Friday, 25 July 2014

Tabik...

Salam hormat Sdr Azizulhasni Awang..
Memang kena tabik spring sama lu bro..
#respect!
P.s
Dalam kemelut ini..jgn lupa juga yang perjuangan sebenar untuk membebaskan bumi palestine dari rejim penakluk.
#savegazafreepalestine


Penogobanan tak pernah terbalas

" Masih terasa hangatnya tanganmu..
Di pagi raya bersalam denganmu....."


Tika memandu...
Bait bait lagu menyentuh jiwa. Teringat emak yang telah pergi untuk selamanya....
Segera aku menyedekahkan Al-fatihah..
Itu saja yang termampu...
Kala dan ketika ini...
Pengorbanan yang tak akan pernah terbalas....

Friday, 18 July 2014

Satu Tahun, Dua Corridor, Dua Pesawat....

  • Oh .. tidak sekali lagi!! Macammana tragedi boleh menimpa Malaysia ( atau tepatnya Malaysia Airlines) sekali lagi..
  • Satu tahun 2 kali kehilangan pesawat. Kali ni ditembak jatuh ketika membawa 295 penumpang dari pelbagai warga.
  • Kali ini di koridor utara  aku rasa. Koridor yang mula di syaki MH370 melungsuri udara hingga hilang, dan masih hilang ke saat ini.
  • Beritani menghilangkan kisah stereng lock, peugot dan lain-lain. Harap tak menyepikan kisah Gaza yang sedang dihentak oleh regim penakluk.
  • Disaat kita merasakan kisah MH370 mulai pudar dari ingatan, namun tidak bagi keluarga, di saat laman sosial tiada lagi mengisahkan 370. Kini kejutan dan tragedi menimpa lagi
  • Alfatihah dan takziah ....My thought and grieve with the family and the friends of the victim.
  • Kita silap jika memikirkan perang dan pemberontakan di  hujung dunia sana tidak memberi kesan kepada kita. Sebenarnya semua terkesan akibat kerakusan kuasa dan ketamakan manusia. Dan kini MAS terpalit musibat akibat nafsu serakah kuasa besar dan kecil.
  • Kita tunggu apa reaksi polis dunia,,apa  hasil siasatan,,, sambil mendengar hiba berita, hiba tangisan keluarga menunggu sanak untuk meraikan Aidilfitri. Moga Allah memberikan keampunan kepada mangsa..
  • Apakah musibah akan berterusan menimpa negara.?? nauzubillahi min zaalik. Jauhilah kami dari keluh kesah ,kesedihan dan bala bencana.

Thursday, 17 July 2014

EGS: 17 Julai 2014

Punya besar kipas kat belakang tu....
(Kalau rasa panas juga tak tau la)

P.s terjumpa kawan lama jugak mlm tadi.



*EGS: Entry Gedek style

Wednesday, 16 July 2014

Hello..ada penghantaran untuk encik

Finally..yang ditunggu telah sampai..
Let me check first aaaa

It's done!

Assalamualaikum bloggers and readers..

This world cup is the best ever maybe, that’s what I thought ever since I’ve known world cup..
Its really draining my emotion, not that I am very emotional man but I just don’t know. I am not Argentine but ..never mind its just football.

But then during Sahoor last night,,
 Aisya ask Mama: “Abah tak tengok bola ke?”
( hrm my routine to watch football in the morning..?)
Urgghhh..still asking meh..
Lurvy: “Bola dah habis habis ..team abah kalah..”

Morning after final..as promised when shopping for raya. For my daughters.  Have to go “lah”…

Son done. Man and boys alwiz simple one..hahaha.
GO. Choose color. Try . Done. 4 steps.

I would have been much much genorous in spending their cloths if Argies champs..
Lucky for me.
Ok enuff football..!!!


Then, we  when to by new racket.
Back home Yasmin sarcatiscally ask .
 Nop, actually she innocently and curiously  ask. Child is very direct in their question. No hidden agenda. But how come 6 year old ask and give this kind some advice to me left me specchless

Yasmin: Abah, naper abah beli reket baru…Abah kan dah ade racket.. Elok lagi. Guna dulu reket lama. Simpan duit tu nanti boleh beli rumah..
Me: Errr..


