Baru baru ni aku balik kampung, berjumpa dengan ayah dan
adik beradik yang lain. Minta doa restu sempena aku nak ke Tanah suci. Dekat
nak sampai kekampung aku cadang kat Lurvy, kita buat kenduri doa selamat kat
kampung ok tak. Next week tak kalut sangat, leh prepare saja..Makanya jadilah
buat majlis doa selamat nun jauh di kampung
Hentian Sg Perak. |
Tu intro..entry ni bukan pasal kenduri ke apa…
Tetapi sesuatu yang
mengetuk ruang hati aku. Something that might change your perception.
Sesuatu yang tak tersangka pun,
Mula-mula kata nak buat kenduri maka abang, abang ipar ,
kakak dah offer kat rumah dia. Ok lah dengan pertolongan semua ,sehari punya
plan berjaya disempurnakan majlis.
Itu satu la….
Lagi satu,…
Yang aku terharu Lurvy datang hulur duit selepas selesai
majlis, katanya orang sedekah. Kat dalam beg ada lagi tu, sambungnya. Ni bukan pasal jumlah, tapi budaya dan adat
serta keperihatinan orang kampung. Kita berjamuan kenduri untuk sedekah
jariah,depa pulak yang bagi sedekah.I
Yang hulur duit ( yang awalnya hendak ditolak oleh Lurvy,
namun ingatkan tak beradap pulak kalau tolak sedekah org) pun bukannya bekerja
atau kerja bendang/kampung. Bukan jumlah jadi ukuran, tapi perbuatan jadi
kenangan..
tulah kan….
Walaupun gesture yang biasa (agaknya) dari mereka, namun aku tersentuh….
Insya-Allah akan aku majukan sedekah mereka kepada yang memerlukan di Tanah Suci nanti…
Terima kasih berbanyak atas doa dan ucapan….
p.s sometime we need something very simple in life but sooo meaningful. It change the way we thought..
mmg macam tu la org kampung kan. selalu bagi duit .masa sakit, masa nak pi umrah, masa meninggal pun. dah jadi amalan.
ReplyDeleteamalan macam tu mmg biasa di kampung.
ReplyDeletealhamdulillah... rezeki
ReplyDelete