Pages

Sunday, 2 December 2012

Photo: Piala AFF Suzuki Malaysia Menentang Indonesia....dan aku berada di stadium

Assalamualaikum bloggers and readers..

Baru segarkan diri dari rehat sekejap setelah pulang dari Bukit Broga.  Ingatkan nak pakai baju malam tadi dan bawa bendera Malaysia, tapi terlalu awal nak celebrate. Tunggu lah menang piala AFF dulu.
Namun Danish kena tegur dek pendaki bukit yang lain dengan kata2 : "Safee pun panjat bukit broga"


Kemenangan malam tadi membuktikan keyakinan aku terlalu skuad Harimau Malaya walaupun mendapat kutukan semasa menentang sang singa. Bukanlah skuad yang terbaik namun setelah menyaksikan tahap Laos dan Indonesia, rasanya Malaysia boleh melepasi peringkat kumpulan.
Lawan Thailand nanti tatau lagi kerana aku tak pernah layan game Thailand, so no comment at the moment.

Sang Garuda cuba mencengkam pada 15 atau 20 minit pertama. Harimau Malaya dapat bertahan. Cemas juga aku memikirkan suasana menentang Singapura akan berulang.

NAmu setelah dapat baca game, Malaysia strike 2 gol dalam masa 3 minit...
Huh lega,,,

Apapun layan dulu entri bergambar ini:


Bersiap untuk meyokong Pasukan Harimau Malaya

Danish yang beria-ia. "Jgn risau abah Malaysia menang nanti"

Tapi kali menonton aku cemas bangat!!! sehingga lah Gol kedua dijaringkan.. Itupun masih banyak masa berbaki.. Terngiang2 kata kawan aku yang pesimis " Malaysia kalau leading tak leh maintain, kalau ketinggalan tak leh kejar"
Terbukti andaian dia salah kali ni.. 

Semasa warm-up session Stadium full house kecuali seksyen yang memisahkan kedua-dua penyokong sepertti rauang warna  merah dan kuning sebelah sana.


Muka cemas melihat 20 minit pertama. Sebelum Malaysia settle down

Sampai tersandar...

Menghampiri detik hujung perlawanan.


Harimau Malaya membaham Garuda dengan 2 gol tanpa balas.. Penyokong Indonesia senyap sepi, kemudian beransur-ansur keluar wpun ada 5 minit berbaki...


Pada minit 90 stadium gegak gempita selama  3 atau 4 minit sehingga wisel penamat.

Apapun perjuangan masih belum selesai

2 comments:

  1. bestnya dapat tgk bola live depan mata... :)

    follow sini ...

    ReplyDelete
  2. Sejarah telah pun berulang. Tahun lepas Malaysia menang lawan Indonesia, tahun nih pun sama ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan cadangan.... Please come again