Pages

Friday, 15 March 2013

Bayi berdarah: Tak aniaya pun...

Assalamualaikum bloggers and readers..





Gambar kiri: Kaki bayi tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Gambar kanan: Keadaan kaki bayi yang berlumuran darah yang tersebar di facebook yang kononnya berlaku akibat kecuaian kakitangan HRPZII.



Kaki bayi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kaki bayi tidak mengalami sebarang kecederaan.
bayi

KOTA BHARU- “Saya tahu bagaimana keadaan anak saya. Apa yang disebarkan melalui laman sosial facebook kelmarin bukan gambaran sebenar seperti yang berlaku terhadapnya,” kata ibu bayi yang didakwa mengalami kecederaan di kaki kanannya, Nurul Wahidah Zulkarnain, 18, ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) semalam.

Gambar bayi lelaki seberat 2.7 kilogram, yang menerima rawatan di HRPZ II, akibat masalah jaundis (demam kuning) itu, tersebar di laman sosial berkenaan dalam keadaan yang menyayat hati dengan matanya tertutup serta kaki kanannya yang berdarah dan menitis di atas tilam semasa di tempatkan dalam katil khas ketika menerima rawatan di hospital, menyebabkan ramai yang melemparkan tohmahan negatif terhadap pihak HRPZ II.

“Saya dan suami, Mohamad Saiful Naaian, 22, hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai penyebaran gambar anak dalam lama facebook, melalui Pegawai Perhubungan Awam hospital, Zaid Ahmad dalam keadaan kaki kanan anak sulung yang berdarah.

“Selepas mendapat penjelasan pihak hospital, kejadian berkenaan tidaklah berlaku seperti apa yang dilaporkan dan tiub yang digunakan untuk mengambil darah di kaki kanan anak tercabut namun hanya berlaku sedikit pendarahan dan segera dibersihkan oleh kakitangan hospital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md Hassan berkata, kejadian itu  tidak menjejaskan keadaan bayi malah dia juga tidak mengalami kecederaan, namun ia telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai merupakan seorang penjawat awam, sehingga mengundang persepsi negatif kepada hospital.

“Saya menegaskan di sini, kejadian bayi lelaki berusia 19 hari yang mengalami pendarahan di bahagian kaki kanan kira-kira jam 6.30 pagi semalam (kelmarin), selepas saluran tiub untuk diambil darahnya tercabut ketika menerima rawatan di hospital ini dan disebarkan melalui facebook bukan berpunca dari kelalaian kakitangan hospital.   


Sumber: Sinar HArian.   

Ibu nafi bayi dianiaya
ROSALWANI CHE SOH
15 Mac 2013



5 comments:

  1. macam2....ada2 je yang nak menyebar fitnah

    ReplyDelete
  2. ooowh. camtu ceritanya... tulaah. ramai yg bersangka buruk. spatutnya kita kena usnuzon.... tapi mudahnya mak ayah bayi tu... hoho rmai jugk budk2 muda klantan kahwin awal.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah baby tu tak apa2, itu yang penting. Kalau bab fitnah2 tu, emm... sememangnya ramai aje yang suka menjaja cerita yang belum tentu benarnya, janji gempak...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again