PRU13...
Tak tau kenapa aku rasa begitu syahdu dengan PRU kali ini. Hampir menitis air mata aku di malam keputusan.
Sehingga kini aku terus sebak membicarakannya...Entah mengapa...
Namun aku sentiasa mendoakan kesejahteraan Malaysia demi agama dan rakyatnya..
Ni nukilan aku,
"After the dust settled"
Salam..sahabat semua.
Bila debu peperangan mula hilang..
Mendap melitupi bumi..
Gerimis semalam belum mampu menghilang
kesan pertempuran
Yang kalah mula merawat luka
Yang teraniaya menangisi duka
Yang menang tersenyum lega
Menjulang piala, negeri dan negara.
......Namun kelat mengusik jiwa.
Penganilasa mula menunjuk belang
Memberi pendapat bukan kepalang....
Sang pengadil pula pelbagai ditanya.
Adakah jawapannya bisa
Mengubat hati gundah gulana
Inginku bertanya sahabat bijaksana
Undi kita untuk siapa
( Oh, Manakan bisa kita bercerita)
Baiklah...Undi kita kerana apa?
Adakah undi kerana keamanan.
Atau kerana keadilan
Atau kerana bangsaku
Atau kerana wang.
Atau kerana ketakutan.
Atau kerana, aku punya pasalla..
(apasal kau sibuk...)
Atau kerana itu..kerana ini...
Bermacam sebab empunya diri.
Adakah kita pernah berfikir sejenak.
Tentang:
*Sesungguh hidupku, matiku, ibadahku dan segalanya.. adalah keranaMU, Ya- Allah.
Adakah itu yang telah kita laksanakan????
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again