Friday, 29 June 2012

Boleh buat muka "innocent" tahap cipan

Aku melihat trafik yang amat padat. Satu fenomena yang aku terbiasa, bukan sengaja biasa tapi dipaksa membiasakan diri. Sesak , padat, penuh asap dan deruman; bagi yang menaiki motorsikal.

Itulah rencah kehidupan kota. Ada berkereta ada ber"moto" ada ber"lrt". Semuanya menuju destinasi memasing dan tanpa peduli yang lain. Engkau-engkau...aku-aku.

Sedang aku memikirkan rencah2 tersebut( bukan rencah kari ke kurma tau). Sebenarnya tak perlulah aku fikir pun. Saja nak tulis blog bagi panjang...anyway...

Tiba-tiba...............
Terasa kereta aku dilanggar dari belakang. Atau sebenarnya disagat atau kata org kedah "senerih". Kereta yang cuba memotong kearah kanan. Agaknya salah budget atau tergesa2 supaya ruangnya tak dimasuki kereta lain, terkena lah kereta aku...

Lagi sekali??? Aduyai... Kenapakah???

Yang menariknya kereta tersebut buat2 tatau dan terus kedepan. Eh boleh pulak macam tu..
Siap bergoyang kereta aku boleh tak perasan. Dengan lajunya mara kedepan dalam 10 meter atau jarak dua buah kereta kekanan aku.

Macam lah boleh lari.!!.. Apa kes ni. Ingat jenis langgar lari ke?? Jam kan kat depan..

Terus aku beri signal nak masuk kanan dan berada dibelakang kereta beliau. Aku hon dan dia keluar dengan muka "inesen". Cet... Boleh kekdahnya..

"Apahal bang? Kena ker????" Muka inesen bertanyakan soalan. Seoalah-olah aku tak boleh marah dia, soalah-olah dia adalah golongan OKU yang perlukan simpati...kerana kepayahan membawa jentera..

Soalah-olah se"inesen" seperti kambing kelaparan (yang nak mati) yang makan pokok mangga aku...Hampeh!!!

Arghh malas aku nak citer, boring mengingati ke"inesenan" dia....

Lagi pun hari Jumaat...jom !


Moral story: Muka "inesen" tak perlu dibuat2, kalau memang "inesen" org akan tau. Kalau buat2 "inesen" lagi org tau!!!

Tema-tema/ Slogan-slogan Hari Kebangsaan Malaysia mulai 1970

Tema Hari Kemerdekaan Negara Malaysia mulai 1970-2011 :


1970 : Muhibah dan Perpaduan
1971 : Masyarakat Progresif
1972 : Masyarakat Adil
1973 : Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 : Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 : Masyarakat Berdikari
1976 : Ketahanan Rakyat
1977 : Bersatu Maju

1978 : Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 : Bersatu Berdisiplin
1980 : Berdisiplin Berbakti
1981 : Berdisiplin Berharmoni
1982 : Berdisiplin Giat Maju
1983 : Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 : Amanah Asas Kejayaan
1985 : Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 : Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 : Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 : Bersatu
1989 : Bersatu
1990 : Berjaya
1991 : Wawasan 2020
1992 : Wawasan Asas Kemajuan
1993 : Bersatu Menuju Wawasan
1994 : Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 : Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 : Budaya Penentu Kecapaian
1997 : Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 : Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 : Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 : Keranamu Malaysia
2007 : Malaysiaku Gemilang
2008 : Perpaduan Teras Kejayaan
2009 : 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 : 1Malaysia Menjana Transformasi
2011 : 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


2012 : 1Malaysia Janji Ditepati




Dipetik dari kedahlanie.. TQ

Wednesday, 27 June 2012

Balotelli jadi King Kong

Setelah mengalahkan England ..Akhbar di Itali menggambarkan Mario Balotelli seperti King Kong yang menawan Big BEN...

Mengapa tak kata jadi Singa ke rimau ke.... hahahaha

oleh yang demikian, peminat mengecam akhbar tersebut hinggakan terpaksa minta maaf..
Semuanya sensitif kan sekarang...

Euro 2012: Gazzetta dello Sport apologise for Mario Balotelli King Kong cartoon
Italian newspaper Gazzetta dello Sport have issued an apology after they published a cartoon depicting Mario Balotelli as King Kong.

