Pages

Friday, 27 June 2014

Piala Dunia: Team pilihanku

Assalamualaikum bloggers and readers..



Pila Dunia, kemeriahan dan kehangatan membaluti pelusuk dunia ketika ini. Aku memang ternanti2 sukan terulung ini sejak mula-mula aku kenai World Cup pada tahun 1982. Ye lah korang ramai belum lahir lagi. Masa tu Espana ’82 kalau tak silap.  Dianjurkan oleh Sepanyol. Juaranya Itali. Lepas tu 1986 pasukan yang aku minati jadi juara.. Pergh , Diego Maradona, bintang yang tak perlu diulas lagi.

Kena marah dek cikgu
Aku minat Argentina pun sebab mamat ni punya skill. Maradona kalau dia gelecek, berapa org kepung pun boleh lepas. Dan yang bestnya boleh dribble laju.
Sampaikan aku kena marah dengan cikgu aku. Orang British, yep, cikgu mat saleh yang datang mengajar kat sekolah aku. Macam 6 bulan macam tu la. Mr Donahue ke apatah nama dia. Lagi satu tu Ms Isabelle tapi tak ajaq aku.
Sebab karangan aku ada tersebut pasal Argentina. Aku macam apahal pulak cikgu ni hangin pasal karangan aku . Rupanya masa tu masih ada kesan peperanagan Faklands War ( Pulau Malvinas). Perang antara England dan Argentina berebut Pualau Malvinas.
Loh..aku mana la minta perang2 masa tu.. Minat bola..Apa la cikgu British tu..sensitip lebey pulak.
Apapun Maradona lepas tu sepanjang karier dia banyak hal la pulak..


Gigitan Cinta.
Dalam banyak2 insiden bola ni , bab gigit menggigit ni la yang paling pelik. Suarez ni kata kawan aku ada penyakit jugak kot. Tetiba geram ja nak menggigit. Macam budak2 yang suka menggigit. Apa yang  dekat dia mesti kena ngap.

Dan tahun ni aku terbeli baju yang menggambarkan pasukan Argentina.. Design Argentina la.. Tapi bukan jersey.. Ok jugak kot.. Sambar @ Giardano.. Pastu boleh beli juga untuk Akmal dan Danish..Aduyai..
Come on Argentina.. Step up ypur game. Setakat ni kurang memberangsangkan..

Pelan pelan kayuh ka???

Tuesday, 10 June 2014

Selfie

Assalamualaikum bloggers and readers..

Selfie..nak jugak!

Tapi...Aku tak mau selfie dgn Obama ke Kate Middleton ke..
Waima dgn Yuna pun tak mau...sbb dia nyanyi lagu "lelaki tak guna" tak guna...
Kerana Yuna tak sedar yang bapa dia juga lelaki..semua dia pukui kata tak guna,,aduyai..yuna yuna.

Ok nak selfie dgn ayah aku... Ayah kita penah tak kita penah ajak selfie...
ha kan org special dalam hidup kita kan..
Sebenarnya sekarang ni kebiasaannya aku mesti snap wajah ayah kalau aku balik kampung..