Pages

Friday, 10 February 2017

Kemaman Terengganu makan di mana? Pengalaman Sata masam di warung Aziz Satar

Rasanya  korang tak perlu baca coretan ini..


Ermmm..
macam mana nak mulakan coretan makan makan pantai timur sempena CNY baru baru ni,,

Ni yang paling tak menarik..

Sememangnya last pit-stop untuk jalan jalan dan makan-makan di Pantai Timur ialah makan sata di Restoran Aziz Satar. Rancangan nak jumpa Honky Tong Man aka Halim atau John , seorang sahabat pun terpaksa batal dek nak kejar masa ke sini.

Along pun dari sampai KB lagi nak cari sata. Wokeh , memang masuk plan , sabar!

Dan inilah restoran/ gerai yang akan aku kunjungi kalau ke Paka/ dari dulu lagi.

Order seadanya , beberapa pinggan.

Oh ya , ayah pun tak kenal sata. Alhamdulillah boleh bawa ayah juga. Tak tahu pulak tak pernak makan. Ingat kat sini orang panggil otak2 tu sata. Bila makan baru dia tahu lain.


Semuanya lancar hingga aku makan sata yang masam, Ok lah , mulut aku ke yang silap tapi dan berbiji aku telan sebelum tu ok saja rasanya. 
Tapi tak de hal lah. Satu je pun.. 
Makan next rasa ok pulak.

Nak jadi cerita Akmal yang duduk hujung meja pun gigit rasa masam. Aku tengok dia luahkan bahagian yang dia gigit.

"Kenapa Mal"
" Rasa lain macam yang ni"

Dia gigit sikit , aku tadinya masuk sebijik dalam mulut..

" Ye ke, tadi abah pun rasa masam juga. Dah dah jangan makan yang tu. Ambil yang lain"

Oleh kerana dua kes aku pun panggil la pelayan.

Jawabnya: " Eh tak mungkin ! sebab semua yang kami bakar habis jual"


"Erm. Tak pe lah kalau gitu."


Mungkin dia pelayan yang tak da  sense of belonging kepada bisnes. Ye lah sekadar makan gaji. 
So bila  aku nampak mamat yang familiar sebab kalau sebelum ni aku datang dia dok arah2 orang macam owner ja.

"Bro.. ada sata yang masam tadi,, kalau sebiji ok ni random dua biji terkena ni"

" Takut yang ba....." 

Belum habis explain dia mencelah. Huish pantas! 
"ok ok jap jap nak pi check... " terus ke tempat pembakaran..


Dia pi check langsung tak datang balik.

Laaa a,,,ku bukan mintak ganti pun. 

Aku nak bagi tau:


  • Takut yang di bakar hari ni tu yang dibungkus/proses semalam sbb katanya yang bakar semalam habis dijual .
  • Takut ramai yang kena.
  • Takut sakit perut.. food poisoning. Sbb org nak travel jauh, Dengan jem, tak ke haru..
  • Takut pelanggan yang tuju situ first time, dan  rasa terkena.
  • Takut reputasi ,,dsbg...


Sbb bro nak manage success bukannya  senang. (yang ni dalam hati)


Itu je aku nak sampaikan . dengan harapan boleh dia betulkan sebelum pelanggan lain terkena pada hari tu.. Tapi ...


Ermm itu lah ceritanya. Tak perlu komen atau viralkan....


Yang aku telan sebiji ngap sebelah kiri, yang akmal gigit sebelah kanan.








Kerana aku tak puas hati deria rasa, aku singgah kedai lain dan beli lagi...
Ye lah, mungkin aku silap!

Tapi yang bawah ni ok jer..sedap pun sedap!!

so dah jumpa port baru untuk pekena sata..yeahhh




1 comment:

  1. haaa, kalau ramai yg keracunan mknn sebab mkn kat sana... mmg kena la kedai makan tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again