Drawing attention: a cartoon image appearing in the Italian sports newspaper La Gazzetta dello Sport depicts Italian striker Mario Balotelli as King Kong By Telegraph Sport
9:07AM BST 27 Jun 2012
The Manchester City forward featured in the cartoon on the top of Big Ben, swatting away footballs after Italy's win over England on Sunday at Euro 2012.

A statement from Gazzetta read: ''Some of our readers have protested regarding (Valerio) Marini's cartoon.

''Balotelli was depicted as King Kong.

''We can honestly say it was not among the best products of our talented cartoonist.

''At this time, a measure of prudence and good taste are necessary because everything, absolutely everything, can be misinterpreted

Harap betullah kali ini...



Habis..habis terkeluar pasukan berjersey biru . Yang tertinggal adalah Italy. Daripada tiga tekaan aku, tekaan yang berisiko tinggilah.. Manakan setanding Greece vs German kan..tapi saja saja teka Greece.. France still not up the mark again Spain dalam QFinal.


Memang layaklah Spain masuk SFinal. Different class,,dan England sepatutnya go home berdasarkan game melawan Italy.... Taktik agak negatif.


So, the top four ni memang deserved dalam semi final...

Jadi, German vs Italy. Aku still mengharapkan Italy boleh menang. And aku tetiba minat Andreas Pirlo. Team yang tak masuk radar aku sejak 2006 gara-gara mulut celupar Metarazzi menghina Zidanne!


Apapun team kali ini surprise aku bila aku tonton. So. harap Italy boleh menang walaupun ramai yang meminati German. my guess full time 1-1..the rest tatau la..

Maybe German can squeeze thru jugak.. huh..


Spain vs Portugal...hopefully Spain will make it...


P.s Ada panggilan beritahu menang contest lagi.. contest internal laaaa... Contest sajak! Lawaknya..aku pun dah lupa.. Haahahaha.. Maybe saguhati.. no1? no3? entah...tungguuuuu

Tuesday, 26 June 2012

Kritikan..




Biasa tak anda dikritik? Boleh tak anda terima kritikan. Setengah orang pantang dikritik, setengah orang ambil positif. Setengah orang suka kritik orang. Setengah orang tak tahu nak kritik.





Ok, Sebenarnya kritikan tu bagus. Maksudnya ada orang yang perasan tentang hasil kerja atau perangai anda. Cuma nak betulkan atau beri pendapat mereka, Tak semestinya anda ikut , Up to you. Adatnya yang elok ikutlah, yang tak elok baik tinggalkan.




Ada org play safe ( macam jenama je). TAk buat apa2. SO taklah dikritik. JAdi org yg tak dikritik adalah org yang tak buat apa. Even tak menulis.. tak membaca... Play safe...




My 5 minute morning thought: "Lebih anda dikritik kerana melakukan sesuatu, daripada dikritik sebab tak buat apa-apa. Kehidupan memerlukan anda berfikir, bertindak dan berubah ke arah terbaik"

Saturday, 23 June 2012

Friday, 22 June 2012

Beautiful sunset...

Foto.... diambil waktu senja dekat Maghrib... dari Masjid Bandar bukit Puchong..






Wednesday, 20 June 2012

coooool design...

Microsoft Surface..:)

Year of the Blue?

I dont know, but i have a gut feeling that the blue team willl win the euro.. or any team wearing the the blue jersey.. Italy or france??? or even greece...








After chelsea won the UCL and MCity won the EPL... who knows.....another blue will rise to ocassion...




















Tuesday, 19 June 2012

Berfikir dulu sebelum terjah....

Apa yang perlu anda lakukan bila org confront anda dan ready to fight?
Atau bersedia utk berdebat?
Atau orang complain kepada anda tentang sesuatu perkara?

My advice is your pause a moment and listen. Let them talk and talk and talk...till the fat lady sing if possible ( ever heard the phrase "till the fat lady sing")

Like in football, they said those days" Its aint over till the fat lady sing"

This phrase originated during those time in western world, if i not mistaken, the theather will not end untill a fat lady appeared and sing!!! Those days lahhh.. Now tak ada lagi...

Jgn ever confront balik, especially when u are a seller and service provider.

It happen to me buying something and i bring back home and used it. And it was not working as it intended to!!

So i brought back to the shop and complained.
The lady said" Cannot lahh.. u dah pakai"
Huh.. iturn red as gritting my teeth to hold back my anger. Which i managed to.

