah abah. Patutnya top ten dapat" terus bercerita tentang frustnya dia.

Aduh. Dia yang berpagi-pagian bersungguh-sungguh bagitau aku yang akan ada road run kat sekolah ketika aku hantar. 
Petang balik dengan kecewa kerana hilang check point marker.

Tadi aku ada 2 pilihan.. Nak marah dia sebab cuai atau terus nak motivate dia. Aku pilih nak motivate dia.

Dah la dia penat.. dah la berusaha,, mungkin check point market dibuat dari ribbon yang nipis menyebabkan dia tak perasan benda tu jatuh,..
dah la dia tak dapat medal. 
dah la dia kecewa..takkan kita nak marah lagi

Sebab ada cerita lebih tragis yang menyentuh jiwa yang aku pernah dengar.

cerita nya begini..

Ada seorang suami yang bersiap nak ke ofis. Setelah sarapan beliau perlu makan ubat yan menjadi rutin nya.

Setelah tu dia bergegas ke ofis, sempat mengucapkan selamat tinggal dan mengucup isterinya .


Sesampai di simpang teringat yang ubatan yang dimakannya tidak ditutup. Lantas menelefoni isteri 

" U , tolong tutup dan simpang ubat abang tadi. Terlupa tutup, takut baby main dan makan"

Teringat wajah anaknya yang baru belajar-belajar berjalan.

Seperti biasa beliau agak sibuk sepanjang pagi dan sebab tu lah dia tergesa-gesaa tadi.

Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi dan sebelum tu rupanya message telah berkali masuk.

Abang, balik cepat . Baby kat sepital ni!!! " jeritan sang isteri kepanikan.

"Kenapa ?"

" Baby termakan ubat abang..." sambil teresak-esak.

Aaa. Ubat yang dipesannya isteri tutup dan simpan pagi tadi.

"Apa!!!?"

Sesampainya di hospital.. Isteri menangis dan takut kena marah dek terlupa tutup ubatan tadi.

Kemudian doktor keluar menyampaikan berita yang anak mereka telah tiada. Akibat makan ubatan tersebut.

Si suami menoleh kepada isterinya dan berkata:


" i love u dear, jangan bersedih, mari hadapi bersama"

" Abang tak marah..sebab saya alpa jadi macam ni"

Kita dah kehilangan yang kita sayangi, awak pun kehilangan baby yang awak kandungkan. Masakan abang nak marah dalam keadaan begini.


Bukan salah awak..
Mari hadapi bersama...







Wednesday 1 March 2017