Pages

Tuesday, 5 January 2016

Aku dan ikan emas

Cuti..
Kerana nak bercuti awal tahun,sambil mengelolakan anak2 ke sekolah..

Tapi, kutuliskan blog tentang peristiwa hari ni berkisar tentang ikan emas..
Loh. pasal ikan emas..??  sejak bila aku dok tulis pasal binantang ni.. Rasanya tak dak kot. pasal kucing pun tak..seingat aku la.
Namun tak tau kot sebelum ada tulis pasal binatang peliharaan  celah celah memblog tu.

Ok,,apapun hari ni pasal ikan emas.. yep ikan emas dalam aquarium ku..

Something aku belajar hari ni.

Ceritanya..kerana bercutian hari ,,maka ada beberapa tugasan,, anataranya beli buku anak2.. kat kedai buku dan daftar KAFA.. dan amik gambar pasport Akmal..

so setelah selesai hantar anak..patah balik rumah. Kemas sikit sikit, Sambil tu terlihat ( yup terlihat ..) aquarium yang lama tak bercuci. Nampak sangat dok bagi makan saja sampai air naik merah ( macam ada lombong bauksit daa).

Maka aku pun sedut.(syphon) air utk tukr air yang berkeladak tu. Tiub getah syphone tu pun yang halus sbb gunakan yang penapis air punya. padan la aqurium kecik..
 Maka dibiarkan air sedut..

Tetiba dah pukul sembilan lebih.."Akmal jum pergi sekolah. Beli buku adik dan ambil sijil yang sekolah kata nak siapkan. Mama pesan suruh collect sijil"

Dengan kalut aku "kejan" anak aku yang masuk Form1 tu siap cepat.

(Kejan =bahasa Kedah bermaksud "gesa"/ suruh bersegera.
Contoh ayat= Yang depa dok kejan suruh mai cepat pasai apa? Bukan baih (bas) nak jalan lambat lagi ka...)

"Jom.. amik buku kesihatan juga abah kan."

"Ya..sbb nanti nak daftar Sek Sains hang nak buku tu. Ada dalam checklist tu.."

Amik kunci, raba poket, ada wallet..ok boleh gerak.. bakal nak selesaikan tugas hakiki today,, iaitu beli buku.

Sampai sekolah, nala punya ramai parent dok beratur nak beli buku.
kebetulan dekat rehat tunggu kejaplah, boleh  tengok anak pi kantin.

Jumpa anak kat kantin dok borak baik punya  dengan kawan. Ye lah darjah 2 dah..
dah  ok dah lah tu..
Hairan pulak dia tengok abah ada kat kantin sekolah.


Lepas tu Pi pekena roti canai dulu. Ajak kawan dekat situ join dan borak,, Sampai pukul 12 ke sekolah semula.. Masih lagi panjang Q jedai buku. nak balik dululah .. macam slow saja kedai buku ni sbb sorang ja yang menjualnya. Dengan dok ambil buku pun dia, nak jadi cashier pun dia. bayangkan awal tahun punya banyak buku parent naak beli. Sorang saja bertugas??

 decide datang masa amik anak nanti pukul 1.15..lagipun daftar Kafa waktu ptg..

Balik rumah....

Tengok aquarium kering...
 ikan emas senget dan senyap! Tak bergerak. Dah berapa jam air habis ni???

Aduh.. macama mana boleh lupa ni.!!. Boleh tinggal gitu saja.


Angkat ikan tu.. mati. Itu saja dalam fikiran. Ambil tupperware isi air cepat
Letak ikan.. Perut naik atas.. terbalik kuang. Tiada pergerakan... hanya berputar keliling tupperware ikut pusingan air yang berpuisng bila paip tak titutup ..
dan ya, semesti dengan perut di atas.
.ni bukan renang berirama ka apa. ni kes ikan mati.