(Dah la kena datang semula sini, kerja tak siap. Minah ni terus defend tanpa dengar penjelasan)

Another worker realised that i m angry and try to solve the problem.. Lucky her.
I keep my cool . as always....Explain what happened, and he accepted the thing to be repaired at supplier.

I thank him and while working out. I gently mentioned to that lady :" Ms, how come I know it working or not if i didn't used it? Sure i have to used it first than i would know. U better think first before u talk ok"

I could see embrasement on her face.......

Monday, 18 June 2012

You are great!!!


Blog ini... sebenarnya ingin meluah apa yang terasa, (dengan harapan tiada yang terasa). Berkongsi perasaan ( minta jauhi dari sikap perasan), bercerita tentang kehidupan ( serta kematian). Terkadang penulisan melampaui sempadan realiti kerana banyak berfantasi namun banyak juga didisi dengan realiti...

Terima kasih kerana membaca kerana mulanya sekadar catatan peribadi namun terdetik juga untuk dikongsi. Maaf kiranya terkebetulan dengan kehidupan org lain..,

Berbanding facebook sebenarnya blog lebih disukai oleh aku..

Oklah terluah perasaan la pulak. Mungkin kerana teringat sahabat aku berkata : "aku teringin nak pergi Jepun macam hang, Cantik tengok gambar kat sana "
Sahabat aku yang sakit Muscular Distrophy.

Uh, sentimental pulak aku...

Facebook: Apa yang post semua friend boleh nampak ( kalau tak filter).
Blog: Kalau nak baca baca lah...tak keluar secara automatic.

Anyway... thnk kerana ramai juga follower walaupun bukan itu yang dicari pada asalnya. Dan visitor pun beribu-ribu lemon ...( did i mention in a month,?? not a day tau). Hahaha, sebulan bolehla..

Walaupun seorg pun yang datang ( ter"datang")sehari pun kira ok apa..Ter"google" ke apa ker..
Tak sengaja kan....

Ok-: Now back to the entry..


In life, kita selalu thrive untuk lebih baik. Ada iltizam, ada kemampuan. Cuma tak terbuat. Kenapa?

Ada tu kekekadang selalu kita nak asyik salahkan orang. Atau asyik komplen diri sendiri. Kenapa aku tak bijak, cerdik, cantik, pandai kaya dan segala apa macam lagi. Ataupun dok salahkan org lain yang menjadi punca (konon-kononnya) kita jadi macam ni?

Semua dah tau kan, kalau kita tunjuk (dengan gaya pistol gitu) atau salahkan org. Satu tunjukkan kat org, 3 tunjuk kat kita, satu tunjuk kat atas.
Simbol tu simboliknya bermakna kit kata org salahh, banyak lagi salah kat kita dan juga kita salahkan Tuhan.

Sebenarnya Allah menjadikan kita tu sempurna.. perfect! Penuh dengan ciri-ciri yang hebat. And only one us in this world.. in HIS world, HIS universe. Bererti tak ada dua. Tak ada replicate atau copy atau cetak rompak .. Tarak..nilch..
Only one you.. and one me. Kalau pelukis punya karya tu kira masterpiece lah..

Tapi Allah punya ciptaan, tak boleh bandinglah, beyond comparison,, More than masterpiecelah kita ni.. Tak leh nak describe macam mana. Allah Maha Berkuasa.
( Untuk elak menyekutukan Allah,... nauzubillah).

So , ciptaan hebat dari Yang Maha Hebat,,itulah kita..

Stop complaining because you are the great already...

Thursday, 14 June 2012

Makan-Makan: Kaw Kaw Burger Bakar

Semenjak keluar dalam paper, aku berkira-kira bilalah agaknya akan ke Wangsa Maju untuk mencuba. Keterujaan agak terbantut sebab mengenangkan kena tunggu sampai 3 jam, mengikut laporan akhbarlah.

Tetapi , dia yang ku cari , rupa-rupanya ada disini. Dekat saja dengan rumah aku!! Tak payah pergi jauh-jauh....

Itupun secara kebetulan, ada sepasang couple Cina tersesat barat sampai depan rumah nak cari burger bakar kat puchong. Aku blur,, eh ada ker.
Dia siap keluarkan GPS ke Google( aku tak lah tengok betul2 dari hp dia), tapi aku memang tak tau. Sib jiran aku keluar juga dan tahu pulak dia. Oohh itu tempat ka..ada sana tu??? Memang ramai org beratur, You tatau ka...
Memang aku tak tau..

