Pages

Tuesday, 21 May 2013

Moga rumah ibu bapa kami lebih indah di sana

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sudah agak lama tak menukilkan sesuatu di blog ini. "Election blues" pun dah habis. Lets get move on Malaysia. Entahlah, masih ada sisa-sisa kempen di jalanan mahupun di alam maya ini. Harap yang terbaik untuk Malaysia ok kerana inilah sesatunya negara kita.

Hari ni agak special as we celebrated annivesarry, and/but  wanna keep it private. ok..

Hari Sabtu , si Akmal sertai lawatan ke rumah orang orang  tua. Akmal anak ke4 ni terkenal juga dengan baran dia, Entah ikut sapa agaknya. Anyway, hati dia syahdu juga pergi melawat orang-orang tua. Ye lah umur 10 tahun tentulah mengerti perasan sedih org2 tua di sana.
Katanya ada yang menangis nak balik ke rumah anak.

"Mal pun kesian abah" ujar beliau.

Aku pun bertanya, soalan  seperti mak dan ayah aku tanya aku masa kecik.

"Akmal, kalau abah dan mama tua nanti nak jaga abah dan mama tak?"

"Nak!" katanya.

Tu jawapannya sekarang. Kami tak pasti dan tak penting pun. Cuma apa tanggungjawab sebagai ibu bapa memberi pendidikan dan ilmu yang secukupnya. Yang lain biarlah mereka memikirkan yang terbaik.

Cuma aku terkadang memikirkan apakah aku berusaha menjaga arwah ibu, ibu dan bapa mertua seperti mana yang mereka harapkan... Entahlah tapi aku tetap belum puas bersama ibu aku...Namun Allah Maha Merancang, dan itulah kehidupan.

Saat ketika aku melangkah masuk rumah baruku aku terkenang mereka... Moga mereka merperoleh "rumah" yang lebih indah di sana..Alfatihah.

....dan boleh bersatu di sana

1 comment:

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again