Pages

Monday, 24 November 2014

Awana Kijal

MY bad....

I always want to edit the pic,, then tulis dan karang baik baik sebelum posting. Idea yang bagus tapi selalunya kita ketiadaan masa ( dibaca: tak pandai peruntukkan masa untuk blogging). Menjadikan apa saja idea atau posting hanyut dibadai masa. Posting yang relevan ketika itu mungkin berlalu begitu  akibat nak edit dan karang baik-baik, kononnya.

Kemudian konon nak buat review pasal hotel la, foodie outlet la,, bla bla, Herm,,, akhirnya terbengkalai juga.

(Following entry update on 8/12/2014)

Kami mengunjungi Terengganu Oktober lepas sebelum berpatah balik ke Gambang.. kira cuti2 Malaysia Pantai Timur.

....Sambil nak menikmati hotel ni.. Resort World Kijal Sebelum ni namanya Awana Kijal..

entry ni nak bercerita  pasal hotel ni lah ye...


Hotel ni agak lama,, rasanya 10 tahun usianya.. Aku dok baca review Agoda pun ada yang komen pasal rundown etc. Tapi lokasinya yang menarik membuatkan aku membooking juga melalui Agoda. Pertama kali guna Agoda.. Murah ke? Entah tapi yang pastinya ada promo yang lebih menarik masa aku pergi.. Better than Agoda




Belakang Aisya tu bilik air,, dan didding yang petak2 tu boleh slide bukak.. terus sebelah bath tub.. hahahaha..
Kalau berdua saja tak pe lah,,, ni satu family


Kesan nampakan usia yang lama tu jelas la dari pintu dan sinki dan lantai tapi ok lah.. well maintain.



Bilik agak spacious.. boleh la.. dua abilik conecting 'tuk keluarga kami yang besar


View form a room.. refreshing dan cantik.. dgn hembusan bayu laut Cina Selatan

Permandangan pool.. abaikan manusia kat tepi pool tu.... nak test slow shutter sebenarnya. bagi air terjun tu nampak smooth


Pada masa ni juga ada promo baekk punya
arghhhh.. tak de rezeki untuk dapat deal ni.!
RAte masa tu kat Agoda 250 x dua bilik kali malam dah Rm1000..eshh

Plus extra breakfast lagi...ermmmmm.


Macam cantik je gambar ni..masukinterframe juga lah

Giant Chess


Resort World Kijal amat sesuai untuk family vacation. Cuma kena berhati2 sangat musim air laut bergelora. Jangan la mandi laut ,, Layan kolam saja lah.
Kalau nak menghabiskan masa ada banyak permainan spt pingpong carrom dan pool. Pendek kata hanya duduk di dalam hotel boleh menikmati memacam aktiviti






Kamak2 boleh ditinggal dalam tempat permain ini

Malam hari,...
aku nak test photografi..lama dah tak melayan kamera .. takat nak snap tu selalu lah.. tapi nak main manual setting..low light semua ni lama juga tak layan..


Pantai pada waktu malam..



Esoknya ke  pantai Kemasik ..awal pagi after subuh .. tapi nak ajak teman tu kesian pulak anak ,, so lewatkan sikt. Untuk apa lagi,, untuk snap gambar la.



(Post draf.. to be edited..yeahhhhhhhhhhhh
Cerita masuk kemudian.)...ok dah edit.!

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again