Maka mlm tadi pergi survey. Dapat nombor 54. Tak tau la lama ke nak tunggu ke tak. Cuak jugak. Depan ada 3 org ja. Mungkin duduk kat meja yg tersedia.
Tapi dia suruh tunggu ja kat situ disebabkan aku nak bungkus, dapat terus. Yang lain makan kat food court tu agaknya. Nama tempat tu LOKAS MAKAN. Kenapa,? jangan tanya aku. Bahasa minang agaknyoooo..
Eh meleret la pulak..

Ni ha cerita burger yang makin popular sekarang ni. Dok trending di mana-mana ( ye ker?)

Hasilnya. Fuh, memang lazat!!! Dah lama tak raza kelazatan macam ni. MAcam nikmat first time. err first time makan burger McDonald dulu-dulu. Ye lah berbanding dengan burger tepi jalan. Macam tu lah perbandingannya , secara relative setelah dok makan dan rasa MCDonald. JAdi ini memang kelainan rasanya. Ok lupakanbab first time tu yek.

Keterangan gambarlah pulak:

Ni burger cheese slice kalau tak silap, namanya bermula dari basic sampai cheezzy2 camtu. Aku order ikut gambar je.

Harga RM10.50 untuk satu keping daging. Kalau 2 keping (double) RM16.00, boleh la susun sebanyak mana nak kot.

Kat menu tu hanya tunjuk 4 keping yang bertindan saja. Nak susun 10 tingkat pun boleh rasanya...

Memang sedap... cheesy source yg banyak, meleleh gitu. Dengan daging ( meat patty) yang tebal dan di bakar.. Amat digalakkan untuk mencuba. Harga bermula Rm8.50 keatas.

Memang tebal dan aku suggest belilah yang double (RM16.00) atau triple dan kemudian kongsi....

Kalau sebiji macam kat bawah ni budak2 memang tak leh habis...dewasa boleh la kot sambil dapat hadiah percuma " colestrol"...kah kah kah.
Ayat tu yg boleh menghalang aku pergi kerap...





oh lupa lak.. Tempat dia Jalan Puchong Utama 13/1

tanya org: Puchong Court 2,

Google map:http://goo.gl/maps/BkHn

Tuesday, 12 June 2012

Very hot here...

"We couldn't cope with the weather over here, its hot and high in humidity. Some of our players are soaking with sweat and this make our move very difficult and the pitch quite soft compare to ours"

Mungkin itu alasan jurulatih Singapura. Mungkin... sebab player depa ramai yg datang dari belah sejuk... err .. tak ramai pun, tapi key player jugak la walaupun umur dah 40's.

Walaubagaimanapun dari segi teknik dan tektikalnya nampak ada kelebihan dekat Singapura. Malaysia mempunyai semangat yang tinggi malam ni. Kalau boleh tingkatkan lagi teknik dan strategi mungkin lagi cantiklah.

Lagi satu Shafiq punya freekick memang world class... Salute..
2-0. Suppose result kat Singapura pun macam ni jugak kalau player maintain fokus.

Apapun tahniah....

Monday, 11 June 2012

Project B1834: 11 June 2012

Catatan ringkas... sementara tunggu Eng vs France

Hari ni singgah tengok rumah. Apa progress agaknya.?? Nak siapkan interior. Punyalah pening mikirkan matching ke tak...

Nampaknya progress seperti yang dijadualkan..

Kitchen kabinet hampir siap. Sebelum tu aku memang risau pasal kombinasi warna. Tambahan pula wall paper naik dulu. Memang cuak kalau tak sesuai... Perancangan atau susunan kerja agak terbalik kuang. Bukan apa , tak sabr nak tengok org pasang wall paper..
Tapi alhamdulillah, hasil ok ..ye lah at least pada mata aku. Org lain tak tau lah kan. Memasing punya opinion..
Nak pilih warna kabinet ni pun punyalah lama.. Sat warna krim, gray,,then marroon...

hasil snap dengan kamera hp...

work in progress, erm tinggal nak finishing dah pun... nak masuk oven dan fridge dll..






time to go.....its about 12 mnight. Game about to start. My prediction France 3 england 2



Good nite every body...

Sunday, 10 June 2012

Apam balik sedap 'nat' Sabtu

Ini adalah apam balik yang terbaik.. Rangup, lazat dan berkrim... Kalau balik kampung mesti tak miss kalau kena hari nya... Kalau kat tempat aku ada 'nat' pada hari Sabtu maka adalah apam balik ni. Sebiji 4 kupang ( 40 sen)...





