Assalamualaikum bloggers and readers.
Tetiba posting status dalam FB berbunyi:
"Shah Alam hujan, Alhamdullillah..."
" Hujan lebat turun... best"
Trendingnya pasal hujan, hujan dan hujan.
Rasanya sebelum ni ramai yang tak ambil pot kalau hujan. Malahan ada yang mengeluh banyak aktiviti tak boleh dibuat.
Itulah rencah manusia, bila ada musibah baru lah teringat kepadaNya. Kalau Allah turunkan hujan pada masa-mas biasa tak sapa yang ( tak ramai), termasuk aku yang bersyukur. Padahal semua tahu hujan tu rahmat. Bila lemas dek jerebu asap ( acrid smoke) barulah mengerti, tersadar dari lamunan.
Tu baru jerebu. Bayangkan kalau masa depan bumi dah gersang, berbahang, berdebu, dimana setiap hari perlu beli topeng untuk memungkinkan kita bernafas. Macam topeng perang biologi tu... dan kena beli kalau tak tak leh bernafas sebab udara dah toksik..
BAru tau masa tu betapa nikmat udara yang free.. tak ternilai..
Mentari kita semakin merah
Biarlah bulan berbicara sendiri
Seantero Malaysia berasa marah
Akibat jiran pentingkan diri.
ANyway...
TAdi aku balik kerja dari Seromban... Rembau most wanted yoo!!!
Minggu ni aku berulang ke Seremban.
Syarikat nak bagi hotel utk aku stay sana.. herm.. aku memilih untuk berulang.. LAyan anak2 lagi best dari dok kat hotel sorang-sorang... Layan mak? tu cerita lain.
Balik tadi, pukul 6. Dengar berita ada solat minta hujan di Masjud Negara.. Mungkin lepas zohor tadi..
Sampai Nilai tetiba gelap segelapnya.. Jeling jam di dashboard baru pukul 6.20. Huh makin hebat jerebu ni..
Tetiba aircond terasa makin sejuk. Daun daun pokok berterbangan.. Angin bertiup kencang.. dan sekejap tu juga hujan..
Hujan?
dalam panas berbahang..hujan.. tetiba.
Itulah kuasa Allah..
Masihkah kita mendustai????
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again