Pages

Saturday, 7 January 2017

Putrajaya Makan Di Mana?- Nasi Kak Wok Ayer 8

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jika berkunjung di Putrajaya, terdapat satu Restoran Masakan Kelantan yang baru dibuka di Ayer 8.

 Oh ya Ayer  8 sudah mula dikenali dengan banyak restoran-restoran yang menarik dan unik. Dengan permandangan dan lokasi yang menarik, tempat ini telah menjadi tumpuan pengunjung tempatan serta pelancong.

Pagi hari Sabtu , aku dan Lurvy mula mencari tempat yang baru dibuka untuk dicuba. Sementelah ada urusan berdekatan situ maka kami pun meronda kawasan komersial yang baru. Dalam hati kalau terjumpa restoran ini kami ( dibaca aku) akan cuba.


Dan sememangnya tepat jangkaan Lurvy yang kedai ini terletak di kawasan deretan kedai yang baru beroperasi  bersebelahan Tom Yam Kong .

Alamat restoran Nasi KaK Wok ni ialah:

 No 24 Jalan P8 G1 Presint 8
62250 Putrajaya

Restoran ni agak comel, ataupun tepatnya sederhana saiznya. Susun atur yang simple dan ala ala gerai sikit "set up" nya. Makan disediakan secara layan diri dan terus bayar di kaunter setelah ambil makanan.


Ok teruskan kepada Nasi Kak Wok. Makanannya agak sedap. Hidangan nya ringkas sekali. Nasi, ayam goreng yang kecik kecik , sambal chili serta kuah kari.

Rasanya yang pedas yang membangkitkan selera. Kunci utama masakan ini ialah sambal. Memang pedas namun bak kata Alleycat
" Walau pedas hingga mengalir air mata, masih  mahu dimakan jua"

Ayam yang digoreng agak masin sedikit, mungkin aku kot yang kurang makan masin.
Lagi sedap kalau ayam digoreng secara berkala dan tak dibiarkan sejuk. Namun mungkin factor masa, ayam terpaksa digoreng siap-siap dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi pelanggan.

Kuah nya memang sedap, trademark kauh kari kelantan yang cair. Tetap win juga walau cair pun!!

Susun atur kedai agak menarik, boleh la memuatkan satu bas serentak, dan tahap kebersihan nya baik.

Oh ya makanan dihidang atas kertas dan bukannya pinggan. Senang krew nak kemas.
Yang menariknya air sirap adalah percuma!!

Harga satu set RM 5.50, portion tak lah begitu mewah. Mungkin nasi yang ngam-ngam menyebabkan rasa nak tambah dan kesedapan tu makin timbul. Ye lah kan kalau sedap macam mana pun kalau dah banyak mesti rasa tak sedap.. Hmmmm..

Tapi sebenarnya saiz hidangan nya just nice ////


Aku bagi rating 7.5/10..

Kesimpulannya: Disarankan cuba!!!





Dihidangkan begini

saiz hidangan: Nampak mcam saiz nasi lemak untuk breakfast pun ada


Rest untuk dua org. Kuih 70 sen satu


ayam yg telah digoreng

Kuah

1 comment:

  1. portion nasi juz nice la kan..

    btw kami kat kelantan nasi kak wok, nasi air dingin antara yg popular jugak lah..bila sebut majoriti kenal..

    haha tak kenal sila jangan duk kelantan..kahkahkah (mood jahat)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again