Tuesday, 15 July 2014

Hai LAngkawi pun kena kad kuning... bahaya ni

Assalamualaikum bloggers and readers..

ni mengundang bahaya ni...nak tahu juga ada tak World Heritage yang lain2 pernah kena kad kuning..
Atau pemeriksa ni dok sibuk pikr world cup lag..

di petik:

Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.
Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil langkah memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan pemeriksaan pertengahan tahun depan.
Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.
Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.
"Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.
Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.
Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.
Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.
Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.
Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.
Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung sehingga 2015.
Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.
Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".
Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.
Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.
Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal, serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya tempatan dan alam sekitar.
Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.
Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.
Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.
Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri persekitaran yang unik.
Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.
Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.
Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal. – 15 Julai, 2014. ( Malaysian Insider)

Monday, 14 July 2014

Final world cup: tahniah Germany

Dont cry for me Argentina....

Ok ok..germany memang deserve untuk menang..
Good try Argentina
Cuba lagi 4 tahun lagi
Lagi msia tak layak , kena la sok9ng argentina lagi..

Sunday, 13 July 2014

Tempat-tempat yang unik lagi menarik

Cantik dan amat-amat menarik..
Indahnya alam ciptaan yang Maha Esa..
Teruja nak pi melawat kalau ada rezeki..
Biasanya tempat2 ni agak terpencil la kan..

Kalau tak terpencil selalunya hilang keunikkannya







Ps.
Brazil tewas lagi..aduyai makin parah tuan rumah kali ni

Friday, 11 July 2014

jangan- jangan......

Arghhh...
Semalamm..masuk lagi wassap..
gambar yg agak pelik..
aku pun teruja..
terpecaya...
kemudian..1 minit
masuk lagi berbunyi..
"Tak pasti.. dapat grup lain"

Dua hari lepas...
masuk lagi berita ...
seolah2 gaya cnn...
ataupun script karam sighn walia..
walaweii..apa pulak berita gempaq ni
di akhiri dgn ...
"Aku tak pasti berita ni betul ke tak"

Ada lagi...
gambar-gambar dengan fakta-fakta panjang
berjela..
juga diakhiri dengan soalan..:
"Boleh sapa2 tolong sahkan"

Aduh..
apakah gerangan org sekarang
punya lah bagi fakta..kemudian tanya betul ke tak...

punyalah diselitkan gambar..dan cerita yang panjang lebar..
kemudian tanya betul ke ni..

jangan-jangan....
jangan di faktakan dulu baru bertanya..

jangan-jangan..
Jangan tembak dulu baru soal
jangan sebar berita tanpa tahu sahih ke tak..

Jangan sebar berita tak pasti
      kelak menjadi kakak tua
yang dengar terus berkata juga..tanpa usul periksa....


Cuba ingat semangat 10 hari lepas ....

Bola-bola jugak..
sedar tak sedar sudah lebih 1/3 Ramadhan berlalu. Keghairahan mula berkurangan ...Saf makin susut..Kat tempat aku aku..Tempat lain masih maintain kot.
Kena pujuk hati dan bagi semngat, seperti seolah-olah esok nak sambut puasa.
HAishh,, kenapalah makin lemau ..mungkin dan jadi biasa balik kot..
ye lah ...
dari bukan bulan biasa ke bulan Ramadhan memang luar biasa "eager"nya
Dan 10 - 11 ramadhan dah jadi biase ke..
Takkan jadi rutin macam selalu..


Kepada rakan-rakan blogger atau pembaca..
Ye aku belum ucapkan lagi
" Selamat berpuasa..
Selamat meraikan Ramadhan Al-Kareem"


Pada diri sendiri.. Cer ingat semangat esok nak puasa
Come on ..Istiqamah betul2
Apa kata puasa ni  ..puasa hari ni puasa terakhir.
Terawih ni terawih last bagi anda...
Hari ni ..jam ni..saat ni..

.





Budak-budak main bola lepas terawih..:)

Thursday, 10 July 2014

Dalam marah..

