Pages

Saturday, 16 November 2013

Keputusan Malaysia VS Bahrain: Malaysia Tewas

Nampaknya strategi K.Rajagobal untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Manama tidak berjaya. Setelah 70 minit bertahan dan bergantung kepada serangan balas, akhirnya gol Malaysia dibolosi oleh Bahrain.

Keputusanya: Malaysia 0 Bahrain 1. Kejutan lah sangat!!

Selamat tinggal piala Asia, mungkin..

Cuba lagi di masa depan dengan coach yang lebih up-to-date dengan strategi, mungkin.

Tunggu Kj bersuara lagi, kalaulah boleh ada transformasi dalam bola sepak. Datuk T entah tengok ke tidak tahap permainan Malaysia malam ni..


p.s . Tegok map Pulau Pom Pom ni nampak exotic juga kecantikannya. Ingatkan kat american football sahaja ada pom pom. Kat Semporna pun ada........ Macam macam adaaaaa


Copyright as per watermark. Source divinginsipadan.com

Friday, 15 November 2013

Jangan pula ada cadangan pekerjaan ini pula boleh bawa senjata api..

Assalamualaikum bloggers and readers..Selamat menunaikan solat jumaat

Salam takziah.. alfatihah untuk mangsa..Terkini Bernama melaporkan kejadian tembak...

kenapakah???

Moga polis boleh menangkap penjenayah sebegini yang makin berleluasa..
Apapun perbalahan, cara penyelesaiannya bukannya macam koboi..

Jangan pula ada cadangan peniaga pasar malam dicadangkan bawa senjata...
Nanti jadi macam AMAREKA pulak negaraku...

Hari tu dengarnya pegawai agama nak dibekalkan senjata api kan...

Seeloknya cari punca dan hapuskan kemasukkan senjata api yang begitu menakutkan ketika ini..

------------------------------------------------------------------

Peniaga pasar malam, mangsa terkini kes tembak di Kelantan

NOVEMBER 15, 2013
Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di Bachok, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng, berkata Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.
"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya.
Lai berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes akan disiasat secara terperinci.
Sementara itu,  isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.
"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.
"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.
Anak pasangan itu trauma kerana terkejut.
Seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.
"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.
Pada 30 Oktober lalu, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu. - Bernama, 15 November, 2013.

Perkongsian diteruskan....

Assalamualaikum bloggers and readers..

aku telah kembali

Alhamdulillah...

Kepada pembaca yang ke sini sebelum ini yang mendapati blog ini menjadi private, aku minta maaf,
Tak semena-mena aku setkan jadi private...tapi kan . bukan tak semena-mena sebenarnya....

Tapi aku masih minat untuk menulis..terutamanya pengalaman aku dalam 2 bulan lepas.

Kepada yang tak tahu, aku terpilih untuk menunaikan haji dan aku berfikir eloklah semua jejak aku di alam maya ini elok aku privatekan pada masa itu..

Ye lah kan mana lah tau jika tak sempat aku privatekan,, sebab nya.. Semua kepingin nak meninggal di Tanah Suci...Seriuos...

Entahlah, bab bab mati  ni sbenarnya kita tak tahu...rahsia Allah. Dia Maha Mengetahui...
Sementara dipanjangkan usia ni biarlah aku mengambil peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman orang biasa seperti aku ni... Org yang banyak dosa, org yang leka,. lalai dlm urusan akhirat.. dan lain lain lagilah.

Pada mulanya nak juga biarkan blog ni private namun ada juga yang minta on kan balik,,jadi.. here i am!!
Apa pun.... aku menulis bukan kerna nama........

Hanya berkongsi apa yang aku lalui dalam kehidupan....