Dan kalau lambat mesti habis... agak ramai org queue selalunya





uik..sempat beli toys..







Ni last kopek..org lain dtg tanya dia ckp dah habis.. Tinggal yang ni saja . tu pun aku dah order...




Nat= pasar sehari




Jalan-Jalan Singgah Makan: Mee Rebus Ramli (Ipoh)


Mee rebus yang best!!! Kalau nak singgah makan aku memang rekemenkan. Memang sedap. Dan aku pun selalu singgah kat sini. Restoran ni area Tasek , iPOH.



Sebelum tu.. kita tengok dulu menu dia yang lain...
Mihun sup dia amat kureng. Kuah yang flat. Rasanya agak plain dan seperti perencah sup maggi pun ada ( maggi siam, pama). Verdict 4/10



Laksa ( gambar tak de)pulak so so sahaja.. Angah yang makan. So kalau nak try boleh la... Verdict 6/10





Mee rebus dia memang sedap dan memang aku setuju nama kedai dia Mee Rebus ramli. Memang keistimewaan dia mee rebus. Jadi kalau singgah elok order yang ni saja...
verdict 8.5/10




Dan lagi satu..Nasi ayam...uh..kuah yang sama dengan bihun sup so hasil rasanya juga tawar dan plain. Tak menyeronokkan untuk dinikmati.. 4/10.












Catatan untuk sahabatku, Faizal...

"Aku ni macam bateri yang kong" Terngiang-ngiang lagi suara sahabat aku.

Masa aku balik kampung akutak plan pun nak singgah ke Ipoh. Tetapi sampai bukit beruntung, aku teringat sahabat aku yang sakit. Tetiba aku sebak..
"Jom singgah jumpa Faizal kejap. Apa cerita dia sekarang ni."

Faizal mengidap penyakit Muscular dystrophy. Aku tak boleh bayangkan fizikal dia semasa mula-mula tengok foto. Terlalu kurus dan cengkung.

"Jan, aku ni mcm bateri yang kong" Ungkap beliau sambil mata bergenang air mata. Aku cuba menahan kesedihan sambil mengangkat anaknya yang berusia 8 bulan.

"Aku guna muscle aku ni mana yang ada saja. Kalau habis, aku pun tak dak la. Tisu otot aku tak boleh ganti.. Err macam bateri rosak. Tak boleh recharge. Dok guna apa yang ada saja

Aku terkedu dan tak tau nak kata apa. Teringat aku kata2 Muhammad Ali:
" He gaves me a disease to show us that HE is the greatest and not me" Seorang juara yang begitu perkasa akhirnya kena penyakit Parkinson, kalau tak silap.

Tapi sahabat aku bukan seorang yang terkenal. Dan tak pernah berasa dia hebat pun. Tapi natijahnya sama. Kita, manusia ni memang lemah sangat. Yang maha ESa yang paling gagah.

Hanya badan tak boleh convert protien jadi tisu, kita dah tak boleh nak buat apa. Kita boleh baiki memacam barang dalam dunia. Roket, Space station pun manusia boleh repair, tapi yang dalam badan kita sendiri kita tak boleh nak baiki. Sebab, badan kita bukan milik kita. Kita diciptakan dan bukan mencipta seperti kita buat kereta dan sebagainya.

Apabila anggota badan berhenti berfungsi, ataupun tak mau berfungsi, kita punah...

Tapi Faizal, aku kagum dengan semangat kau. Perumpaan bateri kong menunjukkan kau pasrah serta semangat kau yang jitu untuk terus berusaha. Dan benar kata kau bahawa setiap redhanya kita keatas ujianNya, pasti memberikan pahala yang bukan sedikit.
Aku tak tentu dapat menerima keadaan seperti itu. Aku tak pasti..

Yang pasti Dia boleh memberikan nikmat dan menariknya bila-bila masa sahaja..

Bertabahlah...

Saturday, 9 June 2012

Kunjungan penuh bermakna...





Penuh dengan pengertian .. ,,,



Aku baru saja sampai ke rumah. Bertolak pukul 3 ptg dan sampai dalam pukul 9 mlm. Sekejap saja rasanya berada di kampung.

Aku merancang untuk menikmati makanan utara dan ambil gambar dan blogging.