Nak kena buang dalam tong sampah jawabnya..
Aku angkat ikan tu..rasa belas pulak.. rasa bersalah pun ada.
Tapi nak buat macam mana.. benda dah berlaku..


Tetiba..aku terdetik..baik aku cuba revive ikan ni.. Entah-entah ada nadi lagi ( walaupun aku  bukan vet).Dan ikan tu dan longlai.. mana tau kan.

Aku pun buka air paip.. ikan sebesar 3 jari tu aku halakan mulut ke arah paip air.. Air dari pili tu macam banyak buih, mungkin ada banyak oksigen.. mulut ikan emas yang selalunya ngap ngap ngap tu, kini  kaku .Mulutnya hanya terbuka dan air aku lalukan melalui mulut yang longlai itu,,

Aku letakkan dalam bekas semula. Semula juga perut nya naik ke atas.. kaku. lesu. Mati..
Aku pusingkan semula dan aku gerakkan ikan dalam air dengan harapan air lalu masuk insang dan boleh revive ikan tu.

Gagal..
 tetap senyap. Kaku..lesu dan nak terbalik naik atas .ye lah sudah mati.. Sirip dan ekar jgn harap la ada pergerakan..

Aku cakap aku tak leh give-up. Aku mesti cuba.. Aku lalukan air lagi.. Aku tepuk dada ikan ( ada ke dada aku tak pasti, tapi bahagian bawa). aku gerakkan ikan  dalam air macam aku tengok dalam Nat Geo. Supaya air yang bawa oksigenboleh lalu ikut insang.. Tak boleh juga aku letak  dekat paip dengan teorinya air paip tu lagi banyak oksigen..

Tak boleh juga.. Sah mati ikan ni.

sudah 20 minit aku berusaha.. yup aku perati jam sb nak pergi ambil anak 1.30pm

Last.. aku cuba last. Entah mengapa aku ta k giveup.. Aku nak try.. Boleh ni.. aku yakin. Mungkin ada pulse. Ahhh..ikan ada nadi ke tak aku tak tau..tp dia pernah bernyawa..
Aku buat lagi ..aku goncang2 ikan yang fragile tu dalm bekas.. Masih buntu.. entah kenapa aku tak sanggup lihat ia mati sebelum aku cuba lagi..

Sehinggalah...selepas 20/ 30 minit.. aku lihat ada pergerakan lemah kat insang.sangat sedikit..seolah olah terlalu berat untuk bergerak Terlalu lemah, tapi aku perasan..

Ya Allah.. masih hidup ikan ni. Aku terharu..
Sesungguhnya aku terpempan.. kaget!..tak percaya . Sesungguhnya ada balasan terhadap org yang mencuba..

Now what. Ikan tu masih lemah..macam mana ni..
so aku ulang letakkan kat paip.. gerakkan dalam bekas berulang kali.. kemudian mulut ikan bergerak dan insang bergerak dengan lebih laju tapi masih lemah.

dah sampai macam ni aku tak boleh biarkan ikan tu menjadi lemah semula
..aku gerakkan ikan dengan gaya ia berenang hingga sirip dan ekor mula bergerak. tapi masih tak balance..
akhirnya ia boleh berenang sendiri.. aku biarkan ikan tu dapat tenaga..
terkadang kepala menjunam dan ekor ke atas..aku betulkan atas tapak tangan hinggalah stabil..

dan kini berenang dengan elok dalam aquarium... setakat ini..

Sebenarnya aku tak tau kenpa aku mencuba sebegini..Ikan tu hanya rm 2.50 masa kau beli. Bukan nya Rm25,000 seperti ikan arowana emas etc.. RM2.50 habaq hang.. Tapi ikan yang aku anggap mati aku boleh nekad untuk revive..

Aku tak tau kenapa aku mencuba sebegini utk ikan itu..
dan sesungguhnya kita mesti mencuba dan terus mencuba,,hingga kita berjaya ( atau tidak berjaya)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again