Dalam marah ada rindu
Dalam marah ada sayang
Dalam marah ada harapan 
Dalam marah ada doa....


Aku ciplak dan tambah sikit kata-kata ni. Menarik dan menyelami kalbu serta menyentuh jiwa. Juga bisa mengenangi air mata jika diamati secara mendalam.
Dalam blog ni aku tujukan kepada "mereka-mereka" yang amat aku sayangi..terutama anak2 aku.

Kenapa aku memarahi...

aku marah sebab aku peduli
Aku marah sebab aku sayang....





* kata-kata Kak Ani yang mencari dan memujuk adiknya setelah 2o tahun lebih adik lari dari rumah

Keputusan yang terjangka : Argentina 0- 0 Holland

Senyum , tak perlu kata apa-apa


  1. "Attack cautiously, defend briliantly" Mungkin itu tema perlawanan antara dua benua pagi tadi
  2. Keputusan yang dijangkakan oleh semua orang, at least itu pada andaian aku. Menang tipisssss sangat dan betul dengan kemenangan penalti oleh skuad Argentina..yeahhh!!!
  3. Mendebarkan bukan kerana aksi tetapi strategi oleh kedua2 pasukan. Masing-masing nampaknya hendak mencari gol saat akhir ataupun rela dengan keputusan penalti.
  4. Kalau ada jaringan awal mungkin perlawanan lagi rancak, namun dengan apa yang berlaku kepada Brazil dua2 pasukan ambil pengajaran ( Bola pun ada pengajaran apa..)
  5. Mascherano adalah pemain terbaik pada pendapat aku. Cemas juga bila dia black-out, macam kena tomoi ..nasib baik tak knock out!!
  6. Kedua2 pasukan "guilty" dengan banyak "stray passes" dan "stray crosses", termasuk MEssi yang begitu ketara "off-form".
  7. Dengerman Holland Arjen nyaris-nyaris menghukum Argent namun Mascherano membuat tackle yang begitu penting untuk menafikan.
  8. Ok. tahniah Argentina.. tingkatkan lagi tahap perlawanan masa final nanti ok. 
  9. Apapun aku harap German dah climax awal.....so mungkin juga tahun Argentina tahun ini untuk menjulang Piala Dunia...
  10. ...pelan pelan kayuh ok.

Wednesday, 9 July 2014

Kenapa keputusan ini menggemparkan? : Brazil 1 - 7 German

Kenapa keputusan ni gempaq sangat:


  1. Sebab yang kalah ialah Brazil.
  2. Sebab ianya adalah perlawanan semi final..
  3. Sebab world cup adalah di negara Brazil 
  4. Mungkin yang menjadi musuh utama Brazil ialah seorang pemain Colombia bukannya pasukan German. Pemain yang melanggari Neymar hingga patah tulang. Namunkena tibai 7 gol agak membingungkan
  5. Namun Brazil mungkin ada alasan mereka tersendiri dan alasan tersebut adalah ketiadaan Neymar.
  6. Sebagai penyokong Argentina aku memang cuak juga pasukan Eropah beraksi cemerlang di Amerika LAtin. Nak nak pula Holland yang telah belasah juara bertahan Spain 5-1.
  7. Ketika 0-5, aku teringat slogan Brazil lebih kurang macam ni " Ready For No 6", menggambarkan keyakinan mereka untuk menjulang piala kali ke-6. Jangkaan aku memang akan ada gol ke enam, tapi melangkaui jangkaan apabila keputusan penuh 7-1.
  8. Bak kata Mamat Ultra FM ( ye aku dengar Ultra sekali sekala), ni dah betul2 lauk..nasi ambeng punya lauk,, dengan semua masuk satu pinggan..hmm macam nak cari nasi ambeng la pulak petang ni.
  9. Simpati juga aku pada rakyat Brazil, satu tragedi negara pada pendapat aku. Dengan protest, unrest dan sebagainya.
  10. Tapi..inilah bola. Betapa menariknya World Cup era moden kali ini.



 credit: http://www.folha.uol.com.br/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...