Tapi persinggahan aku di Ipoh merubah sedikit perancangan aku. Aku ingin tujukan entry ni kat kau sahabatku, Faizal.


Aku jadi sebak memikirkannya..


Nanti aku coretkan lagi.. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Wednesday, 6 June 2012

Going back to my home town..







Getting reading to go to my home town... Will enjoy the kampung lifestyle. Means no more blog and facebook ( which i quite rare in updating status) and twitter ( haha ..like i ever appreciate one), for a few days..



Really?? Who cares right...




I was really touched lately.. I felt really humbled and ..err I dont know how to describe.... I felt so happy when i was with my family even i crave to hear my daughter cry.. How she wanted something, how they fight and scramble for the toys, How they sulked....





I try imagine when they all grow up later,how I will miss all those moment...



Yasmin really grow up and she no longer a crying baby.. ( oh everyone still mmy baby though)





How I fortunate to have them around me...



Ok got to go..Lurvy is yelling when i gonna be ready. See you soon , my blog...





p.s Looking forward to enjoy masakan Kedah/Utara.. Its being sooo loong since i last taste my mom cooking. and i will never have a chance anymore.. So, appreciate your mom while she is around!!


p.s2.. Ok Ok i m coming.. got to go.!!!!..
Lurvy shouting again

Sunday, 3 June 2012

Loh baru nak update...

Berebut nak tiup. Lepas tu gaduh.. kena cucuh lilin semula


Tengah tunggu makanan... Sabaq nooo





Ha cam tu lah





Lapar ea sampai makan sudu..err , pisau









4 of us ..mana lagi 5???






Bon apetite!!







Birthday 12.5.2012 lagi...



Gambar lama...July 2008

What was posted that day :
Aisya Qistina

"Born on July 12, 2007. Now learning to talk. Already good at fighting back his brother when disturbed. "




..dan Danish pada 11 September 2008



Sib baik aku cool...

Cool ok... Org yang gagah sebenarnya ialah orng yang boleh menahan amarahnya. Itu ja nak kena ingat...

Kira sekarang ni aku begitu tenang setenang org yang santai sambil minum kopi dari "coffee maker" free alhasil hadiah dinner tempohari. Tak pernah terfikir nak guna coffee maker pun sebab kalau dok minum pun coffee kacau gula gedik-gedik dengan sudu. A'a dok kacau gula tu seolah-olah gedik gedik la...Eh apa aku ni! Karang marah pulak mereka yang gedixs...

Tadi alkisahnya aku membawa beskal anak aku dari kedai basikal. Malas nak ejas dalm kereta aku, maka aku decide untuk menunggang ke rumah.. OMD ( oh mak datukk) jauhnya aku rasa jarak kedai ke rumah. Tapi dah decide nak naik basikal..boleh lah execise sekali.. Hahaha.. padan muka aku.

Siap boleh berenti pekena air kelapa dulu...dan kena tegur dgn member yg dok jual air kelapa tu. Kawan baru dok asah parang.
" Awal hari abg pekena kelapa"
" Mau nya tak awal, macam nak tercabut kepala lutut ..ni ha"

Itu intronya.. yang kisah sebenarnya:

Sampai sahaja kawasan rumah aku ada jiran yang membawa anjing utk "do the business". Rumah dia row lain dan agak jauhla...
Aku pun tegur la elok2. Jangan biar anjing tu melepas merata. Kat kawasan depan rumah org tu. Aku pun dgn berhemahlah sbb bukan depan rumah aku.

Dia boleh jawab " You bo..h ker.. Anjing mana lah tau"
Oit,, dia tersentap la pulak.
Macam mana nak handle ni. ??Ikut tahap kesyaitanan memang dah kena dah India. Kecik ja aku tengok.

Tapi ikut iman yang tipis ni, aku cool.

Aku jawab " Sebab itulah saya cakap dgn you, you tau kan. Sbb anjing tak paham. I cakap dengan org paham. So better jgn buat macam ni dekat depan rumah org. Kalau nak bagi anjing tu settle depan rumah you lah"

Dia jawab balik" Anjing mana lah tau. Ikut suka dia la... Anjing mana reti"

Oh man.. Ingat anjing saja tak reti. Rupanya dia lagi tak reti dari anjing rupanya...

Itupun mau kata aku bodoh...

But i m cool man...Now i know who is the dog!

I rest my case...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...